Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Saturday, June 16, 2012

Kita merancang, tuhan menentukan, tapi...


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Kalau dah memang masa dibazirkan begitu sahaja maka ketermangkukan itu di tangan kita. Kahkah.

Itulah apa yang berlaku hari ni. Sebenarnya aku memang jenis pembazir masa dan hari2 pun aku bazirkan masa. Cuma hari ini lain daripada hari2 lain sebab hari ini aku plan banyak benda. And obviously, it got wasted.

Betul. Selama ni, memang aku bangun pagi solat subuh, lepas tu buat aktiviti harian bila rasa kena buat. Things happen randomly sebab aku memang tak plan nak buat apa sekarang nak buat apa lepas ni.

Mungkin aku perlukan planner? Ok nanti aku beli Galaxy Note dalam tu mesti ada planner kan? Mesti tersusun hari2 aku lepas tu.

Atau sudah tibakah masanya aku memerlukan seseorang untuk membantu organise hidupku ini? Off topic! Hahah @.@

So macam yang aku cerita dalam entry lepas, exam Anatomy akan menyusul minggu depan. Tak sampai seminggu dah pun. Dalam lima enam hari saja kot. Dan aku masih belum progress. Sempat tulis entry ni maksudnya aku sedang bermalas2an dan bersenang lenang.

Entah lah oii tapi hari ni memang sangat, you know, like everything's a mess? -sigh

Aku buang masa like never before. Sebab sebelum2 ni aku berpada2 jugak la kalau nak buang masa pun. Sempat jugak baca buku dua tiga subtopik, atau buat kerja rumah bagi habis.

Hari ni, aku basuh baju dan masak, tu pun tak menjadi. Buat puteri bersiram konon. Kahkah haram tak sedap. Lepas tu aku baca buku perineum tak sampai 3 mukasurat pun. Tak sampai tiga. Aku blank, lelap, alang2 sambung qailulah terus. Lepas tu bangun pergi solat Jumaat.

Balik tu sambung masak, sambil2 main facebook, baca 9gag, lepas siap masak aku main DotA. Ambik Drow Ranger menang besar. Lepas tu makan. DotA lagi. Main Necrolyte pulak. Saja test. Menang tapi tak la sebesar Drow. Then malam menjelma. Aku tulis blog pulak. Haish.

Adakah ini maknanya masaku tidak berkat? @.@

Sebab aku ada la baca benda alah ni kat facebook. Kan orang zaman sekarang ni dah bertambah keimanan. Apa2 tazkirah share di facebook. Bagus betul. Mudah2an ada yang terkesan di hati. Tambah2 pulak akak free hair. Semoga hidayah sampai.

Kalau tak sampai jugak, pergi kawen lepas tu dapat anak letak nama Hidayah. Kalau lelaki letak nama Hadi. Haaa maka dapatlah kamu hidayah percuma. Barulah boleh pakai tudung kan? Hidayah dah dapat kan? Tak tutup aurat sebab tunggu hidayah konon. Lame excuse as ever.

Berbalik kepada isu aku yang masa tak berkat ni, ialah disebabkan aku baca antara tanda usia tidak berkat ialah masa banyak habis begitu saja. Dia bagi empat tanda sebenarnya tapi setakat yang aku tilik2 pada diri ini macam ok lagi lah yang awal2 tu.

Tapi sampai yang keempat tu, memang zuuppp kena tepat di dada. Contoh yang dia bagi pun sangat tepat dan padu, persis, dan jitu. Games, facebook, movie, lagu, all those stuff I've been indulging myself with.

Hari2 lain aku buat jugak benda2 tu tapi tak sampai menyebabkan aku rasa OH MY DAY IS WASTED!. Hari ini aku rasa. And it feels bad. Really bad. Dan tak tahulah nak buat macam mana.

Nak korbankan keseronokan tu memang payah lah. Tak boleh kah kita nak get the best of both worlds? Ececeh macam lagu Hannah Montana lah pulak.

Actually I did random things. That's the truth.
Ampunkan aku ya Allah. Janganlah tarik berkat dari hidup aku tau okbai.

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...