Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, February 25, 2012

Munakahat


Assalamualaikum. Hye.

Ada satu program aku join. Ni baru habis terus nak update. Semangat dak?

Ada dua benda aku nak cerita. Yang pasal medic ada nak buat luahan perasaan sikit so esok2 kot aku cerita. Haha malam ni nak cerita yang relaks2 saja iaitu isu kahwin.

Bila sebut pasal kahwin, perkara pertama yang akan muncul di kepala otak masing2 ialah 3G iaitu Gatai, Gedik, dan Gegeh. Tapi setelah meningkat usia, benda taboo bernama perkahwinan ini sudah menjadi antara topik lazim untuk dibincangkan apatah lagi bagi mahasiswa2 yang bakal menjadi tonggak negara lah harapannya. Ecewah tonggak negaralah sangat.

Tapi persepsi nikah dari sudut pandangan orang lama, mak bapak, remaja, dan lain2 gologan akan berbeza. Sebab tu munakahat menjadi satu benda yang kompleks hari ini. Anak2 fikir macam ini. Mak ayah fikir macam itu. Masyarakat fikir lain pulak.

Macam tadi kan, kami ada macam forum la dan antara isi forum tu ialah menyentuh bab nikah kahwin. Dan skop perbincangan tentulah dalam usaha membentuk keluarga dakwah yang berjaung demi menjulang kegemilangan Islam di seluruh alam. Tema2 macam ni banyak di Mesir. Nice, isn't it?

Maka bagi mereka yang sememangnya dah biasa dengan tarbiyah dan usrah and stuff, benda ni best la. Bagi budak yang tak berapa nak join usrah ni, lain sikit la rasanya. Haha dan aku agak tak berapa nak ikut la apa yang dicadangkan. Biasalah. Hedonisme melampau, result exam biasa2, dan qiyamullail sebulan sekali pun payah, maka inferior merajai diri.

Tapi kalau dah inferior tu lah yang patutnya menjadi pembakar semangat ye tak?


Actually, aku sendiri dah makin tak jelas dengan apa yang aku nak. Bila dengar2 perbincangan yang semacam ini, aku dah jadi keliru. Probably sebab apa yang ada dalam masyarakat tak sama dengan apa yang ada dalam forum tadi. Dan apa yang ada dalam filem2 dan drama melayu pun tak sama. Drama America lagilah lain. And I think I drenched too much inside those latter.

Sebab tu aku punya judgment pun dah clouded. Mana taknya. Bajet2 macam nak kahwin tetiba bila sebut pasal dakwah tarbiyah apa semua ni tetiba rasa tak bersedia pulak. Dengar pulak cerita ustazah2 bagi cabaran kepada bakal suami untuk keluar dakwah 40 hari baru layak kahwin ohh kecut perut aku haha.

Jadi malas nak kahwin lagi buat masa ni. Sebab orang yang macam aku, perlukan seorang yang tak berapa nak sempurna supaya boleh cope denga ketidaksempurnaan aku. Masa aku dengar perbincangan tu sebut pasal strategi dakwah ialah mengahwinkan orang yang baik dengan orang yang baik juga, pun aku dah stop and stare jap. At myself lah, bukan stare sembarangan.

Aku bukan nak kata aku ni dari keluarga yang tak baik. Oh family aku ok ja takda rekod penjenayah ke, penagih dadah, dan kakak2 makcik2 aku semua pakai tudung jadi yang basic2 tu memang takda masalah.

Cumanya aku sendirilah. Sebab orang yang aku suka tu macam terlalu perfect. Jadi aku pun rasa macam sedih la bagi pihak dia kan kalau tetiba dia kena end up hidup dengan aku yang serba kekurangan ni kan? Kahkahkah bajet macam ada calon ja padahal takda lagi la. But this is my current situation la. So takmau fikir pasal kahwin lagi buat masa ni. On off gitu.

Lagi satu, aku tak berapa nak follow la dengan cara matchmaking jenis tak kenal dulu ni tambah pulak kalau orang tengahnya itu stranger. Ya dulu mak bapak kita kahwin bukan kenal pun tapi bahagia ja sampai ke kita ni kan? Sebab tu kalau nak buat matchmaking ni aku percaya mak ayah aku saja. Sekurangnya kalau it doesn't work out, aku takkan la nak salahkan mak ayah aku kan?

Kalau entah siapa2 yang matching2 aku, tetiba rumahtangga porak peranda, tentulah aku akan mengamuk kepada orang2 tertentu. Dan ayat ini juga membuktikan aku masih belum sedia nak berumahtangga sebab kalau nak kahwin kena stabil dulu tapi kalau ada intention nak mengamuk maksudnya tu masih belum stabil maka stay single lebih baik... kot?

Berbakti kat mak ayah dulu cover balik dosa2 dulu before say bye2 and get married. Tak gitu?

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

12 comments:

Yasmin Aris ♥ said...

:)

Hikaru Yui said...

@Yasmin Aris ♥ =p=p=p

zida said...

Aku doakan hang cepat2 kawen supaya perut2 kami di sini dapat merasa nasik minyak dan ayam masak merah yang sedapppppppp! HAHA

#off-topic :P

sis-haneii said...

@Hikaru Yui

tobat aku ingat hang buat bntuk love tu commenter yasmin aris tu.hahahaha. bru dok ingat penyu dah tranform jd buaya

Hikaru Yui said...

@sis-haneii bila masa aku jadi penyu hah? kahkah

Hikaru Yui said...

@zida amiin..doa2kanlah..kahkah tp aku xkenai hg cmna nak jemput dan klu jemput pun cmna nak tau hg mai ka dak?

[fathiyyah] said...

"Ya dulu mak bapak kita kahwin bukan kenal pun tapi bahagia ja sampai ke kita ni kan? Sebab tu kalau nak buat matchmaking ni aku percaya mak ayah aku saja.

Sekurangnya kalau it doesn't work out, aku takkan la nak salahkan mak ayah aku kan?"

so true!

mungkin sebab belum sampai masanya lagi. sebab tu kamu fikir mcm tu. nnt bila dah 2 3 4 5 6 tahun lagi, mesti lain dh pendapat kamu lepas ni. semakin jelas dan tidak keliru lagi.

apa pun, selamat ber'pulun' untuk menyediakan diri. untuk hari yang entah bila pun kita tak tahu.


ziarah dari Sayyedah Zainab

:)

Hikaru Yui said...

eh akak panelis~

thanks..nnti klu smpat datang la kenduri..hehe

zahid naser said...

Salam...

Hahaha.. Itulah, kalau nak menikah beritahu pada ibu dan ayah dahulu.. Mereka orang yang paling dekat dan paling faham tentang kita.. Mereka murabbi kita yang pertama!

Moga maju terus!

Ust Zahid Naser dan isteri

Hikaru Yui said...

@zahid naser wsalam... sbnarnya mak ayah mmg dah tahu.. selalu ja cerita pasal benda ni..tp dapat faham sndiri la depa pun xmau lepas lg.. not ready..hehe

tgklah setaon dua lg kot =p

Hikaru Yui dan (bakal) isteri

Kayun.Zack said...

ambo nok kaweng lepah dapak phd. agoknyo macey lambak lg lo kan. mung tulung doakey ado ore putih hok berkeney dengey ambo. hohohoooo

hohooo sapo dioo hok mung dok berkenan tuh? heheeee, share lo dengey ambo. hohooo

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack malu la kawe nak kecek kat hang... eh ttiba jadi kedah kelantan hybrid plak =p