Pemollow

THYB on Facebook

Monday, April 9, 2012

Origin of Argumentation 2


Assalamualaikum. Hye.

Here goes...

Sila dalami erti mendalam kata2 hikmat berikut :

Beginning of an argument is when the world around you contradicts the world inside you.


Sebenarnya ni aku yang reka sendiri. Kata2 hikmat lah sangat. Ada lah kot sikit2 lama jadi bukit kehikmatan dia. Okeyh kenapakah aku mengeluarkan kata2 sedemikian?


Sila teliti setiap kali kamu bertekak, apakah puncanya? Apakah yang ditekakkan? Mengapakah tetiba kamu bertekak? Kenapa kita salah guna tekak? Contohnya mencarut dan berbalah tanpa keperluan. Sekadar hobi? Apakah hukumnya? Ecewah nak tanya hukum bagai baru tamat Diskusi Fiqh Perubatan lah katakan.

Sebenarnya kan, kita ada sejenis pendirian yang aneh sifatnya. Sebelum kita bertanya soalan, sebenarnya kita dah ada suatu jawapan dalam kepala kita. Jawapan yang kita akan suka apabila orang jawab yang sama, dan bila orang jawab yang lain dari itu, kita akan argue. Itulah origin of argumentation nya pun.

Contohnya lagi, kalau kita pakai baju kemeja corak kotak2 dengan seluar yang ada corak kotak2. Lepas tu kita tanya kawan kita "cantik tak?" dan kawan kita pun jawab "tak" lepas tu kita kata "eh tapi aku rasa ok ja" then kawan kita kata "banyak sangat kotak serabutlah" lepastu kita jawab "tapi kotak2 pun cantik apa macam geometry" lepas tu kawan kita kata "tak ada geometrynya macam kertas grid berjalan adalah" lepas tu kita kata "hang saja jeles" then kawan kita kata "bab* la tadi hang" kita pun emo "hang la bab* hutan belantara amazon" blablablabla pastu gaduh.

Faham situasi di atas? Ini berbeza dengan devil's advocate. Devil's advocate ialah istilah catchy untuk berbincang secara kritis dan kreatif. Kalau dalam bahasa intelek dipanggil debat dan dalam istilah arab yang disebut sebagai munaqasyah. Haaa gitu.

Kalau devil's advocate, memang kita akan open to opinions, suggestions, dan different ways out. Ni yang jenis minta pendapat orang tapi bermati2an nak tegakkan pendapat sendiri. Nak lagi sakit hati, memang seolah2 dia dah ada jawapan untuk soalan dia sendiri. Bila ditanya juga dan dijawab juga, maka berbalahlah atas sebab2 yang tak munasabah dan layak diberi selipar jepun di kepala... kedua2nya.

Nak salahkan yang bertanya 100% pun tak boleh juga. Kadang2 yang menjawab pun sengaja jawab macam nak minta penampar. Dua kali lima ja sebenarnya.

Ini yang aku nak bagitahu, kalau dalam kepala otak tu dah ada jawapan, maka jangan ditanya soalan itu. Dan bagitahu siap2 apa jawapan yang kamu hendakkan. Misalnya yang berlaku baru2 ini dengan kawan aku. Okies dia tanya aku apakah patut untuk dia beli *kept secret* dan aku pun jawablah patut. Beli sajalah kalau hang nak beli. Lepas tu dia kata pasal hargalah, tak banyak pakailah, payah nak simpanlah, laaaa kalau dah memang takmahu beli, tak payah tanya.

Sebab manusia ni, kalau dia dah bagi pendapat, maka dia akan ada tendency untuk menjadikan pendapat dia tu sebagai pendapat yang paling bagus dalam dunia. Aku pun selalu buat camtu. Maka aku telah defend point2 aku dengan bersungguh2 dan kalau diteruskan sikit lagi nescaya boleh bertengkar sampai esok pagi. Nasib baik masing2 sensible dan tahu berhenti dan beralah.

Ya percayalah sekiranya ada dalam kepala kamu untuk tanya sesuatu kepada orang, pastikan kamu memang tiada pendapat sendiri dan sekiranya pun ada, jelaskan siap2 tujuan kamu tanya tu ialah untuk mendapatkan pendapat semata2. Maka setelah mendengar pendapat orang itu, jangan persoalkan kenapa dia kata begitu atau nak cuba patahkan pendapat dia atau kompelin kenapa dia bagi pendapat begitu.

It will only crack into a fight. Lagi satu tabiat manusia ni kan, bila ada benda yang dia tak puas hati, maka itu akan menjadi modal untuk dijadikan argument. Bila saja dia nakkan sarapan nasi goreng misalnya, tetiba yang dihidangkan ialah roti, maka itulah yang akan dikompelin seterusnya dijadikan tajuk argument.

"AKU KATA NASIK GORENG HANG MASAK MI KARI BUAT APA?!" "MASAK SENDIRI LAA OII!!!"

I think I explained enough okbai

p/s :: I mean... you really understand, yes?
Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Kayun.Zack said...

ouh, belajaq istilah baru aku hr ni: devil's advocate. hee.

argument adalah antara benda yg plg aku x suka. haha. tp kdg2 baguih jugak la kn, untuk tegakkan kebenaran balik. tp belum cukup berani mau argue. sbb org pun x besa jugak dok argue apa2 ngan aku. heheheee

btw solihin, aku mau baca review 7 petala cinta. hehe

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack haha sila nantikan dengan penuh kesabaran =p