Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, August 27, 2011

Kosong - Isi - Jangan suruh orang (added watermark for picture... eleleh macam la megah sangat watermark dia tuh haish...)


Assalamualaikum. Hye.

First, sila komen atau LIKE entry ini walaupun takbesz. Photo editing pertama aku tuu haha bagi la sokongan sikit oii.

Hari jumaat datang lagi. Kali ni pasal saf lagi. Beza dengan entry minggu lepas, entry kali ini pasal saf yang ada lompang.

Kalau kita tau apa ada di saf depan2, saf pertama, nescaya kalau kena merangkak pun, kita sanggup merangkak demi sampai di saf depan dan jadi pesolat di ruangan itu.

Pakcik tadi, sibuk menampar punggung kawan sebelahnya untuk bergerak ke depan. Ok tipu bukan tampar punggung tapi tolak belakang. Sila jangan melakukan kesumbangan di dalam masjid okies.

Ada lompang di saf depan sebab ada pakcik2 bergerak ke depan dan ke kanan dan ke depan maka ada beberapa kekosongan di saf depan aku. Melihat kemesraan pakcik2 sekalian bertepuk tampar untuk menolak kawan masing2 ke depan, last2 akulah yang bergerak walaupun punggungku tidak ditampar oleh sesiapa pun tak ada siapa tolak aku pun.

Aku membayangkan maksud hadis nabi itu ialah lebih kurang kalau di saf depan tu ada broadband berkelajuan tinggi nak mampus, nak download movie 2-3 minit saja. Kalau begitu tentu aku akan mara ke depan, nescaya sampai merangkak, atau berguling, atau menyepak orang lain pun.

Cumanya itulah, apa yang nabi sabdakan itu kita tak nampak. So kita buat2 malas nak ke depan. Aku pun jenis tolak orang dulu sebelum gerak. Bajet nak bagi orang tu dapat kebaikan la. Sekali ja aku tolak. Kalau dia takmau aku jalan. Tak payah tunggu.

Pakcik, janganlah lawan tolak. Seolah2 pakcik2 pakat2 takmahu ke depan. Bukannya ada ular, pakcik. Ada kebaikan lah. Kau tak mahu tak apa. Ramai yang mahu. Sepatutnyalah.

Dan bila aku dah gerak ke depan tu, ada satu drama lagi. Ni aku tak sure dalilnya apa. Cuma aku buat berdasarkan pengalaman. Kalau pasal kebaikan saf pertama tu aku pernah dengar hadis ustaz aku sebut. Matan dan sanad sila rujuk yang pakar, terima kasih.

Okies dramanya ialah sebelah kanan aku lompang. Maka aku toleh belakang ada sesi tolak-menolak. Bosan menunggu, aku pun gerak la ke kanan. Tengok belakang lagi. Tolak menolak dah tak ada. So pakcik di kiri tak mahu berganjak. Macam tanah dia lagaknya. Yang pernah berlaku dulu, aku ditegur oleh seorang senior di sekolah sebab berganjak ke kanan bila imam di sebelah kiri (depan, tapi sebelah kiri). Kata senior itu, kita berganjak bila ada kekosongan saf dengan cara mendekati iman. Sebab tu kalau depan kosong jemaah di belakang langkah saf. Kita tak pernah melihat kejadian aneh fenomena jemaah di saf yang lagi depan reverse kan? Lain la kalau sempit ke apa.

So bila situasi tadi tu, aku berada di kiri masjid. Maknanya imam berada di kanan aku. So sebelah kanan aku lompang (rujuk perenggan di atas) maka aku geraklah ke kanan. Tetiba pakcik di kiri aku yang takmahu gerak tu cuba menarik tangan aku ke arahnya (kiri). Last2 sebelah aku memang kosong. Ada seekor kambing hitam duduk di situ. Tapi yang ni bukan takat kambing atau lembu, badak sumatera pun boleh duduk. Memang lompang yang ketara.


p/s :: So sila bergerak ke depan dan ke kiri atau ke kanan mengikut situasi. Jangan biar saf itu kosong. Nampak tidak best sebab... yalah tempat lain rapat bersusun tetiba ada kosong. Tak ke macam gigi rongak? Elok ke gigi rongak? Actually comel je tapi kalau gigilah. Kalau saf macam gigi rongak tak besz. Gigi, kita nak susun rapat2, cantik2. Kenapa saf solat di masjid kita malas nak susun rapat2?

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, August 24, 2011

Cerita Arnab dan Kura-kura yang kiutmiut (yui92 version)


Assalamualaikum. Hye.

Cerita arnab dan kura2 versi yui92 lebih suwiit dan layan. So bolehlah kamu cerita kepada anak2 kamu suatu masa nanti.
So suwiit kan?
Pada zaman dahulu, ada seekor arnab dan seekor kura2 tinggal di dalam hutan. Arnab itu somong dan bongkak blablabla yadayadayada semua orang tahu intro cerita ni.

Suatu hari, sang kura2 yang fed up dengan perangai mangkuk sang arnab mencadangkan satu perkara yang buat sang arnab kering gusi kerana gelak tak henti2 sampaikan gusinya terdedah kepada udara terlalu lama sehinggalah kering. Maka istilah tak kering gusi yang membawa maksud lawak sama sekali tidak benar. Sebenarnya ia merujuk kepada tidak lawak kerana orang tidak gelak maka mulut tertutup maka gusi tidak terdedah kepada udara maka ia pun tidaklah kering. So sila tukar kepada lawak gilaaaa kering gusi dibuatnya okies?
Warming up

Sang kura2 mencadangkan mereka berlumba. Sang kura2 depressed kerana tiap2 hari didera secara mental oleh sang arnab. Maka dia memutuskan untuk mengadakan perlumbaan ketiga. Sudah dua kali moyangnya mengalahkan arnab dalam dua perlumbaan berbeza tetapi arnab tetap dengan perangai samsengnya mengutuk2 sang kura2. Sejarah sering dilupakan. Bahkan sang arnab mengatakan kisah moyang mereka itu pernah berlumba sebagai suatu karut fantasi khayalan tahyul ciptaan orang dahulu kala. Zaman di mana unsur khurafat masih menguasai fikiran rakyat jelata. Apakah mungkin kura2 mengalahkan arnab? Sungguhlah magis, mitos, dan mistik sekali.

Hari perlawanan, malang tidak berbau bagi sang arnab kerana disambar helang sebelum perlawan sempat dimulakan..
NOOOOOO!!!!!!! jerit sang arnab.

Okies itu cumalah acahan. Sebenarnya mereka sangat bersemangat sampai siap buat trek lagi tahu? Sang kura2 sangat bersungguh2 mahu menumpaskan sang arnab kerana kesombongan arnab itu sangat meruntun jiwa sensitif yang diwarisi oleh nenek moyangnya dulu.

Dan perlumbaan pun bermula. Sang arnab memecut dan membiarkan sang kura2 makan debu. Bahkan sang arnab sengaja mengais pasir dengan kuat semata2 mahu mengacau penglihatan sang kura2. Mujur benar ada Eye Mo Moist. Jangan gosok! Gunakan eye mo. Sang kura2 sempat mempromosikan eye mo kepada penonton yang menunjukkan wajah kurang senang kerana sang kura2 seolah lupa bahawa dengan sesungguhnya dia sedang bertarung.

Di pertengahan jalan, sang arnab berhenti. Mengapakah??? Apakah yang berlaku seterusnya?

Bersambung...
























































































Dengan segera...

Henfon arnab berbunyi. Itulah sebab dia berhenti. "Helo, siapa di talian?" "Ni alang ni. Long buat apa tuh?" "Ohh along tengah berlumba. Ada apahal?" "Pak long pak, dah meninggal dunia.."

"APAAAAAA?! Pak telah meninggak dunia?" Sang arnab melolong tidak keruan.
"Bukan. Ayat alang kan pak long pak, dah meninggal dunia. Bukannya pak, long, pak dah meninggal dunia."
"Cakap la tok long. Haish.."
"Ohh okies. Nak bagitaulah. Marilah balik cepat. Selesaikan perlumbaan itu dengan pantas okies?"

Sang arnab terduduk. Memori datang menyapa satu persatu. Bahkan tok longnya itulah satu2nya arnab dari kalangan veteran yang mahu berkawan dengan arnab2 sepertinya. Yang dilabel sebagai arnab nakal, samseng, dan indie. Bahkan lagi, tok long ialah arnab yang pernah melumbai sang kura2 juga suatu masa dulu. Pernah mahu mengungguli perlawan tersebut, sang arnab tua dikalahkan oleh teknik melantun oleh sang kura2 tua. Bagi sang arnab, itu ialah taktik keji. Dan sebenarnya dia tidak percaya sang kura2 tua mampu melantun tanpa membahayakan diri. kalau melantun dari tebing sampai ke bawah mestilah cangkerang akan pecah, tidak pun akan sakit2 badan lalu pengsan atau terus mati. bagaimana sang kura2 tua masih mampu berlumba sehingga ke penamat?

"Sihir." Sang arnab duduk di bawah pokok. Pokok itulah. Di bawah pokok itulah moyang tok longnya pernah berehat. Dan tertidur lalu kalah dalam perlawanan pertama. Dia juga hairan bagaimana tiba2 pokok itu boleh berada di situ. Adakah dia hanya merepek? Dalam kepenatan dan kekejutan menerima berita tersebut, sang arnab terlelap.

Sang kura2 muncul. Teknik seribu langkah yang dipelajarinya oleh sangkurasakti ternyata berkesan. Satu tapaknya menyamai seribu tapak kura2 biasa. Nyata sangkurasakti terlibat dalam perlawanan dulu. Sangkurasakti si bomoh kura. Jujur jelas tak berpura.

"Moyang kita tak percaya sihir. Tapi aku gunakan juga ke atasnya tanpa dia sedari. Sebab tu dia menang. Kau ingat apa lagi yang mampu mengatasi logik dan hukum alam selain sakti?" Kata sangkurasakti sewaktu sang kura2 menolak tawarannya menggunakan magis untuk membantu dalam perlumbaan. Sang kura2 mahu berlumba adil dan saksama. Tetapi tawaran yang diterima sukar ditolak. Apatah lagi kesaktian yang terbukti. Sakti buana nusantara.

Dengan masa yang ada, sang kura2 memasang niat jahat. Dia mahu memasang perangkap. Dia mahu memasang kekalahan sang arnab. Biar sang arnab yang somkak itu kalah dan termalu dengan kadar yang dahsyat. Sang kura2 begitu emosi sehingga sanggup mewujudkan perkataan baru iaitu somkak yakni sombong + bongkak. Nyata somkak bukanlah diakui dewan bahasa dan pustaka tetapi cukup mengakui ketakabburan sang arnab.

Rancangan jahat sang kura.

Secara tidak semena2 sangkurasakti menepuk bahu sang kura2 dar arah yang tidak dapat dipastikan. Jasadnya tidak di situ tetapi kehadirannya dirasai. Bagai angin yang tidak dapat dipegang genggam tetapi sejuknya membaluti sekujur tubuh yang diselaputi cangkerang bercorak ala2 batik kilang Nor Affa Batik.

"Cukuplah sihirku membantumu sehingga ke sini. Tak perlu kau berkeji. Malulah kerana kau mahu menganiaya lawan. Moyang kita tak pernah berbuat begini. Kau mahu conteng crayon ke muka mereka?" Sangkurasakti menyelitkan unsur jenaka kontemporari dan urban dengan perkataan crayon yang sepatutnya arang.

Sang kura2 malu tertunduk. Lantas dia mengejutkan sang arnab yang tertidur. Sangkurasakti senyum. Dia beransur hilang dalam kepulan asap hijau. Dalam hati dia bangga kerana anak muda sudah mampu berfikir waras. Mampu memikirkan apa yang lebih penting daripada kemenangan. Persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang, perpaduan, semua itu lebih keemasan berbanding kemenangan semata2. Adakah ini impak menonton terlalu banyak anime Naruto?

Sang arnab terjaga. Dia terharu akan kebersamaan yang ditunjukkan oleh sang kura. Dalam hatinya terdetik prasangka terhadap sang kura2. Namun mata tidak dapat menipu. Keikhlasan terpancar dari mata sang kura2 yang kuyu. Sang arnab senyum sambil mulutnya menyimpulkan kata2 terima kasih. Mereka berpimpinan tangan ke garisan penamat. Dendam keturunan tiada lagi. Kesalahan nenek moyang tak perlu diteruskan generasi muda. Cukuplah atuk2 dan anek2 berbalah. Cucu2 tak perlu bercakaran. Lebih baik bermain aci ligan lebih banyak faedahnya.

Mereka sampai ke garisan penamat bersama2. Semua haiwan terkejut tetapi mereka gembira kerana ending agak suwiit walaupun terdapat sedikit unsur geli bagi sesetengah kelompok yang berpendapat berbaik2 antara protagonis dan antagonis ialah sangat eeeuuww. Tetapi oleh kerana tidak dapat dipastikan siapakah antagonis dan siapakah protagonis maka mereka berdamai saja. Dan mereka berbaik2 sehingga jatuh cinta.

Oh darling...

Tetapi oleh kerana kedua2nya jantan dan berbeza keturunan, maka cinta terlarang itu berakhir di situ. Andai ada zuriat terlahir, nak panggil apa? Kurnab?
Kurnab???
Sekian tamatlah cerita.

okbai.


Thanks for reading. Bye ;)

Would you just follow the sign?


Assalamualaikum. Hye.

Aku ada terbaca pasal post solat membelakangkan kiblat. Kata orang itu, it's fine sebab bumi ini bulat. Kalau di tegangkan tali panjang dari arah menghadap atau membelakangkan kiblat, nanti akan sampai ke kaabah juga. Ok aku taktahu setakat mana kebenaran bulatnya bumi ini yang kalau kau berlari laju2 lurus lama2 akan sampai tempat kau bermula. Tapi kalau dah ada signbod tunjuk mana stu arah kiblat, atau kau tanya sesiapa dan dia menjawab, Why must you membelakangkan the kiblat in the first place?
Ilustrasi sekadar hiasan

  1. Bayangkan seorang mengadap kiblat dan seroang lagi tu membelakangkan. Kemudian bumi ini diratakan dari arah anak panah merah...
  2. Maka bila situasi itu di-imagine-kan, maka yang membelakangkan kiblat tu sah2lah akan menghadap arah yang salah.
  3. Then di depan kaabah semua orang akan menghadap baitullah itu. Bukankah aneh jika kau sorang2 saja yang menghadap arah lain?
  4. Lainlah kalau kau berada di betul2 bertentangan di kutub yang lain. Maka kalau masih ada arah atau signbod menyatakan ini arah kiblat. Maka ikut saja.
So it's weird enough for people to disobey arah yang dah diberitahu, semata2 sebab teori bumi ini bulat, kan? Kalau dalam kapalterbang ke, kapal ke, atau masa tengah berperang naik kuda, maka kiblat kita ialah arah yang kita yakini. Solat tetap dilakukan. Yang aku belajarlah. Kalau dalam kapalterbang yang sentiasa bergerak2 tu, kita solat saja menghadap depan. Nanti bila dah sampai elok diqadha semula solat tadi. So untuk lebih kepastian, sila rujuk ustaz2 berdekatan anda.

Zaman teknologi canggih sekarang ni, nak tentukan arah kiblat bukanlah masalah besar pun. Yang perlu perbincangan ialah jika ada perbezaan pendapat antara dua arah kiblat, bukannya sebab kau nak hadap belakang bila orang kata kiblat di depan semata2 kerana menganggap bumi ini bulat.

Ke memang ada dalil mengharuskan solat membelakangkan kiblat? Setakat ilmu aku yang sedikit ni, aku belajar syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Ustaz/ah aku tak pulak hurai walaupun membelakangkan, still boleh kerana bumi bulat. Haaa tu kena ada cikgu geo atau sains masuk bincang sekali.

p/s :: just follow the signbod.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Friday, August 19, 2011

Gunakan Ruang Yang Ada Supaya Selesa


Assalamualaikum. Hye.

Meluruskan saf ialah perlu. Okies Jumaat kali ni aku nak cerita pasal saf pulak.

Sejak sekian lama tidak solat di masjid Malaysia, aku dah rasa pelik dan kekok pula. Ececeh padahal baru 10 bulan solat jumaat di masjid mesir. Kalau orang Mesir banyak ragam dengan pakaian - baju singkat, jubah jarang tapi tak pakai seluar, pelikat singkat, dan sebagainya, jemaah di Malaysia ni perangai lain sikit.

They wear proper attire, cukup kain, tebal, dan tak ada masalah boxer terkeluar dari tempatnya (sebab tak hot agaknya... kahkahkah) tapi yang aku nampak paling ketara ialah kadar kerapatan saf yang sangat2lah mengecewakan.

Masa kat mesir, aku siap ragu2 dengan solat aku sendiri. Sah ke kalau rukuk dengan penuh kontrol, sujud sampai mengkerekot (literally means coiled), dan bila bangun dari sujud untuk qiyam kadang2 terpaksa mencium bontot orang depan.

Tapi perasaan ketika solat itu tidak lain melainkan rasa keeratan yang sungguh kukuh, padu, dan jitu. Cewah.

Bila aku sampai di Malaysia 2 minggu yang lalu, jarang2 aku merasa bahu orang lain bila bersolat jemaah di masjid. Well ada masanya aku solat di rumah saja, memanglah tak berlaga bahu. Tapi di masjid, sepatutnya berhimpit2 merapatkan saf supaya tidak ada ruang2 yang nyata antara jemaah2 yang hadir. Tetapi apa yang berlaku ialah para jemaah seolah2 menerima arahan kawad untuk luruskan barisan, maka semua orang pun mengangkat tangan separa bahu ke sisi masing2 dan pastikan tidak berlaga. kemudian barulah mengangkat takbiratul ihram.

Dan memang tak bersentuh pun. Sekali lagi, masa di Mesir aku ragu2 adakah kalau angkat takbir sambil ketiak terkepit itu diterima? Sebab lelaki kena buka sikit ketiak tu kan?

Adakah mereka nak menggunakan ruang yang ada dengan penuh efisien, atau sekadar mahu menghasilkan ilusi yang ada banyak jemaah hadir sebab saf menjadi banyak?

Di masjid kampung aku sendiri misalnya, kalau ikutkan hati nak saja aku lompat saf dan mencelah di depan. Tapi aku masih remaja. Remaja sentiasa merasa diperhatikan so tak boleh buat pelik2 nanti akan diperhatikan. Kahkahkah sebenarnya memang aku tak buat apa2 sangat. Aku mengaji medik okies bukannya fekah.

Tapi setakat kepentingan dan galakan merapatkan saf tu aku tahulah. Mungkin orang2 tua nak bagi mudah bergerak kot, dan memang jemaah sikit gila, so daripada membazir saf, lebih baiklah mereka renggang2 dan mengguna ruang yang ada dengan seoptimum yang mungkin. Boleh ke macamtu?

So silalah rapatkan saf anda. Agak2 orang2 tua mungkin tak buat, kita yang muda2 ni buatlah. Nanti kita tua bolehlah anak cucu kita ikut kita pulak. Lepas tu orang2 tua zaman kita yang tak rapatkan saf tu rata2nya six feet under, maka saf2 di masjid pun akan rapat. Insya Allah.

p/s :: Ustaz aku masa sekolah rendah dulu kata, kalau kita tinggal ruang antara jemaah tu, nanti ada syaitan dalam bentuk kambing berwarna hitam akan duduk di celah2 kita dan menyebabkan solat kita menjadi tak khusyuk.

Ni bukan kambing dah ni. Lembu hitam pun dah muat nak duduk.

okbai                                                                                         
Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, August 16, 2011

Sonic Wave Berdesibel Tinggi


Assalamualaikum. Hye.

Banyak sungguh aku baca di blog dan facebook status orang2 tertentu pasal isu speaker di Penang tuh. Isu mudah saja tapi di-exaggerate-kan sampai dah macam surat berantai pulak. Dari satu blog ke blog satu profile ke profile yang lain. Isu speaaaaakkkeerrrrrrr saja. Bosan.

Maka aku nak menambah kebosanan tersebut.

Mari aku nak jadi peguam syaitan. Maksud aku devil's advocate. Adik2 sekalian, hari ini kita belajar satu idiom yer. Devil's advocate bukan maknanya kau jadi syaitan atau bela apa yang syaitan buat. Idiom ini just bermaksud kita bagi pendapat lain atau melawan pendapat majoriti. Dan harus diingatkan tujuan devil's advocating bukanlah untuk debat sangat pun tapi more to widening the scope of view. Faham? Kiranya nak buka jalan diskusi lah. Tak semestinya kau setuju sangat pun dengan pendapat kau sendiri. Cuma seronok nak bertukar idea dan pandangan saja.

Jadi oleh kerana ramai yang sokong dan setuju dengan larangan tersebut, maka aku taklah sampai nak kata pemasangan ayat2 suci tu perlu dibuat. Wajib. Islam. Allahuakbar. No lah tak smpai macam tu. But in some cases aku rasa wajar dan aku cuba justify keadaan yang berlaku. Dari sudut pandangan aku sajalah. Well, your kampung and my kampung might not be the same. So why must you speak so loudly like you're the head of every single kampung in Malaysia kan?

Mereka larang dan kata perbuatan memasang ayat suci itu haram kerana ada larangan dalam hadis. Tak boleh menyakiti jiran. Bidaah sebab nabi tak pernah buat. Tapi setakat yang aku belajar dengan ilmu yang cetek ni sekurang2nya aku tahu bukan setiap yang dilarang atau tak dibuat oleh nabi itu jatuh hukum haram terus. Ada banyak dalil lain dan perbincangannya. Sampai tahap tu aku tak tahulah. Maka suruhlah orang yang lebih ilmu memberi penerangan.

"Cuba bayangkan kau muslim sorang2 tinggal di kampung Hindu. Setiap masa asap kemenyan. Dengar bunyi loceng tak boleh makan daging blablabla"

Banyak orang bagi contoh ni. Sebab kononnya nak menjaga hatilah kot. Maka what do you think they'll do? Slowly erase all those things yang kita dah biasa, yang dah sebati, lama2 sampai tak ada apa yang tinggal, negara ini dicorakkan balik? Ada orang kata jangan jadi racist hanya sebab ini negara Islam maka muslim boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan bangsa lain? Aku hairan kalau seorang muslim sendiri yang keluarkan statement ni. Sebelum tu aku nak declare awal2 aku ni BUKAN RACIST. Takda maknanya nak bangga dengan bangsa. Kalau setakat tengkolok diraja dengan bahasa melayu tu kau nak bangga2kan baik balik rumah main dota je. But I am a religionist. Sorry to say tapi aku memang skeptic sikit dengan agama lain tambah2 pulak ateis. Kalau yang jenis faham memahami tu baguslah semua orang boleh amalkan toleransi.

Masalah sekarang ni yang ramai2 nak beri masalah kepada Islam ni kenapa ea?

Pernah tak kau dengar sesama Hindu bergaduh untuk tidak berarak ramai2 di Batu caves sampai sesak jalan, traffic jam, atau jalan sambil cucuk badan tu? Pernah tak Cina2 sekalian berkhilaf sesama sendiri sama ada nak teruskan makan babi atau tak kerana bimbang busuk bau babi mengganggu jiran muslim? Masalah orang Islam zaman sekarang ni baik angat tapi tak bertempat. Kononnya tak mau ganggu tidur cina yang "dia nak buat apa bangun awal2 pukul lima? Nak bersaing dengan tok siak?"

Bangun awal pagi tu banyak kebaikannya. Sebab tu islam suruh bangun awal pagi. Sampai Allah wajibkan solat subuh tu takkan tak faham lagi apa kepentingannya? Orang cina bangun awal buat taichi. Orang melayu Islam je yang sibuk nak hentikan bacaan quran pagi2 sebab nak tidur lama2 dekat nak habis waktu baru nak bangun? Betul tak?

Pulak tu ada yang lagi bijak mengatakan pasang speaker kuat2 tu mengganggu orang lain beribadah dengan berdalilkan hadis nabi larang baca alquran kuat2 dalam masjid sampai mengganggu orang lain solat. Itu zaman nabi. Ini zaman umat nabi. Zaman nabi masih hidup, sebarang masalah dirujuk terus kepada nabi. Zaman sekarang nabi dah wafat. Dan kalau masa zaman tu baca alquran kuat2 mengganggu orang beribadah sebab memang masjid penuh dengan orang yang buat ibadah. Zaman sekarang ni masjid kosong banyak cicak je. Lepas tu tok imam datang dengan siak pasang kaset nak kejut subuh. Pastu bilal laung azan ajak orang solat. Ok lah tu.

Dan logikkah orang yang bertahajjud pukul 4:30 pagi (sebab dia tak terjaga pukul dua) selesai solat witir pukul lima dan nak baca alquran tiba2 dengar ayat quran dipasang di masjid, then dia rasa terganggu sambil berkata what the hell bullshit ganggu aku beribadah ni? Ada ke? Mustahil kan? Dan tidakkah pelik sekiranya merasa terganggu mendengar bacaan yang baik? Something wrong with the heart kot.

Tadi aku bangun sahur pukul terjaga 4:30. Tidur balik sebab awal lagi. Then pukul lima dengar orang baca sural alWaqi'ah. Bangun dan makan.

Apa masalahnya?

Lepas tu ramai lah lagi yang kaitkan dengan politik pulak dah. Isu politik ni memang dah shit dari dulu. Bukan urusan aku walaupun ada orang kata islam dan politik itu seiring. Islam yang macam mana dan politik yang macam mana kena ambil kira jugak. Bukan main sebat je. Sampaikan agama yang innocent pun jadi yang tertuduh sebab politik itulah. Tu pun kecoh nak satukanlah, seiringlah, apa benda lagi.

Dan yang menjadi antara dalil hukum ialah uruf dan adat. Walaupun tak disepakati, tapi sekurang2nya bila disepakati sesama ahli kawasan tu maka tak menjadi masalah untuk meneruskan amalan itu selagi mana tak bercanggah dengan agama. Bukannya adat menyediakan korban anak dara kepada dewa bukit pun. Adat kebiasaan pasang kaset mengaji je pun (bukan kaset mengaji jepun). Tak ada orang mati sebab dengar ayat Alquran. Yang mati masa kita tengah baca yasin banyaklah. Tu pun dah memang ajal dia.

Ada jugak pendapat mengatakan sia2 je pasang sebab bukan orang nak hayati pun. Bahkan orang yang pasang tu pun lepas siap pasang kuat2 those people gossip2 sesama sendiri. Hah dah tahu kalau pasang pun orang tak dengar, maknanya memang kena pasanglah sebab nak ajar orang supaya dengar. Sekurang2nya ada effort. Cuba kau fikir bila masak pun ada yang tak makan. Habis tu tak payah masak? Biar mampus? Pasang je lah kalau nak dengar, dengar. Tak mau dengar, tidur. Habis cerita tak payah debat pun.

Mungkin ada orang kata mengganggu anak kecik nak solat. Eh tidur. Tapi ada ja solution. Pasang perlahan2. Volume tu naikkan perlahan2 tapi jangan sampai kuat. Cukup2 bagi orang dengar je. Dalam rumah tu alang2 ada seorang yang terjaga nanti dia pandailah kejutkan ahli family lain or whatsoeverlah dia nak buat macam mana pun. Speaker tu pulak kasi yang berkualiti punya. Baru sound tak pecah2, dengar pun sedap. Tak sakit kepala.

Just takpayahlah sampai nak larang dan mencetus isu. Kat Penang tu aku fahamlah sebab majoriti cina. Habis yang Kampung Jawa,  Mukim Ulu, dan Bukit Semanggol (contoh) yang semua melayu islam pun nak larang apa kebenda lah.

I don't see any wrong using technologies to spread the ayats. Internet sebar pornografi takda sapa pulak yang kecoh. Makshit wuzara dan (some) ateis2 yang perangai macam cilake tu boleh pulak kau nak kata kebebasan beragama. Haish melayu islam malaysia ni memang memeningkan aku.

 Teori : Kalau ada orang bawak boom bag macam ni dengar lagu rock mesti orang kata COOL!! tapi kalau dia pasang ayat quran orang kata JANGAN GANGGU ORANG NAK BERIBADAH.

So rather than bertelingkah why don't you find solutions? Bergaduh sesama sendiri besz ke? Sesama muslim to be exact. Come onlah. Tak payah pakai magnifier pun boleh nampak. Pemolitik2 sekalian pun yang paling hebat berlawan pun muslim jugak. Kenapa ea? Pernah terfikir tak kenapa ada je bahan nak menggaduh2kan umat islam? Umat lain steady ja bersatu. Umat islam berpecah. Tak campur yang murtad lagi tuh,

Dunia oh dunia.

Oh lagi satu. Kenapa baru sekarang isu ni timbul? Dulu ok ja kan? Ulama2 dulu tak baca hadis ke?


Sekian terima kasih


p/s :: Just for devil's advocating. Sebarang salah dan silap amat dikesali. Pendapat ialah sesuatu yang kita pegang dan tidak boleh dirampas tetapi boleh dibentuk melalui perbincangan.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, August 11, 2011

The Unfairness


Assalamualaikum. Hye.

A note to consider, this entry (and some that will follow after this) is not a counter. I am not a so-brilliant-person to speak about big issues. This is just a mere thought. And if somehow it hurts somewhere, it's not my fault. Bak kata Lily Allen, it's not me... it's you.

So peace be upon the ai-di-ai-o-ti atheists, those yang tak habis2 dengan kecelaruan sendiri tapi suka nak ajak orang lain jadi konfus sama. Which is in one word - mangkuk.

First of all, I would like to deny some aspects of the term kebebasan beragama.
  1. The kebebasan beragama used here is freedom to CHOOSE the religion to use in life.
  2. It is only for those non-muslim before they embrace Islam.
  3. If they are non-muslim and they embraced Islam, the freedom is omitted.
  4. Muslims are never allowed to have this kind of freedom to choose the religion, to choose god.
Sebab orang Islam dah ada Tuhan. Ikut sajalah. Nak bebas2 pilih apa kejadah laginya?

"So issues rise when there is this one mak shit wuzara who admitted that she was and is a muslim(ah), even with the title Hajjah, but continuously condemn and badmouth and curse everything in Islam, including the God and his Messenger."

One thing to be considered is why a muslim hate his/her own religion?

Next thing is why those (so much for) free mind atheists seek nothing to worship, but instead they kononnya want to live free, then the say bad things about other religions.

Conflicts are even greater involving Islam than other religions. This is a mystery too.


Pasal mak shit wuzara itu, aku tak rasa dia ialah satu ancaman besar sangat. Sebab semua yang dia kata bodoh2 belaka. Tak ada bukti. Setakat surah yang direka sendiri, dan perkataan babi yang bersepah2 dalam blog dia tu, hanyalah si bodoh saja yang akan sangkut percaya, atau cuba menasihat, atau memaki hamun. Nak tanya sikit la. Orang yang komen kat blog tu sambil panggil makshit tu babi, apa kamu dapat puas apa?

Q : oceyh kau pun panggil dia makshit, dapat puas ke?
A : Dah nama dia makcik sitt... aku simplify la jadi makshit.. huahuahua

I know one or two people will say it doesn't count to say a bad word or two to the makshit since she said bad things to Islam in even bigger scale. I agree that part. So let the makcik be makshit. You agree? No? What to do. I am not gonna agree with you too.

So there is this one blog. A blog by an atheist. S/He welcomed makshit and praised her for being outspoken and truthful in delivering messages. S/He likes makshit. I don't know why but to make speculation, dia suka sebab makshit tu hina Islam. Cuba kalau makshit hina kristian ke, buddha ke, haram dia nak suka punya.

THEN WHY ISLAM? WHY EVERYTHING MUST GO AGAINST ISLAM? Tak cukupkah orang Islam sendiri tak habis2 nak melanggar hukum, yang bajet ateis pun nak join sekaki wadehel lah kan?

So since I don't have facts and stuff, I can make assumptions. That's why the word exists, kan?

It's not new for Islam to be slandered. It's not new for Allah to be called with undeserved names. It's not new for Nabi Muhammad to be called b*bi. it's not new for Muslims to be called terrorists. It's not new for hijab to considered as oppression to women. It's not new for syara' to be claimed as imprisoning human freedom.

it just is

All of those damn thing started a long while ago, back in the past. Cuma sekarang ni semakin menjadi2. Sebelum ni mana ada orang sudi nak menhina tuhan sercara terang2an. So why start now? Adakah sebab muslim sekarang ni dah terlalu lemah sampai tuhan boleh dihina secara terang2an? Adakah sebab tudung dah murah maka kulit dan rambut boleh menjadi tontonan umum? Adakah sebab alquran dah jadi pusaka warisan nenek moyang atau nak up sikit jadi hantaran kawen je. Adakah sebab nabi bukan lagi ikutan tetapi yang menjadi ikutan ialah Justin Bieber dan Hannah Montana?

Apakah yang besz sangat para go-against-Islam sekalian? Seronok ke menghina Islam? Kalau zaman saidina Abu bakar dulu, geng2 murtad ni mampus diperangi tahu? Tapi zaman sekarang ni lain dah sebab freedom katanya. Lepastu kalau kita marah those people, those people akan kata "Adakah ini yang Islam ajar? Menghina orang lain? Fight fire with fire," and other blablabla stuff from hell.

Ya mereka tahu melenting bila kita kata yang buruk2. Mereka mahu kita diam? Memang kita diam. Kalau kau ateis nak menafikan tuhan, sila nafikan sorang2 kaulah. Tapi yang jadi masalahnya kau sunyi. Lonely atheists want more followers. Lepastu sibuk nak ajak orang. Kami muslim bersaudara. Kalau kau ateis, adik kau nak masuk Islam, kau larang punya. Samalah kami pun. Saudara kami nak pilih jalan salah, mestilah kami halang. Tetapi para ateis sekalian akan mengguna hujah kebebasan beragama yang memang shit tu, untuk membenarkan para muslim convert, sama ada to atheists or christian or whatsoever. Bila ada yang nak convert masuk Islam pandai pulak nak halang dan hina2 agama Islam.

Once again. Kenapa Islam? Kenapa tak kecoh2 dengan agama lain? Kenapa tak ada makshit yang nak kata buddha tu bodoh? Brahma, Vishnu, Shiva, selamat je tanpa kutukan. Holy Mother tak kena cop motherfucker pun. Tapi kalau Islam, Allah, Muhammad, Aisyah, laaaajuuuu je nak hina.

KENAPA?????????????

Menyampah gila kot...
If you found that Islam is sooo beautiful and you're fugly (fuckin ugly), please don't be so short minded to try to make Islam looks ugly like you do. You won't succeed. Lagi satu, ateis sepatutnya neutral. Dah kata takmahu percaya tuhan, then leave Him, untouched. Bila ada yang hina tuhan, kau sokong kenapa? Kau takut tuhan sebenarnya kan? Sebab kalau tak ada ateis tu yang join hina Islam takdanya aku nak tulis entry ni. Ateis dah melanggar hukum sendiri. Sebab tu aku jadi menyampah. Melaungkan kebebasan beragama tapi bila orang ada agama, dia hina agama orang. Tidakkah itu sangat ai-di-ai-o-ti? Don't you think?

p/s :: (Islam) Preachers, do your job please!

okbai lain entry pulaklah
Thanks for reading. Bye ;)