Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, April 3, 2012

Wasn't Meant To Be For Me


Assalamualaikum. Hye.

Tajuk macam orang putus cinta kan?

Nope aku tak bercinta so memang bukan pasal benda tu lah. Lagipun aku tengah tak boleh tidur ni takkan tetiba nak cerita pasal cinta? It's sooo not logical.

Come to think of it, aku dah makin kerap tidur lewat2 lepas pukul 12. Lepas tu esok kadang2 terlepas solat subuh berjemaah di surau. Hahaha sila kantoikan aku sekarang. Keadaan sebenar ialah kadang2 saja aku sempat berjemaah di surau.

Percaya takdir tak? Kadang2 kita selalu mempersoalkan takdir kan? Padahal dah terang2an dalam rukun iman yang ada enam benda tu, kita kena beriman dengan qada dan qadar Allah tapi ada masanya terwujud dalam diri ni pasal kenapa benda ni macam tu dan kenapa benda tu macam ni kan?

Aku rasa benda ni normal. Manusia memang selalu tak puas hati dan ada ja benda nak question. Sesama manusia pun tak letih nak mempersoalkan dan jadi judgmental. Sebab tu kadang2 sampai dengan tuhan pun nak  question macam2 dan jadi judgmental jugak.

Mata aku akan nampak apa yang aku nak dan sayang seribu dua ribu tiga ribu kali sayang tangan aku selalunya tak dapat pegang apa yang aku nampak tu. Faham tak situasi aku?

Kadang2 aku terfikir jugak adakah tak cukup syukur dalam hati aku? Adakah tak cukup redha? Adakah aku tamak sangat?

Nanti suatu hari akan mati dan aku pernah have this thought in my head yang aku nak buat benda2 yang aku nak buat sekurang2nya sekali. Contohnya makan kat restoran mewah ke, beli Mac Air ke, naik rollercoaster kat Disneyland ke, atau pergi melancong ke Langkawi dengan kawan2. Kenapa Langkawi? Sebab aku pernah pergi sana masa tingkatan lima so senang sikit nak imagine. Kalau dengan family aku paling ingat Teluk Batik. Tak pun Cameron Highlands. Ahh tak kisahlah mana2 pun.

Tapi kadang2 aku cuma boleh tengok. Dan aku cuma boleh enjoy melihat apa yang aku nak pegang dengan tangan. Sebenarnya aku boleh outstretch and reach out. Cumanya aku sendiri tak tahu apa yang tak kena dengan diri aku dua tiga minggu lately.


Antara benda yang aku cuma boleh lihat ialah nombor2 yang besar jumlahnya yang bukan di sebelah nama aku. Dengki tu memang ada cuma aku tak buat apa2lah. Entah, sebab tu aku kata something's wrog and I don't do anything about it. Salah aku lah kan? Takdir pulak jadi mangsa.

Tak apalah. As long as I live. Duit? Bukanlah. I'm talking about examination marks!

Sila mari nasihat aku supaya rajin belajar okbai.
Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

Kayun.Zack said...

huhu. nak jugak buat benda2 yg hg nak buat sebelum mati tu.

n , sebenarnya aku rasa aku paham apa yg hg rasa sbb aku besa melaluinya. n mungkin tengah melaluinya la ni.

tp kdg2 pujuk hati jugak kata, kemon, what's done cannot be undone. so start muhasabah diri n buat benda yg sepatutya balik. so that everything akan jd normal balik. insyaAllah, ada usaha ke arah tu.

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack so sad kan perasaan tu? hehe

Faiqah Umaira said...

Ada pelangi yang akan muncul setelah hujan :)

Hikaru Yui said...

@Faiqah Umaira amiin...mudah2an =p=p=p