Pemollow

THYB on Facebook

Monday, June 4, 2012

God knows all, but it's okay to be more specific anyway.


Assalamualaikum. Hye.

Ok musim2 exam ni kena banyak berdoa.

Haritu aku ada baca status cikgu aku ni. Aku rasa cam menarik dan nak la tulis entry pasal tu. Siap inform cikgu aku tu lagi habaq kata nanti teacher mai baca taw...kahkah punya la excited nak menulis waktu tu. Sekali pressure gila aku main dota je tak tulis apa pun.


Then tetiba rasa macam nak tulis.

Ok camni. Status teacher aku tu cakap pasal doa kita kepada Allah. Instead of mintak something as a whole, umum, dan terlalu general idea, apa kata kita mintak sesuatu yang lebih khusus, lebih senang nampak, dan lebih jelas.

Ia akan bagi kita satu semangat dan as if ada jalan la nak dituju kalau kita mintak dengan Allah secara detail instead of gitu2 ja.

Contohnya kan, kalau kita mintak "Ya Allah bagilah aku cerdik kepala otak nak exam esok lusa."

Why not make it "Ya Allah, bagilah aku cerdik kepala otak baca physio senang faham nak exam esok lusa aku target jayyid habis rendah kalau boleh nak jayyid jiddan."

Kahkah ini contoh aku la. Aku nak exam ni esok lusa. Sila doa2kan tau. Secara spesifik. Hehe.

Maka kalau aku dah mintak nak pass physio, takdalah aku nak pulun tengok movie marathon. Walaupun 3 minggu lepas aku khatam cerita xxxHOLiC sampai habis tak sempat tunggu cuti summer pun.

Begitu juga kalau minta diampunkan dosa. Instead of "Ya Allah ampun2kan dosa2ku yang lalu" apa kata kita mintak "Ya Allah ampunkanlah dosa aku mengumpat kawan aku, dosa aku tengok cerita lagha, dosa aku solat lewat waktu, dan dosa aku abaikan pelajaran" misalnya.

Maka lepas tu, kita nampaklah sikit apa yang kita dah mintak Allah ampunkan dan mudah2an dia ampunkan, dan kita pun akan berusaha la nak elak dari melakukan kesalahan yang sama berulang2 kali.

Haaa yang ni best. Kita selalu doa "Ya Allah bagilah aku jodoh yang baik, yang beriman, dan yang beramal soleh pandai masak pandai bergurau lawa sedap mata memandang pandai mengaji blablablabla" sampai tak menang tangan kalau nak dicatatnya.

Jadi kalau ada berkenan di hati, doa je lah macam di atas dan tambah sikit lagi "Ya Allah jodohkanlah aku dengan si dotdotdot sebab aku suka sangat dia tu tapi kalau takda jodoh takpa lah orang lain pun boleehhh."

Ya Allah, jodohkan lah aku dengan dotdotdot. Amiin.

Doa ni, macam sembang dengan Allah. Kita kalau mintak duit dengan mak, kita sebut ja "mak nak duit" so nampak macam tak mesra gitu. Cuba kalau "mak nak duit nak beli buku matematik cikgu kelas suruh beli dia kata blablabla" maka mak kita pun dapat semua info yang diperlukan dan lagi senang la nak bagi kan.

Well kalau main mintak duit je entah2 kita pergi beli rokok ke apa mak kita pun jadi suspicious kan? Hehehe.

Las but not least, kita mintak keampunan Allah dan dijauhi dari azab api neraka. Dan kita minta syurga. Dulu ustaz aku pun pesan kalau nak mohon syurga, mohonlah Firdaus. Something like that la. Hadis nabi kalau tak silap aku. Sila check.

Sebab tu ada orang kata zikir ilahi lastu lil firdaus tu tidak boleh diamalkan. Tapi yang itu pun sebenarnya perbezaan pendapat saja. Zikir tu bukan nak kata kita tak mau masuk syurga tapi sebagai malu kepada Allah. Tell me, siapa yang rasa dia layak masuk syurga dengan amalan dia?

Tapi kita berhak mintak. Allah yang kata mintak lah kat aku, nanti aku bagi (40 : 60) siap ada sambungan belakang tu kalau kita sombong dengan Allah nanti Allah murka. Maka mintaklah banyak2 sebanyak yang mungkin.

Bukan susah pun berdoa. Mulakan dengan pujian2 kepada Allah sikit, selawat nabi sikit, dan berdoalah. Habis malas doa ja dalam bahasa mudah macam bersembang dengan Allah. Boleh ja macam tu pun.

Cumanya doa ni, bukan Allah jawab on the spot untuk semua keadaan tau. Kadang2 lambat sikit. Biasalah bukan kita seorang saja yang reti berdoa. Kadang2 masuk dalam waiting list. So bersabarlah.

Mitak tolong dengan cara sabar dan solat. (1 : 45) Jangan lupa tu.

Atau sebelum doa kita dimakbulkan tu, macam2 benda kita kehilangan. Percayalah yang Allah nak bagi sesuatu kat kita besar nak mampus sampai kita kena kosongkan tangan dulu sebelum dapat. So jangan putus asa dengan doa. Keep on praying and believing.

Oh just in case, silalah berdoa dengan bersungguh2. Aku agak nanti ada orang yang tak setuju dialog2 aku guna dalam entry ni yang nampak macam main2 pulak masa berdoa. Aku berpendapat, doa ni ada dua masa dia.

Kalau lepas solat tu nak berdoa memanglah kena serius. Ada pernah kamu nampak orang bagi salam pastu baca doa gelak2 ke?

Tapi kalau tengah berangan sorang2 nak jadi jutawan, then nak doa agar Allah mudahkan urusan kerja dan luaskan rezeki sambil2 teringin itu dan ini apa semua tu, you can make it as if you're talking to him.

Curl your hands, smile at the sky. Talk with him as if you hear him replying. And indeed he listens to every single word you talking. Pray, God listens to your prayer.

Tuhan tak marah aih. Dia maha penyayang. Dia cool kalau kita nak melawak2 pun. At least that's how I see him. Correct me if I'm wrong by the way.

Physio nanti dalam 10 jam lagi (waktu tempatan Mesir) sila doa2kan saya dan kawan2 agar dapat jawab dengan lancar.

Doa secara spesifik tau hehehe okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

8 comments:

Zida said...

Ya Allah, kau permudahkan si blogger ini menjawab paper Physio esok dan kau permudahkan si pengomen ini menjawab paper Biochem Rabu ni. Berilah kami kejayaan sekurang-kurangnya jaid jiddddddan! Amin!

mohon aminkan :D

Hikaru Yui said...

@Zida amiin...

hehe thanks =p

Timah In The House said...

bab jodoh tak ketinggalan punya..hahahaha. adeyh

Jadi kalau ada berkenan di hati, doa je lah macam di atas dan tambah sikit lagi "Ya Allah jodohkanlah aku dengan si dotdotdot sebab aku suka sangat dia tu tapi kalau takda jodoh takpa lah orang lain pun boleehhh."

ni lawak
ni lawak...

hahahaha

tapi takpala

"Ya Allah, moga Kau limpahkanlah segala rahmat-Mu ke atas blogger ini dan bantulah dy memberi idea ketika menjawab exam physio esok."

Amin ya rabb

Lekaih kata amin... :P

Hikaru Yui said...

@Timah In The House amiin...

hehe thanks =p

eh sama patern la plak replynya.. kahkah

Faiqah Umaira said...

Bak kata yui, doa macam sembang dgn tuhan. Tapi jgn lupa letakkan diri dan hati kita serendah-rendahnya kerana kita hamba yg sgt kerdil dan Dia Maha Besar.

P/s: Jgn risau,bukanke Allah dah berfirman, berdoalah, nescaya aku perkenankan :)

Hikaru Yui said...

@Faiqah Umaira betul tu =p

Nurul Syuhada said...

kalau doa dalam bahasa sendiri ynag kita faham tu lebih baik rasanya sebab apa yang kita minta tu kita ikhlas... :D

Hikaru Yui said...

@Nurul Syuhada kan? dan lg snang nak mintak apa pun boleh =p