Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, June 28, 2012

Saya dah pakai jubah tudung litup siap berpurdah tapi masih diganggu nak buat macam mana ek?


Assalamualaikum. Hye.

Aku sungguh tak suka bila baca pasal isu aurat dan pemakaian yang sepatutnya dipakai oleh orang perempuan, lepas tu ada komen yang kondem pakaian sopan. So to say, aku justify pakai seksi tu kalau kamu pelakon cerita omputih watak bitch saja.

Di dunia nyata, tak payah nak bitchy sangat. Kamu bukan Avril Lavigne. Dia tak apalah, bitchy2 dia pun dia comel, kaya, suara sedap, dan ada branding sendiri. Kamu? Pakai macam bitch habuk pun tak ada. Menyalak pun belum tentu mampu.

Nak letak yang lagi bitchy tapi macam over sangat pulak. Yang ni sudah lah.

Sila pergi blogserius dan baca entry pasal orang cina protes pervert dengan cara memakai hijab apa camna tah pergilah tengok sendiri. Aku rasa ok ja entry tu tapi bila baca komen penulis dan respons pembaca, rasa macam eiiii geramnya akuuuu nak mencarut boleh tak? Tak boleh sebab exam tak habis lagi nanti tak berkat.

Eleh berkat konon, bitch kat atas tu apa? Kahkahkah.

Dalam dunia ni, memang akan ada balance between both. So kalau ada orang baik, adalah orang jahatnya. Bukan aku nak justify the evilness tapi nak buat macam mana dah memang betul. Sebab tu ada undang2. Dan dalam hal ni, undang2 manusia dah jadi macam haram. Paling haram ialah equality dalam bab2 yang tak sepatutnya contohnya yang inilah.

Faham maksud aku? Dunia ni ada dua spesis yakni lelaki dan perempuan. Lelaki ni, makhluknya ada satu tabiat iaitu suka makhluk yang satu lagi iaitu perempuan. Perempuan ni, tabiatnya tak suka diganggu makhluk lelaki tapi suka sungguh tarik perhatian lelaki. Sungguh gatal dan taktahu jaga diri.

Maka, adalah seorang invisible man up up in the sky, in case ada atheist baca entry ni, aku nak sebut Allah nanti dia tak percaya pulak. So invisible man ni ciptalah satu peraturan. Perempuan kena bungkus2 lelaki tak payah bungkus.

Sebabnya perempuan kena bungkus ialah, kalau dia tak bungkus, dia akan vulnerable untuk dirosakkan oleh sejenis senjata lelaki. Sebenarnya senjata tu takdalah bahaya sangat pun. Potong kertas pun tak makan. Kalau ditoreh pun boleh berdarah nampak sangat dibuat dari kulit.

Tapi dah nature lelaki ni kuat, maka dia boleh overpower perempuan dengan mudah sekali, dua kali, tiga kali, etc. Dan jangan tak tahu. Senjata itu, kalau menembusi perempuan, berupaya menghasilkan tumor yang mampu membesar dalam jangka masa singkat. Tak sampai 10 bulan, tumor itu boleh menendang2 perut dan menerobos keluar. Siap kena bagi makan. Ngeri tak?

Eh jap tadi kata potong kertas pun tak makan. Dah tu nak tembus kot mana? Entah mana aku tahu. Ha ah laa ya tak ya jugak kan? Hummm...

Okies back to the invisible man. Invisible man ni bijak. Dia tak suruh lelaki yang bungkus. Sebab kalau lelaki bungkus2 pun, dia nak jaga dari siapa? Perempuan kalau nampak lelaki hensem, rasa nak rogol lelaki tu pun, dia nak rogol dengan apa? Dia bukan mampu.

Kalau kamu kata, eh bagus juga lelaki bungkus2. Mesti lambat dia nak bukak satu2 baju dia, tudung apa semua tu. So sempatlah perempuan lari dari dirogol. Kahkah pakai otak boleh? Kalau lelaki wajib pakai jubah dan purdah pun, kalau dia rasa nak rogol boleh ja dia ambik kayu, tak pun guna tangan ja hentak perempuan bagi pengsan. Pastu bukaklah satu2 lepas tu rogol lah.

So prevention care dilakukan oleh perempuan. Pakailah sopan dan tak menarik perhatian. Bila bercakap, suara tu jangan lunak2 sangat. Bukan nak suruh buat garau macam hantu Kak Limah tapi cukuplah sekadar tidak menggedik.

Senang ja indicator dia. Kalau bersembang dengan lelaki, perkara penting yang sepatutnya 30 saat, berlanjutan jadi 30 minit, maksudnya gedik la tu. Secara anggaran kasarnyalah.

Eh tapi ada perempuan yang memang semulajadi lemah lembut dan lunak bersuara. Bukan gedik tapi natural. Ok nak buat macam mana kan. Sediakan pepper spray dalam handbag tau dik. Just in case.

Sungguh, kalaupun perempuan pakai jubah tudung litup siap berpurdah tapi masih diganggu nak buat macam mana ek? Ok mari sini aku bagi satu analogi.

Suatu hari, Ani keluar rumah tak pakai kasut. Dia terpijak paku. Maka mak dia suruh pakai kasut. Ana keluar rumah tak pakai kasut. Tak kena paku pun. Ani keluar pakai kasut, terpijak paku jugak.

Maka kalau Ani keluar statement "Baik tak payah pakai kasut, pijak paku jugak." Adakah wajar?

Dah nampak paku, gatai nak lalu kat situ buat apa? Mata tu pulak dok kuyu sampai apa pun tak nampak dah. Sayang diri ke tak sampai semua benda nak redah ja? Kalau macam tu punya perangai, pakai baju besi pun boleh mati.

Ya macam tulah situasinya. Hijab dan menjaga aurat itu prevention. Memang mereka yang berhijab pun diganggu. Habis tu? Mari berbogel beramai2 sebab pakai hijab pun kena ganggu alang2 kena ganggu, biar bogel terus lah senang ye tak?

Ahhh bodoh. Kalau aku kata orang perempuan bodoh, tau nak marah pulak.

Cuba tengok balik yang diganggu tu adakah dia pakai hijab sempurna? Adakah dia berada di tempat yang selamat? Kalau pakai burqa pun, dok meregeh dengan lelaki tak guna jugak. Sebab tu ada orang ajar batas2 pergaulan. Ikut ke tak?

Kalau cuba nak rogol orang yang pakai macam ni, belum buka seluar dah sempat kena terajang.

Baik baik. Andai kata, semua dah dijaga. Pergaulan ok, ikhtilat jaga, berurusan dengan lelaki jika ada urusan, selalu berada di rumah, dah jaga habis la ni. Tapi kena ganggu jugak.

Ini maksudnya yang ganggu kamu itu syaitan durjana. Lelaki, sejahat2nya dia, kalau takdak pasai dia tak kacau orang. Sekeji2 lelaki, kalau kamu berpakaian sopan dan berada di tempat yang baik2, takkan dia nak pergi ganggu. Kalau dalam diri dia ada genetik jin ifrit, maka itu kes lain.

Lelaki jenis ini, layak direjam dengan batu. Tak pun buang negeri. Kita serah kepada Allah saja. Nanti pandailah Allah nak balas perbuatan keji dia tu.

eh eh jap...
Kalau pakai seksi diganggu = Sebab tak ikut syariat.
Pakai tutup aurat diganggu = Takdir?

pffft...

WHATTT?! UNFAIR!!! OHHH PANDAI NAK SURUH ITU SURUH INI!! JAGA ITU JAGA INI!!! KALAU JADI JUGAK, NAK KENA PASRAH JAA!! WHAT THE HELL?!

This is the final argument. Memang. Seriously aku pun rasa tak adil kalau kita kena ambil ini sebagai langkah terakhir. Tapi, inilah benda yang membezakan kita umat bertuhan dengan umat yang tidak.

Kita percaya apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuannya. Kita cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik. Tapi kalau jadi yang tidak baik, kita akan jadi marah dengan ketentuan. Seolah2 lupa siapa yang menentukan.

Memang kita umat Islam, kena jaga itu ini, buat itu ini, tapi bila things still gone wrong, kita akan pasrah dan bersabar atas ketentuan. Habis kamu nak buat apa? Maki tuhan?

Bezanya kita dengan orang yang tak ada Tuhan, ialah benda ni lah. Benda ini. Pasrah dengan ketentuan ni. Yang kita rasa tak adil ni. Kita, kalau benda dah jadi out of control, macam dah nak mati menanggungnya, tapi kita still percaya Tuhan ada dan sedang melihat kita. Menguji kita, dan akan memberi ganjaran atas kesabaran kita.

Tak macam atheist, bila desperate, putus asa, bunuh diri. Sebab dia tak ada the invisible man to hold on to. Kita ada Allah. So sila bersyukur menjadi orang Islam dan jangan nak hesitate sangat mengikut apa yang dianjurkan  agama.

Dan lagi satu, jangan lupa yang kita percaya adanya akhirat. Ada syurga neraka. So janga lupa yang kita boleh dakwa mereka2 yang mengganggu kita di dunia ni. Manalah tahu kamu berdosa dan si pengganggu kamu dah bertaubat dan menjadi orang soleh.

Maka nanti dakwa dia "Dia ni ganggu aku dulu." Dia jawab "Tapi aku dah bertaubat." Cakap "Tak kira tak kira tak kira." Who knows Allah akan ambik sikit kebaikan orang tu dan beri kepada kamu, ampunkan dosa kamu. So dua2 dapat kebaikan in the end. Contohnya lah.

Believe. Bukan believe contoh aku bagi kat atas tu. Tapi believe in Allah, what he told us to do and everything. He knows. And he knows best.

Kalau rajin bacalah entry2 ini. Hahaha promote entry sendiri takmalu puuiii.
Yang ini.
Dan yang ini.
Yang ini pun.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Timah In The House said...

weyh dah exam tu buat cara exam
adeyh..

kalau kena kacau gak, bagi kawen teruih
senang cerita
muahahaha
kalau kena kacau lagi lepas kawen...
wassalam la mamat yg mengacau tu..

Hikaru Yui said...

@Timah In The House aduh tajam menikam..kahkah