Pemollow

THYB on Facebook

Monday, April 23, 2012

Lelaki Yang Sukakan Perempuan


Assalamualaikum. Hye.

Kalau dia tak suka perempuan, maka dia gay. Easy maths.

Ok kali ini aku tulis pasal satu benda yang normal la dalam masyarakat kita. Tudung. Ya tudung lagi balik2 tudung kan aku ni? Suka sangat tudung agak2nya kalau lelaki disunatkan pakai tudung akulah yang paling banyak dapat pahal sunat tu. Tetapi apakan daya tidak.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal tudung sangat pun lah. Tetapi nak cerita pasal lelaki tertarik kepada perempuan (mainly) dan perempuan tertarik kepada lelaki (sampingan).

Apa kena mengena dengan tudung? Haaa itu nanti tengah2 entry kamu akan tahu. Nak habaq kata entry ni panjang berjela la tuh. Sila teruskan pembacaan dengan hati tenang.

Aku ni, walaupun taklah pandai berkawan sangat, dan aku rasa dalam kalangan circle of friends tu, aku konferm2 la bukan the star. Popular pun tidak. Tapi satu benda yang kalau nak kaitkan mesti kena dengan aku. Suruh kawan2 follow blog. Kahkah yang ni aku juara. Bukan apalah tapi bila kawan kita follow blog kita rasa syok. Follow je pun macam kena bayar pulak kalau nak follow. Tak pun kalau nak follow tu kena pergi pejabat peguambela baru nak sah menjadi follower. Saja nak protes beberapa kenalan yang kata aku ni keji sebab paksa orang follow. Kahkah adakah benar aku keji?

Biarkan. Cuma nak kata, dalam tak pandai berkawan tu, aku still ada banyak jenis klik la kalau kat sekolah menengah dulu. Nak kaitkan dengan tudung, maka bolehlah aku bahagikan kepada dua kelompok utama. Satu, jenis yang bila nampak perempuan cun dia akan react begini ; weyy awek cunn awek cunn weyy tengok tu awek cunn gila bak hang. 

Lelaki jenis ini tiada masalah komunikasi dengan perempuan. Mereka cool. Senang diajak berbual dan senang mengajak berbual. Pandai mengayat dan buat perempuan berasa selesa berurusan dengan mereka.

Golongan kedua ialah jenis yang bila melihat perempuan bertudung labuh atau berjubah dan berpurdah maka akan memberi reaksi ; cantiknya dia tu sejuk mata tengok aku suka sebab nampak sopan dan ayu gilerr kalau lah dapat buat isteri alangkah bahagiaaaa.

Lelaki jenis ini juga tiada masalah komunikasi dengan perempuan. Cuma selalunya mereka mengelak jika tiada urusan yang dirasakan penting. Tetapi kadang2 mereka akan menjadikan sesuatu urusan itu penting jika perlu.

Golongan ketiga bukanlah golongan utama tetapi masih ada aku jadikan kawan iaitu jenis yang tak memberi reaksi kepada perempuan sama ada disebabkan tidak bernafsu, bernafsu songsang, atau sekadar malas nak ambil tahu pasal nafsu. Macam keji pulak perenggan ni.

Golongan ini kadang2 takut dengan perempuan. Ada harapan menjadi mangsa queen control kelak di masa hadapan setelah berkahwin dan beranak dua. Kenapa dua? Biarlah aku nak tulis berapa pun kahkah.

Kawan dari golongan pertama itu majoriti. Jadi senang cerita memang selalulah aku akan mendengar reaksi2 begitu bila sembang pasal pelajar perempuan di asrama. Yaaa hangpa ingat budak laki tak bergosip ka kat asrama? Kahkah karut semua tu. Sama naik ja aku rasa lelaki dan perempuan bila sembang pasal awek atau pakwe.

Jadi bila selalu dengar yang dia ni cun dia ni lawa dia ni suka pakai stokin singkat pastu duduk silang kaki dan sebagainya maka aku rasa normallah mereka ini menyukai perempuan jenis yang lawa2 dan berfesyen mengikut trend semasa arus pemodenan era globalisasi masa kini.

Satunya cerita pasal kes yang lain sikit melibatkan seorang kawan aku. Dan juga seorang lagi kawan aku yang perempuan. Oh dia ni ada blog tapi haram tak update. Dah jadi budak bisnes lah katakan.

Kisahnya begini... Pada suatu hari...

Tempat ialah C-Mart di Changlun. Kalau tak salahlah. Sebenarnya aku lupa tempatnya tapi yang pasti itu ialah sejenis supermarket. Kalau tak supermarket maka hypermarket. Yang pasti bukan Kedai Runcit Pak Abu.


Ada kawan aku ni membeli-beleh bersama kawan2. Entah cerita dia camna tapi apa yang berlaku ialah ada seorang akak/adik perempuan berpurdah lalu situ. Kaler biru tua purdah dia haaa yang tu aku ingat. Then dia pun beri reaksi golongan kedua seperti yang telah dinyatakan di atas.


Then kawan aku yang perempuan yang malas update blog tu kata "Dia tu pakai purdah jubah tudung labuh sebab nak melindungi diri dari dipandang lelaki. Tapi hang pi usha purdah dia pulak. Haishhh" sambil merengus hampa. Ok tak pasti dia merengus atau tak cumanya ada lah unsur2 sedemikian. By the way usha bermaksud tengok, mengendap, skodeng, dsb.

Nak bagitahu apa?

Ok sebenarnya perempuan, pakailah apa sekalipun. Kamu akan tetap menjadi buruan mata lelaki. Ecewah ayat sastera gitu. Pakailah baju dalam ke, baju luar ke, jubah labuh, tudung telekung, bikini, legging, seluar straight cut, shawl, pashmina, jeans, baju kurung, hatta baju perisai pun, lelaki tetap akan memandang kamu. Pakai kain kapan pun lelaki akan tengok. Ya lah kalau tak tengok nak solat jenazah macam mana ye tak?

Sedari hakikat itu. Maka kamu pun buatlah keputusan.
Q : Keputusan apa pulak dah?
A : Keputusan untuk memakai apa untuk menarik mata lelaki yang bagaimana. Faham maksud aku?

Kalau kamu memilih untuk free hair, pakai short sleeve, seluar ketat bila duduk nampak bontot, maka lelaki yang jenis bagaimana yang akan memandang kamu, kamu boleh fikir sendiri.

Kalau anak aku pakai camni, aku bagi penampar.

Kalau kamu memilih untuk bertudung singkat, seluar jeans ketat, tidak berstokin dan berbaju lengan singkat, maka lelaki jenis bagaimana yang akan memandang kamu, kamu boleh fikir sendiri.

Personally aku tak suka gaya ini. Aku rasa... menyampah?

Kalau kamu memilih untuk bertudung lilit, berfesyen muslimah moden, berpakaian material lembut yang menampakkan bentuk badan sekalipun longgar, maka lelaki jenis mana yang akan memandang kamu, kamu boleh fikir sendiri.

Aku minat Maria Elena, nonetheless =p

Kalau kamu memilih untuk berbaju longgar dan tebal, bertudung labuh menutup dada, bersarung kaki dan tangan, dan menutup muka, maka lelaki jenis mana yang akan memandang kamu, kamu juga boleh fikir sendiri.

Cantik je pun kalau pakai tudung labuh.

Mana2 pun pilihan kamu, jika namanya kamu itu perempuan, maka lelaki akan melihat kamu. Dengan penuh minat. Cara approach saja yang berbeza. Itulah yang aku beritahu. Kamu nak yang bagaimana?

Perempuan bertudung labuh selalunya jarang diganggu. Bahkan aku memerhati dulu, kawan2 aku yang cool itu bila ada perempuan bertudung labuh didepannya, dia akan lebih behave. 


Perempuan yang bertudung singkat pula, selalu diusik nakal, dan mudah didekati. Mereka cool dan pandai berkawan. Lelaki selesa berkawan dengan mereka.

Yang tidak bertudung atau seksi pula aku tak pasti. Sebab tak banyak kenalan aku yang berasal dari spesis ini.

Bukan aku nak kata aku tak berkawan dengan minah free hair. Cumanya minah free hair la yang tak kawan dengan aku. Aku kan suka suruh orang pakai tudung. Misalnya dulu blogger fofuler yang gaduh dengan aku dulu2 tu. Kahkah lawak pulak bila dikenangkan. Semoga dia mendapat hidayah Allah. Amiin.

Sebab tu pakaian itu penting dalam kehidupan seharian. Cuba kalau selama ni kamu (perempuan) pakai baju biasa2 dengan seluar ketat dan tudung singkat tetiba tukar pakai baju longgar seluar straight cut dan tudung dilabuhkan sedikit.


Mesti ada yang akan tegur perubahan itu. Kata dapat hidayah la, baru balik Mekah la, ada wahyu baru turun, dan sebagainya.


But it's cool kan? Try it and you'll feel the difference. Tak payah sombong sangat untuk mengakui yang bahawa sesungguhnya pakai longgar dan labuh itu lebih selesa daripada pakai ketat2 dan singkat. Kan?


Faham ke tidak dengan apa yang aku cuba sampaikan ni? Tak faham tu maknanya baca skip2 lah tu. Haaa cepat baca semula dari atas. Hehe.

Tak payah tengok trend sangat kalau bab berpakaian ni. Sebenarnya trend tu manusia yang nak tengok. Sebenarnya artis2 dan model bra dalam majalah tu tahu benar yang pakaian dia tu Allah tak suka jika dipakai di khalayak. Jadi dia buat macam pakaian dia tu paling trendy sebab nak tarik kamu masuk dalam kemurkaan Allah sama2 dengan dia. Maka silalah jadi bijak.

Wardina Safiiyah selebriti jugak apa. Tirulah fesyen dia. Nampaklah macam diredhai sikit. Baru2 ni tengok dalam blog mana tah Ekin punya tudung pun dah nampak tengkuk. Dulu ok ja kini dah lingkup. Mawi sila ambil perhatian. Maksud tersirat aku ialah suatu hari nanti isteri2 akan terbabas juga. Maka suami kenalah pandu betul2.


Gambar di atas ini sarkastik. Dua2 tak tutup aurat sempurna sebenarnya. Cuma bagi akulah, yang tak pakai tudung tu lagi baik sebab dia abaikan aurat kepala dan rambut dia saja. Yang lagi dua orang tu pulak tutup rambut pun tak sempurna dengan baju seluar ketat lagi dan mengabaikan aurat seluruh badan pula.

Oh by the way lelaki pun samalah. Aku tak pernah jadi perempuan tapi aku sebagai lelaki pun sejuk mata bila tengok lelaki yang berkopiah, sopan, tak hisap rokok, dan sebagainya yang baik2 tu. So aku rasa perempuan pun rasa yang sama kot?

Entahlah cuma extra point untuk lelaki, aku berpendapat kalau dia jenis sempoi2 tu akan lebih disukai. Ya lah tak keras sangat dan tak lembut sangat. Boleh diajak berbincang lah kiranya. Lelaki cool yang berbaju cantik, suka pakai ketat2, hisap rokok, sembang macam meriam, aku tak prefer sangat la. Tak tahulah perempuan macam mana. Perempuan, kamu sukakah?

And please be humorist. Everyone can use a little laughter. Tak payah lebih2 sangat. Sekadar untuk mencipta suasana selesa dan menunjukkan yang kita tidak sombong.

gambar digoogle kredit kepada tuan gambar sori kalau ambil tanpa kebenaran okbai.
Thanks for reading. Bye ;)

21 comments:

aiEz said...

sejujurnya aie suka perempuan yang bertudung labuh dan jugak memakai niqab...sejuk mata memandang,tapi bila tengok diri rasa macam ada kekurangan je dgn orang2 macam tu..macam mana tu?

Hikaru Yui said...

@aiEz kan? kdg2 rasa mcm xlayak je nak dapat yg mcm tu kan? xpa.. pelan2 boleh improve diri =p

zida said...

panjangnyaaaaaa!

(komen dulu baru baca) haha

ni ke entri yang ko maksudkan?

zida said...

panjangnyaaaaaa!

(komen dulu baru baca) haha

ni ke entri yang ko maksudkan?

Hikaru Yui said...

@zida ha ah..kahkah mmg xsesuai kan dah la exam dah dekat..xpa take ur time..hehe baca sekerat2 pun boleh

Muhammad Iqbal said...

agak-agak saya golongan lelaki yang ke berapa?

Haha :p

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal ketiga? kahkahkah

ilhambrothers said...

ok,fine..saya kalah dalam mengomen entry2 hikaru yui..nampak gaya kena komen selalu lah..hahaha...saya rasa saya golongan ke4.kah3

Hikaru Yui said...

@ilhambrothers golongan keempat komen 10x satu entry..kahkah konferm menang =p=p=p

farah shamira said...

sebenarnya tak tahu nak tegur tang mana dah.

Allah.

Hikaru Yui said...

@farah shamira tegur tang mana apakah?

TecerWidad said...

tak aci macam ni. nak kena aktif mengomen seperti dulu.


i'll be back. soooooooon

Inz Indah said...

makk oi..brjaya jgk habeskn bce entri yg trpnjg skali mlm ni..hoho suka2 bce enty yg ni :)

Hikaru Yui said...

@TecerWidad rindu sungguh akan komen2 tecer...hehe

Hikaru Yui said...

@Inz Indah terima kasihlah sudi baca sampai habis..hehe

Muhammad Iqbal said...

haha :p

ketiga tu macam mulia sangat ja..

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal depends on how u see it =p

Dai said...

pernah member cakap.

'Aku kalau boleh nak cari yang biasa-biasa saja. Lepas kahwen aku didik dia sampai dia cintai akhirat lebih dari dunia. Masa tu baru bahagia jiwa aku ni.'


=)

Hikaru Yui said...

@Dai bagus tu ada wawasan =p

Faiqah Umaira said...

Sebanarnya tak taulah macam mana perasaan bila tengok lelaki berkopiah and stuff, sebab tak berani nak pandang pon! Hoho

Hikaru Yui said...

@Faiqah Umaira bagus bagus..ghadul basyar =p