Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, September 29, 2011

TiNta


Assalamualaikum. Hye.

Maksudnya Tips ciNta 
Siapa2 yang blur2 pasal cinta bolehlah terai tips alah ni. Hehe


Lagu ni sedap didengar. Video klipnya pula ada beberapa pengajaran. Cumanya, pengajaran jenis deduksi ni payah sikit. Faham deduksi? Maksudnya benda yang dipaparkan ialah perkara buruk tetapi kitalah yang menilainya dan mengambil pengajaran. Tapi aku yakin kamu semua pembaca budiman dan bijaksana belaka. Pandai2lah. Jadi kita akan menonton video sambil belajar. Vokalis dan ahli band ini juga jambu2 belaka. Macam Backstreet Boys, Westlife, N'Sync, dan BLUE tetapi semua band2 tu meleleh dan semak. Band ini rock. Hehe. Ulasan berikut ialah mengikut kronologi. 

  • Ok mula2 sekali yang obvious ialah sebagai muslim/ah wajiblah menutup aurat.
  • Kemudian kita lihat perempuan itu tunjuk tatunya. Wahai sahabat, tatu itu haram yer bagi kita yang muslim. Kalau tatu pelekat yang dapat percuma masa beli chewing gum tu takpa. Tapi tak eloklah baik jangan pakai langsung walaupun ianya tak permanent. Kalau boleh, lukis dengan marker pun jangan. Ini termasuklah mewarna kuku.
  • Kita dapat lihat bahawa buat tatu itu sakitnya bukan seperti main cubit2 dengan anak jiran tau. Sakittt sangattt. Dan lebih sakit lagi azab di akhirat kelak.
  • Masa tu tetiba ada lelaki hensem datang. Abaikan dia buat sementara okies.
  • Layan lagu.
  • Then pembalut tatu dibuka. Jake tu nama boyfriend dia kot. Muka perempuan itu nampak bangga semacam. Okies sila jangan contohi dia buat benda haram tapi boleh bangga pulak. Huduh okies.
  • Pastu kita lihat rupa2nya balak dia curang. Kahkahkah. Terkejut? Dengar sini. Kalaulah ada lelaki atau perempuan yang sudi nak berkongsi kasih kononnya, sila usahakan ke arah perkahwinan. Kalau setakat nak couple suka2, bila jadi macam ni siapa boleh tolong?
  • Lepas dah frust, gila marahkan orang, barang2 yang dipecahkan. Tindakan ini sangat tidak wajar kerana tahukah kamu barang2 itu sangat mahal? Sanggupkah kamu hancurkan TV semata2 demi kekasih? Sepahkan bilik, lepastu siapa nak kemas balik? Hempuk cermin dengan gitar. Rosak gitar kena beli baru. Nak berhias pun tak boleh sebab cermin retak seribu, atau dua ribu. Baju2 pula jangan dibuang di laman rumah kerana boleh dijual di kedai bundle. Dan yang paling jelas, frame gambar kekasih anda dan anda jangan dipijak sampai pecah. Lebih baik anda guna dan letak gambar family di hari raya atau semasa piknik. Lebih bermakna kan?
  • Dan semasa hati lara, jangan duduk di sudut seperti orang putus asa. Tuhan ada. Jangan lari. Cari.
  • Sebab, selepas hujan lebat, akan datang pelangi. Ececeyh.
  • So tak perlu risau jika cinta menguji anda dengan dahsyat. Mungkin anda akan berjumpa jodoh yang lebih hensem atau (jodoh yang) lebih cantik bagi lelaki. Lebih hensem merujuk kepada pandai membaca Alquran, boleh jadi iman kepada keluarga, hormat orang tua, dan bertanggungjawab. Lebih cantik pula merujuk kepada menutup aurat dengan sempurna, lemah lembut (bukan lemah dan lembut), pandai memasak, bijak mendidik, serta rajin mengemas rumah.
  • Masa tu orang yang curang tadi akan jeles. Hahaha padan muka dia. Bak kata teacher aku 'ayuh gelakkan dia secara berjemaah'.
  • Ingatlah sahabat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik juga.
  • Kadang2 lelaki baik kahwin dengan perempuan tak baik. Maknanya lelaki itu akan membimbing perempuan itu menjadi baik. Insya Allah.
  • Kadang2 perempuan baik kahwin dengan lelaki tak baik. Maknanya perempuan itu akan membimbing lelaki itu menjadi baik. Insya Allah.
Bercinta sebelum nikah (couple) bermaksud kita menikmati cinta secara haram. Seperti budak sekolah bawak henset ke sekolah (yang melarang penggunaan henset seperti sekolah aku hahaha). Henset itu berfungsi dengan cara yang sama. Tetapi menggunakan henset itu, budak sekolah tersebut takut2 dan berasa tidak selamat. Setiap kali menikmati kecanggihan henset itu, dia perlu berwaspada. Kenikmatan tidak bertahan lama apabila kantoi. Maka akan dirampas. Jika henset itu hilang, dia tidak boleh melaporkan kepada sesiapa kerana pasti guru disiplin dan PK HEM akan memberi borang salah laku jika dia mengaku bawak henset ke sekolah. 

Berbeza dengan bercinta selepas nikah (kahwin) bermaksud menikmati cinta secara halal. Seperti mak ayah kita. Hehe. Kamu boleh baca blog ini kerana cinta halal itulah. Okies tidak dinafikan yang cinta jenis ini juga diuji. Ada juga bapa2 yang curang atau ibu2 yang tidak setia or whatsoever. Tapi oleh sebab perkara ini sah dan halal, maka sebarang keraguan, masalah, kecelaruan yang timbul boleh dirujuk kepada agama dan undang2. 

Seseorang boleh mengadu bahawa SUAMInya main kayu tiga dan pegawai syariah akan mengambil tindakan untuk menegakkan keadilan. Tetapi jika seseorang itu mengadu PAKWEnya main kayu tiga, empat, lima, atau menghentaknya dengan kayu sekalipun, tiada siapa yang akan memberi apa2 bantuan bahkan orang akan berkata padan muka.  

Tu tak masuk lagi kes MLM & MSG (Main Lima Minit dan Merana Sampai Gila) yang banyak dihadapi golongan (gadis) remaja masa kini. Lepas seronok, sakit perut. Lepastu kembung perut masuk angin katanya. Minyak angin berbotol2 habis perut makin besar. Lepas tu cari masjid nak suruh baby solat tahiyyatul masjid.

Cinta itu asalnya dari syurga dan sepatutnya membawa kita ke syurga juga. Tapi kalau tak ikut syariat, bercintalah dari dunia sampai neraka.

Eh jangan cinta lebih2 sangat taw nanti jadi macam ni. Sedih. Huuhuu.

Moral values :
  1. Tak perlu menjadi hamba cinta. Tunggu masanya tiba.
  2. Jangan berikhtilat. Ia mampu membawa kepada zina.
  3. Jangan putus asa dalam hidup.
p/s :: Tips2 di atas sekadar teori oleh orang yang tiada pengalaman bercinta dan hanya menyukai dari jauh tetapi banyak melihat kisah percintaan orang lain yang bercouple (yang dirasakannya tidaklah cool sangat pun).

okbai


Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, September 27, 2011

Hudud Itu Bukan Huduh


Assalamualaikum. Hye.

Tapi Kita Yang Buduh.

Ehem ehem memanglah bukan tugasku nak ulas pasal isu hudud sebab aku dahla tak reti bab2 ni tapi kalau dah nak menjadi blogger matang (selama ni tak matang, bahkan malang) maka haruslah aku menulis tentang benda2 serius dah sebab banyak sangat aku menulis tentang hal2 random dan kelakar yang tak berapa nak menjadi. Hari ini kita keluar dari kepompong dan zon selesa. Nak kritik silakanlah tapi baca sampai habis dulu yer.

Okies yang aku baca di blog2 semenjak dua menjak tiga menjak ni ialah bagaimana hukum hudud tidak dimahukan oleh pemimpin2 Malaysia yang rata2nya ada bin (bermaksud anak, bukannya tong sampah). Sebenarnya tidaklah mengejutkan walau sekelumit kerana sudah terlalu ramai rakyat Malaysia yang ada binti tapi pakai tudung pun takmahu. Apakah rakyat Malaysia memang suka melawan perintah Allah subhanahuwataala??? Mungkinkah? Mungkinlah.

Ada antara yang aku baca tu, Hudud hanya di Kelantan, Najib takkan laksanakan Hudud, Kedah pun takda Hudud, dan macam2 lagilah. Sila cari sendiri aku tahu kamu lebih pandai mencari maklumat berbanding aku.

Adakah yang ditakutkan itu hudud atau bayang2 sendiri? Aku pelik kenapa bila sebut hudud semua orang jadi paranoid. Yang memelikkan ialah para paranoid2 itu banyaknya yang Islam juga. Mungkin sekali sebab bila disebutkan hudud maka terbayang2lah potong tangan, rejam sampai mati, sebat, buang daerah, dan yang sewaktu dengannya.

Contoh kes jika Malaysia melaksanakan hudud :

  1. Nik Muhammad Iqmal Rahimy, 12 tahun, telah didapati mencuri sebungkus nasi lemak di kantin. Dia didapati sabit kesalahan lalu dipotong tangan. Dia menjawab UPSR dengan mulut pada tahun itu namun masih cemerlang dan mendapat 5A.
  2. Sharifah Nursalwa Badariyah, 24 tahun, telah dituduh berzina dengan suami orang. Dia disebat dan pasangannya direjam sampai mati.
  3. Amrizal Musalman, 31 tahun, didapati minum arak di rumahnya. Dia disebat 40 kali walaupun tidak minta disebat seperti Kartika.
Horror kan?

Well hello people. Do you think Islam is that wicked? 

Come on la. We know Allah is Merciful, Gracious. 

Kalau ada orang mencuri, sebelum nak dipotong tangan tu banyak bendanya. Bukan terus main potong saja. Kena tengok kenapa dia mencuri. Apakah sebab tak cukup makan? Kenapa tak cukup makan? Adakah sebab mak bapak tak bagi? Sebab gaji rendah? Kerajaan tak bantukah keluarga miskin? Duit kebajikan rakyat disalurkan ke mana? Zakat dibayar atau tidak? Pengurusan kewangan negara telus atau korup? Semua ini diambil kira. Kalaulah contohnya, kes merompak berlaku, dan negara melaksanakan hudud, dan diketahui bahawa pengurusan kewangan negara tidak jujur dan tidak amanah. Maka adakah hudud akan memotong tangan pencuri atau tangan pemerintah?

Oh patutlah pemerintah takmahu laksanakan hudud. Kahkahkah.

Sama juga dengan zina. Nak tuduh orang berzina bukan senang. Perkara itu sangat besar. Ingat sesuka hati boleh pergi kata kat orang "Kau berzina/penzina."? Nak mampus? Kena laknat tahu? Nak bawa 4 (empat) orang saksi itu bukan seperti membawa empat orang makan angin di Pantai Merdeka. Banyak syarat2nya. Bukan sebarangan orang boleh menjadi saksi. Dan saksi2 pulak perlulah menyaksikan aksi2 tersebut tetapi bukan menghendap. Kalau menghendap itu namanya bukanlah saksi tetapi sepai (spy).

Dan lain2 bolehlah rujuk pakar2 seperti ustaz/ah kerana aku mungkin buat silap. Aku menulis ikut apa setakat yang aku tahu saja. Pastikan rujukan anda rujukan yang bertauliah. Jangan cari yang tak bertauliah nanti kena tangkap masuk ISA eh bukankah sekarang ISA sudah dimansuhkan? Adakah kerana mahu meraih undi atau memberi kebebasan? Sama2 kita saksikan.

Greater Good

Mungkin sudah tiba masanya kita berfikir untuk Greater Good. Greater Good (GG) ialah berkorban sesuatu yang kecil atau kepentingan sebahagian kecil demi manfaat yang lebih besar. Ada yang kata penghalalan rokok dan arak di Malaysia walaupun di-declare sebagai negara Islam ialah untuk GG. Sebab dua benda asalan syaitan itu mampu menjana income yang sangat banyak. Tetapi kedua2nya itu haram bahkan arak tu memang haram mutlak kot. Tetapi hasil jualan disalurkan kepada rakyat menerusi gaji. 

Patutlah kanak2 membesar menjadi remaja yang tidak matang bahkan menatang.

Mungkin jika kerajaan bertukar membentuk suatu pemerintahan yang islamik, masalah akan berkurangan sedikit demi sedikit. Takpayah ideal sangat sebab mustahil nanti. Cukuplah sekadar mengamalkan agama. Kita kena terima hakikat bahawa bayang2 wujud disebabkan cahaya. Kita buat salah supaya dapat belajar. Dan ada betulnya penjenayah wujud supaya penguatkuasaan undang2 dapat dijalankan. Budak rempit tak pakai helmet supaya polis dapat buat kerja. Ini boleh dikecualikan.

Sedih. Kamu tak sedihkah melihat negara Malaysia yang kita sayangi ini menjadi semakin porak peranda? Lagu Undilah nyanyian Namewee dan Afdlin Shauki sangat sedap didengar. Part "INGATLAH! Malaysia ini negara anda. Ia negara kita" tu sangat echoing dan haunting. Tambah pulak masa ramai2 sebut. Fuuhhh.

Tapi bila fikir balik, setakat nak buat penguatkuasaan undang2 menutup aurat pun pemimpin kita tak mampu, adakah mereka2 mampu laksanakan hudud?

I wonder when will those shits up there come down, and let the youngsters with insight (don't worry I am not included) make some changes. And the youngsters are very loud too so I am looking forward to seeing what will they do. The oldies will die one day. Sooner and later the youngsters will take over too. No doubt.

When I say this you know who am I referring to, yes? By the way I want to know your opinion too. Komenlah apa2. Nak tulis entry pun ok. Feel free to make a blog response so that you can correct me if I am wrong and add some stuff I should know. Make sure I am notified.

ok-selamat menjadi rakyat Malaysia yang taat kepada agama dan negara-bai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, September 19, 2011

Updated Facebook Comment For Blogger Tutorial (dan cara2 menggunakannya)


Assalamualaikum. Hye.

Aku dah pernah buat tutorial ni dulu tapi macam tak mendapat sambutan jer (kali ni pun rasanya sama). So kali ni sebab ada orang tanya so aku buat sekali lagi dan siap dengan penerangan sekali camna nak guna benda alah itu. Penerangan cara nak guna? What for laa macam la orang tak tahu guna facebook comments. Okies ada ja sedikit benda yang kamu perlu tahu sebab kalau semua orang reti guna kenapa komen di blog ini sangat sedikit? Adakah mereka kedekut komen? Oh itu sebab blog kau tak besz. Cis baiklah tapi aku tetap akan buat juga heheh.

    Baiklah untuk kefahaman menyeluruh mai sini aku bagi penerangan bergambar

    Kalau kamu log in FB sebelum view blog, boleh komen terus je.


     Kalau tekan Change tu, dia akan keluar profile FB kita yang lain untuk diguna untuk komen.
    Macam aku ada FB Page, boleh jugak nak komen guna yang itu.


    Aku sekarang mengkomen sebagai Yui92 (page) bukan Hikaru Yui (profile)


    Kalau tekan Log Out maka akan jadi macam ni. Kalau view blog sebelum 
    sign in pun dia keluar macam ni jugak.


    Kalau nak guna email yahoo pun boleh.


    Kadang2 jadi camni...


    BACA JE YANG KAT ATAS TU.


    Insya allah akan boleh.



    Berminat?



    Ok so let's get started. Cam biasa Dashboard - Design - Edit HTML - Tick the Expand Widget Tempate.

    <div id='fb-root'/><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=202796639731448&amp;xfbml=1'/><fb:comments colorscheme='light' expr:href='data:post.url' num_posts='2' width='550'/>

    Ambik coding di atas dan tepek di bawah

     <data:post.body/>

    Faham? Eh lupa pulak kalau kamu letak di atas pun boleh tapi nanti kotak komen tu akan berada di atas post lah kalau di bawah maka kotak komen akan berada di bawah (logik).

    Siaplah. Lepastu boleh edit width nak bagi besar mana kan ikut lebar blog masing2 kan. Number of post sampai sepuluh aku rasa. Nak color scheme light atau dark? Light untuk kuasa kebaikan dan Dark untuk kuasa kejahatan ok merepek 'light' kalau kamu nak tulisan kotak komen itu warna hitam (untuk background blog cerah) macam blog aku dan 'dark' kalau kamu nak tulisan kotak komen itu berwarna putih (untuk background blog gelap) macam blog mana aku tahu dan kalau aku terbalik pandai2 la ea.

    Cara nak guna pulak, senang jer.

    1. Pastikan anda login Facebook dulu sebelum view blog yang guna benda alah ni,
    2. Kalau buka blog dulu, boleh sign in kemudian, atau
    3. Sign in dalam blog tu guna benda alah tu pun boleh. Cumanya
    4. Kena refresh page. Kalau tak, jahanam tak jadi. Hohoho
    *Baik aku tambah di sini satu coding lagi iaitu Facebook LIKE button yang macam aku guna di blog aku. Ada banyak jenis LIKE button. So bolehlah explore sendiri. Yang aku nak coding ni yang aku pakailah. Ini dia code-nya here here (macam biasa dengar tak perkataan itu?)



    <div>
    <fb:like action='like' colorscheme='light' expr:href='data:post.url' font='trebuchet ms' layout='standard' send='true' show_faces='false'/>
    </div>

    Cara sama letak di bawah atau di atas


     <data:post.body/>

    Cam biasa boleh edit. Standard tu aku taktau pulak nak ganti2 dengan apa. Biar standard ja lah kot. Like action 'like' boleh digantti dengan 'reccommend'. Send button boleh enable/disable. Kalau rasa menyemak boleh tukar jadi false. Kalau rasa nak send entry tu sebagai message FB bolehlah guna. Lepastu kalau kamu agak blog kamu satu enty seratus orang LIKE sehari, dua hari 200, maka bolehlah letak 'true' pada faces. Nanti keluar profile pics orang2 yang LIKE nampak sangat gah dan ekstravaganza. Kalau setakat macam blog aku ni tak letak la untuk meminimakan penggunaan ruang.

    Jadi kamu bolehlah letak LIKE button dulu atau nak letak comment box dulu ke boleh jugak pun. Kalau nak letak di atas pun boleh saja. Kalau nak kreatif2 buat macam aku gabung dengan text alahhhh kreatif sangatlah tu cheh pun boleh saja. Sesedap oren kamulah nak buat macam mana. Kalau code tu tak menjadi, try buang div tu. Kalau tak jadi gak sorry aku bagi coding sesat heheheh.

    ok tamat edit*

    Ok tamatlah tutorial kita. Selamat menggunakan benda alah ini dan silalah komen banyak2. Takda Facebook pun takpa boleh guna email yahoo. Habis takda apa boleh guna anonymous sebab aku tak kisah kamu nak tulis apa. Kalau aku tak suka aku tak publish heheh.

    Kalau sudi gunalah tutorial ini aku tidak minta banyak cukuplah sekadar kamu LIKE Page aku atau entry ini. Kalau nak link ke sini balik pun sangat aku hargai ececeh habaq ja la SAPA AMBIK CODE NI TOLONG PROMOT BLOG AKU WEY PASTU FOLLOW kan senang?

    ehem kalau tak jadi aku tidak bertanggungjawab okies maybe kamu perlu cari tutorial lain tapi ada ke tutorial yang lebih mudah dari ini hoho entahlah cari lah. Usaha tangga kejayaan, kan?

    okbai

    Thanks for reading. Bye ;)

    Thursday, September 8, 2011

    Untitled


    Assalamualaikum. Hye.

    Someone asked my opinion about appearance and attitude. What is my view about one person who is appearing very well but at the same time behave badly without the knowing of others, and one other person who appears to be fairly bad but goodhearted.

    And somehow this matter is so difficult to be discussed in English since I talked to him in Malay so I'll story here in Malay too-lah =p=p=p

    Simple saja. Kalau orang itu membawa perawakan diri yang baik, maka itu ialah baik. Kalau dia nak buat perangai buruk belakang orang, itu ialah perkara buruk. Sama juga kalau orang itu  bersikap gila2 tak ketahuan hala maka itu bukanlah sesuatu yang baik tapi kalau dia teguh menahan diri daripada berbuat hina maka itu bukanlah sesuatu yang buruk.

    Manusia, kalau dia mencuri, maka akan dilihat manusia sebagai pencuri kerana dia sedang mencuri.
    Manusia, kalau dia mengumpat, maka akan dilihat manusia sebagai pengumpat kerana dia sedang mengumpat.
    Sama sajalah dengan bunuh, zina, derhaka, judi, dan segala kejahatan yang lain pun.

    Oleh itu aku rasa tak adillah kalau nak mengukur tahap kebaikan seseorang melalui tindakannya atau pakaiannya atau kata2nya atau sikapnya atau perilakunya atau apa yang dia tonton di laptopnya setiap hari atau laman web apa yang dilayarinya bila online.

    Satu beza yang kita perlu faham tentang pandangan manusia dan pandangan ALLAH.

    Macam aku kata tadi, kalau kita solat, maka manusia akan lihat kita sedang solat. Sama juga allah lihat kita solatlah kan? Cumanya yang terlihatkan oleh manusia itu yang luaran saja. Zahir. Kulit. Sedangkan Allah nampak apa yang di dalam. Batin. Hati. Kalau dalam istilah medic, manusia menilai yang superficial manakala Allah menilai yang deep.

    Contoh yang paling popular mestilah perempuan bertudung tapi suka mengumpat VS perempuan free hair yang bersolat, puasa, berbudi bahasa dan santun. Isu ini seolah2nya menjadi satu trend yang (aku rasa2lah) menjadi antara sebab wujudnya perasaan tidak puas hati, iri, dendam, dan lain2 sifat terhegeh2 yang menyusahkan orang ramai.

    Luaran yang baik perlulah disertai amalan yang baik juga. Tak ke pelik bila pakai jubahserban tapi sembang benda2 lagha atau gelak kuat2 macam orang yang tak pernah belajar adab? Atau pelik juga bila mulia macam malaikat tapi pakai baju sendat dengan jeans ketat.

    Lagi kririkal ialah orang perempuan. Selalu sungguh disogok dengan cerita tudung. Selalu orang persoalkan "saya tak pakai tudung pun tapi saya solat, tak mengumpat," dan sebagainya.

    Andaikan seorang lelaki yang berjubahlabuh dan bermisaijambang dan berkopiahserban. Selalu bersolat sunat dan puasa. Selalu berzikir tasbih di tangan sentiasa. Tetapi bila tengok bola sama2 jerit macam nak gila. Bila tak gol dengan kawan2 mencarut sama. Atau sekadar tumpang sekaki menonton filem di laptop member.

    Andaikan seorang lelaki yang berbaju tshirt sendat2. Seluar jeans ketat. Rambut pacak2 selalu weewiitt perempuan. Malas ke masjid. Tapi solat tak tinggal. Baca alquran rajin. Selalu ketawa tapi menangis bila berdoa.

    Bila seseorang menyaksikan hal ini, maka akan segera tedetik dalam hati. Mana satu yang aku nak ikut? Nak ikut yang berjubah itu? Harap luaran macam malaikat. Sama naik saja dengan aku. Nak ikut dia yang macam mat rempit ini? Perangai dia sendiri tak semenggah. Pakaian entah apa2. Selalu sembang benda lagha.

    Dan sebagainya.

    Well bagi aku lah, bukan masalah lelaki serban tadi atau lelaki rempit tadi. masalah sebenar ialah orang yang tanya tu lah. Dia selalu compare. COMPARE orang di sekeliling dia. Nak tunggu yang sempurna baik baru nak ikut susahlah cik abang oi. Rasulullah dah wafat lebih seribu tahun yang lalu. Nak tunggu siapa untuk dijadikan contoh teladan? Aku tahu kamu tak cukup pedoman untuk jadikan sirah sebagai panduan, Nak nampak contoh depan mata. Well sebab dalam dunia ni hanya manusia yang kita boleh nampak tanpa terhijab, dan jin hantu iblis setan pula kadang2 menjelma depan kita (which is most of the time, tidak), dan malaikat pula tak ada siapa pernah nampak (aku tak pernah dengar cerita orang jumpa malaikat. Kalau nabi dan sahabat tu lain ceritalah.)

    Sebab itulah kita ada dalam agama kita ni kewajipan untuk saling menegur, memberi nasihat, dan memperingati sesama kita. Sebab kita tak sempurna. Yeah you can always tell if that guy is perfectly dressed but he speaks words sounding like hell, it means that there is something wrong. Bolehla kalau nak ikut cara dia berpakaian.tapi janganlah ikut cara dia bercakap dan JANGAN NAK KATA "CHEH PAKAI CAM ULAMAK TAPI SEMBANG MACAM MAMAK!" dan terus-menerus menyebarkan cerita itu kepada orang lain pula.

    Atau seorang wanita yang sentiasa beradab, selalu sedekah, jaga pergaulan. Well she's perfectly fine but she doesn't wear hijab. So something wrong jugak. Maka yang baik dia buat itu ikutlah. Jangan pulak kata "TAK PAKAI TUDUNG SIA2 JE KAU!"

    Inilah yang aku sebut pasal allah nampak lain kita nampak lain. Wala taziru waziratun wizra ukhra. Apa baik yang dia buat dia dapatlah ganjaran. Apa buruk yang dia buat dia dapatlah balasan. Sebab itu kita yang separuh2 ni jangan dok besaq mulut sangat nak mengata orang. Kita pun bukannya layak nak mengata orang. Dah la membanding2 orang lain pastu mengata dia pulak, dok asyik nampak salah orang, saja mencari2 kesalahan orang, Eiiiii tak rasa malu ka hah?

    So sila prioritize apa baik yang kamu nak buat. Solat lima waktu bagi sempurna. Aurat tutup sempurna. Lidah jaga. Pastu kalau ada tersilap sikit2 tu tak apa allah tu pengampun. Setiap hari cuba improve sikit2. Sikit2 je pun jadilah sebab allah kira semua tu. DIA tak tunggu kamu solat penuh di masjid berjemaah sambung solat sunat pastu qiyamullail baru nak bagi rahmat. No. Allah care for us all. Kalau orang kafir pun dia bagi nikmat punya sakan apatah lagi kita ni. So daripada kita nak cari salah orang, better kita main pungut2. Tau main pungut2? Maksudnya kita lihat peribadi orang itu. Mana yang baik kita tiru. Dia selalu solat sunat tapi mulut kuat mengumpat? kita tirulah solat sunat tu. Mengumpat tu kita tinggal. Pastu nasihat2lah jangan mengumpat. Kalau rasa tak mampu doa2lah agar dia berubah.

    Tapi special case bagi orang perempuan. Aku punya pendapatlah ni. Jaga la aurat tu. TUDUNG WAJIB PAKAI. NO EXCUSE. JANGAN CARI ALASAN BILA ORANG TANYA KENAPA TAK PAKAI TUDUNG. JANGAN BUAT SALAH DUA TIGA KALI. TUDUNG TU WAJIB. WAJIB. WAJIB

    So setiap hari kamu nak keluar rumah dan buat kerja bayangkanlah berapa dosa dah dapat kalau tak pakai tudung. Seronok ka kumpul dosa hah? Dan bila aku sebut tudung maknanya auratlah. Kalau pakai tudung tapi pakai baju ketat gila singkat sendat pulak pun tak guna jugak. Daripada pakai fesyen yang bajet lawa tu baik la pakai baju yang tak fesyen tapi allah redha. Jangan jadi bodoh macam dalam lagu Hafiz Ashaari tu.

    Ya orang perempuan ni complicated sikit. Dah pernah cerita dulu. 

    Jadi kalau ditanya lagi 'apa pendapat kau dengan mamat tu yang depan kita bajet baik tapi belakang kita cam haram' aku akan jawab camni "Jom makan laicikang nak?"



    JUST ANOTHER DRAFTED STUFF okbai
    Thanks for reading. Bye ;)