Pemollow

THYB on Facebook

Monday, May 7, 2012

Mahashitswa


Assalamualaikum. Hye.

Aku tahu video ini dah lama. Dan benda ni pun cerita lama. Maybe dah ada resolution pun. Tapi semasa aku sedang bermuram durja mengenang nasib aku yang kurang membaca, tak cakna isu semasa, dan kurang semangat juang, aku tengok video ni dan menarik nafas lega.

Sekurangnya walaupun pointer aku bukan 4 flat dan gred peperiksaan akhir aku cuma gred 3, aku tak bodoh. Aku tak buat benda yang buat aku rasa macam aku pandai padahal sebenarnya bongok bangang bodo piang.

Siapa kata ini semua perjuangan, maka dia pun sama bbbp.

Ni nak klasifikasi sebagai apa ni? Demo jugak ka? Ok kalau nak panggil demo, demolah. Cumanya aku percaya semua orang faham dan yakin nak berdemo kena ada prosedur dia, ada pemimpin dia, ada segala mak nenek yang aku pun tak faham jadi malas nak cakap banyak.


Yang ini siapa yang buat? Gemuk tu? Gemuk yang mulut macam lahanat tu? Aku pun lahanat juga tapi sekurangnya aku tak lahanat dengan orang tua. bbbp sungguh.

Tengok dari mula sampai habis, aku rasa apa yang dipamerkan oleh mahasiswa2 ini ialah kebodohan. Pure stupidity. Sorry to say but it's the ugly truth. Kalau inilah cara mereka berjuang, sampai kiamat pun takkan ada kemajuan.

Dan apa yang diperjuangkan pun agak (sangat) bodoh sebenarnya. Sebab tak kena cara.

I know well PTPTN itu sangat membebankan dan riba yang ada sangat tinggi serta tak munasabah, munasarawak mahupun munawilayahpersekutuan or whatsoever. Malah aku sokong pendidikan percuma walaupun secara realitinya, sangat susah nak dilaksanakan di Malaysia.

Mereka minta mansuh PTPTN dan mengikut setakat apa yang aku baca, mereka menggesa supaya pinjaman itu tidak dibayar balik. Kalau salah betulkanlah.

Tapi kalau betul itulah apa yang mereka mintak, maka please pergi KB Mall terjun bunuh diri je lah. Tak layak hidup orang macam ni. Kalau fight for free education, tak bayar hutang is a different story. Lawanlah. Pejuangkanlah mansuh PTPTN.

Tapi bagi mereka yang dah buat pinjaman tu, kena la ikut syarat2 dan peraturan yang sedia ada. Perubahan tu untuk generasi kemudianlah.

Ni tak. Mintak halal hutang pulak. Ingat sepuluh ringgit ke apa? Dah dapat beribu2, beli henset baru, belanja awek, keluar enjoy, beli buku pakai kupon, tu pun bukan buku teks tapi novel. Then suddenly nak fight supaya mansuh PTPTN sekali hutang2 kau sekali? Banyak sungguh lemak kau. Taknak buat liposuction?

And when they ask for their debt to be undone, nampak sangatlah mereka berjuang untuk diri sendri dan bukannya untuk kepentingan bersama pun. Shame shame shame.

Dan aku sangat tak puas hati bahkan sedih kalau mentaliti mahasiswa Malaysia macam ni. Especially yang gemuk mulut lahanat tu. Dia mahasiswa ke? Kalau ya, aku agak dia patut balik sekolah menengah, belajar dalam aliran Sains Agama supaya dia dapat mendalami adab dan akhlak. Taklah bbbp sangat bila dah besar.

Aku harap yang join demo ja perangai macam ni. yang dah balik atau tak join bagus. Walaupun kamu sempit pemikiran, tak faham perjuangan, dan tak memikirkan kepentingan rakyat, sekurangnya kamu tahu hormat orang tua.

Hak berhimpun kepala hotak kau. Kalau orang buat khemah depan rumah kau, atas alasan hak berhimpun, kau nak kata apa? Sama lah di sini. Rumah kau pandai pulak nak kata ini hak persendirian. Habis dataran tu hak bapak kau ke?

Pegawai2 DBKL tu dah suruh bersurai. Kau taknak. Bagi masa. Pun taknak.

Mari aku nak tanya. Kamu nak mansuhkan PTPTN. Berkumpul di Dataran Merdeka. Lepas tu selepas beberapa hari, orang pun dah get the point la. So balik lah. Sambung buat assignment ke apa. Sampai orang DBKL datang tu maksudnya ada lah apa yang tak kena.

Dengan tak ada permit dan atas alasan hak berhimpun yang diulang berapa kali pun aku tak tahu. Are you sure you will be heard? Kalau aku jadi kerajaan, aku cari sampai jumpa siapa yang buat kecoh tu, drop him from school. Orang bagi sekolah untuk belajar, dia nak berdemo sangat.

Boleh cari makan kot buat macam tu? Khemah, then duduk2, then jerit2, then buat banner, then lukisan atas kertas and stuff, then mintak PTPTN mansuh.

Sangat bermanfaat, produktif, menjana insan cemerlang, dan inilah pemimpin harapan bangsa. Bila ada orang nak cabut khemah, main keliling2 macam budak tadika. Oh pemuda harapan bangsa. Kamulah tunggak kewibawaan negara di masa hadapan. Hak ptuih.

Kalau ya pun nak gunakan kebebasan bersuara, hak berhimpun so you call it, boleh tak buat dengan cara yang tak buat orang sakit hati? Bukan lebih dari sehari dua ke berhimpun macam tu? Mereka ni nak berkhemah sampai bila? Sampai cuti semester? Lepas tu balik rumah terus. Heavennya hidup.

Fine, PTPTN memang menyesakkan nafas. Jadi aku rasa benda ni takkan jadi maslah kalau faedah yang tinggi nak mampus tu dikaji semula. Kalau nak buat sebagai cas perkhidmatan, make it a fixed amount. Contohnya cas perkhidmatan untuk satu semester RM 100. Kalau guna percentage, itu bukan lagi cas perkhidamatan namanya. Itu riba. Sekali lagi betulkan kalau aku salah.

And as for pendidikan percuma, kalau semalam mimpi hari ni baru nak cadang esok nak terus laksanakan, aku cadang kau pergi beli roket, cari planet sendiri dan buat lah apa yang kau nak. Sini bumi. Semua tempat dah ada penduduk dan setiap penduduk obey certain set of rules. Tak boleh main langgar ja.

Aku rasa kerajaan mampu bagi free education dengan cara support yuran universiti. Tapi buku, duit makan, penginapan all stuff, bayar sendiri. Ok buku dan penginapan mungkin boleh sediakan peruntukan khas. Sebab kalau semua kerajaan nak kena tanggung, dah tu gaji mak bapak nak buat apa? Simpan dalam tabung buat beli cincin macam Rosmah?

For the needy, adakan skim untuk pembiayaan penuh. Letak la syarat2 kecemerlangan ke apa. Bagi yang boleh afford, tak payah gedik nak semua orang bagi. Dah la semua nak mintak, nak free pulak tu. Amboi ambi amboi bak kata Azwan Ali.

Aku sendiri dapat biasiswa penuh. Memang heaven la. Dan rasa jahat pulak sebab tak belajar betul2. Cumanya nak kata, rezeki masing2lah. Tak semua boleh dapat biasiswa. Jadi kalau nak perjuangkan free education supaya semua orang boleh belajar tanpa risau kos yang membebankan, baguslah aku puji.

Cuma bukan fight untuk tidak bayar hutang. PTPTN tu satu benda yang baik sebenarnya. Perlu kaji semula saja. Kalau nak mansuh pun hutang2 semua mana boleh kira halal gitu ja. Tak adil la kepada generasi kemudian yang maybe perlu pinjaman tu dan sanggup bayar balik.

Ha ah kan. Sanggup tak sanggup ja sebenarnya kes ni. Sanggup pinjam sanggup bayar, atau sanggup pinjam tak sanggup bayar. Aku rasa golongan kedua tu lah yang dok fight ni. Maaflah aku prejudis. Sila komen banyak2.

The main point is, aku nak kata kalau betul2 kamu perjuangkan kebenaran, orang yang tengok takkan rasa benci. Kalau aku yang susah nak benci orang ni tengok video tu pun rasa nak menyumpah2, maknanya memang ada something wrong la.

Cuba compare dengan BERSIH. Ada orang meluat? Semua sokong. Kalau ada pun yang anti BERSIH, itu semua political views variation sebab yang buat BERSIH tu mostly pembangkang.

But as for education, everyone should be neutral. Biarpun saifulislam kata jangan duduk tengah2 aku tetap rasa certain things should remain not deviated.

Kalau yang berhimpun tu masing2 cemerlang nak mampus dapat dean list 4 flat apa semua, maka aku akan respect. Pergilah turunkan gambar orang ke, buatlah apa pun. Orang kisah jugak tapi tak kisah sangatlah. Sebab dah pandai. Budak cemerlang katakan. Ada perangai dia.

Kalau yang berhimpun tu masing2 serupa aku ja result cukup makan, berkokok ja lebih, aku cadang pergilah tawarkan diri di rumah2 di taman perumahan untuk jadi tukang kejut bangun subuh. Ada jugak faedahnya.

So please tell me. Apa kesudahan mereka ni? Dapat ke apa yang dimintak? Kalau dapat, Alhamdulillah. Dan seriously, mampukah kerajaan kita nak laksanakan free education?

Kalau tak dapat, pergi balik rumah, mintak ampun dengan mak bapak. Memalukan sangat ni aku tengok. Kalau anak aku buat macam ni nanti, aku tambat kat pokok lepas tu letak kerengga dua tiga ekor. Bukan apa. It's very distinguishable between structured battle and the blind pig ones with extra bbbp.

Aku dah kata, rakyat Malaysia ni masih perlu belajar demo bukan setakat dari youtube videos demo di negara2 timur tengah tu ja. Kena belajar seni2 dia. Kalau nak demo tak ketahuan hala, jadi macam ni lah. Tak aman, banyak interference pihak luar, dan paling ketara, orang tengok jadi annoying, meluat, dan menyampah.

Sorry for the not so harsh words. I just hate it when a person act that way. My bad.
okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

8 comments:

Muhammad Iqbal said...

malaih baca entry emo..

kahkah, melawak ja :p

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal emo? no i'm cool..tp mmg xsuka sungguh la klu org jenis camtu..

penyabaq pun boleh meletup oo =p

Kayun.Zack said...

hee, aku suka baca komen2 ayah ang.

ak pun xcakna jugak isu semasa kdg2. d ipg x perlu bayar yuran pengajian solihin. n elaun disediakan. hee.

pelengkap rusuk kiri said...

lupa diri. dah sedap pakai PTPTN.. xnak bayar :P

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack haha..best la klu cmtuh =p

Hikaru Yui said...

@pelengkap rusuk kiri huhu..kan? sbb bnda tu pinjaman..so kena la ikut syarat2 dy smua tu

Timah In The House said...

y don't you do entry bout ambiga
I'm curious bout her
okbai
thank you very much :)

Hikaru Yui said...

@Timah In The House oh i know not much about her... bukan dah byk ke share kat fb? ahaha