Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, April 25, 2012

The Shitty Ritual


Assalamualaikum. Hye.

Google image kata ini moon ritual. Apakejadah kah itu? Dan apakah hukumnya meletak gambar ritual di dalam blog?

Macam dah jadi satu ritual untuk aku. Update entry lepas exam especially Anatomy. Ya tadi baru selesai exam Anatomy tapi assessment saja lah bukan yang final lagi. Tapi assessment pun sepatutnya orang score kan apakan daya aku masih macam ni.

Tak lain tak bukan nak mengadu nasib memohon simpati dan sokongan moral dalam bentuk "tak apa jangan risau sempat lagi nak pulun hang dah ok teruskan usaha jangan malas baca buku jangan sedih" dan yang sama waktu dengannya.

Check pasal embryonic derivatives, palatine tonsil daripada pouch kedua. Hentaman mengena. Stylohyoid daripada arch kedua. Hentaman tidak mengena. Masalah muncul apabila hentaman tidak mengena melebihi hentaman mengena dengan kadar nisbah 4 : 1. Mungkin juga 5 : 1. Ini sangat disastrous.

Entahlah. Setiap kali exam kata nak berubah. Nak baca buku. Nak target tinggi. Nak itu nak ini, nak begitu nak begini. Tapi setiap kalinya macam haram juga.

Sedih dengan diri sendiri. Setakat sedih saja aku boleh buat.

Bukan apa. Kadang2 nak juga TYM macam sebilangan kawan. Habis exam dia akan merungut tak dapat jawab, salah banyak, tak cukup baca. Tapi markah keluar dialah juara.

Hehehe aku jeles sebenarnya. Deep inside, aku pun teringin nak TYM. Lepas habis jawab soalan periksa, aku nak menangis. Nak kata soalan susah, nak kata peperiksaan musnah, masa depan menjadi gelap, dan kiamat akan menjelang tiba.

Tapi yang buat aku frust ialah, markah aku memang mengiakan apa yang aku kata. Maka itu bukanlah TYM. Itu namanya pathetic.

Takkan kamu tak pernah merasa? Menjadi orang yang terkedepan selalu dalam kelas, dan bila sudah jawab periksa, tiba2 kamulah orang yang paling bodoh dalam dunia. Itu susah ini susah. Tapi hati suka sebab dapat jawab. Markah keluar kamu teratas.

Atau kamu yang satu lagi, selalu rasa susah belajar. Bila periksa maka tak keruan. Lepas habis, cari jawapan dalam buku. Bila jumpa hati rasa hampa. Salah banyak dari biasa. Kemudian bila markah diumum, memang selari benar dengan apa yang disemak itu.

Masalah jiwa muncul bila golongan yang satu lagi merasakan yang golongan terkedepan seolah2 mempermainkan perasaannya. Aku ingat kita sama2 bodoh. Rupanya aku sahaja kau bukan. Cisciscis. Rasa macam nak buat benda ni.

Haaaaa inilah situasi yang selalu jadi sekarang ni. Bukan apa. Salah golongan yang satu lagi juga. Kenalah sentiasa berusaha keras dan berlapang dada. Golongan terkedepan pula bukanlah 100% innocent. Kalau boleh tak payah nak TYM sangatlah. Menyampah tahu?

Aku tengah tekanan jiwa. Bila tekanan jiwa rasa nak makan. Malam ni nak keluar makan krib di kedai Crepe. Tapi aku maintain slim bermaksud aku mampu mengawal tekanan dengan baik. Hakikatnya aku dah gemuk sedikit. SEDIKIT SAJA dan itu ialah disebabkan tekanan nak exam final. Rasanyalah kot.

Oh tadi ada Doctor Hany Shawqy mintak kertas exam pass ke depan. Dia kata "Please pass the sheets in front of you."

Maka balik rumah aku buat benda ni :


Lawak dak? Boleh hantar masuk 9Gag dak? Kahkah takpayahlah biarlah benda alah ni eksklusif di SesedapOren sahaja okies. Lalala.

By the way kepada orang yang mungkin rasa blog aku ni baik2 entrynya maka maaflah aku tak konsisten menulis benda baik2. Kadang2 merapu juga. Eh silap sebenarnya selalu merapu merepek inikan kenangan di hari tua. Hehe.

Baiklah pasal study tu mari kita berusaha lebih keras. Lepas ni ada exam mengeluh lagi. Haish.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

insyaAllah, kadang-kadang benda ni selalu terjadi. tapi, at the end, mesti Allah ada hikmah yang kita akan dapat.




#btw, gambar taik tu sangat loklaq!

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim amiin..mudah2an tp klu sendiri malas maka xdak hikmah apa dah kot..hehe

dah mekap lawa pun loqlaq lg? =p=p=p

ilhambrothers said...

hahahaha..memang rasa macam nak maki ja bila org yg kata susah tp,,..bila result,dia lah star..huh..kita ni lah terkial-kial belek result..:p

Hikaru Yui said...

@ilhambrothers kan? rasa nak marah kan? hehe jeles sbnarnya tuh.. =p=p

Muhammad Faris 'Azim said...

@Hikaru Yui

"mekap sangat"

#tangan di dada mata ke atas

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim jadi ah tu =p