Pemollow

THYB on Facebook

Friday, February 24, 2012

Pianist Me Not


Assalamualaikum. Hye.


Ada orang tanya aku di formspring pasal main piano. Muslimah nak belajar main piano, ok ke? sumthin like that la. Anonymous ja pun yang tanya jadi aku merasakan yang dia pun kisah tak kisah ja dengan jawapan aku. Haha kemain lagi aku nak buat entry khas sebab nak jawab padahal bukan aku tau apa sangat pun.

First, sebab dia sebut muslimah dalam soalan tu, maka aku tak dapat elak dari merasakan yang dia tanya elok tak elok tu maksudnya dia tanya pasal hukum. Jadi kalau bab hukum, aku takkan jawab sebab aku tak reti. Sejujurnya aku mengaku yang aku malas ikut kelas tafaqquh maka aku pun tak banyak ilmu dalam bab hukum2 ni.

Tapi kalau jenis kepala batu takmau tutup aurat tu aku boleh la jawab dengan yakin bahawa berdosa kalau tak tutup arat. Benda basic maka budak darjah lima pun tahu tapi yang dah umur 25, 35, 45, pun tak reti2 nak jaga aurat. Shame for those.

Tapi kan, melihatkan ustaz Azhar Idrus bermain gitar, dan memang ada banyak pun pendapat2 yang mengharuskan muzik, lagu, dan sebagainya di samping ada jugak pendapat2 yang mengharamkan, masing2 ada dalil, masing2 ada hujah, maka aku sebagai pendengar lagu dan peminat muzik pun ikut saja pendapat yang kata boleh. 

Muzik ni benda yang bukan termasuk dalam hal2 utama. Tak payah debat2 sangat la sebab selagi mana kita solat, jaga aurat, puasa, taat mak bapak, zakat, haji, et cetera kalau nak dengar lagu Avril Lavigne pun tak ada masalah. Benda universal. Suka, dengar. Tak suka, jangan dengar. Senang ja.

So kalau nak belajar main piano, aku rasa tak ada salahnya. Belajarlah. Main alat muzik kalau rasa boleh buatkan kamu happy maka buatlah. Tapi kalau dah sebut muslimah, maka secara automatik ada banyak benda yang perlu dijaga.

Maka, kalau belajar main sebab hobi, minat, dan nak latih kemahiran tertentu sudah tentu tiada masalah. Cumanya zaman sekarang ni kan banyak pancaroba dan onak serta duri (perkataan yang masa SPM dulu pun tak guna) jadi kalau kamu nak belajar main piano dengan harapan mahu upload ke youtube dan jadi artis maka tak payahlah.

Bukan apa. Mudah sangat nak jadi artis nowadays. Nyanyi dua tiga kerat lagu, muka cantik, dan suara sedap and poof now you're a singer waiting for recording a record. Cuba tengok penyanyi faveret aku iaitu Yuna. Dia dulu ok ja kan? Sekarang ni tengok tudung dia jadi macam haram jadah. Susah nak tepis godaan2 dunia seni ni. Tapi nasib baik la ada tudung lagi. And you know who's just another person making a good music in Malaysia? Fynn Jamal. Tapi dia pun ada masalah imej. Lagu2 dia banyak cerita pasal ketuhanan dan sebut pasal mati, tapi aurat sendiri tak jaga. Kesian. But I like her (music) anyway.

Yuna... wth is wrong with you?

Faham maksud aku? Kalau kita letak tuhan di atas, dan kita jaga semua perkara yang berkaitan, rasanya jangankan piano, nak belajar main gitar, biola, gong tahun baru cina pun takda masalahnya. Main piano sebagai hobi, jangan sampai leka dan lewatkan solat, tak lupa baca Alquran, kalau buat performance pakai baju tutup aurat dengan sempurna, maka tiada masalah.

Tapi apa2pun sila rujuk ulama untuk keterangan yang sebenar. Sebab, aku dah bagitahu tadi aku tak tahu secara keseluruhan. Setakat benda luaran yang shallow bolehlah aku bagi pendapat. Kalau nak cerita hukum bagai minta maaflah aku tak berani takut nanti silap pulak.

Yang paling utama, tengok balik niat. Tapi aku ada kawan yang belajar main piano, and he's one good guy better than me in  almost every aspect. One more reason for me to say it's ok to learn piano. Cool gila kot main piano. Haha

harap menjawab soalan okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Kayun.Zack said...

ambo pung teringin jugok sebenornyo nok melibakkey diri dengey bendo2 neh. bukey apo, sekadar tamboh ilmu pengetahuan key. hohoo, tapi dulu2 ambo pandangey tok jauh, tok nampok faedah2 nih. rugi rasanyoo. tp xpolah, belajo dari kesilapey key. hohooo

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack aku pun rasa cam dah terlambat.. maybe boleh berangan ja lah main piano..hehe