Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, February 18, 2012

The Depressing News


Assalamualaikum. Hye.


Semalam aku pergi Dumyat melawat tempat menarik sambil cari kerang padahal aku main pantai ja lebih. Air sejuk sungguh dan jalan2 di pantai meranduk air sampai kebas kaki oh such a lovely feeling sebab dah lama tak jumpa laut.

Dan bila balik ke rumah sewa ustaz2 di situ, maka terburailah satu kes yang agak latest lah juga. Kes inilah yang depressing tu. Pergi Dumyat ialah satu pengalaman menarik yang mungkin akan membuatkan aku rasa nak pergi lagi lain kali bila free. Maybe bila musim panas tiba sebab pergi time winter seolah2 menziarah Sinai buat kali kedua. Sejuk, angin kuat, hujan, menggigil, tulang belakang macam membengkok, all the not so good stuff.

Pasal pantai kerang apa tu nanti2lah aku cerita. Mari sini nak share something awful.

Okies selama aku blog and share stuff about Egypt, jarang2 la aku cerita pasal benda tak best kan? Selalu cerita benda2 yang fun, pergi bergembira, bermalas2an, dan bersukaria tetapi tidaklah sampai mengabaikan perintah Allah Azzawajalla.

Tapi baru2 ni ada kes baru pulak pasal orang mesir ni buat perangai. Kali ni sampai ke tahap mencederakan. Ini sudah menyebabkan usus dan perut menjadi kecut. Kes rompaklah apa lagi. Tempat pulak asyik yang sama. Dan tempat yang sama tu ialah Haiyu Asyir, asrama Kedah ada sebijik di situ. Walaupun aku jarang2 pergi, tapi ada masanya kena pergi juga. Macam sekarang ni ada event Hari Keluarga, macam nak pergi. Tapi bila dengar benda2 tak best camni, macam malas pun ada.

Dan kisahnya, ustaz yang kena rompak ni bukan takat duit dia saja yang hilang. Takpayah aku detailkan kot, cukuplah sekadar aku cakap yang dia ada urusan yang melibatkan duit orang lain, dan duit tu besar jumlahnya, dan suddenly, kena rompak dan hilanglah.

Kawan aku selalu jugak pergi Asyir tu. Dia pun pernah kena. Tapi macam tak serik. Tak apalah sebab dia hero. Tapi bila asyik dengar kes macam ni, kita yang tak berapa hero ni risaulah jugak. Mana tak risau benda macam ni bukannya best pun kalau jadi. Tapi aku tak la tunjuk sangat aku risau. Bukannya membantu pun.

Sebelum2 ni, kes rompakan jarang la melibatkan kecederaan. Tapi ustaz ni kena jahit kepala (rasanya) sebab kena tetak gitu. Orang cerita sebut perkataan tetak. Aku dah terbayang kapak dah. Horror kot?

Thing is, aku selalu jugak jalan sendiri2 sebab malas nak ajak orang. Kadang2 mereka pun ada benda nak dibuat dan of course everyone has a life to attend to. Nak ajak orang ke sana ke mari macam meragut masa peribadi dia lah pulak. Ecewah meragut masa peribadi sejak join bengkel penulisan ni kalau boleh nak guna perkataan yang kemain saja. Padahal takda effect pun.

Mulalah aku rasa yang babi tu lagi mulia. Babi yang kuat tidak menindas babi yang lemah. Habis tindas pun dalam hal ehwal merebut kawasan saja. Biasalah binatang kan ada territory. Tu pun babi hutan ja yang buat sebab mereka spesis tinggal dalam hutan sebab tu nama babi hutan. Kalau babi pink comel2 yang dibuat lauk oleh masyarakat tertentu spesis tu tidak menindas bahkan saling memberi sokongan moral kepada babi2 lain yang bakal menjadi balu atau yatim piatu. See? Babi pun menjaga hati dan perasaan babi2 lain. Manusia?

Ok macam huduh sangat bunyinya buat perbandingan manusia dengan babi. Tapi itu hakikat kan?

Manusia ni kompleks sifatnya. Tapi jenis yang suka buat orang lain merana ni kadar kekompleksan mereka lebih daripada paras normal. Jenis2 begini wajar masuk penjara. Tapi yang susahnya, even kalau mereka masuk penjara kena hukum gantung sekalipun, kerosakan yang mereka buat tetap kekal. Bak kata orang, luka akan sembuh tapi parut akan kekal. Maka gunalah Bio Oil. Eh?

Aku tak suka hidup dalam kerisauan dan sangat2 mampu kalau aku nak pretend nothing happened dan hidup macam biasa. Masalahnya benda ni jadi semakin kerap dan semakin dekat. Faham maksud aku? Sebelum ni selalu dengar ustaz indon, orang thailand yang kena. Sekarang ni, tempat yang selalu jadi kes ialah kawasan yang aku selalu pergi, dan orang2 yang jadi mangsa mula terdiri dari kalangan yang aku kenal.

Seolah2 menunggu giliran I'm the next. Wth?


Memikirkan benda ni, maka sekali lagi aku jadi depressed. Tapi dengan jayanya facebook mengatasi depression aku. Baca komen2 status kawan, tengok post2 lawak, terus lupa jap benda ni. Ya kadang2 kemalangan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kena redhalah kalau dah nasib kan? Tapi itulah. Precautions kena jaga. Kalau nak tawakkal semata2 pun tak boleh juga. Zaman ini bukannya macam zaman dulu banyak keajaiban. Ini zaman akhir zaman. Semua orang pakat nak tunjuk diri masing2. Baik nak tunjuk, jahat pun nak tunjuk. Yang jadi mangsa, kita semualah.

Jahat pun ada kisahnya. Aku faham bukan semua orang suka buat jahat. Ada yang terpaksa dan mempunyai masalah peribadi yang memaksa dia buat benda tak elok. Tapi jenis2 yang suka buat benda keji and seems to have fun doing it, buat aku nak risau. Apa2lah. Kesimpulannya sila berhati2. Dah la aku tak reti silat. Kalaulah magic itu tidak dihukum haram, dah lama aku belajar. Sapa2 yang berani nak buat keji dengan aku siaplah kau muntah darah tapi aku yakin Allah jaga aku lagi baik daripada magic. So I'll be extra careful and He will do the rest. And one more thing...

God, can you send those evil people somewhere? Hell, for instance?

doa2kanlah ustaz tu ok danjangan lupa doakan aku jugak okbai.
Thanks for reading. Bye ;)

9 comments:

faiz said...

balik malaysia nanti belajaq ilmu mempertahankan diri ye adek solihin~

Hikaru Yui said...

@faiz aku nak belajaq santau buleh dak? hehe

theanipCO said...

tak leh sol..harommm..

theanipCO said...

tak boleh sol..haromm..

Hikaru Yui said...

@theanipCO haromm? ni kes baca ayam dan babi byk sgt la nih..hehe

Kayun.Zack said...

ikut pesan ayah ang tuh, insyaAllah selamat semuanya untuk ang. jalan ramai2 noh. semoga semuanya baik2 saja

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack insya allah =p

suffiakmal said...

take care weh !

Hikaru Yui said...

@suffiakmal insya allah =p