Pemollow

THYB on Facebook

Friday, December 30, 2011

Kisah Dramatik Cap Ibu dan Anak


Assalamualaikum. Hye.

Kamu ingat ubat batuk saja kah yang ada ibu dan anak? Ikuti kisah menyayat hati di bawah. Scene dari cerita Desperate Housewives. Ketegangan antara Bree dan anaknya Andrew. Ceritanya Bree ni tertekan dan anaknya pun asyik bagi masalah. So ada suatu masa tu dia punya ketagihan dah macam kronik dan anak dia guna kesempatan tu untuk dapatkan duit simpanan yang sepatutnya dapat masa umur 21 tahun. Dan anak dia nak hidup sendiri. Nak detach dari family.

 "Perception is reality, Andrew. If people perceive me to have a drinking problem, then I do. And I certainly don't want some idiotic judges using my hobby as an excuse to make you rich. So I'm simply going to give up my wine and become a recovering alcoholic."

"Good plan. But it will never work. See, I bet you will end up coming to court, hammered."

"Oh Andrew... You think I don't love you enough 
to give up alcohol?"

"We're both very unhappy. Why don't you let me take my trust fund and I will get out of here forever."

Pesanan penaja : Jangan jadi anak derhaka.


"You know? The opposite of love isn't hate. It's indifference.  If you hate me, that means you still care. And we're still connected. And I still have the chance to set you right."

"I hope you met me when Rex is still alive, and my kids are still small. Then I'm sure you will like me."
"I like you the way you are now."
"Funny. Cause I don't."

Bak kata Kayun dalam cerita ni kehidupan bree la paling berantakan. Haha benar sungguh bagai dikata.

Family is the most dazzling precious treasure. And I am so treasured. Ya lah walaupun tak layak dapat anugerah anak mithali but I do love my family more than anything. Sebab tu aku lagi rela balik Malaysia daripada bercuti ke Europe time summer. Kahkah walaupun aku tak menolong buat kerja rumah dan menyemak ja sambil menghabiskan nasik di rumah tapi at least to be around family is comforting. Home is sweet, and heaven, and you can't take that from me.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, December 26, 2011

Biskut Meri dan Buah Kismis 2


Assalamualaikum. Hye.

So dah berlalu pun hari itu. Yes based on this entry's title you should know what day I am referring to. So? Ada sesiapa wish kah? Nah lihat ini okies.

Actually it should be mErry.. kan?

Mungkin kita boleh ambil contoh seorang India beragama Hindu melintasi kawasan orang Islam sedang menjalankan penyembelihan lembu semasa Hari Raya Qurban.

Bayangkanlah dia percaya lembu itu tuhan dia dan kita menyembelih tuhan dia. Lepas tu lapah2 lagi. Kulit disiat2 dan daging diagih2kan.

Suddenly dia ucapkan Selamat Hari Raya sebab nak menjaga keharmonian misalnya. Adakah dengan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita menjadikan dia Islam?

Tidakkan? Jadi mungkin ada orang yang beranggapan sekadar mengucapkan Merry Christmas sama ada bertujuan menjaga keharmonian atau yang agak tidak dapat diterima iaitu tujuan bergurau, keadaannya sama seperti Hindu tadi. Sekadar mengucapkan.

Tapi Islam berbeza dengan agama lain.

Memang Allah tidak akan terburu2 menghukum kita kerana Allah terlebih tahu niat kita bukanlah untuk mengakui ketuhanan Jesus atau memuja Santa Claus atau apa2 saja. Tapi kenapa mahu meletakkan diri dalam kontroversi ini? Bila kita ucap, maka banyak kekeliruan timbul dan perdebatan tercetus. Semua mahu menegakkan pendapat masing2. Cuba kalau kita tidak wish. Sesiapa pun tak bising. Aman.

Let alone saja. Ucap tahniah. Cukuplah.

Dan kalau kita nak tegur orang yang ucap, tegurlah sekadarnya. Kalau dia berdegil masih nak wish sana sini, maka bahagian kita dah selesai. Tak perlu dipanjang2kan hal ucapan ini. Mungkin, malah memang ia termasuk dalam perkara haram dan berdosa. Tetapi sampai membawa hukum murtad tu, tidaklah.

Tahun depan tak payah ucap dah okies? Dan tak payah gaduh pasal hal ini.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Friday, December 23, 2011

Biskut Meri dan Buah Kismis


Assalamualaikum. Hye.

Ya. Sila ketahui aku nak tulis Merry Christmas tapi perkataan itu sangat taboo.

Esok lusa 25 Disember ialah hari pada mana orang2 berkenaan akan menyambut Krismas. Orang berkenaan itu semestinya bukan aku dan bukan kamu juga. Probably sebab blog ini tidak dibaca oleh orang bukan Islam. Eh kalau ada reader aku yang non Muslim seronok juga.

Dan sekarang ini sudah menular status2 di Facebook pasal bahaya mengucapkan Merry Christmas. Nanti boleh jatuh hukum berdosa sampai membawa kepada kekafiran sebab menyerupai Kristian. Aku tak nafikan benda itu betul. Memang ulama pun sepakat. Maka mari kita sama2 menjauhi daripada perkara ini.

Tapi aku tetap tertanya2 beberapa perkara.

Pertama, kenapa Merry Christmas yang datang sekali setahun ini orang taboo sangat? Maksiat yang hari2 ada depan mata boleh buat macam tak ada apa2. Especially orang Melayu kita lah. Kemain lagi sebar tazkirah percuma jangan ucap MC nanti boleh murtad tapi bila sampai 31 Disember nak sambut New Year mulalah berkonsert, berparti, dan diiringi pesta menambah zuriat keturunan secara haram. Arak ada, pelacur ada, hiburan melampau ada. Eh adakah semua itu dah tak ada sekarang ini? Aku tak tahu sebab dah lama tak tengok Tv. Setakat yang aku tengok Tv masa sebelum datang ke sini memang macam tu lah keadaan dia. Haram jadah sungguh.

Kedua, ucap MC haram sangat. Tapi artis2 wanita dan wanita2 yang bukan artis pun gedik nak pakai macam orang kafir, tak pulak orang nak kisah. Orang2 kenamaan minum arak, pelacuran, rasuah apa semua tu boleh diam pulak.

Ketiga, pasal niat. Haa yang ini perlu elaborate sebab aku nak sampaikan ketidakpuasan hati especially bila aku tulis pasal aurat dalam blog ni, mulalah orang nak pertikai bab niat. Here goes...

Bila kita cakap pasal niat, maknanya antara kita dengan Allah. Contohnya orang yang tak pakai tudung dan pakai seksi2 lepas tu pergi melepak di mall, bersidai di tepi jalan, dan berpeleseran di serata muka bumi. Mereka ini akan kata kita ni penyibuk ustaz tak bertauliah tak ada life dan sebagainya jika kita tegur. Alasan mereka ialah mahu bertudung tapi belum tiba masanya lalu disabitkan bermacam2 faktor luaran seperti persekitaran, keluarga, dan suasana tempat kerja misalnya. Faktor dalaman pula seperti iman tak kuat dan belum sampai seru. Lepas tu dengan penuh berserah mengatakan Allah tahu niat kita.

Atau boleh juga ambil contoh mereka2 yang kapel dan loving2 bila kita tak kata kapel itu haram mereka jawab kami tak buat apa2 dan nanti besar nak kawen juga Allah tahu niat kita. Tak dilupakan orang2 yang melepaskan tekanan dengan cara yang tidak sepatutnya contohnya hisap rokok, berhibur di kelab, dan mengambil dadah. Lepas tu kata kita tak tahu apa yang mereka lalui. Hanya Allah yang tahu niat mereka.

Niat. Habis bila sebut MC niat apa? Merry Christmas merry christmas merry christmas. Kafirkah aku?

Rasanya semua orang tahu yang Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati. Tahu apa tu Hallelujah? Sebut dia ha-le-lu-ya. Maksud dia ialah Praise be to God. Sama maksud dengan Alhamdulillah. Jadi, sebagai muslim, buat apa nak sebut hallelujah sedangkan kita ada ucapan yang lebih mulia iaitu Alhamdulillah? Lepas solat kalau kita sebut hallelujah 33 kali, atau lepas makan sebut hallelujah, lepas mendengar berita gembira sebut lagi, lepas dapat rezeki sebut lagi, haaaaaa itu memang masalah. Tapi andailah kata kawan kita dengar lagu omputih tetiba ada sebut Hallelujah, terus kita nak kata kau perlu mengucap sebab dengar lagu sebut Hallelujah, maka kita yang bermasalah sebenarnya.

Kan tuhan maha mengatahui? Aku yakin tuhan tahu. Aku yakin Allah itu tuhan aku dan nabi Muhammad itu rasul. Tak terjejas pun apa yang aku percaya just sebab kalau aku sebut atau dengar perkataan hallelujah tu. Same goes to MC lah. Ya aku faham nabi pun larang kita celebrate tapi sebut ialah sebut bukanlah celebrate. Dan buat apa nak susah2 ucap kepada those Christians sebab mereka tak ucap Selamat Hari Raya pada kita pun dulu. Tapi sampai ada yang berdebat dan bercanggah2an di Fb just sebab seorang tu post pasal jangan sebut MC dan seorang lagi kata tak apa. Lepas tu mula share ustaz ni kata apa ustaz tu kata apa. Lepas tu bermaki2an sesama sendiri. Daripada nak buat benda baik jadi benda buruk.

Samalah kesnya dengan lagu. Pernah dengar lagu Across the Universe? Jai guru deva om. Long live heavenly teacher maksudnya. Kalau dengar lagu tu jadi kafir kah? Lagu Imagine (original dari siapa aku tak ingat tapi Avril Lavigne ada buat cover) misalnya. Ada sebut Imagine there's no country... imagine there's no heaven.. no hell below us... blablabla nothing to kill or die for.. no religion too... adakah dengan mendengar lagu itu maknanya terus jatuh hukum kita setuju dengan apa yang dia sebut dan kita dikira kafir?

Contoh latest tentulah lagu Bruno Mars yang ada sebut no religion can save me apa tah.

Allah Maha Mengetahui. Lagu tu lirik dia macam tu sepatutnyalah kita tak payah dengar. Iman tu kasi kuat sikit benda2 lagha ni tinggalkanlah. Tapi bagi yang nak dengar jugak, adakah layak dipanggil kafir? Adakah mereka niat nak keluar Islam semasa dengar lagu itu? Adakah dengan mendengar lagu tentang kelahiran Jesus maknanya kita membelakangkan nabi Muhammad? In the end Jesus tu nabi Isa juga. Siam masuk dalam lima rasul ulul azmi.

At a certain point betul juga. Orang kita (termasuklah aku) dengar nasyid tak mahu. Majlis zikir malas ikut. Alquran baca sehari sekali. Tapi dengar lagu sebut Hallelujah seronok pulak. Aku tak tahulah orang lain macam mana tapi aku consider music as musiclah. Lagu sedap aku dengar. Nasyid dulu2 aku layan juga Raihan Rabbani Hijjaz yang irama padang pasir tu. Nasyid kontemporari aku tak berapa minat. Tapi masih dalam lingkungan niat, even aku dengar lagu gereja pun still aku dengar sebagai lagu semata2. Allah tahu itu. Aku yakin Allah tahu. Aku yakin Allah takkan salah faham bila hamba dia sebut hallelujah. Manusia je yang terburu2 nak menghukum itu ini. Tuhan tak macam tu kan?

Tapi people will not consider this. Tu yang aku tak faham. Kenapa benda ni orang kita tak boleh tolerate. Tapi benda yang terang2an haram dan bertentangan dengan agama buat2 pejam mata.

Orang yang berkapel, boleh bawak sampai berzina. Lepas zina dapat anak lepastu buang.
Orang yang merokok sekali hisap sekali hembus berapa penyakit dia dapat. Berapa orang dia bagi penyakit.
Orang yang tidak menutup aurat hidup membawa dosa setiap hari dan membuat dosa baru setiap hari juga.
Orang yang makan rasuah darah dagingnya dari sumber haram bagi makan anak bini pula. 
Orang yang sebut Merry Christmas? Bahaya juga kot. Tapi aku rasa contoh2 di atas lagi parah. Tapi yang orang nampak tetap yang ini.

Baru2 ni ada kawan Fb aku yang agak stranger sebab kenal di blog dan Fb saja. Upload gambar dengan makwe kot. Pakai baju jenis macam kain basah puteri tujuh beradik mandi di sungai. Rambut lepas. Duduk rapat2 tangan pegang2 walaupun Ana Raffali dan sapa tah dah bagitahu duduk renggang2 jangan pegang2. Life dia, dia punya pasal lah kan lagipun aku bukan kenal pun. So aku biar saja. Dia punya niat aku bukannya tahu kan? Nasib baik stranger. Kalau budak sekolah aku buat macam tu nak la juga LIKE ke apa kan? Ceh.

Sebenarnya banyak benda haram dalam dunia ni yang selalu bertopengkan niat lalu dihalalkan. Dan benda yang tak sepatutnya jadi isu dibesarkan sampai jadi perbalahan. Aku tak kata kita boleh ucap Merry christmas tu. Ulama kata haram kita ikutlah. Kalau tak ikut ulama nak ikut siapa lagi? Nak ikut Najib? Bini dia pun tak pakai tudung, makan duit rakyat lagi, kronism lagi, oh orang macam tu kita nak ikut? Cakap pasal Najib teringat Nik Aziz sakit jantung masuk hospital kan? Eh kenapa tetiba jadi macam blog milo suam dan ameno world pulak ni?

So dear readers, kalau rasa nak pergi ucap MC dekat cikgu2 ke, jiran ke apa, sedaya upaya tak payahlah. Ziarah ucap congratulations cukup. Kalau nak sebut juga pun suka hatilah. Jangan gaduh sesama sendiri kalau kita tak ucap dan kawan kita ucap. Bergaduh itu lagi besar haramnya daripada sebut MC.

Ini ialah pendapat dan beberapa persoalan. Kalau tak betul di mana sila komgsi dan beritahu. Aku terbuka. Aku masih Islam dan tiada yang dapat menggoncang keimanan aku eh tetiba terpinjam ayat Alif apa tah yang gay tu. Kahkahkah.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, December 9, 2011

Part of the System


Assalamualaikum. Hye.

Everyone loves to be part of the system is true.
Not everyone loves responsibilities is true.
To be part of the system is responsibilities is true.
Everyone loves to be part of the system is now not true.

From here, things start to contradict with each other.

Walaupun cuma diri kita seorang, ada satu sistem untuk kita menggerakkan diri sendiri. Kalau kita berdua, akan ada seorang yang akan bertindak berjalan di hadapan. Kalau dalam sebuah kelompok, akan ada ketua dan pembantu2nya. Dalam sebuah kampung ada penghulu dan anak2 buahnya. Dalam daerah ada pegawai dan pembantu2 pegawai. Dalam negeri ada menteri besar dan menteri2 kecil. Dalam negara ada perdana menteri dan timbalan2nya. Antara negara ada kuasa2 besar. Antara planet2 dalam bima sakti ada duta2 planet. Ok ini sudah merepek.

Kesimpulannya semua benda ada ketua dan semua ketua ada pembantu. Semua pembantu akan mencari orang2 untuk membantunya dalam kerja2nya. Inilah benda alah sistem yang aku maksudkan.

Being one part of the system is something that is liked by people. Regardless what, why, and how.

Sometimes, just because not being part of the system, someone may be feeling small and start to think negatively be it in a passive way like isolating from others or an aggressive way like going against the system itself.

To be part of the system requires a certain level of ability and proficiency. That's why it is called a system. If everyone can be part of it, it is not a system. It is malware. Kahkahkah.

As a person, it is normal to feel like "Me too, wants to be part of the system."

Ok senang cakap macamni lah. Kita sedar kan dalam diri kita ada satu keinginan untuk jadi sebahagian daripada MEREKA. Kalau dalam diri kamu tak ada, maka biar saja aku yang cerita. Sebab sejujurnya aku mengaku aku ada simpan rasa itu. Rasa nak jadi sebaris dengan MEREKA dan bersama MEREKA.

Macam dulu masa aku di sekolah, aku kira aktiflah jugak dalam bab2 jawatan. Sampai sekarang aku rasa nak gelak kuat2 untuk diri sendiri why in the God's name aku pegang jawatan2 tu dulu. Antara yang paling obvious ialah jawatan aku sebagai PRS, Setiausaha Batch, one of the vices of Orator's League, dan one of the highest member of drama club. Aku sendiri lupa aku siapa. Setiausaha jugak kot sebab aku ingat aku buat kertas kerja.

Dan bila mengenangkan kerja2 dan sumbangan aku masa tu, aku rasa worthless gila yang teramat. Ya seriously aku bukan sumbang apa sangat pun.

Aku tak pasti nak cerita macam mana tapi aku perasan satu benda yang boleh tahan aneh masa di sekolah dulu pasal benda2 berkaitan sistem yang ada. Percaya tak kalau aku kata ada kawan aku dulu jenis tak tahu menahu pasal benda2 hot gossip di sekolah. Tak tahu perkembangan semasa lah lebih kurang. Tapi ada pulak puak2 tertentu yang tahu banyak. Yang dapat korek info dari cikgu, dan korek dari pekerja kantin, dan sebagainya.

Tak terkecuali golongan2 berstatus tinggi seperti Badar dan pengawas yang sentiasa ada update pasal isu2 pelajar di sekolah. Dan bila budak2 biasa yang tanya, mereka tak dapat apa2 maklumat. Sulit. Bahasa Inggeris dia PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

That's the system.

Kadang2 diri terasa macam nak saja join conversation between the councils tapi itu namanya busybody. So tak boleh buat muka tak malu. Kalau geng dengan orang2 itu tak apalah. Tapi dalam diri nak juga tahu dan ambil tahu dan join as a part of the system. Bahasa mudahnya teringin nak jadi orang penting.

Haaa itulah sari berita utama dalam entry ini. Perihal manusia jenis yang nak jadi orang penting tapi tak ready sepenuhnya untuk mementingkan diri. Nak jadi orang penting, maka diri kena hebat. Kalau tak hebat maka hebatkanlah. Bukan fofuleriti yang kita cari. Kita nak kualiti.

Maka atas kesedaran itu, aku rasa sangat malu dengan diri sendiri sebab dulu2 aku pernah berfikiran dengan menjadi somebody, maka kita akan dapat tempat special dalam click2 yang high ranking. Maka mudahlah nak mingle dan korek info2 sulit. Truth be told, memang aku dapat apa yang aku nak tu tapi ada something hollow. Eh kenapa kerap sangat aku rojak ni? Entahlah tapi apakan daya aku menulis satu hala malas pulak nak edit banyak2. Terima sajalah rojak pun rojaklah you got no problem with it kan?

Bukan mudah nak jadi part of the system sebenarnya. Kadang2 just sebab dicalonkan atau pass the selection, maka kita dapat memegang jawatan atau senang cakap be part of the system. Kadang2 kita tak dapat, dan kawan kita yang dapat. Maka at the times yang kawan kita memperlihatkan keterlibatannya dengan sistem itu, kita pun rasa nak jugak jadi part of it dan nak jugak dengar perbincangan, apa yang disembangkan, kita nak kalau ada apa2 yang baru kita dapat tahu dulu. Kita tak mahu tunggu dan kita nak bila kita tanya apa2 terus dapat maklumat yang kita nak. Ayat dah pening aku sendiri pening dengan apa yang aku nak sampaikan. Aku harap kamu faham.

The issue is about the accomplishment. Ini cerita aku sendiri lah dah ini kan blog aku kahkahkah takkan aku nak cerita pasal engkau kan?

Dulu masa aku dalam system, aku kadang2 rasa left out. Tambah2 pulak berkaitan aktiviti batch aku masa tu, memang apa2 pun bincang dengan ketua batch dengan penolong dan ajkt yang lain dan selalunya aku tak masuk sekali lah. Walaupun aku setiausaha, apa yang disembangkan sesama ajkt aku tidak tahu. Dan aku memang tidak menyumbang dalam batch. Just setiausaha yang tidak berusaha pun.

Sama jugak dalam PRS. Aku bendahari. Tapi benda2 berkaitan duit aku bukan buat apa sangat. Cuma kutip2 dan rekod2. That's it. Dalam orators, rasanya kawan aku lagi banyak menyumbang. Idea, tenaga, masa, et cetera.

Masa tu aku mula sedar yang being part of the system bukanlah best pun. Sudahnya, kalau keterlibatan kita disebabkan sesuatu yang bukan ikhlas membantu, atau just sebab suka2, atau semata2 sebab nak jawatan, maka semua itu akan patah balik dan ludah muka sendiri akhirnya.

Penyelesaiannya ialah memilih betul2 siapa yang perlu ada dalam sistem. Biar mereka yang betul2 layak dan berkemampuan yang buat kerja. Persetankan pasal info2 sulit. Kalau kita tahu info sulit maka kita akan berasa sulit (common sense) contohnya kalau kamu tahu kawan kamu suka dekat seseorang, maka mulalah nak tahu siapa, sejak bila, sekarang macam mana, betul2 serius atau sekadar suka2, dan tiba2 orang itu juga rupanya orang yang kamu suka. Lepas tu mula fikir macam2 dan tak boleh fokus dalam tugas.

Atau kamu tahu akan ada aktiviti yang akan dirancang. Lepas tu kena fikir idea, kena cari ajk, kena dapatkan sponsor, buat belanjawan, lepas tu ada ujian bulanan ke apa dan mulalah nak pening kepala.

Lebih baik tak tahu kan?

Cumanya kalau orang yang ada dalam sistem tu memang berkemampuan, maka tiada masalah. Dia akan mampu handle all the good and the bad. Kita yang bukan part of the system ni bolehlah memberikan support yang tidak berbelah bahagi. Try to be the small part of the system. It's more lightly taken and is less stressing.
And it's not that bad to be the follower. Tak leading pun tak apa. Jadi follower yang supportive pun seronok juga. Apa kau ingat kalau ketua hebat pengikut tak dengar cakap dia tak guna juga.

Aku selalu rasa macam ni bila nampak kawan2 aku yang ada jawatan berbual2 dengan kumpulan masing2 dan bila aku tanya apa benda mereka tak jawab. So dalam hati rasa berbulu apa kejadah orang tanya tak jawab? Ceh mentang2lah dia is part of the system kan?

But come to think of it, kalaulah aku yang berada di tempat dia,kena bincang2 bagai, kena cari jalan, kena fikir macam2 benda, mesti aku rasa renyah. Aku pun bukan mampu nak handle tugas besar. Aku lagi suka buat hal sendiri dan tolong mana yang patut saja. Kalau nak beratkan kepala dengan benda2 lain memang aku tak suka. Dah la study pun tak ke mana sangat. Lagi nak jawatan itu dan jawatan ini?

Honestly aku teringin. Not to be denial, however, aku sebenarnya bersyukur aku dah bebas daripada system.

Sekarang di sini aku tak ada pegang apa2 benda. Tu pun akademik aku menyedihkan macam sinetron indon. Bayangkanlah kalau ada. Mungkin ini lebih baik untuk aku supaya aku boleh luangkan masa untuk diri dan blog, rather than diri dan persatuan misalnya. Nak support sikit2 oh it's my pleasure.

Aku rasa entry ni confusing dan aku harap tak ada orang yang salah faham dengan entry ini. Kalau siapa yang faham terima kasihlah. Siapa2 yang merasakan apa yang aku tulis ni keji dan tidak bermoral maknanya dia salah faham la tuh. Aku kan tak pernah menulis benda sia2 dalam blog. Kahkahkah.

But it's really annoying when we ask about stuff and that person answered with tak boleh habaq lagi, rahsia, you will know soon, belum masanya, all the stuff yang sama waktu dengannya. It's just you know, annoying lah.

try to be nice next time okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, December 7, 2011

Semasa Bergaduh Buka Telinga Luas2


Assalamualaikum. Hye.

Entry random.

Selalu orang pesan kalau tengah bergaduh, mulut mungkin akan menutur kata2 yang tidak diniatkan pun. Otak pun tak berapa nak mampu fikir betul2 tentang apa yang dicakapkan. Kadang2 terlepas macam tu saja.

Jangan kisah sangat. Pekakkan telinga saja. Ok tapi pada situasi2 tertentu, sila buka telinga luas2.

Situasi : Bergaduh, marah, dan saling memakihamun antara satu sama lain.

X : ^#$^@#$@%$%@%
Y : Perangai macam tapir!!!
X : HOI HANG SAPA NAK PANGGIL AKU KAFIR?!?!?!
Y : (dalam hati) Laaa bukan tapir. Badak rupanya...

Walaupun innocent, badak tetap disabitkan kesalahan. Sabarlah wahai badak.

Akulah tapir!

Kenapa salahkan aku?

Moral of the story : Pasang telinga tu betul2 dan jangan main cakap je kuat2 apa yang kita dengar sebab mungkin kita tersalah dengar.

okbai.
Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, December 3, 2011

Serban dan Sutera


Assalamualaikum. Hye.

Selalu orang kata pakaian tidak membawa apa2 kepentingan. Pakaian ialah sekadar alas yang melapik kulit.
Tetapi...
Alas meja makan dan alas kaki jamban ada bezanya.
Alas badan dengan kain dunia supaya tidak dijilat api neraka.

Pakaian yang baik tidak semestinya cantik dan mahal. Cukuplah sekadar memelihara aurat dan kehormatan.
Pakaian yang jahat tidak semestinya cacat. Cukuplah sekadar dengannya maruah menjadi murah.
Pakaian yang baik kadang2 dipakai oleh orang jahat.
Pakaian yang jahat tidak akan sekali2 dipakai oleh orang baik, sekiranya dia benar2 baik.

Orang yang menutup aurat tidak semestinya baik.
Tetapi orang yang baik semestinya akan menutup aurat.
Orang yang tidak menutup aurat tidak semestinya jahat. 
Tetapi yang pasti ada something wrong kerana dia merelakan dirinya melanggar perintah Tuhannya.


okbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, December 1, 2011

Repekan Anak Bongsu


Assalamualaikum. Hye.

Ini entry yang terasa mahu ditulis setelah membaca entry ini daripada Ilhambrothers.

Walaupun semalam kemain lagi update pasal nak slow down tapi nampaknya kalau seronok buat sesuatu memang kita akan buat tidak mengira masa. Nasib baik yang aku seronok buat ialah blogging. Kalau aku seronok merompak? Tak ke naya? Alangkah baik dan indahnya dunia kalau aku seronok study. Tak kira masa, stuuuuudyyyyy sajaaa. Kan best barulah pandai seperti tupai. Sebab apa tupai? Sebab tupai ialah one of the very few binatang yang disebut dalam peribahasa Melayu sebagai pandai dan diakui kepandaiannya walaupun jatuh ke tanah. Biasalah tidak selamanya kita di atas kan?


Ok about anak bongsu kan, aku nak share satu pendapat atau teori la. Setakat yang aku sembang2 dengan orang, aku saja yang gunapakai teori ini. Jarang2 orang setuju tapi ada ja yang setuju dan bila aku sebut dia buat muka muncung2 sambil angguk2 kiranya macam boleh difikir2kan la lebih kurang.

Sebelum itu kita ketahui dulu apakah kebestan kita menjadi bongsu.

  1. Mewarisi harta2 peribadi abang2 dan kakak2 kita sama ada secara suka rela atau melalui sedikit perbahasan dan puppy eyes.
  2. Bahagian lauk yang lebih ketika makan selalunya menjadi milik kita.
  3. Duit raya akan diperolehi tanpa perlu diberi.
  4. Tabung sumber kewangan yang berbilang.
  5. Koleksi pakaian yang tidak terbatas kerana beli baju baru dan mewarisi baju abang atau kakak secara percuma.
  6. Tidak perlu risau tentang masalah dunia ketika masih kanak2, remaja pra matang, remaja, sehinggalah belia. 
  7. Boleh manja2 dengan mak dan ayah tak ada siapa nak larang.
  8. Boleh skip jadual gotong-royong ketika hari raya.
Ok yang kelapan itu keji tapi aku selalu buat. Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku tulis yang paling commonlah.

Sebagai tambahan, aku bagi personal opinion pasal anak bongsu perempuan dengan abang2 tanpa kakak. Bagi aku ini suatu yang best sebab nanti budak itu akan membesar menjadi gagah dan cool. Takda la sememeh macam typical girl yang jenis mengada2 dan bila besar ambil gambar sudut 45 degree, muncung, squint eyes, tangan di mata buat peace terbalik. Oh bukan aku nak kata typical girl itu tak best. Ok ja sebenarnya tapi kalau girl yang jenis sturdy dan independent lagi sedap mata memandang rasanya.

Dan kehidupan anak bongsu ni sebenarnya bergantung kepada abang2 dan kakak2nya juga. Kalau jenis yang suka membuli tu memang kurang kenikmatan. Asyik2 kena pergi kedai saja. Tambah pula dogma Cinderella sebagai si bongsu yang selalu didera oleh kakak. Tapi bergaduh dengan adik beradik is essential sebab itulah yang membuatkan kita bersedia untuk menghadapi dunia. Ingat dalam dunia ni semua orang akan setuju, akan suka, akan terima kita? Melalui pergaduhan dengan adik beradik kita akan belajar stand up for ourselves, debate, mengadu domba, memaafkan, melupakan kesalahan orang lain kepada kita, melupakan kebaikan kita kepada orang lain, membuat laporan kepada pihak atasan, dan sebagainya. AWAS!!! Membuat fitnah, prank, dendam, dan membalas dendam juga dipelajari dalam fasa ini maka berhati2lah dan pastikan anda berguru dengan guru yang ada tauliah.

Ok2 merepek sudah. Sebenarnya yang aku katakan pendapat aku itu sikit saja. Pasal anak bongsu selalu dikatakan manja dan tidak berdikari. Saya bangkang! Saya bidas hujah itu dengan hujah saya di bawah lembayung kata ecececeh macam bahas ala parlimen pulak.

Anak2 bongsu sebenarnya tabah hati dan strong. I relate with the fact that they are obviously come later into this world. Masa tu abang2 dan kakak2 dah dapat macam2. Anak2 bongsu baru nak dapat susu. Ada sesetengah kes tu, abang2 dan kakak2 menyusu banyak sangat sampai giliran anak bongsu, susu dah kering. Terpaksa minum susu formula. Ok itu tipu jangan percaya.


Kasih sayang ibu dan ayah unconditional. Siapa yang kata bila ada adik baru, yang sulung diketepikan? Kalau begitulah ragam parentsnya nampaknya memang sah tak lulus kursus keibubapaan. Dan sememangnya tiada ibu bapa yang begitu. Kalau ada mak atau ayah yang pilih kasih, maka itu bukanlah mak dan ayah yang sejati. Tapi kalau budak perangai macam taik dan tiba2 mempersoalkan kasih sayang ibu bapanya maka budak itulah yang layak dipijak perut. Sila bezakan dua situasi tadi okies.

Lagi satu, Anak sulung yang lahir pada tahun 1990 dan adik bongsu yang lahir tahun 2010. See how that anak sulung dapat 20 years of extra prayers and blessings from the parents. Yang adik tu barulah dapat barang setahun. Nak pulak kes yang isteri mengandung anak kelapan tiba2 suami eksiden meninggal. Kan anak bongsu itu tidak dapat belaian kasih manja seorang ayah ececeh ayaattt. Nak lagi kesian kalau mak pulak meninggal time melahirkan. Lagi kesian yatim piatu jadinya.

Abang2 dan kakak2 spent times about several years ahead of adik2 dan anak bongsu. Bila dah ada adik still boleh spend time sama2. Bahkan dengan prinsip the more the merrier maka tiada langsung unsur terbuang ke apa.

Dan lagi kesian anak bongsu ni ialah bila dia seronok dan excited dengar cerita abang2 dan kakak2 dia join camping atau hostel life. Nak menyampuk tak boleh sebab tak tahu apa kejadah yang disembangkan tapi tahu la yang benda tu exciting. Bila dia sendiri dah masuk sekolah dan balik nak cerita macam2, mak ayah ja yang ada. Abang2 kakak2 semua dah kerja, dah kawen, dah masuk universiti. Mak ayah pun kadang2 bizi dan last2 cerita dengan kucing peliharaan saja. Ini benar2 berlaku kepada aku sendiri dan kucing yang aku ceritakan itu namanya Hamreng (famili aku mesti kenai) dan waktu tu dia gigit kepala aku terus aku bagi penampar. Keji sungguh aku menampar kucing. Sekarang Hamreng dah arwah. Walaupun ada mitos mengatakan kucing ada 9 nyawa, tapi kalau dah dilenyek lori, ada 999 nyawa pun tetap tidak menjanjikan apa2.

Nampak tak cabaran2 anak bongsu? But still kami boleh ceria2, mengada2, manja2, dan act as if nothing is wrong. Oh strong betul anak bongsu. Jom buat Fb page untuk anak bongsu nak? Kahkahkah.

Aku terjumpa satu link best. Actually dua. Nah silalah view kelebihan dan kekurangan menjadi bongsu dari sylver room apa tah. Hehehe link tak bagitau kalau nak puji2 takda masalah kan? Kalau link sebab nak kutuk atau tegur baru tak boleh kan? Lalala~

sembang dengan my sis about her coming wedding day and she told me to study hard so I will end this with okbai

Thanks for reading. Bye ;)