Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Friday, May 4, 2012

Ikhlas dan Hijab


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Tulisan ini sebagai nak respons kepada tulisan seseorang. Bukan aku nak retaliate ke apa cumanya aku nak komen tapi tadi dah jadi panjang sangat. So aku tak mahu menyemak la kat situ. Alang2 aku expand jadi satu entry teruslah.

Haaa bukan nak retaliate ok. Saja nak bagi pendapat lah kang nanti terasa pulak.

Ok pasal hijab ea? Memang isu sensasi ni. Sampai kiamat pun aku rasa sensasi lagi. Sebab isu ni tak habis didebatkan oleh masyarakat secara tidak rasmi. Apa maksudnya? Lihatlah di sekeliling kita. Especially Malaysia negara tercinta.

Bila ada yang tak berhijab itu maksudnya dia hidup sambil merasakan yang tidak berhijab itu ok. 
Bila ada yang berhijab itu maksudnya dia hidup merasakan yang berhijab itu ok.

Ramai yang guna alasan ikhlas. Ramai yang merasakan tak berhijab itu bukan sebab nak melawan tuhan tapi sebab tak ikhlas. Seriously aku ingatkan artis2 ja guna alasan ini. Alasan yang sangat LAME. 

Ikhlas itu dalam hati. Sebagaimana kita taktahu kita ikhlas atau tidak melakukan sesuatu, macam itu juga lah kita taktahu sama ada kita tidak ikhlas atau sebaliknya.

Faham maksud aku?

Jadi, kenapa mesti bangkitkan soal kekurangan diri atau perangai buruk yang dilakukan sebagai penghalang untuk berhijab? Kenapa mesti berfikiran buat apa berhijab kalau solat tak sempurna? Buat apa berhijab kalau puasa tak kemana? Buat apa berhijab kalau setakat buat tutup lovebite di tengkuk? Oh part lovebite tu aku dengar orang cakap ja tak sure betul ke tidak.


Sebab apa berhijab? Sebab Allah suruh lah. Please be informed yang Allah tu sangat meticulous. Kalau dia suruh solat, puasa, tutup aurat, taat mak bapak, all those stuff, maka buat lah saja tanpa alasan. Jangan banyak soal.

Jangan bangkitkan isu dia berhijab tapi mulut macam puaka tebing biru. Dia berhijab tapi tak pernah pun nampak dia solat. Dia berhijab tapi blablabla.

Sebab semua tu lain2 urusannya. Dan semua itu lain2 penilaiannya.

Orang yang bersolat tapi auratnya buka, maka dia menanggung dosa mengabaikan aurat dan terlepas dari dosa meninggalkan solat. Orang yang berhijab tapi tidak solat, dia menanggung dosa meninggalkan solat dan terlepas dari dosa mengabaikan aurat.

Pasal yang mana lagi baik atau teruk jangan disoalkan. Suruhan Allah semuanya awla. Tiada perintah Allah yang mengatasi antara satu sama lain. Kalau ada pun, nabi dah awal2 beritahu. Ada nasakh mansukhnya. Dan bab aurat ni nabi tak pernah pulak bagitahu ada keringanan untuk mereka yang tidak ikhlas supaya tak perlu berhijab.

Pernah kau dengar hadis nabi berbunyi dari sekian sekian berkata nabi bersabda kalau tak ikhlas tak payah tutup aurat. Riwayat sekian sekian. Pernah?

Kalau ada pun yang begitu, mostly berkenaan benda2 yang baru contohnya pasal boikot McD dan KFC. Haa yang itu kalau rasa takmahu ikut suka hatilah. Sebab benda tu memang bukan asal wajib. Tapi tutup aurat ni sejak zaman nabi dulu lagi dah wajib dan diwajibkan.

Jadi tolonglah berhenti daripada cari alasan menghalalkan dosa. Sebenarnya boleh nak halalkan dosa. Caranya ialah biar dosa itu antara kau dengan tuhan. Contohnya kau jenis tak solat kan, kau buat2 masuk bilik duduk diam2 tidur 15 minit. Lepas tu kan, mak kau tanya kau dah solat ke belum kau jawab tadi dah solat. 

Atau pun kan, kau jenis suka tengok benda2 yang censored tu kan, kau tunggu semua orang tidur baru kau layan. Macam ni baru namanya kau buat dosa yang 'halal' in terms of, dosa itu antara kau dengan tuhan. Minta ampun dengan tuhan. Kau nego dengan tuhan di akhirat nanti.

Tapi bab aurat ni, bukan kau dengan tuhan saja. Kalau dedah aurat, kau berdosa. Orang tengok aurat kau depan2, mereka berdosa. Orang bercakap pasal kau di belakang, mereka berdosa. Ayah dan abang2 kau tak tegur, mereka berdosa. Cikgu dan ustaz/ah tegur tapi tak tegas, mereka sama2 terpalit dosa kau.

Suami kau reda kau tayang aurat percuma, dia berdosa. Anak2 yang bakal kau lahirkan, sampai masa dia baligh dan dia tak tegur sebab takut kau tersinggung, tak pasal2 dia pun turut berdosa.

Ini dia sayang. Kalau dah pandai sangat nak cakap pasal dosa pahala. Nak tunggu ikhlas konon. Masalahnya kalau berhijab tanpa ikhlas, sekurang2nya kita terlepas dari dosa mengabaikan aurat itu. Kalau tak tutup aurat sebab tak ikhlas, dosa tetap dikira dosa.

Lagi satu, siapa kata ikhlas tu syarat dalam menjadikan ibadah itu sah atau diterima? Cuba cakap aku, siapa dalam dunia ini yakin ibadah dia ikhlas kerana Allah? Kita berusaha saja untuk dapatkan ikhlas itu. Kita ni lalai. Ikhlas itu senang sangat nak pergi jauh dari kita.

Buatlah sekadar yang kita mampu. Allah kan sayang kita. Tak ikhlas pun dia akan terima, dengan rahmatnya kalau kita berusaha.

Tak berhijab sebab tak ikhlas? Itu bukan setakat tak berusaha. Itu namanya nak berlepas diri dari kewajipan.

Benar. Tuhan itu bukan jenis yang suka2 nak humban kita dalam neraka. Mungkin ada amalan kita yang Allah suka dan masukkan kita dalam syurga in spite of segala cela yang kita ada, segala dosa yang kita noda.

Pernah dengar cerita pelacur yang memberi makan kepada anjing kelaparan, dan dia terlepas azab kerananya? Pernah dengar penyanyi yang berhenti menyanyi ketika azan, dan bila tiba masa dia diseksa, azan berkumandang tanpa henti sampai malaikat pun tidak menyeksanya lagi?

Cumanya kita ini, yakinkah sangat dengan amalan kita? Nabi yang dijamin syurga pun ibadah sampai bengkak kaki. Kita ni sudahlah tak terjamin, lagi nak langgar perintah tuhan.

Bukanlah aku nak kata hijab itu maksudnya kau baik. Ya aku mengaku ada ja manusia yang berhijab tapi perangai celaka. Masalahnya kenapa nak jadikan mereka sebagai alasan kau tidak berhijab? Kan banyak lagi contoh orang berhijab yang amalan mulia?

Kalau nak ambil contoh selebriti, kita ada Wardina, Irma Hasmie, Fatimah Syarha, Heliza. Dan kalau nak lagi, kita ada banyak contoh dari kalangan isteri2 nabi, puteri2 nabi, dan come on lah pusing kanan dan pusing kiri. Takkan semua yang pakai tudung itu mulut puaka? Mesti ada juga yang baik. Banyak.

Nak letak gambar Avril tapi nanti ada orang kata tak sesuai pulak sebab entry pasal aurat. Ok nah Heliza Helmi sebijik.

Begitu juga yang tidak berhijab tetapi baik. Avril Lavigne yang bukan Islam itu pun ada charity body dia sendiri. Apatah lagi orang Islam sendiri yang baik2 hati dan budi tapi cuma satu kurangnya iaitu suka tayang itu dan ini.

Namun, kalau pergi kelab hiburan, yang menari terkinja2 itu pakai tudungkah? Atau ada wujudkah pelacur yang pakai tudung labuh bila ada klien baru dia tanggal satu2?

Jadi, argument orang pakai tudung tak semestinya baik dan orang tak pakai tudung tak semestinya jahat sangat lemah dan tak boleh terima. Invalid. Sebab orang yang pakai tudung pun banyak yang baik dan orang yang tidak bertudung pun banyak yang jahat.

Jangan jadikan kau suka buat benda2 jahat sebagai alasan kau tidak berhijab. Aku kapel, aku suka pegang tangan boyfren aku, aku suka hisap rokok.

Masalahnya kau dah tahu benda itu buruk, yang kau buat jugak kenapa? Lepas tu nak ambil benda tu buat alasan untuk tak tutup aurat pulak. Amboi amboi amboi bak kata Azwan Ali. Memang suka tambah dosa?

Macam mana rasanya hidup hari2, mengetahui yang tak tutup aurat tu berdosa, tapi still buat juga?

Seriously aku sangat kagum dengan orang yang kata dosa yang membuatkan kita malu kepada Allah lebih baik daripada kebaikan yang membuatkan kita sombong, lepas tu dia salah guna ayat tu.

Kalau betul kita malu, maka kita berubah. Kalau dah malu, tapi still buat jugak, sebenarnya apa yang kita malukan itu? Atau kita seronok sebenarnya? Buat2 malu supaya apa jahat yang kita buat itu menjadi lebih baik daripada kebaikan yang sepatutnya kita buat?

Tak pakai tudung tapi malu dengan Allah lebih baik daripada pakai tudung tapi perasan bagus? Contohnyalah. Tak ke sangat ketara paradoksnya di situ?

okbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

6 comments:

Muhammad Iqbal said...

mujuq gambaq sopan.

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal itulah..lepas ni maybe akan byk heliza helmi dalam blog ni..kahkah

Muhammad Iqbal said...

bagus, bagus. Boleh baca tanpa ragu-ragu lepas ni..hihi :p

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal tapi nanti masa nak review album baru dia kena bubuh jugak la..heheh

Faiqah Umaira said...

Ikhlas itu antara kita dengan Allah, tidak perlu bagitau orang. Yang penting, berusaha ke arah keikhlasan! :D

Hikaru Yui said...

@Faiqah Umaira ya..sebab tu jgn guna alasan tak ikhlas kalau takmahu buat..sebab itu pilihan..bukan pasal ikhlas pun =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...