Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum. Hye.

Alhamdulillah. Setakat hari ini masih belum ada penyebaran artikel atau hujah2 pengharaman Hari Guru. Maka bolehlah sambut.


googled... sila pandai2 imagine 2010 tu ialah 2012. Malas nak edit. Hehe

Mari ucap tanpa perlu risau akan masalah aqidah. Bukan apa. Sekarang ni kena berhati2. Zaman fitnah berleluasa. Semua kena kaji semula. Sekejap2 halal, lepas tu haram, lepas tu halal balik, lepas tu haram pulak. Entah2 blogging pun haram hukumnya. Kahkah.

SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik. Semoga terus dedikasi menjalankan amanah.

Ni nak cerita pasal cikgu2 aku di waktu muda. Beberapa cikgu2 aku yang aku ingat. Yang lain pun aku ingat jugak cuma yang ada ni ialah special case. Hehe.

Ustazah Kamariah - Cikgu aku yang paaaling pertama selepas mak aku. Ustazah TASKI AMBIM Taman Makmur. Ustazah ni takdalah kamceng dengan aku sangat pun cuma sebab cikgu first kan. Kena la highlight. Ustazah banyak ajar aku doa2 harian. Malangnya aku yang banyak lupa.

Cikgu Jumaah - Cikgu masa darjah satu di SK Sungai Seluang. Aku ingat lagi sepanjang2 tahun tu gikgu sangat baik tapi ada sekali tu cikgu maranh satu kelas. Sebab tak bawak buku aku ingat lagi buku L1 iaitu buku Latihan 1. Aku tak faham macam mana cikgu boleh jadi garang gila tetapi setelah mempelajari Sains Tingkatan 3, aku rasa aku boleh relate. Hehe.

Cikgu Nazirah - Cikgu Muzik. Aku tahu clef treble tu apa kebenda sebab cikgu ajar. Cikgu juga train team boria sekolah aku. Waktu itu, tiada pertandingan boria peringkat PKG. Kalau ada konferm2 sekolah aku menang. So terus masuk daerah. Hebat tak hebat Cikgu Nazirah ni.

Teacher Lin - Nama penuh teacher ialah Roslindawati. Waktu tu tv3 tengah popular dengan cerita Rosalinda ayam mor ayamor. So budak2 panggil teacher Teacher Rosalindawati. Teacher ajar satu lagu best iaitu A Thousand Miles. 

Teacher Punitha - Cikgu Bahasa Inggeris paling garang dalam sejarah hikayat senior. Masa darjah enam aku kelas dengan teacher ni. Tak la garang pun. Baik ja. Mesti batch2 lepas tu jenis suka buat masalah sebab tu teacher jadi garang. Kahkah.

Cikgu Intan - Seorang lagi cikgu muzik. Cikgu ni ajar lagu Que Sera Sera. Anak cikgu nama Awatif seorang yang ganas, kasar, lagi kacak tetapi perempuan. La ni dah lost contact. Adakah Awatif sudah menjadi gadis jelita? Jeng jeng jeng.

Cikgu Rozidah - Cikgu maths. Sekali tu satu kelas drop markah ke bising dalam kelas entah cikgu denda pergi cium dinding. Cikgu juga train aku untuk pertandingan bercerita. Tak menang pun sebab aku tak pandai bercerita. Story telling aku terer la. Rumah cikgu ni sebelah sekolah ja. Sekarang ni dah pindah ke tak tahulah. Aku pernah mimpi cikgu ni dan aku cerita dalam entry ini.

Ustazah Junaidah - Ustazah ni duduk di Taman Makmur. Sekarang ni dah pindah kot. Kenangan aku dengan ustazah ialah masa aku dibuli sewaktu darjah satu, jatuh dalam lopak masa tengah hujan, ustazah la yang tolong cari baju ganti apa semua. Mawa tu crybaby lagi. Kahkah.

Actually banyak lagi sebenarnya. Dan aku baru teringat yang aku pernah tulis dah dalam entry ini. Tapi masa ni aku masih tak matang menulis. Ececeh sebab tu bercampur habis segala besar kecik warnawarni segala kan?

Waktu sekolah menengah pun cikgu2 baik semuanya. Nanti2 aku tulis pasal cikgu sekolah menengah pulak okies. 

Selamat hari Guru okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

aLong baik said...

aww.tak matang lg rupanya

Kayun.Zack said...

ingatan solihin sgt kuat. hihi. aku

Hikaru Yui said...

@aLong baik haih apa plak yg xmatangnya?

Hikaru Yui said...

@aLong baik haih apa plak yg xmatangnya?

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack kenapa komen hg mcm ayat xlengkap? hahah

Kayun.Zack said...

haah la. haha. ak nk kta ak xdpt igt sgt smpai tera tu. hihi

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack hahah tah lah maybe sebb aku rasa bnda tu event penting kot =p=p=p