Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, February 5, 2012

Assalamualaika


Assalamualaikum. Hye.

Salam Maulidurrasul walaupun macam dah agak lewat tapi tak apalah lagipun kita berusaha mahu meraikan baginda nabi setiap hari bukannya setahun sekali dok gitu?

Mari berselawat. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Ok bila bercerita tentang Maulidurrasul, dulu2 mesti nak cerita pasal perarakan, buat sepanduk, selawat ramai2 and stuff like that. Lama sikit selepas itu, mula timbul isu perlu sambut ke tak perlu sambut Maulidurrasul. Masa ni hot pasal bidaah. Semua benda nak bidaah. Last2 apa pun tak payah buat. Then after that orang pun dah tak argue pasal benda ni sangat. Zaman social network tengah meletup2 so banyaklah benda2 pasal nabi junjungan dikongsi bersama which is good. Sebab jarang orang nak saja2 buka internet cari pasal sirah. So ada orang share tu kira besar rahmatlah.


Tapi one of the most remembered stuff is the video yang pasal Lau Kana Bainana tu yang ada perempuan tu bila ditanya "Jika anda ada seminit untuk bercakap dengan Nabi, apa yang akan anda cakapkan?" something like that lah.

Then perempuan tu jawab sampai nangis2 dan aku yang tengok pun rasa sebaknya tapi takdalah sampai nangis. Iman kulit bawang hati berkerak macam mana nak nangis? Huu malu dengan diri sendiri. Tambah2 pulak bila nak mengaku yang diri ini menyayangi nabi tapi perangai macam tak pernah kenal nabi. Macam mana tu?

Aku suka tengok orang pakai jubah, kepiah ketayap serban lilit kepala tapi aku tak lilit kepala. Aku lilit tengkuk dengan muffler adalah. Aku suka tengok orang join usrah dan aku suka tengok orang solat dhuha. Cuma aku sendiri jarang2 buat benda tu. Tambah lagi usrah2 ni atau dalam blog Angelpakaigucci disebut sebagai bulatan gembira hoyeah osem apa semua tu memang aku kalau join pun mata asyik tengok jam saja bila lah nak balik tanya hatiku.

Kadang2 aku sendiri pun hairan. Betul kah aku sayang nabi?

Solat sehari semalam alhamdulillah penuh dan kalau tertidur pun insya Allah tak sampai kena qada. Solat jemaah di surau dan masjid pun boleh tahan la walaupun tidaklah sempurna 5 waktu berjemaah di masjid tapi masih berjemaah di rumah atau solat sendiri. Kalau tak solat hati gelisah tu maknanya ada iman lagi la kan?

Sedekah... ada la jugak bagi segenih dua kat makcik2 jual tisu tepi jalan tu. Tapi nak bagi lebih rasa macam tak boleh. Nanti aku nak makan apa? Opppsss hubbuddunya detected.

Nak kata personaliti baik tu memang bukan aku la tapi kalau bab berpakaian insya allah aku jaga betul2. Rasanya tak pernah lagi aku pakai seluar pendek keluar rumah atau keluar rumah tak pakai baju. Aku rasa malu dan malu itu sebahagian daripada iman.

Yang tu sajalah kot. Aku tak bangun qiyam, aku tak pergi talaqqi, aku tak cakap ana anta bila sembang, dan aku tak pakai kopiah masa solat. Aku dengar lagu Avril Lavigne masa main laptop dan aku menyanyi lagu Fully Alive masa tengah masak.

Agak2 nabi akan suka aku?

Takut sungguh bila fikir2 balik akhirat nanti bila sampai masanya. Semua manusia dibangkitkan dan menunggu syafaat baginda, tapi aku layak ke nak dapat? Dengan amalan tak seberapa. Selawat sehari tak sampai seratus kali pun tapi mengidam macam2.

Imagine kalau nabi masih hidup dan hidup dalam kalangan kita. Agak2 ada tak orang yang sanggup jadi rakyat Malaysia bila mendapati nabi tinggal di Madinah? Agak2 ada tak blogger sanggup dedah aurat dalam blog dan mencarut sakan? Agak2 ada tak dalam dunia ni filem2 lucah?

But nabi is not here anymore. Baginda serah tugas tu kepada kita untuk teruskan. Dan ini pun satu hal juga. Apa sumbangan aku kepada Islam pun aku tak tahu. Tulis entry pasal aurat dikira jugak kot mudah2anlah. Nak kawen cepat2 bina keluarga bahagia menambah zuriat dan bilangan umat Islam di mukabumi pun belum tentu aku mampu buat. Ye lah kalau aku jenis dengar Avril tak ubah perangai sampai ke tua, anak aku nanti ikut sama menyanyi What The Hell dengan aku. Hampeh sungguh aku.

Ya betapa kerdilnya aku.

Tapi untuk menyedapkan hati, dalam sirah ada menceritakan bagaimana baginda merindui umat akhir zaman yang tak pernah tengok baginda secara live tapi beriman dengan baginda dan mengamalkan ajaran baginda. Aku tak sembah tokong apa so maksudnya aku ikut ajaran baginda lah walaupun tak sempurna. Dan dalam ayat2 Allah yang diturunkan kepada baginda dan disampaikan kepada kita semua ada satu ayat tu kata kita buat kebaikan yang kecik pun ada bahagiannya nanti untuk kita. 99 : 7

Dan aku pasti kalau nabi boleh maafkan dan sayang orang yang buat jahat kepada baginda contohnya orang yang buang najis depan rumah baginda, orang yang cuba meracuni baginda, orang yang menjerut leher baginda dengan serban, dan kaum Taif kot yang melempar baginda dengan batu sampai Jibril marah gila lalu offer untuk hempuk mereka2 yang kurang ajar itu dengan gunung apa aku tak ingat, maka dengan keperibadian itu aku berharap agar kasih sayang baginda akan tumpah kepada aku juga. 

Setitik pun jadilah.

Kita semua umat Muhammad. Nabi Adam pun jeles sama kita. Kita hidup dalam zaman yang lebih dahsyat daripada umat2 dahulu. Zaman dulu punya umat, sekalipun ada Firaun yang super duper kejam dan berkuasa sampai mengaku tuhan, mereka ada Nabi Musa. Walaupun zaman dulu ada banjir besar, tapi Allah tolong Nabi Nuh dengan kapal besar. Zaman kita ini, nabi tinggalkan bekalan yang dah lebih ceri cukup tapi banyak yang kita sia2kan. Yang aku sia2kan. Dengan masyarakat huruhara aku memang berharap ada superhero dari kalangan aktivis dakwah untuk buat perubahan. Aku tak mintak la perubahan drastik sampai semua orang pakat jadi ahli ibadah tapi sekurangnya biarlah nampak jelas Islam tu.

Mari perlahan2 menjadi lebih baik. Tak nampak perubahan pun tak apa. Perubahan tak semestinya benda yang orang mesti nampak. Allah tahu usaha kita. Kan?

Oh pasal Lau Kana Bainana tu, kalau aku ditanya soalan itu, aku akan jawab yang aku tak mahu cakap apa2 dengan nabi. Sebab cuma ada satu minit. Lebih baik kalau aku dengar nabi cakap. Lainlah kalau sejam. Bolehlah sembang2. Dan kalau dapat sejam dengan nabi, aku nak mintak baginda doakan aku ada pengkahiran yang baik dan mak ayah aku, adik beradik aku, keluarga, kawan2, guru2, dan seluruh manusia. Doa baginda Allah tak tolak kan?

Habis di sini. How do you like my new template? Aku sendiri pun macam tak berapa berkenan tapi aku stick with this for a while. Nanti2 aku tukar balik jadi yang macam sebelum ni.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Kayun.Zack said...

hmm. begitu kerdilnya diri kita. semoga kita semua diberikan rahmat Allah di dunia dan di akhirat. ada yg ustz kt tmpt aku ckp ritu yg kita dpt masuk syorga adlh dengan rahmat Allah. Amin.

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack amiin..

n that's very true =p=p

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

salam maulidul rasul :)

Hikaru Yui said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik wsalam =p

TecerWidad said...

mula-mula baca rasa insaf, pastu dah kat tengah tak berapa insaf. kemudian datang balik mood insaf, tapi hilang sikit, dan nasib baik tang closure terus ayat insaf. harap2 insaf yg ada ni istiqamah.

Hikaru Yui said...

@TecerWidad haha.. mood insaf datang dan pergi?