Pemollow

THYB on Facebook

Monday, November 21, 2011

Like A Sponge(bob Sqaurepants)


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum baca entry ini sila bayangkan bunyi Spongebob gelak Hueeheueeeehuee (aku tak pasti pulak camna onomatopoeia dia) supaya sedikit keceriaan dapat meresap dalam diri (keceriaanlah sangat).

Hueeehueeehueee

Well sebenarnya setelah aku publsh entry ini hari tu, dan aku mendengar sesuatu hari selepasnya, aku rasa malu sangat. Malu maLU MALU sangat2.

Sebenarnya kemaluan ini telah lama aku rasa eh kenapa ayat tu jadi lain macam? Sila salahkan munsyi. Maksud aku perasaan malu itulah. Dah lama aku rasa dan fikir2. Cuma kali ni rasa macam nak tulis. Malu yang bila terasa memang terus jadi down dan rasa mahu bersolat taubat dan bila selepas itu, terus jadi macam tak ada apa2. Memanglah imanku senipis kulit bawang. Tak pun setakat hirisan kulit bawang saja.

It's about mosquito versus mortar.

Hai tu baru merasa ketiadaan elektrik yang agak parah di sini. Padahal di Malaysia aku pernah hidup dengan elektrik terputus sampai dua tiga hari, tak ada pulak aku mati. Kalau aku mati, ni siapa yang tulis entry ni? Qarin aku? Aku pernah hidup dengan menggunakan dial-up internet yang lembab macam pig in the shell (PITS yakni siput babi lah) tapi aku survive. Aku boleh hidup di rumah sewa sebelum ini yang selalu tak ada air dan rasa macam pelarian pulak sebab kena tumpang rumah orang basuh baju.

Kesimpulannya memang dah biasa dengan hidup yang serba kekurangan. Bukan nak kata mak bapak aku tak bagi cukup2 apa yang aku nak. Maksud aku di sini, aku dah boleh kafa dengan apa saja jenis lifestyle sama ada susah ke senang ke apa. Mulut mungkin akan potpetpotpet (merungut) tapi hati redha ja dan lama2 akan berhenti jua mulut tu.

But as to say it, bila dah senang memanjang, agak sukar nak kembali susah. Boleh tapi take a longer time than before. Lemah sungguh, kan?

Bila fikir2 balik macam mana lah kalau negara ni berperang atau Malaysia berperang? Boleh survivekah aku? Banding dengan bebudak Palestin, mereka lebih mampu nak hadapi kesusahan. Aku bayangkan kalau negara kita berperang, ada bom jatuh sini sana, agak2 apa yang aku boleh buat masa tu? Tulis entry naikkan semangat pemuda jihad?

Ahaaaa cakap pasal blogging, agak2 blogger dengan 30k followers boleh buat apa pulak? Adakah masih mampu menjaga traffic dan buat segmen? Kahkahkah. Ok masa ni menang nampak agak pointless untuk kejar followers tapi as our country is very peaceful (for now) saya menyeru agar ramai2lah anda memollow blog saya. Kahkahkah sekali lagi.

Seriously aku malu dengan diri sendiri. Tapi memandangkan semua diciptakan ada their very own time and place, aku rasa nanti bila tiba masanya, tahulah aku nak buat macam mana. Mungkinlah kan?

Saat2 genting dalam hidup, aku rasa tak ada. Paling mendebarkan pun rasanya masa naik roller coaster. Adakah maknanya itu aku sangat tenang atau hidup aku memang mendatar dan tak exciting? Apa2pun aku selesa dan bersyukur (apa lagi yang aku boleh buat?) dengan kehidupan yang Allah bagi ini. I have great families, friends, teacher, schools, and a wonderful (lah sangat) blog sila follow dan LIKE ramai2. Aku cuma harapkan kekuatan dari Allah supaya bila tiba masanya nanti aku bukanlah orang yang melarikan diri. Aku mungkin bukan berada di barisan paling hadapan. Tapi aku tak mahu lari. Malu.

Malu sangat2 sebagai hamba Allah yang ada counterpart di negara lain tapi berbeza sangat fikrah dan suasana. Aku tak mintaklah Malaysia berperang macam negara tu, tapi sekurang2nya kesedaran yang mereka ada sangat2lah subur dan apa yang kita ada ialah kontang bungkang terkangkang.

Terkangkang sebab negara kita banyak sangat isu2 aurat, seksual, pelacuran, rogol, gay, liwat, dan macam2 lagi *filtered* jenis 18SX yang jelas nyata. Sempat lagi negara kita nak bersibuk2 pasal itu sekarang. Siap melibatkan pemimpin2.

p/s :: Kita nak elak nyamuk so kita pasang kelambu. Mereka nak elak bom so nak kena pasang apa? Khemah? Baju hujan? Stokin?

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, November 8, 2011

Eidul Adha Faraway So Close 3


Assalamualaikum. Hye.

This time, it's Hari Raya at Haiyu Asyir, people.

Very interesting plus it was like a small reunion because my brothers from Alexandria were there, too.

Jalan dari Abbasia ke Haiyu Asyir naik bas dah jadi macam naik roller coaster. Dengan shock absorber yang haram tak absorb pun, aku pulak duduk seat paling belakang, memang terlambung2. Banyak kali jugak la terangkat bonbon dari seat tu. Terasa diriku ringan seperti kapas dan tiada masalah berat badan. Sebenarnya underweight tu masalah jugak tapi mengenangkan overweight lebih merisaukan, aku syukurkan saja.

Kalau benar gegaran mampu memecahkan lemak, maka cadangan aku silalah rajin naik bas. Nescaya lemak akan menggeletar ketakutan lantas berambus dari tempat persembunyiannya di celah2 kulit, arteri, dan organ dalaman.

Drebar buat pit stop beli makanan.
Then sampai Asyir orang dah buat kerja. Aku memang nak tolong tapi semua benda dah occupied. Dan pisau pun tak bawak. Maka tengok2lah dulu. Masuk rumah pegawai ada orang tengah buat makanan fino berinti telur cincang. Aku jadi tukang rasa. Haha keji datang lewat tapi makan dulu. Lepas tu tolong buatkan air dan letak di luar. Kira tolonglah tu kan?


More proper...






Here's a video. Ececeh orang buat kerja boleh aku buat rakaman pulak kan? Dah la tak best. Tapi bila pegang henset sambil rakam2, dan mulut pulak kata "Ni nak buat dokumentasi", and the people are fine with that.

video

Lepas tu bila sampai masa potong2 bawang, carrot, tomato apa semua tu aku pun buat la sebab tak ada orang buat lagi. Nak tolong lapah tak ada pisau besar. Pisau yang aku guna potong bawang tu besar sikit saja dari jari tengah aku so tak sesuailah nak buat lapah. Lebih elok dibuat kupas bawang. Kupas ka potong? Eh.


Jumpa adik2 dari Alex. Ohh da besar2 kamu. Memang la hoi takkan makin lama makin kecik? Well those are quite a blogger. But they requested me not to reveal them. Apa la hal?


Dan bebudak makin ramai datang. Dah jadi reunion kecil2an. Tapi mostly yang ada ni semuanya bukan Ainshams la. Iqbal ASU, pastu Thalhah dan Aminuddin Cairo. Lagi tiga tu Alex.


Abang Nasir pun ada. Lama tak jumpa dia. Hehe.
Pastu balik singgah rumah abang Nasir. Tengok kucing dia nama MIMI. Macam nama cekedi dulu2 NINI. Tapi mari kita tukar sikit dan nyanyi dengan irama yang sama. Boleh la sing along kalau tahu. Kalau tak tahu diam2 sudah.

"Mimi cokolat celup, celup celup!
Mimi cokolat celup, celup celup!
Rasa kacang strawberi, cukup enak sekali.
Mii mii.
MIMI!
Pilihan anda."

Keluaran KINO's kalau tak silap aku. Yang buat segala Ding Dang, Tora datang lagi, JoJo, dan yang sewaktu dengannya.

Sambil2 tu abang Nasir buat demo akupuntur sikit. Boleh hilangkan sakit kepala katanya. Kalau ada kesempatan teringin nak belajar jugak. Tapi aku tengok jarum terus jadi malu2 Mimi eh kucing. Well aku baru setahun study medicine. Bukan setahun jadi medical practitioner. So make sense la kan? Eh, tak ke?

Walaupun macam tak berapa nampak kaitan cucuk tangan dengan ringan kepala...

Dan setelah habis makan anggur di rumah abang Nasir, kami bertolak ke rumah aku pula di Abbasia. Sebelum tu transit di Sabie' sebab takut terlepas maghrib. Beriman tak? Hehe. Actually penat kot kalau nak straight ke Abbasia so berhenti sebentar di Sabie' kira oklah. Aku sebelum gerak ke rumah dah call hasif suruh masak. Sedang aku hanya membawa para pemakan, mereka menyedia makanan di rumah. Keji tak aku?

Tak kan? Tetamu bawak berkat kepada rumah. Kiranya aku membawa berkat balik ke rumah. Besar manfaatnya. Mudah2an rumah baru kami itu akan dilimpahi keberkatan. Amiin. Sila ucap terima kasih kerana aku membawa berkat balik ke rumah.

Lepas makan2, ambik gambar sikit, dan mereka pun balik la. Singgah Ramsis dulu nak beli tiket kereta api bebudak Alex. Thalhah tidur rumah aku malam tu. Tidur di rumah aku, bukan meniduri rumah aku tau. Kahkahkah.


And I just knew that I am the only person (I think) who can use my handphone to snap pictures, with minimal shaking and without shaking the image to its death. Kalau shake pun sikit2 ja macam haritu. Orang lain semua ada sedikit unsur keparkinsonan. Kahkahkah. No. Actually it's a bond between my stuff and me. Bajet je hehe

lepas ni aku start buat entry pasal benda lah ni okbai
Thanks for reading. Bye ;)

White Flag


Assalamualaikum. Hye.

Aku dulu minat Dido. Walaupun namanya seakan2 burung Dodo (Raphus cucullatus) yang dah pupus, tetapi suaranya memang tak macam burung dodo. Lagu2 dia best dan berkualitilah. Aku rasa.


White Flag is one of my favourite. The song is nice. Not so loud but is strong enough to make us listen. Although I was not quite sure what is she trying to say but

"I will go down with this ship,
I won't put my hands up and surrender,
There will be no white flag above my door,
I'm in love and always will be."

Means a little something to me.

I don't know. Maybe some words of encouraging us not to give up so easily. If it's not about love, it can be about just anything like friendship, study, family, financial, or even blog, maybe?

Yes. Some part of life is just going against us for us to go against it, and collide. Survive, and we can deal with it for good.

Do I have to give in and change my ship, hands up in the air, with white flag waving?

I am living my life and always will be. Forgive me. Believe me. Don't leave me. But if you just can't, expect the same from me.

I am not godly invicible. I am fragile and destructible. But I am living. I always find my way or at least try to find my way to continue surviving.

Got it? Good okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, November 6, 2011

Eidul Adha Faraway So Close 2


Assalamualaikum. Hye.

Okies mari berhari raya bersama aku. Hehe.

Hari ni bangun agak awal tapi bermalas2 selepas solat subuh terlupa yang sini bukan Malaysia nak solat raya pukul lapan sembilan. Nasib baik Irfan ingatkan melalui facebook ececeh berjasa facebook kali ni selalu buat orang lagha saja kan?

So pukul 6 tu dah kalut2 bersiap. Alhamdulillah sempatlah berjamaah. On time kami sampai masjid, imam dah start2 nak solat. Memang lalu depan jemaah lain la waktu itu. Ada kosong ja terus selit. Kasut letak depan saf saja. Sila saksikan gambar2 yang berjaya di-snap semasa khutbah. Kantoi la aku tak tumpu khutbah tu sibuk ambik gambar. Tak apa kot sebab pakcik sebelah aku pun bergambar2 jugak.





Tengok kasut letak camtu ja. Kalau kat Malaysia sah kena marah Hoi tak reti jaga kebersihan ka hah?




Budak mana tah aku ambik gambaq dia. Hahaha kiut kan? Tapi gambar pecah2 sikit la..

Aiman. Hehe.



Pastu singgah rumah geng2 JPA. Makan2 sikit minum2 sikit ala2 beraya lah haha best2 tapi ramai orang dah pergi Asyir so tak meriah la sangat. But it's ok. Esok2 meriah la kot. Makan besar.





Then balik rumah dan berehat. Ingatkan nak ikut ke Asyir jumpa2 orang dan tolong apa yang patut. Apakan daya terlajak rehat maka terlekatlah aku di rumah sampai zohor. Esok sajalah pergi makan. Tak malu sungguh haha nak buat macam mana kan?

Nah exclusive video hanya untuk pembaca Sesedap Oren.

video

Exclusive lah sangat haha okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Eidul Adha Faraway So Close


Assalamualaikum. Hye.



Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sekali lagi raya korban tanpa famili di sisi tetapi boleh saja nak skype cuma line internetlah tak berapa nak ok kalau chat pun boleh terputus apatah skype.

Yes. this year is the second year of my study, second year of celebrating eidul adha with friends, and second time of turning one year older by myself.

It's not that bad actually.

Orang melayu kata, jauh bau bunga, dekat bau tahi. Maknanya olfactory cells tengah celaru la tu. Macam mana benda bau dari jauh wangi bila dekat jadi busuk?

Yeah things become better now. More familiar with Egypt, although my sense of direction and communication don't seem to improve (yet, just yet) but I can live. God wills it.

The picture above is several years in the past. I don't have the latest family pictures with all the members. I think I don't have it. Oh Sorry to my brinlaw (brother-in-law shortened word included by OXFORD since March 2010) because you're not in that picture. I want to take your picture from your facebook but it sounds more like stealing rather than taking. So I just take the past year's photo instead.

What is the difference to be around family and to be around friends?

I think I am an eyesore and earsore. Since I am not that pretty to be looked at, and I like to sing but my voice is very not Avril Lavigne so it's quite hard to please all of them at once without hurting some or being hurt by some. Truth be told, I am very well behaved since if I mess up, I am screwed.

But with family, I can be as annoying as I can, even more than most, without worrying of being hated. Yeah hatred exists even between family members but blood is thicker than water. Blood even contains what water doesn't. It has haemoglobin to bind oxygen so that we can live. In its plasma, blood contains even water itself, by 95% or such, just to mention.

So please value family more than anything. I understand if you are saying that somehow you are closer to friends. I know it's awkward to express love to mom and dad. Even to say thanks for a plate of rice is so making the air smells awkward. But with friend's mom, we say terima kasih makcik until the makcik herself feels uncomfortable with her own son who doesn't know gratitude as well as we do.

Don't worry. Our family knows us well enough. Have the regular fights, quarrels, and whatever just remember to include them in our prayers. Of course we can pray for our friends too. Allah's kind and generous. We can pray even for our pets. HE can bless'em all.

Yes truth be told I am one of the unlucky person who don't know how to express love to family. I only know how to be sometimes good sometimes (or actually most of the time) bad.

Regardless. Selamat Hari Raya Qurban. Maaf Zahir Batin. Nak feeling2 sikit sebenarnya tak sedar dah termelalut pulak. Oklah nanti aku tepek gambar suasana raya di sini kalau sempat tangkap gambarlah. Hehe.

p/s :: brinlaw is merely a joke.

raya raya raya okbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, November 2, 2011

Not So Wordless Wednesday : Lalat


Assalamualaikum. Hye.

Seekor lalat tahu bahawa emas itu lebih berharga, tetapi ia tetap menghurung najis.

versi bahasa kedah :

Lalat tu taw maih lagi mahai, tapi dia gheja nak hughung taik jugak.



Kita ni macam lalat lah juga.
Kita tahu tentang solat,
Aurat,
Ikhtilat,
Ibadat,
Semuanya.

Tapi kita tetap buat maksiat juga.

Tahu tudung labuh itu lebih baik.
Tapi nak tudung singkat juga.

Tahu berbaju longgar dan tebal itu lebih baik,
Tapi nak berjarang dan berkekat juga.

Tahu berseluar panjang lebih baik,
Tapi nak yang pendek2 juga.

Tahu tabarruj itu tidak perlu,
Tapi nak berlebih2an juga.

Tahu berjimat itu lebih baik,
Tapi nak membazir juga.

Tahu tahu tahu mana salah mana betul,
Tapi pilih untuk buat yang salah juga.


Lalat betul kita ni. Sekurang2nya lalat tu tak ada akal. Kita ada akal. Tapi...

kahkahkah wordless lah sangat okbai.
Thanks for reading. Bye ;)