Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, May 13, 2012

Selamatkah Hari Ibu?


Assalamualaikum. Hye.

Entry sempena Hari Ibu. Aku buat tajuk yang lain dari yang lain supaya orang tertarik nak baca. Kan tengah hot sekarang ni topik Hari Ibu haram disambut kerana diambil daripada ibu dewa iaitu Rhea. Kenapa tak kata Gaia terus? Dia tu dah la Titan lagi dewa dari dewa.

Aku rasa ramai dah ulas pasal benda ni jadi aku malas nak cakap banyak. Kalau pun nak cerita pasal ni nanti2lah kot. Sekarang kita nak happy2 takmau discuss benda2 stress. Kononnyalah.

Aku post ni pada waktu ini sebab yang aku amalkan Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Tak kisah berapa haribulan. Kan banyak pendapat pasal benda ni taktahu pulak aku pendapat jumhur paling rajih berapa haribulan. Aku pun tak pasti. Main taqlid saja ni.

Indeed. Just sometimes (mostly) it is not shown. Hehee.

Selamat Hari Ibu kepada ibu2 semua especially mak aku sendirilah. Walaupun ibu2 kita garang, tapi garang penuh kasih sayang gitu.


And the warmest blanket is mother's embrace. Dulu masa kecik2 aku selalu tidur dengan mak aku. Sebab takut nak tidur sorang2 dalam bilik. Kalau nak jugak tidur dalam bilik mesti buka lampu. Aku ingat lagi bilik aku ada lampu tidur warna biru. Abang aku tak boleh tidur kalau buka lampu. Aku pulak tak boleh gelap terus. So lampu kecik tu kira win-win la.

Aku suka main tangan mak aku dulu. Sampai mak aku kata nanti masuk asrama kena bawak tangan palsu. 

Eheh nak sebak2 sikit sambil melayan perasaan kumpul feeling nak sambut Mother's Day? Tengok video ni. pastikan tengok sendirian supaya dapat extra feeling. Nak tacink sampai nanges2 pun boleh. Lepas tu sila pergi dapatkan ibu anda.


Then aku ada letak video ni sebab nak share dengan siapa yang belum tengok. Sebenarnya ni entry draf tahun lepas. Lama dah video ni tapi aku rasa sangat mengharukan dan lawak at the same time.

video


Nice kan? Haha so sapa2 yang homesick ka apa boleh la tengok.

The description says it all.
My mak dearest, Aziziyah binti Ahmad. 
Semoga bahagia selalu dilimpahi rahmat Allah. Adik mintak maaf banyak2 kalau selalu buat salah kat mak dan malas tolong buat kerja rumah. Hehe.

*ADDED*


Exam Biochemistry practical on the go.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

gud luck exam. btw, video tu sangat nice. :)

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim thanks =p=p

umairah^_^ said...

huuu... da dkt2 exam ni lagi la teingat kt mak.... sob3.. :(

Hikaru Yui said...

@umairah^_^ xpa..tambah semangat =p

Kayun.Zack said...

comey gmbq mak hg senyum lebaq tu. hee

Kayun.Zack said...

eh btw ak tidoq ngan mak ak smpai la. hehe

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack sebab tu aku pun comey...hehehee

bgus..kemesraan berpanjangan..