Pemollow

THYB on Facebook

Friday, May 25, 2012

Debate Much : Pity Pee Tee Poo? 2


Assalamualaikum. Hye.


Ok aku dah tengok dan dengar ketiga2 video. Dengar macam tu ja lah takdanya aku nak teliti satu2 buat analisis bagai sebab memang bukan aku reti sangat pun walaupun aku pernah jugak join debat2 ni waktu sekolah dulu. Last2 aku nilai guna logik sendiri jugak pun.

Ok first of all aku rasa moderator agak berat sebelah. Hehe berat belah mana kamu boleh buat anggapan masing2. No offense, pakcik. Hehe.

Hoi.. mana ada!
Oh kalau siapa tak tengok lagi nak link youtube :
Part 1
Part 2
Part 3


Next is the arguments. Memang tak dapat nak disangkal bahawa point Rafizi lagi bernas dan make sense gitu. Bukan nak kata point Khairi tak ok, cumanya ada banyak flaw. Well, boleh tengok sendiri video rakaman debat tu dan kamu akan nampak siapa lebih convincing.

Tetapi kalau nak didebat isu pendidikan percuma, keadaan semasa di Malaysia, dan solusi yang dikeluarkan oleh kedua2 orang pendebat, aku terpaksa kata aku setuju dengan Khairi lebih daripada Rafizi. Alasa aku mudah. Rafizi idealis, tetapi Khairi realis.

Dan kita kena masing2 jadi pesimistik sikit dalam isu ni.

Aku setuju bila ramai yang komen Khairi tak menjawab soalan. Memang pun. Banyak soalan daripada Rafizi yang dia tak dapat nak jawab. At least bagi alasan yang boleh support pendirian dia sendiri pun dia tak buat. Especially bab loan tu. Kenapa student punya pinjaman ada black list bagai tapi bila menteri2 terlibat, eh eh ada special rules pulak kah?

Tapi bila Rafizi sebut pasal Finland, aku rasa macam tak berapa nak sesuai nak compare sebab Finland tu rakyat dia 5 juta lebih ja. Malaysia 20 juta lebih. Dan pemerintahan di situ pun aku tak pasti samakah dengan Malaysia atau tidak. Kalau dah kata Malaysian banyak makan rasuah, Finlandian pun begitukah?

Thing is, Malaysia ada banyak lagi kes2 yang berstatus di sebalik tabir, yang menyebabkan masalah hutang negara betimbun2, dan peruntukan banyak tapi hasil tak nampak sebiji haram pun. Negara lain ada?

Aku punya cara fikir sama ja bagi semua benda. Macam isu boikot, aku tak nampak boikot itu sebagai masalah tetapi pada masa yang sama ia bukan penyelesaian. Ia lebih kepada sikap. Bab aurat dan solat pun begitu. Jadi isu PTPTN ini aku tak berubah.

Kalau dah kata apa yang ada di Malaysia ini tidak transparent, bukankah itu yang kita patut betulkan dulu?

Kawan aku ada mengatakan bahawa debat ini, particularly yang PTPTN ni la kan, kena tengok dan faham dan nilai dengan ilmu ekonomi. Aku bukan belajar ekonomi dan waktu Sejarah masa sekolah dulu pun aku selalu tidur dalam kelas.

Yang aku paling ingat ialah "Orang yang tidak mengingati sejarah pasti akan mengulanginya" quote by George Santayana. George ka John aku pun tak sure. Entah2 dua2 pun bukan. Kahkah.

Jadi aku mahu tanya kepada pakar2 ekonomi sekalian. Kalaulah ada yang baca blog aku ni ada jawapan maka silalah jawab. Soalannya ialah "Bagaimana mencegah pemanasan global?" @.@lawak hambar@.@

Aku tak faham pasal hapus hutang tu. Kenapa Rafizi kata kalau kita hapuskan hutang tu maka masalah akan selesai dan negara tak perlu lagi tanggung beban hutang pelajar apa semua tu. Sebab hutang, yang aku faham, ialah kalau tak dibayar, duit tu nak cover macam mana?

Abu ada RM50. Dia bagi Ali pinjam RM25. Dia bagi Ahmad pinjam RM15. Dia bagi Rahman pinjam RM10. Lepas tu setiap yang pinjam bayar balik extra RM5. So selepas semua bayar, Abu pun mempunyai RM65 di tangan.

Kes kedua, Abu ada RM50. Dia bagi Ali pinjam RM25. Dia bagi Ahmad pinjam RM15. Dia bagi Rahman pinjam RM10. Lepas tu setiap yang pinjam bayar balik kurang RM5. So selepas semua bayar, Abu pun mempunyai RM35 di tangan.

Kes ketiga, Abu ada RM50. Dia bagi pinjam percuma jaaaaa. Then what happened? Money magically reappears?

Okfine memanglah kerajaan bukan Abu yang cuma ada RM50. Kerajaan ada banyak source. Cukai, pelancongan, industri, blarblarblar yada yada tapi kalau hutang sedia ada tak bayar, dengan yang akan datang pulak nak bagi percuma, it looks too utopia.

Dan sangat tak adil bagi orang yang dah bayar maybe separuh or even bayar penuh PTPTN tu. Alih2 yang baru2 pinjam ni dapat percuma.

Dan kalau dah kata negara terpaksa menanggung hutang pelajar, macam mana dengan menghapuskan PTPTN beban hutang itu boleh settle? Ni la yang aku nak penerangan dari budak2 ekonomi sekalian. Sila terangkan dengan cara simple dan mudah faham.

Macam mana negara boleh bebas hutang kalau hutang pelajar dimansuhkan? Kau bagi pinjam RM5000 then dengan berkata aku mansuhkan hutang itu maka abrakadabra RM5000 tu datang balik? I don't know and I don't understand so please explain.

Maka sebab itulah aku kata Rafizi idealis tapi Khairi lebih realis. Bukan aku nak kata Malaysia tak mampu nak bagi pendidikan percuma. Cumanya dua2 pihak main angka dan sebut nombor yang bukan ribu riban tapi juta dan bilion dan trilion semua tu.

Jumlah yang sangat besar dan dua2 pihak kata Malaysia tanggung hutang yang sangat banyak. Jadi kalau dah kata rakyat berhutang, tapi nak mansuhkan so macam mana nak cover balik duit yang sedia dipinjam tu? Dah la nak bagi kepada pelajar baru lagi.

Dengan isu lembu lah, menteri korup lah, kronisme lah, tender tertutup lah, cukai tinggi tapi gaji tak naik then suddenly nak bagi pendidikan percuma lagi. Duit tumbuh dari pokokkah?

So aku sebagai penonton yang tak berapa nak faham, maybe even terlepas pandang beberapa point penting, sampai aku misled dari tujuan utama debat, aku nak pandangan kamu semua. Yang arif2 semua ni, yang faham ekonomi, baca banyak buku, dan berfikiran terbuka luas saujana mata memandang all those stuff.

Please share your opinion. As for me, Malaysia mampu nak bagi pendidikan percuma. Tapi bukan sekarang. Dan bukan nanti bila Pakatan Rakyat memerintah. Selepas sepuluh tahun Pakatan Rakyat memerintah, mungkinlah. Itu pun kalau PM waktu tu tak jadi gila kuasa.

Rasanya pemimpin, kalau dah duduk di atas tu, rakyat2 ni dia nampak kecik2 saja. Boleh pijak dengan kaki. That's what happening most of the time. Kalau PR boleh buat perubahan, alhamdulillah. Kalau tak, dua kali lima ja, maka ramai2lah kata see I told you.

Tapi fikir2 balik, Rafizi makes sense la bila cakap pasal penyelewengan yang sedia ada. Banyak sungguh benda2 di Malaysia yang makan kos berpuluh2 ribu, event2 sia2 yang sial2 contohnya konsert Hari Belia dan anugerah bintang popular yang mana artis akan datang berpakaian macam haram jadah semua tu dapat sponsor dari siapa? Agensi swasta kah? Rasanya mesti ada funding kerajaan jugak kan?

Way to go!

Duit negara kita banyak. Aku tahu. Tapi dia ada tol sebelum sampai kepada rakyat. Tua2 kutuk yang di atas tu makan dulu, suap anak bini mereka dulu, baru yang sisa2 ni sampai kepada kita. Situasi ini sungguh what the hell tapi nak buat macam mana?

Benda dah jadi, kita boleh plan for better future. Hence, I would say the debate is a very good kickstart for politicians to practice the better way of politicking. Daripada sembang pasal bontot dengan skandal, kaji video seks sampai luar negara, buat malu kaum je. Bodoh.

Ok, hereby I give the unofficial verdicts. Based on points given and how convincing the debaters are, I say the debate goes to Rafizi. *clap* but idea-wise, I stick with PTPTN shouldn't be abolished. Kalau nak abolish pun, hutang lama kasi setel. Tak pun buat kajian semula macam Khairi kata waktu pergulungan tu. Hapuskan bunga2 riba yang haram tu. Pinjam banyak mana, bayar banyak tu.

Debat tadi seharusnya diteliti dan diadili dengan adil tanpa sentiment kepartian. Ya benar, Rafizi lebih menonjol dengan point yang kukuh dan huraian hujah yang mapan, tapi come on, KJ encem kot hikhik. -status mud luthfi baru2 ini.


That sounds more realistic and acceptable. Free education, kalau nak bagi kepada rakyat Malaysia yang kutuk kpop pun melenting sampai nak ugut bunuh, kamu rasa mereka akan manfaatkan? I don't think so. Nanti semua orang pergi sekolah belajar sampai universiti sebab free. Bukan sebab pandai atau sukakan ilmu.

Jadi, dalam sepuluh dua puluh tahun ke, I think it will be a brilliant idea. Masa tu rakyat dah makin bijak, kerajaan PR dah membangunkan Malaysia dengan penuh kemajuan, pemikiran dah terbuka, agama diamalkan lebih menyeluruh, then it's ok.

Ya aku mendoakan pembangkang menang pilihanraya yang bakal ada. Aku nak tengok bagus mana sangat pembangkang. Kalau Anwar jadi PM, setakat mana dia boleh bawa Malaysia. Kalau bagus, Alhamdulillah. Semua orang bersyukur dan akan terus memberi sokongan tak berbelah bahagi.

Kalau sebaliknya, kita buat sajalah debat lagi sekali. Demo2 apa semua rakyat kita dah pandai. Masa tu budak kecik yang join BERSIH 3.0 tu pun dah besar dan boleh jaga diri.

Budak ni haaa. Kesian aku tengok.

That's how it works nowadays kan? Dah jadi macam dulu2 balik. Ada idea bentang. Tak suka, tentang. Debat. Tak puas hati, demo. So just follow the flow lah. Apa2pun debat is a good thing to do. Keep up the good effort.

Physio on the go okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

13 comments:

Timah In The House said...

yes
ptptn shouldn't be abolished

p/s:KJ looks great that night!

hahahahahahahahaha

Hikaru Yui said...

@Timah In The House u really think so?

=p

Muhammad Iqbal said...

Seingat saya masa kelas human right doctor ada habaq yang pendidikan percuma itu hak untuk setiap warganegara, dari tadika sampai universiti, itu la yang saya tau. Wallahua'lam.

Timah In The House said...

which part you ask?
the ptptn part or the KJ part?

hahaha

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal true... tp ada byk faktor lain jugak kan?

Hikaru Yui said...

@Timah In The House how about both? =p

Amienieya Yusof said...

Aku rasa macam aku ada belajaq fasal benda tu dalam kelas econs, tapi tak reti explain sebab time lecturer ajaq kat depan aku buat toodles ja dalam notes. kahkahkah.

Hikaru Yui said...

@Amienieya Yusof mungkin hg buleh explain dalam bentuk toodles..lg snang faham kot?, hahahah

btw toodles ka doodles ka sama ja? =p=p=p

TecerWidad said...

Dr Maszlee was my lecturer..and he was super duper awesome. Memang cinta la dengaq lecture dia.

Hikaru Yui said...

@TecerWidad lecturer bertaraf selebriti dah tu...hehe

Hikaru Yui said...

@TecerWidad lecturer bertaraf selebriti dah tu...hehe

Zida said...

err err aku tau dah nak komen apa sebab rasa rendah diri je plak bila tengok korang berdebat dah tu. PHEWW

cuma bagi aku.

aku tak kisah kalau PTPTN ni still ada, yelah kata nak tolong rakyat kan, tapi mansuhkan bunga bungaan tu je dah la. Macam yang JPA/MARA buat. Kalau MARA lagi best, boleh jadi biasiswa terus kalau cemerlang.

dan yes, kerajaan kena kurangkan benda-benda yang sangat membazir dan tak perlu. baik kumpul duit tu elok-elok pi bayaq hutang KLCC ke apa ke. #ehh??

kbai. aku pun dah tak faham aku melalu apa. lulz

Hikaru Yui said...

@Zida tp dah dia kata klu nak bg free pun xpa duit negara banyak..haa kita tgk ja lah =p