Pemollow

THYB on Facebook

Monday, January 2, 2012

20 Years of Living and Learning and Watching My (beloved) Malaysia As It Is


Assalamualaikum. Hye.

*Setelah di preview, aku katakan entry ini tidak best macamlah entry aku yang lain best kan?. Sila baca atas pilihan sendiri*

Aku sebenarnya bukanlah cakna sangat dengan isu semasa. Tapi disebabkan aku selalu online baca blog dan buka facebook, maka aku tahu jugaklah apa yang berlaku di Malaysia tanah air tercinta ececeh bajet sayangkan negara sangat.

Agak baru ialah isu mahasiswa. Adam Adli, Saiful Anang (betul ke tak tah?), Saiful Bukhari, eh?

Sebagai budak baik yang selalu mengikut peraturan sekolah dan just follow the flow, aku sememangnya tak selesa dengan apa yang berlaku. Zaman sekarang ni memang ramai2 nak merusuh ke apa? Pergi sekolah untuk belajar. Ke belajar merusuh? Masuk sekolah kerajaan pastu nak melawan kerajaan yer? Amboi amboi amboi. Bijak sangatlah tu kononnya.

Ok perenggan di atas sebenarnya aku nak sarkastik saja.

Seriously, aku agak malu dengan diri sendiri sebab dalam pada orang sibuk berjuang menegakkan kebenaran, aku nak bejuang melawan facebook pun tak mampu. Wajarlah aku malu kan? Nak turun demo pun serba salah. Kang kena tangkap masuk lokap aku bukannya cekap nak cari jalan keluar. Nanti menusahkan mak bapak pulak nak kena risau2 pasal aku. Baik aku update blog tak payah jalan2, tak payah jerit, tak payah takut risiko ditangkap.

Yes I am devil advocating.

Aku tidak kata yang berdemo tu salah, dan aku tak kata yang tidak berdemo itu bacul, pengecut, dayus, atau ayam. Nope. Everyone has his/her own ground to stand on. Walaupun aku sendiri tergolong dalam golongan yang prefer untuk tidak berdemo.

Aku tak faham banyak benda. Sejak dulu lagi sebenarnya aku dah dengar pasal perjuangan, mujahadah, menegakkan Islam, dan sebagainya. Sejak itu juga aku selalu kata tegakkan Islam dalam diri dulu. Dan sampai sekarang alasan itu sudah basi sepatutnya. Sepatutnya aku dah utuh dalam beragama dan mula menegakkan Islam di luar diri pula. 

Cerita mahasiswa UPSI berdemo dan kena belasah tu akan ditafsir dengan penuh kepelbagaian. Ada yang sokong, ada yang tidak sokong. Ada yang suka dan ada yang benci. Ada yang memanggil mereka wira dan ada yang memanggil mereka babi. Macam2. Perception is reality, and thus very diverged.

Ada yang kata mahasiswa mengganas, ada yang kata polis mengganas. So siapa yang mengganas sebenarnya? Ombak mengganas masa musim tengkujuh. Ombak Rindu?

Tujuan berdemo? Aku tak cukup tahu untuk cakap. So biarlah malas nak ambil tahu. Pasal polis guna kekerasan, aku tak mahu komen banyak juga. Sebab nanti kalau ada masalah apa2 cari polis juga.

Bila tengok kes Khir Toyo dan desperate father, yang ni rasa macam nak berak dalam mulut orang yang tetapkan hukuman tu. Ada ke patut menipu berjuta2 kena denda sikit, curi susu untuk anak kena denda berat. Haram jadah.

See? Banyak benda di Malaysia berlaku dan sangat2lah wrongly oriented. Apa yang berlaku di Malaysia sebenarnya? Mahasiswa kerja nak merusuh. Polis kerja nak mengganas. Menteri kerja nak menipu. Rakyat kerja nak bonus. Eh?

Aku duduk di Mesir ni rasa bahagia tau? Boleh gelak2 hari, study, update blog, main dota blablabla tapi bila tengok current issues di negara sendiri rasa macam haram. Nasib baik kat Malaysia tu lah rumah aku, dan Malaysia tidak sesejuk dan tidak sepanas Mesir. Maka aku mahu balik. Ok sebenarnya memang aku suka Malaysia lagi.

Why can't people live in peace? Mari aku nak bukak persoalan. Adakah perlu mengubah kerajaan? Kerajaan sekarang ni babi sangat kah? Ya in some senses aku rasa memang betul pun. Kalau rakyat yang menutup aurat kurang daripada rakyat yang tidak menutup aurat maka aku kata kerajaan fail. Samalah kalau dalam family tu ada 10 orang kalau 2 orang saja yang tutup aurat maka aku kata parenting fail. Sorrylah tapi it's the truth. Bukan aku nak kata aurat tu meter kewibawaan kerejaan yang memerintah. Itu sebagai misal perbandinganlah. Look at Malaysia, orang Malaysia dirogol di Malaysia oleh rakyat Malaysia, kena rompak, kes buang anak, perasuah, kemiskinan, penindasan, dan segala mak nenek. Ya aku tahu di mana2 pun ada benda ni. Tapi Malaysia dah merdeka selama 50 tahun. At least live peacefully lah. Tapi peacefully apanya kalau asyik ada kes merusuh, kes mengganas, kes penipuan, kes tidak mengikut agama.

TEEETTTTT!!!!!

Agama.

Orang Malaysia rata2nya agama apa? Tapi banyaknya ada agama kan? Tapi setakat mana agama itu diikut? Maybe sebab tinggal tuhan kot sebab tu banyak masalah sangat. Haaa dah makin lari dari fokus asal entry tapi tak apa lah. Kisah apa sangat kan?

Cakap pasal agama, rasanya kalau ikut agama mana pun semuanya promote keamanan. Sepatutnya yang beragama Islam tu lagi2lah sebab Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera. Tapi sebab ketidakfahaman agama atau kekurangan ilmu atau kejahilan maka seolah2 mengikut agama tidak menjamin kesejahteraan. Sebab tu ramai dan makin ramai orang yang jauh dari agama. masing2 guna kepala sendiri, yang sebenarnya kepala tu bukan sendiri punya tapi pinjaman daripada Allah.

Oklah nak berhenti.

Satu cadanganlah aku bagi. Daripada berdemo pastu kena belasah, sakit dapat dan bukan membuktikan apa2 pun. Mari sini aku cadangkan sesuatu. Apa kata buat konspirasi mahasiswa? Komplot mahasiswa? Bukan nak merancang pembunuhan ke apa. Maksud aku, buat saja apa yang patut. Join politik perlahan2. Jilatlah buntut kerajaan sampai kering lidah kamu. Masuk dan ikutlah telunjuk. Biar ramai2 mahasiswa join parti kerajaan. Bila menteri2 korup yang dah tua kutuk tu mampus seekor demi seekor, maka tampuk pimpinan dah dipegang oleh generasi baru, jangan buat apa2 lagi. Biar dulu. Sampai semua generasi lama yang spesis keji menemui ajal, dan semua yang di atas kini generasi baru mahasiswa yang berkesedaran, haaaa masa tu tukarlah negara ini dari neraka menjadi utopia. Lambat sikitlah. Well everything comes with price. So kalau nak laju2 memang kena harapkan keajaiban. Dan keajaiban dah tak wujud sekarang ni.

Bernas tak cadangan aku?

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Cik Lilo said...

Aku minat nak comment. Walaupun aku baru nak masuk 17, tapi aku selalu lepak blog politik baca isu semasa. Tak kira ah umno ke pkr ke pas ke apa benda.

Btw nama dia Safwan Anang. Diorang berdemo untuk menuntut kebebasan akademik ke apa benda tah tak berapa faham. Aku pun baca jugak bermacam-macam versi. Tak salah rasanya aku nak ambik tahu hal negara. Tapi ada ah member aku ni macam nak menyakitkan hati aku perli-perli kata aku suka politik. Aku taksuka, aku cuma ambik tahu je.

K dah jauh menyimpang. Aku nak lepas geram je. Kat blog sendiri kang dia baca. Kat twitter dengan fb pun dia baca. Jadi blog kau ah manga. Bye wek! HAHAHAHAHHA

Hikaru Yui said...

@Cik Lilo bguslah tu baca current issue... lg bagus drpda baca naruto je memanjang..haha

alah mmber yg perli2 tu nak bg diam senang ja... suruh dia sebut nama2 menteri konfem dia xmampu lalu diam membisu

TecerWidad said...

filem Rang De Basanti dan Nayak mesti ditonton sebelum nak berdemo.


lepas ni filem Malaysia tapisan dibuat oleh pengarah dan penerbit file. mungkin tecer akan terbit filem Antara Permata Berjuta dan Lembu di Kondo.

Bersedia utk selamatkan tecer kelak.

*tiba-tiba rasa mcm komen tak berapa nak kena dgn entri*

Hikaru Yui said...

@TecerWidad kahkah kalau perlu diselamatkan dan saya ada kat sini... xdapat le nak menolong..=p=p=p

Kayun.Zack said...

esok2 kalau panjang umur, mungkin ada antara kawan2 kita hat memegang pucuk pimpinan negara pulak. hihi.

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack mudah2an =p=p=p