Pemollow

THYB on Facebook

Monday, May 21, 2012

Hasrid Minaj


Assalamualaikum. Hye.

*ENTRY PANJANGGGGGGGG  baca kalau berminat saja. Tak minat pun takpaaa.*

Kenal tak Nicki Minaj? Haaaaa si Hasrid ni adik dia la. Perempuan tapi agak kelelakian sikit.

Sounds familiar? Haha ya aku sebenarnya jumble huruf2 tu. Agak2 aku nak tulis pasal sapa ni? Sila teka ok takmahu pun tak apa aku ceritakan juga. Yes people. That person. That Manji guy. Or is it girl? Aku pun dah konfius.

This Manji Guy/Girl (abbreviated as tmg afterwards) ni siapa sebenarnya? Orang kata dia feymes tapi aku baru kenal dia dua tiga hari lepas. Oh lupa pulak aku kan kurang membaca. Well, I do know tmg now so mari kita tengok apa hal yang dia tetiba menjadi topik dalam blog kegemaran ramai ini. Kahkah kegemaran kepala otak aku.

Berdasarkan apa yang disembang2kan oleh kenalan2 yang cakna lagi peka akan hal ehwal semasa serta permasalahan umat zaman kontemporari ini, aku dapat gambaran awal yang tmg ni ialah seorang yang memperjuangkan kebebasan up to the extent dia nak membenarkan seks sejenis.

Seks sejenis itu maksudnya homosexuality dan dalam Islam perkara itu ditegah. Cerita kaum nabi Lut semua orang tahu kalau tak semua tahu pun ramai yang tahu kalau tak tahu jugak pergi tanya ustaz/ah berdekatan habis malas google je lah. Maklumat di hujung jari.

Then tmg nak buat macam talks la di Malaysia nak menyebarkan ayat2 cinta kepada rakyat bahawa sesungguhnya cinta itu murni dan kita perlu bebas apabila bercinta. Nak bercinta dengan sesama jantina? Kalau itulah yang ada dalam hatimu maka kejarlah cintamu. Lebih kuranglah.

Sebab itu jugaklah dia menerima banyak kecaman daripada rakyat Malaysia especially yang ada kesedaran bahawa ideologi seperti ini tidak boleh disebarkan di Malaysia. Nak guna perkataan kebabian pun tak layak sebab even babi pun tak ada yang menyontot sesama jantan atau sesama betina.

Tapi the bigger picture is missing. Kenapa sebenarnya orang kita nak defensive sangat? Dia nak bagi ceramah pasal kebebasan dalam percintaan ja pun. Nak takut apa?

YUI92!!!!!! HANG TAU DAK APA YANG CAKAP NI HAH???!!!

Okies maybe aku tak fikir dalam2 pasal hal ni. Cuma aku ada pendapat sendiri. Dan aku rasa tmg ni takda masalah sangat pun sebenarnya. Kita takut dengan bayang2 sendiri saja. Bayang2 yang terhasil sebab ada api besar. Api besar itu pulak kita yang cetuskan. Sendiri.

Bermadah bicara pulak aku siap dengan metafora. But it's true. Orang kita ada kata2 hikmat jangan bermain api nanti terbakar diri, kerana api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Lebih kurang macam tulah bunyinya pun.

Tapi satu benda mereka lupa. Mereka berkawan dengan api, tanpa meletakkan kadar jelas setakat mana api itu kawan dan bilamana ia jadi lawan. Faham?

Aku rasa orang kita takut pada benda yang wajar ditakuti. Tetapi cara nak menghadapi ketakutan itu macam tak berapa kena. Pendapat aku lah.

Why is that kita takut bila tmg nak bagi ceramah? Sebab dia lesbian? Sebab dia nak promote seks sejenis? Sebab dia nak seleweng ajaran Islam?

Jadi soalan aku, adakah dengan cara menyekat dia dari bagi ceramah, maka masalah kita selesai? Adakah dengan cara membantah dia dari datang ke Malaysia, kita dapat membendung gejala songsang ini?

Terus terang aku rasa, tak membenarkan orang macam tmg untuk datang dan berdakwah (cara dia la) menunjukkan salah satu dari dua perkara utama.

Pertama, kita memandang rendah kepada umat Islam di Malaysia sendiri. Kita rasa mereka lemah, mudah terpengaruh dengan ideologi2 sasar.

Kedua, kita paranoid dengan agama sendiri. Dan apa kita nak jawab kalau orang persoalkan kenapa pendakwah Islam boleh buat kerja tetapi orang lain nak sebarkan ideologi, tidak dibenarkan. Disekat, dihalang, dihalau tak boleh masuk Malaysia?

Dan satu perkara yang sama, yang menyebabkan perkara pertama boleh terjadi, ialah sejauh mana dakwah di Malaysia itu sendiri? Kenapa kita perlu takut kalau ramaja2 kita terpengaruh? Dari mana kerisauan itu datang? Kalau mereka betul2 ada iman, datanglah siapa pun bagi ideologi apa pun, takkan goyah.

Tapi dari mana kerisauan itu datang?

Ya wahai sahabat2. Sila mengaku diri sendiri masing2 banyak ilmu yang tak cukup. Aurat pun tak tutup elok. Bila orang tegur, marah. Kata macam2 bagi segala mak nenek alasan. Benda simple macam tu pun tak jaga, macam mana nak tepis serangan ideologi ye tak?

Di mana tuhan kamu? Di mana tuhan kita? Kenapa tuhan tak hantar petir sambar tmg tu biar rentung mati jadi debu diterbangkan angin. Sebab aku rasa, kalau betul tuhan perlu hantar petir, bukan tmg yang akan kena sambar, tapi KITA.

Kita yang kononnya cakna dan prihatin. Seks sejenis salah! Gay haram! Lesbian masuk neraka! Tapi sedarkah kita jenis yang ambil setengah buang setengah? Kononnya pergaulan luar tabii itu haram masuk neraka tapi pergaulan bebas yang dalam tabii itu kita biarkan.

Berapa banyak mak bapak di luar sana yang jegil mata bila anak sebut pasal kahwin? Tapi bila anak tanya nak bawak gelpren balik rumah buleh dak mak? nanti mak dia jawab haaa baguih anak makkk bila nak bawak mai? Apa kamu ingat kalau berkapel dan mak bapak tahu maka hukumnya jadi halal? Kepala otak kamu.

Aku tak suka main tuju2 tapi kalau masalah macam ni aku salahkan mak bapak dulu. Upbringing di rumah itu penting. Kemudian baru share tugas mendidik dengan cikgu2 dan guru2. SHARE bukan lepas langsung. Banyak sungguh mak bapak yang hulur tanggungjawab mendidik kepada guru2 tapi bila anak buat perangai, salahkan guru jugak. Siapa suruh kau tak tengok2kan sama?

Sebenarnya tmg ini is nothing but an issue. Orang kita ni sebab tengok Melodi banyak sangat, maka segala benda yang kontroversi, yang isu, semua akan jadi topik hangat dan orang akan jadi concern. Padahal benda penting yang kena bagi perhatian tu dipejamnya mata.

Macam orang sakit kepala sebab sembelit sebab tak berak. Dimakannya panadol. Sampai kiamat pun tak lega. Pergi makan pisang, minum air banyak, berak. Lega terus.

Tapi orang kita umpama panadol itu. Kita suruh tidur untuk hilangkan sakit kepala. Kita tak bagi tengok tv sebab nak elak sakit kepala. Kita cuba rawat benda yang isu. Benda sebenar kita tak selidik dan kita tak kaji. Kalau kaji pun kita lewat2kan.

Kamu rasa, kalau orang kita ikut agama, kemudian datang seorang lesbian kata marilah kita bercinta dengan penuh kebebasan. Adakah tiba2 kamu akan jadi songsang?

Contohnya aku minat seorang minah ni. Tiba2 ada mamat hensem. Kemudian tmg datang kata dengan aku bercinta sesama jenis ini lagi best dan halal di sisi Allah azza wajalla. Adakah aku akan tiba2 menjadi bengong lalu bercinta dengan mamat hensem tadi?

Kalau aku ni kosong, tak kenal tuhan, tak tahu tuhan aku suka apa, benci apa, maybelah aku akan terpesong. Tapi aku kenal tuhan. Walaupun tak kenal rapat2, tapi setakat nak faham fitrah yang dia ciptakan, dan mengelak larangan besar, kefahaman aku cukup untuk membenteng aku dari perkara2 macam ni.

Aku tak kapel bukan sebab aku tak hot. Ok la aku tak hot tapi mainly aku tak kapel sebab aku tak mahu berdosa. Aku tak mahu ikut orang yang terus terang aku cakap BODOH dalam falsafah kecintaan. Kau nak bercinta, boleh. Tapi tak payah lah nak tunjuk sangat. Mesej2 senyap2 sudah la. Tak payah la nak keluar2 bagai ambil gambar tunjuk dekat dunia macam kaulah pasangan baling bahagia. Lepas tu end up tak kawen pun.

Cinta jenis apa tu?

Atau kau kapel2 lepas tu break, lepas tu kau salahkan pasangan kau. Kalau lelaki salahkan semua perempuan. Lepas tu jadi gay. Kalau perempuan, salahkan semua lelaki. Lepas tu jadi lesbian. Tak ke bodoh?

Atau isu yang femes di blog ini apa lagi kalau bukan aurat dan tudung. Kahkah kau tak suka aku sebut pasal ni? Peduli apa aku. Kalau nak dikata gay dan lesbian itu haram, mendedahkan aurat itu haram juga. Tapi kenapa masyarakat kita pejam mata?

Sebabnya, kalau orang tak pakai tudung boleh kata saya tak bertudung sebab tak ikhlas, diri saya yang sebenar tidak bertudung, atau saya memilih untuk tidak bertudung, nanti orang gay dan lesbian akan guna alasan sama.

Saya gay sebab saya dilahirkan begini.
Saya tidak ikhlas menyukai lelaki. Kalau perempuan saya ikhlas la. Hikhik
Saya mahu menjadi diri sebenar. Jadi saya mahu tukar genital saya. Boleh?

KEPALA OTAKKKKK!!!!

Sedarlah masalah kita bukan tmg. Masalah kita bukan ieologi luar. Masalah kita ialah pemikiran kita sendiri. Buat dosa besar hari2 tak nampak. Orang baru nak bagi ceramah sebar ideologi kita tolak mentah2.

Bukan aku sokong tmg ni. Aku pun tak suka gay dan lesbian. Aku benci apa yang mereka buat tu. As a person, gay pun orang jugak. Kena bagi peluang jugak. Dah la selalunya gay ni hemsem2. Rugi sungguh. Padan muka orang perempuan. Memilih sangat. Nak yang hensem2 tiba2 gay. Kahkah ok lari tajuk. Mari sambung.

Sebenarnya kita perlukan debat atau diskusi atau apa saja untuk masyarakat kita compare. Biar mereka lihat timbang tara antara ideologi bawaan luar dengan ideologi agama. Aku bukan nak menutup ruang pemikiran tapi aku yakin ideologi atau apa saja kita nak panggil dia, kalau bukan directed by agama, maka akan jadi menyeleweng. Contohnya tmg lah.

Lagipun, kita hamba Allah. Tak payah nak bebas sangatlah. Setakat kebebasan yang tuhan limit tu maksudnya yang paling jauh kita boleh pergi. Tuhan tahu kalau kita exceed limit tu, kita akan terbabas.

Kalau kita faham akan larangan menjadi gay dan lesbian ini semua, maka datanglah tmg ke siapa pun, kita takkan terpengaruh. Jadi kenapa kita risau? Sebab kita tak cukup senjata nak lawan.

Berbalik kepada metafora api tadi, aku nak tanya. Kebebasan bersuara di negara kita kan selalu dilaungkan. Masyarakat kita kan pandai sangat nak bersuara dengan bebas. Nak berdemo apa semua kan. So kalau ada orang nak jadi gay, atas alasan apa kita nak halang? Kalau gay2 ni semua nak berdemo, kita nak halang atas alasan apa?

Konferm2 lah nak pakai agama kan?

Jadi kenapa kita tak mantapkan pegangan agama kita? Agama itu sendiri dah cukup sempurna dan ampuh. Kita saja yang tak percaya. Bahkan kita meringan2kan. Contohnya? Tudung. Hahah. Pergaulan pun kita tak jaga. Bahan2 bacaan kita, cara kita berfikir, kita terdedah kepada pelbagai ideologi dan material. Cara kita nak deal dengan benda2 tu yang membezakan sama ada kita bakal celaka atau tidak.

Contoh aku bagi, Shahirul (bukan nama sebenar) seorang pelajar sekolah menengah berasmara penuh. Ok lawak hambar. Maksud aku berasarama penuh. Suati hari, ada senior datang ke dorm dia dan tidur di situ. Oh Shahirul ini comel orangnya. Badan dia atletik. Ada rupa yang segak.

Malam itu Shahirul rasa ada orang pegang kaki dia. Bila dia tengok, rupanya senior tadi. Senior tu kata "Sori laa aku suruh kau tidur atas lantai. Mai la tidur sini. Kau bukan besar sangat pun." Lalu Shahirul pun naik atas katil. Tiba2 senior tadi buka baju. Panas katanya. "Kau tak panas ke? Kalau panas buka la baju."

Lalu Shahirul pun buka baju. Dia lelaki di atas katil tak pakai baju tidur sebelah2. Tiba2 Shahirul rasa ada tangan di pinggang dia. Naik sampai ke dada. Kemudian turun ke tut tut. Tuttt tuttt ttutttut tuutttttt *cerita ditapis*

Then bila Shahirul menjadi senior, dia buat benda yang sama. Malangnya dia kantoi dengan Ustaz. Ustaz marah dan Shahirul digantung persekolahan. Shahirul rasa serba tak kena. Dia rasa dia tak salah. Dia rasa dia tak melakukan dosa. Bukan dia tidur dengan perempuan pun. Tidur dengan lelaki, peluk2 sikit, raba2 sikit, what harm can be done? Fikir Shahirul.

Dia tak faham. Tiada siapa beritahu.

Suatu hari tmg tulis di twitter yang bercinta sesama jenis itu halal lagi nikmat. Nantikan saya pergi Malaysia ,<3.

Tiba2 cancel. Shahirul pun tension. Dia pun buka internet dan mencari pasal perasaan suka lelaki terhadap lelaki. Banyak blog2 yang mengiakan. Ada juga yang menegah.

Kemudian................ ArrgaggHhhhhH panjang gila cerita pun. Malas aku nak sambung. Lain kalilah.

Cumanya nak kata, kalau Shahirul tu tak faham jugak, maka dia akan pilih apa yang dia nak percaya. Betul, kedatangan tmg ke Malaysia akan memburukkan keadaan tapi kalau dia tak datang, things won't get better pun.

Sebab benda ni dah ada lama sebelum tmg ni lahir pun. Cuma benda ni orang tak bincang in public. Tak sesuai katanya. Cheh tapi julang sangat kebebasan bersuara. Macam kawan aku cakap,

Melihatkan realiti semasa, susah orang kita nak tepis, tanpa usaha untuk buat wacana utk hujah balas. Zaman post-modernity, tak sesuai dah dok censor2 pemikiran ni, hang tak setuju, kena bawak hujah intelektual.

dan

Soal iman dan kepercayaan adalah soal peribadi. Kalau dia takmai pon, orang kita boleh akses kepada internet. Macam yang aku kata, manusia ni istimewa, ada aqal yang boleh menilai. Jadi apa hak kita utk menilai bagi akal org lain? Apa yang kita boleh buat adalah teruskan berdakwah dengan kepercayaan kita.


From Basil and Muiz.

Kalau kita sekat di sini, orang akan pergi ke sana. What we need now is the clearance. Nak selamatkan aqidah umat Islam mesti dengan ilmu pengetahuan sebab kalau kita sekat macam mana pun pemikiran luar, akan ada juga jalan masuknya.

Kawan aku kata di Malaysia dakwah agama lain tak dibenarkan perlembagaan habis tu yang ramai2 boleh jadi murtad tu nak bagi sebab apa tah? Pilihan sendiri kot? Habis macam mana yang boleh jadi pilihan sendiri? Sebab tak cukup sayang agama sendiri. Sebab apa tak sayang agama sendiri? Sebab tak cukup ilmu. Kalau kita betul2 tahu agama kita, takkan senang2 ja kita nak tinggalkan.

So dengar kata dia tak jadi datang. Baguslah. Lepas ni sila ambik tindakan.

Aku rasa entry ni tak sampai maksud dia jadi aku open kepada sebarang komen atau pandangan atau cadangan atau kritikan. Selama ni pun memang aku open hangpa ja yang tak komen2. Cheh haha.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

18 comments:

Dai said...

berasarama? sounds legiiittt.

dah agak dah nama 2 orang tu yang bagi statement. artis kan. hahaha.

Hikaru Yui said...

@Dai kahkah contoh semata2..tiada kaitan dengan mana2 asrama penuh atau separuh penuh =p

haaa dah depa kan byk tahu bnda2 gini... retis jugak la tu pun =p

Timah In The House said...

a very good point to ponder
nice2
good job
critical thinking huh?

mula2 igt anda nak buat entry pasal irshad ni dy punya tajuk akan jadik:

irsh*t manji

hahahahahaha

kidding!

Hikaru Yui said...

@Timah In The House now u mention it..kenapa la xteringat tadi..hehe

ilhambrothers said...

saya cuma tertarik dengan nama shahirul tu..bukan kisah benar kan?sebab nama dia iras2 kawan saya..kah3!! :p

Hikaru Yui said...

@ilhambrothers ya..contoh semata2... sangat bukan kisah benar...tp nak kata kisah benar pun logik ja kan? hehe

Muhammad Faris 'Azim said...

panjang sangat. kalau rajin nanti saya baca.

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim semoga kerajinan itu tiba..hehe

Kayun.Zack said...

shahirul.serius bkn kisah benar eh? hohoks

ak rasa x stuju dia mai. tp xdk hujah nk bg. cuma rasa xsetuju. ohoho.

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack hahaaa cerita rekaan tu tp klu nak yg real pun ada..nak ke? hehehe

TecerWidad said...

sumpah panjang.

letih dah baca.



harap maaf. takdak sbrg komen membina.

Hikaru Yui said...

@TecerWidad kahkah xpa nnti entry tym2 exam smua pendek2 tcher mai komen noh =p

faiz said...

lama sudah tak mengomen. aku pon fikiran ortodoks tak mcm ang. tak berapa nak setuju sgt.
klu kita terima tp akan buat bahas susulan dan bnda tu sebar kat fb takpa.kita bg mesej jelas kita tak sokong.

tapi kalau tak gtaw, golongan songsang yang makin banyak kt malaysia ni mybe akan rasa diri mereka diterima. tadak tentangan pon. lg satu of kos akan kuatkan belief dorang kan. hehe.

Hikaru Yui said...

@faiz true... aku setuju dgn hg..cumanya tu lah.. kalau xbg dia mai pun..bukan boleh sekat idea dia pun..internet ada kot

faiz said...

mmg la takleh sekat.nak dakwah tu yg penting usaha kan.bukan hasil. shimi salu pesan aku hat tu. hehe.bnyk je ak try consult dorang tu tp kena fire lagi adalah.geng dorang bnyk sbnrny.

Hikaru Yui said...

@faiz sapa? gay?

faiz said...

yolaa~ada pengalamn gak dlu. la ni ta terserempak lagi.

Hikaru Yui said...

@faiz aku xjumpa lagi dalam real life..haha yg lepas tu lepas lah..