Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Sunday, May 20, 2012

Histo Hates You


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Seperti biasa kita meneruskan agenda meluahkan kesedihan di blog bajet orang nak baca sangatlah kan.

Tadi exam praktikal Histology. Final dah ni. Maka lepas ini tiada lagi peluang menebus kesalahan dalam exam praktikal nak tengok2 slide identify cell segala.

Alhamdulillah. Part yang nak tengok2 slide dan identify cell tu aku boleh buat la jugak. Takda masalah sangat. Siap sempat meniru lagi. Bukan meniru pun sebenarnya. Masa tengah tukar stesen tu ternampak  jawapan orang. Aku sebelah Akashah (bukan nama sebenar) tadi. Nampak dia tulis pancreas di stesen dia. 

So sekali aku tengok bawah mikroskop tu terus nampak islets of langerhans. Kahkahkah dan dan nampak kan? Eh aku identify sendiri ok jangan nak kata exam aku tak berkat pulak sepagian aku study tahu? Ya pagi sebab malam2 aku tidur. Tabiat study malam2 tak sesuai dengan aku.

Antara slide yang aku konfius sebenarnya tak ada. Nampak2 terus aku tulis jawapan. Aku tak konfius tapi aku tak tahu langsung yang sebetulnya. Jadi main hentam. Ada satu stesen tu part otak aku jawab cerebellum. Tapi semua orang kata cerebellar cortex. Aku harap diterima jugaklah cerebellum pun.

So masa nak kenalpasti ini apa itu apa blablabla maka aku pun nyanyi lagu What's This versi Flyleaf. Sebenarnya aku berzikir sepanjang peperiksaan tapi takmahu bagitahu nanti kamu kata aku takabbur. Kahkah.


Bila sampai part dua exam tadi, maka mimpi ngeri aku bermula. Part ni kena lukis slide2 tu. Bukan dia letak depan mata kita lukis no no no. Kena hafal lukisan. Kalau aku mula dari awal, setiap minggu hafal lukisan dan praktis maka tiada masalah. 

Masalah ialah you-know-me-well-baby-I-don't-do-that-kind-of-stuff-screw-me-I-know-but-nevermind.

Jadi bila kena lukis spermatic cord dan closed medulla sensory decussation, maka aku pun jadi macam ni...


Like seriously, aku blank dan gelak2 sampai rasa macam matilah aku matilah aku matilah aku. But it ddin't last  long lah kan. Aku pun start2 lukis apa yang aku ingat walaupun yang aku lupa macam lagi banyak ja.

Spermatic cord tu kira ok lah jugak aku buat. Aku salah epithelium cells. Mula2 aku lukis stratified squamous non keratinized. Kahkah datang Doctor Suzy kata salah ni chek oiii buat lain kaih dan lagi niii. Aku pun fkir2 apa yang salah? Jenis sel ka apa ni? Hah sudah. Dan aku pun tukar jadi transitional epithelium bajet2 sama macam urinary system la kan.

Sekali pseudostratifed columnar ciliated laaaa. Puih. Hilang sedikit markah. Lepas tu check lagi rupanya pampiniform plexus of VEINS dan nerve bundle. Aku gabung dua2 jadi pampiniform plexus of nerve. Kahkah matilah akuuu.

Satu lagi bala ialah closed medulla sensory decussation. Ada la benda yang aku ingat tapi sekali aku tambah segala tract yang ada di spinal cord. Rasa macam nak luku kepala sendiri tapi tak boleh sebab menzalimi diri sendiri itu berdosa. Aku malas belajar tu dah zalim gila jadi dosa aku dah cukup banyak jangan nak tambah dengan perbuatan meluku kepala sendiri. Hehehe.

Jadi aku tak dapat la nak target macam seseorang yang aku baca di blog. Dia target 14/15, 18/20, 9/10 macam tu. Tak apa. Lagipun aku tak tamak markah. Tamak tu sifat mazmumah tahu? 

Ada orang tukar soalan dengan doktor. Cis orang itu bukan aku. Kalau aku tukar ambil spinal cord maybe boleh buat dengan kesalahan yang tidak sebanyak tadi. Arrgghhh geramnya aku. Eh teremo lebih pulak. Astaghfirullah. Lepas tu Zulhilmi (bukan nama sebenar) belanja aku batotis ketchup. Thank you Hilmi but I envy you. Sebab you lah orang itu. Hehe.

Next is written exam. Start dengan Physiology kalau tak salah aku. So kenalah baca buku banyak2. Jadi lepas ni aku akan tulis satu entry pasal Jumanji dan lepas2 tu publish draft2 lama cukuplah kot. Hek eleh sapa nak kisah pun kan?

Nah lagu What's This versi movie punya.


okbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

10 comments:

Zida said...

AKU ESOK EXAM PHYSIOOOOOOOOOOOOOOO

CUAK NEHHHHHHHHHHHHH


hamekau haha

Timah In The House said...

jangan was2
sifat syaitan
btw, gud luck for written exam

Hikaru Yui said...

@Zida aku minggu depan.sempat lagi nak bermalas2an =p

Hikaru Yui said...

@Timah In The House eh tang mana waswas? hehe btw thanksss doa2kanlah org ini

=p

Timah In The House said...

tapi ingatkan histo subjek paling 'ringan'?
dak ka?

Hikaru Yui said...

@Timah In The House kalau rajin..semua subjek ringan..hehee

Muhammad Faris 'Azim said...

rm, gud luck exam writing. :)

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim terima kasihhh

Kayun.Zack said...

u know what yui, i screwed up my linguistics paper td. hohoks.

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack hahah cmna jadi lagu tu? =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...