Pemollow

THYB on Facebook

Friday, June 1, 2012

JOM Pakai Tudung (revised edition)


Assalamualaikum. Hye.

Oleh kerana akta keterangan yang baru dipinda dan aku baru tahu tadi sebab ada orang share di facebook, maka tak bolehlah nak gigih menulis pasal KPOP yang sedang hangat diperkatakan ramai. Nak jugak aku tulis panjang2 tapi mode examlah katakan, maka boleh publish draft saja.

Memang itu pun plannya. Untuk meminimumkan masa blogging, maka publish draft cukup. Tapi 5 hari aku tak update blog just reply komen ini sangat bagus menunjukkan aku boleh study tinggal blog demi pelajaran.

Padahal aku dok kelebek facebook dengan 9gag. Kahkah sila luku kepala aku beramai2 secara maya. Kalau luku real, aku balas balik. Here goes. Memandangkan buat masa ini tak boleh sentuh politik bagai, kita cerita pasal topik ini je lah yer.

Entry ini aku tulis selepas membaca entry ini. Sila ambil perhatian, tudung dalam entry ini merujuk kepada hijab seluruhnya. Untuk (lelaki dan) perempuan khususnya.

Masa tu baru2 lagi tulis entry so bahasa tunggang-langgang dan sengal sikitlah. Dengan segala ke-fancy-an yang ada. Sakit hati nak baca. Haha.

Mari aku tulis semula dengan beberapa tambahan, ejaan penuh, extra twist, serta approach yang lebih direct. Here goes...

Entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik. Entry ini umum. Tetapi memang diharapkan agar entry ini dapat diterasakan oleh segelintir pihak yang bajet best mudah2an berubah. Jangan cakap pasal hikmah atau sinis. Nabi dah berdakwah sehabis hikmah pun masih kita tak ikut. Dan kalau benda aurat pun tak jaga, rasanya pendedah2 aurat sekalian lebih sinis dari aku. Aku sinis dengan mereka. Mereka sinis dengan Allah. *If art is to artist, and artist is to artis, then sin is to sinist, and sinist is to sinis. Understand?*

Allah telah berfirman dalam Surah At-Tiin. Manusia dicipta dalam sebaik2 kejadian. Jadi semua orang itu sempurna. Baik. Tak kiralah apa yang dibuatnya.Atau dipakainya. Tidak timbul isu siapa baik dan siapa jahat. Kita sedang membicarakan antara yang baik dan yang lebih baik. Memang nyatalah perempuan bertudung lebih baik dari yang tidak.

Mungkin ramai yang akan argue tentang adakah kebaikan dinilai melalui tudung? Sedangkan banyak perempuan2 bertudung tetapi jahat hati, mulut berpuaka, kurang ajar, couple, dan yang lebih dahsyat membeza2kan antara yang bertudung dengan yang bertudung. Sedangkan juga ramai perempuan2 yang tidak bertudung tetapi berbudi bahasa, solat, hormat ibu bapa, isteri yang baik, dan kawan yang setia.

Itu benar. Tudung tidak dapat menutup busuknya hati. Tetapi jangan lupa, ada juga perempuan bertudung yang berhati baik. Perempuan bertudung yang berbudi bahasa, solat, hormat ibu bapa, isteri yang baik, dan kawan yang setia. Ada juga perempuan tidak bertudung yang jahat hati, mulut berpuaka, kurang ajar, couple, dan yang lebih dahsyat membeza2kan antara yang bertudung dengan yang bertudung.

Ada yang berkata saya selesa tidak bertudung bahkan suami saya suka saya tidak bertudung. Wahai, taat suami itu wajib. Tetapi taat Allah lebih2 lagi wajib.

Aurat itu hal yang kecil tetapi menjadi besar kerana kita berurusan dengannya sehari2an. Setiap hari kita bercampur dengan orang ramai. Aurat mesti dijaga. Lelaki mahupun perempuan, telah ditetapkan had aurat yang tertentu. Aurat lelaki dari pusat hingga lutut dalam semua masa dan keadaan tetapi aurat perempuan berubah2 dan yang paling biasa ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Perempuan sangat sinonim dengan kasih sayang. Segala2nya yang lembut, halus, dan cantik selalu dikaitkan dengan perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki. Sifat cinta yang ada dalam diri perempuan menjadikan mereka lebih setia dalam perhubungan. Tetapi sedarkah yang dalam diam, mereka mengotori kasih sayang yang ditinjukkan? Mungkin tidak sedar.

Menjadi perempuan itu indah dan menggoda. Oleh kerana terlalu mudah untuk perempuan itu membinasakan atau dibinasakan dirinya sendiri, maka diwajibkan kepada lelaki untuk memimpin mereka agar selamat, atau sekurang2nya tidak terang2an binasa.

Dosa seorang perempuan sebelum berkahwin ditanggung oleh ayahnya. Sesudah berkahwin nanti, akan ditanggung oleh suaminya pula. Jika tidak bertudung, dan hidup setiap hari dengan menambah dosa mendedahkan aurat, bayangkanlah berapa banyak dosa ditanggung dua lelaki itu? Tidak cukup ayah dan suami menanggung dosa, seorang perempuan akan menarik saudara lelaki dan anak2 lelakinya pula.

Di manakah kasih sayang?

Jika perempuan menyayangi keluarganya, dia akan sedaya upaya menjaga diri daripada melakukan dosa dari jenis ini kerana tidak menutup aurat ialah dosa yang sangat ringan. Jika dosa itu seperti batu, tidak menutup itu seperti pasir. Ringan, kecil, dan selalu diabai2kan.  Seorang perempuan yang mengaku sayang akan suami dan anak2nya, saudara dan ayahnya, tetapi selesa ke sana ke mari menunjukkan aurat kepada yang tidak berhak sebenarnya telah melakukan violation yang sangat keji.


Ya kalau aku kata perempuan tak pakai tudung tu keji boleh tak? Haha.

Memang bukan tugas aku untuk menilai. Tetapi aku manusia. Aku melihat yang zahir dan aku berhak menilai yang zahir. Sebagaimana aku dikatakan macam2 bila menulis tentang hal ini, aku tak kisah kerana memang aku menzahirkan begitu. Nilailah aku melalui yang itu.

Dan benarlah Allah itu maha pengampun. Syurga Allah lebih luas dari nerakanya. Tetapi ingatlah keampunan itu untuk orang2 yang layak. Sekurang2nya hal aurat itu, sempurnakanlah.

Bab nak pakai tudung apa, fesyen atau tidak, labuh atau singkat, itu bukan hal aku. Seperti orang bersolat sama ada khusyuk atau tidak, baca fatihah atau tidak, itu bukan hal aku. Itu hal dia dan Tuhan dia. Tetapi jika dia tidak solat, aku jadi terlibat. Samalah dengan isu tudung. Aku tidak berhak menilai tudungnya. Tetapi jika tudungnya tak ada, aku boleh bersuara. Melalui penulisanlah. Setakat masa ini, ini saja yang aku mampu.

Tak perlulah memikirkan soal perlu atau tidak bertudung, atau apakah penerimaan kawan2 dan keluarga dengan tudung kamu. Hiraukan nasib sendiri. Dan nasib ayah, saudara lelaki, suami, dan anak2 lelaki yang dilahirkan atau bakal dilahirkan dari rahim kamu.

Kalau kamu tidak mahu bertudung atas alasan apa pun, aku doakan umur kamu panjang agar sempat juga bertudung. Atau umur pendek supaya tidak terlalu lama kamu hidup mempamerkan aurat yang Allah wajibkan untuk kamu tutup. Mana satu yang lagi best?

Dan sebenar2nya, tiadalah satu alasan pun untuk menidakkan kewajipan. Bertudung bukannya seperti umrah dan haji yang memerlukan kemampuan luar biasa. Hanya sehelai kain untuk menutup rambut, kepala, dan tengkuk serta belahan leher baju. Dipakai dengan pakaian yang sesuai dan mematuhi tuntutan. Susahkah?

Seronokkah berpakaian yang cantik pada manusia tetapi membawa kemurkaan tuhan? Tahu, tapi sengaja menolak. Kerana apakah? 

p/s :: Jangan tiru artis. Mereka bertudung sebab pengarah. Bertudunglah kerana Allah.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Faiqah Umaira said...

Alhamdulillah, padat sunnguh entri ni. Moga2 yang membaca timbul kesedaran dan semoga Allah merahmati usaha Yui untuk mengajak mereka menutup aurat :)

Hikaru Yui said...

@Faiqah Umaira amiin =p

TecerWidad said...

Tak pakai tudung tak dosa..yang penting tutup aurat.

Macam orang mai rumah tecer dan ada baldi di tangan, maka baldi itulah yang dibuat tutup kepala.


Rasa sangat comel time tu -___-

Hikaru Yui said...

@TecerWidad kahkah.. buat sungguh ka? xleh nak bayang camna =p

TecerWidad said...

Sungguh laaaa

Hikaru Yui said...

@TecerWidad tetap xleh bayang

*mana buleh dok bayang2 anak dara org.. haram oo*

=.=