Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, June 6, 2012

Weenie Whiny Woe


Assalamualaikum. Hye.

Memetik kata2 terakhirku dalam entry lepas. Terakhir apanya? Selagi mampu, aku akan potpet2 di dunia nyata dan di dalam blog. Kata2 terakhir aku harapkan sebelum mati ialah kalimah syahadah. *Mood insaf*

Cerita exam physio aku cerita nanti okies. Bersedialah para TYM sekalian akanku kutuk kamu habis2an sebab buat aku rasa annoyed.
Harharhar okbai.

Ok apakah cerita itu? Biasalah kan lepas exam benda wajib dibuat ialah mengadu domba di blog. Bagitahu dunia yang aku ialah insan termalang dalam dunia. Dapat soalan paling susah, doktor paling strict, dan feng shui yang salah maka semua benda jadi berterabur.

Eh kau percaya feng shui, yui92? Haram boleh syirik wooo cheh aku tulis ja terus maksudnya aku percaya kah? Patutlah banyak sangat kes kafir mengkafir di negaraku tanah tumpahnya darahku. Senang sungguh nak syirik rupanya.

To the main point. Soalan2 physio sangat senang. Masalahnya aku careless dan tembakan tidak mengena. Hahah bila soalan2 yang kita konfius A dan B, tetiba kita pun jawab la B kan contohnya. Bila bincang jawapan dia A. Siap kawan tu bagi dalil lagi. Maka kita pun rasa nak pitam.

That happens a lot. Hampir semua soalan yang aku come across masa bincang oral dengan kawan2 aku, aku jawab salah. Sob sob sob. Usob? Kau ke tu? Kau kat mana tu Usob? Ahhh aku dah mereng.

Lepas tu jawab esei dengan idea semata2 dan sungguh banyak fakta dan istilah medicine yang sepatutnya aku tulis, aku tinggal. Harap2 dapat la markah kesian tanda aku faham doktor ajar apa dalam kuliah. Hehehe.

Masa oral pun sama. Kantoi bab swallowing memang aku blank terus sebab tak tumpu bab tu. Aku ada la cerita pasal makanan masuk mulut, kunyah, telan apa semua tu tapi tanpa menyebut phase2 terlibat, dan sungguh tiada istilah medic di situ.

Lepas tu boleh pulak aku argue dengan doktor tu pasal siapa lagi dominan antara feeding center dengan satiety center. Aku kata feeding center sebab dia akan sentiasa bagi discharge lapar kepada kita. Dan bila kita makan, glucose masuk ke sel2 satiety center lalu mengeluarkan impuls2 inhibition yang akan suppress feeding center. So kita rasa kenyang.

Kalau satiety center rosak, maka kita mampu makan sebanyak2nya tanpa heti maka jadi gemuk, diabetes, darah tinggi, dan sebagainya. Itu apa yang aku faham lah. Tapi dah beliau kata bukaannnn satiety center lagi dominan wahai anakku yang comel maka aku iakan saja. Beliau lebih tahu. Beliau kan doktor?

Tapi aku cuba la nak positifkan diri. Berharap yang markah aku nanti tak sampai kena reseat paper. Tahun dua ni sakit banyak. Kalau tak lepas paper reseat tu, kena repeat the whole year. Sungguh nauzubillah kan?

Maka, apabila warga2 TYM mula menonjolkan airmata plastik masing2, aku rasa macam nak bagi penampar percuma sorang satu tapi apalah hak aku kan? Maka aku biarkan saja hatiku membarah sendiri. Ecewah ayat... pui!

Actually, aku dah tulis panjang lebar pasal TYM dalam entry ni tapi aku tukar. Sebab dah bunyi macam cari gaduh. Kahkah jadi biarlah mereka nak TYM pun asal jangan depan aku sudah. Kalau buat jugak depan aku, maka aku akan react. Don't try to test me coz I'll give a reaction, bak kata Lily Allen.

Nak tahu kawan kamu tu, dia TYM ke tak senang ja. Lepas exam, tanya soalan ni : Exam tadi macam mana?

Kalau dia jawab boleh laa ok la soalan dia ada yang boleh jawab ada yang konfius insya allah ok ja kot doa2la maka kemungkinan besar dia tidaklah TYM. Alhamdulillah.

Kalau dia jawab susaahhh soalan dia pening koottt aku buat macam hentam ja semua soalan tu maka kemungkinan dia ada TYM tapi masih belum kronik. Nauzubillah.

Kalau dia jawab matilah aku, habislah aku, salah semua, apa pun tak baca, aku akan fail, rosaklah rancangan, gelaplah masa depan, punahlah impian, hancurlah harapan maka sila siap sedia. Budak ini ada penyakit TYM. Haram alaik. Innalillahi wainnailaihi rajiuun.

Kalaulah TYM itu dosa besar yang ada dalilnya, maka orang jenis ini memang layak kita sebat. Nak rejam lagi bagus. Kahkahkah. Tak pun buang negeri ke *Banjaran Himalaya biar dimakan yeti. Yeti tau. Bukan Yati! Yati tak makan orang.

*Thanks to Azam Hadi sebab betulkan fakta. Kahkahkah dia geologis. Haruslah dia tahu bab2 kependudukan ni lebih dari aku.
Ini Yeti.

Ini pulak Yati. Aku google image saja. Tiba2 keluar muka dia.

Ada la dua tiga orang yang tanya, TYM tu apa? Aku tak boleh bagitahu di sini sebab paradoks sangat. Kalau aku kata BHD maksudnya babi halal dimakan, kan itu sungguh kontroversi bunyinya. Tak pasal2 kena bagi hujah bagai, jadi susah.

So biarlah rahsia. Siapa yang tahu, tahulah. Diam2 sudah yer. Tidak kuredhai kalau kamu sebar2 benda ni. TYM ni walaupun aku yang mulakan, tapi aku tak buat. Kamu, kamu, dan kamu yang menjadikannya amalan harian sama ada sedar atau tidak. Kahkahkah.

Ni haa ada entry ringkas pasal TYM. Bacalah dan fahamkan. Atau kalau nak penerangan bergambar, sila lihat gambar rajah di bawah :


And last but not least, recycled from this entry, this epic honest words I really wish to say but tak sampai hati sebab member kan?


Faham dah? Kalau tak faham baca lagi tiga empat kali sampai faham. Jangan lupa LIKE sekali sebab aku tahu kamu pun benci orang TYM ni cuma kadang2 tanpa sedar kamu juga TYM. Kan? Dah dah dah pyhisio dah lepas doakanlah yang terbaik. Biochem pulak lepas ni. Jom study! Hehehe.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

TecerWidad said...

Tecer rasa zaman di universiti tecer seorg TYM. kahkahkah. tidak mustahil classmate tecer memberi middle finger secara ghaib. kahkahkah

Hikaru Yui said...

@TecerWidad hahah u know the feeling kan? harhar saya nak tym gak tp xmampu... maka disebabkan jeles, terhasillah entry2 ini =p

Muhammad Faris 'Azim said...

hidup penuh dengan peperiksaan. biasalah. -__-'

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim kahkahkah...org2 jenis ni pun suatu bentuk peperiksaan gak =p