Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Thursday, August 9, 2012

2


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Tak lama lagi dah nak masuk Ramadan. Tak lama lagi dah nak pergi bercuti. Tak lama lagi, dah nak mati. Hidup ini bukan lama sangat pun.

Pause sekejap online tu. Baca sampai habis surah tadi. Lepas sodaqallahulazim, bukak DotA. Mari menumpaskan musuh. Jihad lah jugak ni.

Setiap hari pun boleh dikatakan macam tu. Rutin yang membosankan. Dulu masa tengah exam, tak sabar nak habis exam. Bila dah habis exam, macam orang gila menghadap laptop 24 jam. Kalau agaknya tuhan tambah 3-4 jam lagi dalam hidup manusia, mesti dah sujud syukur sebab dapat online lama lagi.

Bukan sebab tuhan bagi masa extra untuk hidup dan beramal and stuff.

Hidup sangat singkat dan ada sesetengah orang beranggapan hidup perlu dinikmati sebaiknya. Ya lah dah singkat kan? Contohnya kalau mak kamu bawak kamu ke pasar raya dan kata "Mak bagi sepuluh minit saja pergi cari barang yang hang nak tu."

Takkan nak spend masa lebih2 untuk window shopping kan? Tentu saja pergi terus ambil apa yang diperlukan dan dikehendaki. But most of the time, barang yang tak berapa nak perlu itulah yang dicari2.

Cumanya itulah. Ada yang pergi ambil beras, ada yang pergi ambil ikan, ada yang pergi ambil pencuci muka, ada yang pergi ambil baju, penyepit baju, dan sebagainya.

Ada yang pergi tawaf satu department tujuh pusingan complete round tapi tak ambil apa2 pun ada.

Kalau tak ada tujuan, masuk jamban pun terus blank tak tahu nak buat apa. Apatah lagi hidup ini kan? Hidup yang bukan setakat tujuan masuk tandas saja. Segala benda ada tujuan. Dari tadika sampai ke universiti, dari muda sampai ke mati.

Banyak jaa tujuan hidup tuhan dah bagi. Kita ja yang tak perasan, kot. Tak pun malas nak ambik tahu, atau buat2 lupa, atau memang betul2 lupa. Sebab tu wujudnya tazkirah jumaat. 

FIRST BLOOD!!!

Bello sengih depan laptop. Dapat 200 extra gold. "Nak beli apa lepas ni? Hummm... siapkan Wraith Bands dua bijik, beli Boots of Speed. Yasha dulu ke Crystalys dulu? Ke nak siapkan Power Treads dulu? Tak apalah tengok dululah macam mana."

Selain tujuan, hidup juga perlu perancangan. Tengok2 dulu ni, agak bahaya untuk diamalkan dalam hidup yang tak berapa nak ada option save-load. Nak restart pun tak semudah menekan sebiji butang. Nak turn off bila stuck lagilah haram. Bunuh diri, tak cium bau syurga, tahu?

Who says life is easy, huh?

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

11 comments:

Panggil Aku Han said...

baca 2-3 kali baru aku paham...:)

Jintan Merah said...

bukan tak ambik tahu, buat2 lupa atau memang lupa tapi "terlelap" seketika. Nanti bila DIA kejutkan, segala yg lupa akan ingat balik dan segala yg tak tahu akan jadi tahu. Nice entry.

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han hahah sori la penulis xbrapa nak reti la menulis benda2 gini =p=p=p

Hikaru Yui said...

@Jintan Merah true... tp ramai yg xpasang alarm.. nak tunggu ja cubitan manja dari DIA.. pastu dari terlelap terus tidur mati.. xbangun2 dah..huhuhu

Panggil Aku Han said...

but serius its nice...:)

FiZ said...

kita sendiri yg menentukan.kdg2 bila salah plan, xjadi seperti yg dirancang,ada la hikmahnya.tp manusia mmg slalu lalai.huhu

Panggil Aku Han said...

mana tah dia ni..senyap je...

Hikaru Yui said...

@FiZ well said =p

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han hahaaa g skolah jap.. ada program dgn adik2 =p

izzati husna said...

hai yui. .. betulke xdpt buat? yui cuba masukkan widget apa ye?

Hikaru Yui said...

@izzati husna widget follower, like box.. dgn apa tah yg lain tu.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...