Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, February 22, 2012

Pretty Ugly


Assalamualaikum. Hye.

*draft entry lama lagi*

Dalam dunia ni tak ada orang yang hodoh. Tapi yang jenis bodoh ada banyak.

Entry ini ialah pendapat aku terhadap orang buruk yang nak melawa tapi melebihi batas. Kalau tak melebihi batas melawalah seadanya. Tak ada siapa kisah.

Dalam dunia ini ada dua jenis perempuan. Perempuan cantik dan perempuan buruk. Definisi cantik buruk sebenarnya bukan ada sesiapa yang bagi. It depends on how you look at it. Ada orang kata cantik itu dengan mengikut fesyen. Ada yang kata buruk itu bila muka penuh jerawat. Ada yang kata cantik itu kalau muka ceria. Ada yang kata buruk itu kalau asyik marah2. It's up to you.

Zaman sekarang ni, bahana fesyen dah meragut maksud kecantikan yang sebenar. Lelaki perempuan sama saja. Tapi terimalah hakikat orang perempuan lagi terkesan dengan virus fesyen ni ewah virus pulak ya lah sebab dia merosakkan dari dalam. Bakteria pun tak sekeji tu.

Contoh mudah. Perempuan cantik pakai baju fit dengan badan, seluar yang skinny, high heels, tudung mereka cantik2 dan berlilit2, lagi banyak yang free hair. Kulit muka mereka menghiasi iklan Tv dan majalah. Putih licin berseri.

Perempuan buruk pula memuja dari dalam rumah. 
Mereka memakai baju fit pada badan gempal mereka.
Memuatkan seluar skinny pada paha2 gemuk mereka.
Mereka sering jatuh dan seliuh bila memakai heels.
Mereka pakai juga shawls berwarna-warni sambil meniru tutorial video.
Ada lagi banyak si buruk yang biar orang nampak rambut mereka. Konon2nya cantik dan bergaya. Fashionable dan trendy. Kebebasan.

Kulit2 mereka berjerawat dan berparut. Tidak licin dan tidak berseri. Apa saja produk yang si cantik sebutkan di Tv, mereka beli dan sapu pada kulit mereka.

Padahal si cantik kalau memakai daun pisang pun tetap akan cantik.
Kalau buruk tu...

Kosmetik yang paling mujarab ada 3.
  1. Percaya pada diri.
  2. Senyuman.
  3. Menghalang orang dari melihat keaiban diri (bahasa mudahnya menutup aurat).
Kenapa nak letak agama di tepi, atas nama fesyen, trend, dan ikon?

Samalah lelaki pun. Pakai seluar 3 suku yang memang macam 3 suku yang kalau dalam loghat utagha dipanggil gelong. Kalau nak pakai ikut nabi, labuhnya sampai ke tengah betis barulah bila duduk tak nampak lutut. Ni pakai seluar takat bawah lutut seinci lepas tu jangan kata bila duduk, melangkah pun dah nampak lutut. Malu lah wey kalau aurat pusat ke lutut pun tak boleh jaga.

Lagi satu kepada akak2 yang suka pakai baju leher luas lepas tu tudung singkat. Pusing kiri pusing kanan maka leher pun nampak. Bijak sungguh. Lagi satu spesis yang suka pakai baju bercorak di dada. Ataupun ada tulisan banyak2 di dada.

Manusia ni malas baca buku tapi kalau tulisan di baju orang selalu tengok dan baca. Tambah pulak bila kanvasnya yang dotdotdot tu lagilah orang nak tengok. Lepas tu marah orang kata gila seks lah apa kejadah. Padahal sendiri yang mangkuk.

Pernah tengok Ugly Betty? Orang buruk ni selalu kena buli dan jadi mangsa keadaan kan? Jadi, silalah kembali kepada agama supaya tuhan sendiri akan jaga anda. Faham maksud aku? Kalau dah buruk tu, janganlah nak ikut perangai buruk orang cantik dalam bab2 melawa menambah dosa. Kau nampak Fasha Sendat pakai seksi misalnya dan dia nampak cantik, kau yang tak berapa nak Fasha tapi part sendat tu saja yang serupa tak payahlah tiru.

Attitude pun mencantikkan kita. Betty's lovable walaupun tak cantik kan?

Biarlah mereka yang perasan cantik itu dengan kekejian mereka. Sekurang2nya mereka cantik. Kita yang buruk ni, dah la buruk. Nak ikut berdosa sekali? Tak apalah kalau tak cantik/ kacak di dunia ni. Nanti mati kalau diizinkan Allah kita dapat pengakhiran baik masa tu melawalah sepuas2nya hati. Kalau nak kejar cantik di dunia sampai aurat tak jaga, tuhan larang tabarruj tapi yang itulah dibuat, apa setakat itu saja wawasan yang kamu ada? Shame.

Seronok jadi cantik ni sebab pakai apa pun nampak kena ja dengan diri. Kalau buruk ni susah nak bergaya. Sebab tu aku kata dalam nak bergaya apa benda ni semua jangan letak rupa atau fesyen sebagai benda utama. Pastikan yang tuhan suruh tu ikut dulu. Setakat kalau kawan2 pakai jeans ketat dengan shawl singkat tapi kamu nak pakai tudung labuh boleh ja nak hang out sama2. Looks even cooler.

Dan yang lebih best ialah pakaian yang baik dapat menjadi benteng daripada tempat2 keji. Sekurang2nya segan nak pergi tempat2 maksiat kalau pakai elok2 ni. Di kelab hiburan misalnya banyak ja shawl chicks kan? Tapi yang pakai tudung iras2 telekung tu rasaya tak pernah ada lagi la kalau ada pun jarang dan bukan majoriti. Itu dari spesis kurang kasih sayang.

It's not how I judge. It's how god and his messenger already told. Choose your clothes in you closet carefully.

p/s :: Sebagai aku juga si buruk, aku faham benar keadaannya. Aku bosan. Bosan melihat. Nak pejam mata susah berjalan pula.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

13 comments:

wanie mn said...

betul tu. totally agreed!!
:)

Hikaru Yui said...

@wanie mn =p=p=p

faiz said...

nak kena suruh ang bagi talk kat skolah-2 ni. :P teruk sangat dah.

umairah^_^ said...

setiap manusia Allah jadikan semuanya cantik dan indah belaka tp mmg xde org yg sempurna.. nk memperbaiki diri x salah, tp jgn sbb nk tutp kelemahan, kelebihan yg sedia ada berkurang pulak...
sbb cantik di pandangan Allah tu lebih penting :)

Ahyad said...

ugly betty macam tak ugly ja.. buat-buat ugly ada la..

TecerWidad said...

well said. mmg ramai yg perasan lawa style2 macam ni

Kayun.Zack said...

kalau perangai comey otomatik org tu nmpk comeyyyy ja. x payah nk berusaha melampau sgt nk nmpk cantik kat mata org. heee

Hikaru Yui said...

@faiz kahkah aku reti tulis ja xreti cakap..hg kan better presenter?

Hikaru Yui said...

@umairah^_^ yup.. kena berpada2 dan sederhana =p

Hikaru Yui said...

@Ahyad kahkah muka betul dia mmg lawa klu x cmna nak jadi pelakon..=p

Hikaru Yui said...

@TecerWidad pakai mcm tcher pun dah cukup lawa kn? *sila belanja kfc*

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack ha ah..mcm betty =p

zida said...

betty tu cantik apa. haha

biar muka tak lawa asal hati bersih, tu penting. tapi kalau hati dah bersih insyaALLAH muka mesti jadi lawa punya kan (mungkin definisi sedap mata memandang la)

btw, tak sia-sia kau pegi bengkel penulisan ye (haha tetiba)