Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, June 28, 2011

Tutorial facebook comments for blogger untuk setiap entry by yui92


Assalamualaikum. Hye.

Entry semalam masih panas. Sila baca dan komen okies. hahah merayu

OMG OMG yui92 buat tutorial wa cakap lu. Bukan selalu. Tak pernah2 buat tutorial. Retikah kau? hahah pasal tak pernah buat la aku buat weyh. Tak sempurna la sesuatu blog kalau takda tutorial ye tak? Haaa aku buat ni sebab ada junior aku mintak. Taktau la dia still nak ke dah takmau tapi aku buat je lah kan kot2 ada yang nak.

Budak ni kata FB comment dia kata keluar komen yang sama kat setiap entry. Memang la dik. Dah reference url kan satu je so kalau kamu letak code tu kat bawah data:post.body maknanya setiap post keluar commentbox dengan url homepage kamulah. So akan samalah di setiap entry. Here's what you have to do okies. Sila baca dengan berhati2 dan fahami dengan sebenar2 faham ahahah.

Aku dah buat entry panjang2 sekali problem la. Kawan aku pakai kod aku agak menjadi so aku letak sajalah.

OKIES AKU ADA SATU CODE YANG KAMU BOLEH TEMPEK DAN FB COMMENTS AKAN MUNCUL DI SETIAP ENTRY. TERMASUK ENTRY2 LAMA. CUBA LA CHECK ENTRY AKU YANG LEPAS2 SEMUA ADA FB COMMENTS WEYH. TERUJA TAK???

Okies aku godek coding tu lama la jugak. Taktau la kot2 dah ramai yang buat tapi aku baru jumpa malam hari aku habis oral exam anatomy. Senang je wahai adik2ku. Ambik code ni haa

<div id='fb-root'/><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=202796639731448&amp;xfbml=1'/><fb:comments colorscheme='light' expr:href='data:post.url' num_posts='2' width='550'/>

Lepastu edit la. Boleh tukar number of post. Letak la banyak mana pun kot. Lepas tu edit la saiz dia.

Then masuk dashboard -> design -> edit html -> tick 'expand widget templates.

Cari <data:post.body/>

Paste coding tadi di bawah data post body. Tengok jugak kalau2 ada gadget lain di bawah dia. Ni contoh :

<data:post.body/>

<hr/><center>
<b>ayat masing2</b>
</center><hr/>

<div id='fb-root'/><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#appId=202796639731448&amp;xfbml=1'/><fb:comments colorscheme='light' expr:href='data:post.url' num_posts='2' width='550'/>

<div>
<fb:like action='like' colorscheme='light' expr:href='data:post.url' font='trebuchet ms' layout='standard' send='true' show_faces='false'/>
</div>

Nampak? Aku letak text di bawah data post body. Lepastu baru comment box. Lepas tu ada LIKE button. So susun2lah okies.

Then, SIAPLAH!!! Lepas ni setiap entri baru dan lama ada fb comments. Dan yang paling penting komen2 tu tak bertindan sesama sendiri. It works with me. So kalau tak menjadi bolehlah bagi feedback supaya aku boleh try fix mana yang patut.

If you find this tutorial helpful, then please LIKE this entry, leave a comment. follow and tell people about this blog. ahahah just kiddin.

Like and link this tutorial back here is fine. And then tulislah sebaris dua ayat mengatakan kamu ambik tutorial tu di blog ini. Alaah macam Fynn Jamal cakap "Cukuplah kau TIDAK mengatakan apa yang ada di sini BUKAN milikku." Boleh kan?

Hakcipta terpelihara? Aku taktahu lah. Kalau ada sesiapa yang dah pernah buat dan aku tak kredit dia, sorrylah. Aku pun dapat benda ni masa godek2 coding malam hari aku exam oral anatomy. So kalau sama tu kebetulanlah kot. Jangan saman aku. heheh

p/s :: haish sembang banyak dari tuto. Well yui92 memang peramah dontcha know?

Selamat mencuba dan okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, June 14, 2011

Eh taklah aku tak rajin pun~


Assalamualaikum. Hye.

Satu sindrom yang wujud dalam individu2 tipikal sejak dari dulu sampai sekarang. Situasi sama. Tak berubah. Konstan.

Kalau dulu2 masa dalam kelas pendidikan seni, cikgu suruh buat lukisan. Pastu budak A pun tengok lukisan kawan dia iaitu budak B.

take 1... action
Budak A : Lawanya lukisan hang. Aku punya tak lawa pun. Pandai hang lukih noo.
Budak B : Eh mana ada. hang punya lagi elok. Aku punya tak cantik punnn.

Hakikat sebenar ialah Budak B seronok dipuji budak A dan budak A pula memang mengharapkan budak B akan memujinya kembali. Hal ini diterangkan melalui hipotesis yang berkemungkinan 99.999% diterima andainya Budak B menjawab dengan cara ini.

take 2... action
Budak A : Lawanya lukisan hang. Aku punya tak lawa pun. Pandai hang lukih noo.
Budak B : Ha ah memang aku pandai lukih pun. Mai nak tengok lukisan hang. (melihat) Ya allah... huduh sungguh. Hang memang tak reti melukih ka hah? Hahahahhhhahhahh

Budak A akan menjawab sambil marah2 "Tak baik kata kat orang!" blablabla.

Dan bukan setakat kelas seni sekolah rendah je. Perangai ini terbawa2 sampai dewasa. Dah masuk universiti pun masih berperangai sedemikian rupa. Contohnya masa tengah exam.

take 3... action
Pelajar A : Weyh hang baca sampai mana dah? Aku tak mula apa lagi ni.
Pelajar B : Sama la aku pun. Baca la jugak tapi bukan faham pun apa yang aku baca.

Seandainya situasi tadi ditukar menjadi seperti berikut

take 4... action
Pelajar A : Weyh hang baca sampai mana dah? Aku tak mula apa lagi ni.
Pelajar B : Aku baca sampai bab 3 dah. Hang tak mula lagi? Awat tak mau lulus exam ka?

Nescaya pelajar A akan bengkak gilerrr dengan pelajar B.

Tapi itulah hakikat. Testlah kawan kamu sekarang. Resultnya 90%++ akan positif. Ramai manusia akan memberi respons yang merendah diri dan memuliakan yang bertanya.

Tapi sila take note yang semua contoh di atas merujuk kepada sikap annoying orang yang ditanya. Bagaimana pula sikap annoying orang yang bertanya? Macam yang dibawah ni.

take 5... action
Pelajar A : Rajinnya diaaa. Baca buku sokmo. Patutla pandai. Gila study sungguh.
Pelajar B (probability 1) : Tak da laa. Aku baru baca sikit jer. Main je banyak. Bukan masuk pun.
Pelajar B (probability 2) : Aicece. Dia lagi rajin. Depan komputer pun baca buku.Kita ni depan komputer buku ke mana.

Dalam situasi ni, kedua2 yang bertanya dan ditanya itu sama perangai. Cara terbaik menjawab soalan yang annoying pelajar A ialah seperti berikut.

take 6... action
Pelajar A : Rajinnya diaaa. Baca buku sokmo. Patutla pandai. Gila study sungguh.
Pelajar B : Haaa laaa kena rajin laa. Kalau tak rajin kang tak pass exam payah pulak.l Makbapak hantaq sini suruh mai mengaji bukan suruh main. Gila sebab study takpa jangan gila sebab tak luluih lagi mereng kot nanti.

Betul tak? Betul tak? Betul tak?

Semua orang nak jadi humble kan? Which is very good lah. But sometimes it sounds so plastic you know. Some people might be offended for no obvious reason. It's not vital pun. Just be frank lah. Move forward sama2. kan lagi baik macam tu? Or is it fun to be like that?

Aku menaggil sindrom ini sebagai TYM Syndrome. Heheh. Okies nak sambung belajar. Aku takmau terkantoi dalam final exam ni sebab kalau tak aku takleh balik. Boleh je balik walaupun kena reseat exam tapi alamatnya carry paper la tahun depan. Nauzubillah.

monolog dalaman : chehhh buleh pulak tulih entry ni. Padahal sendiri pun malaih nak baca. orang lain tym tapi berisi. hang tu tym yang memang kosong pun nak bising2 ka?

And there will be someone to say i am TYM too. Then, the cycle continues. See? You got the story kan?

p/s : sapa taw TYM tu apa diam2 sudehhh. Jangan dihebohkan. heheh.


Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, June 9, 2011

A Tale to Remember? perhaps, perhaps


Assalamualaikum. Hye.



Benda terbengkalai. Sepatutnya buat masa bulan 4. tangguh sampai bulan 7. Teacher, im sorry ok....okies this is my part. Not interesting pun. Tapi sebab dah buat so publish la jugak. If la kan, that part is cut from the article, then you can view it here. Tak gitu??? -well the article is meant for the majalah sekolah. U know what's that, right?


***
Khamis, 27 Januari 2011.
Sakit hati semakin terasa. Apa yang berlaku dua minggu lalu memang sesuatu yang lazim di Mesir. Sepatutnya aku memperbaharu Visa di Hadaiq el Koba. Pegawai-pegawai di situ mengarahkan aku ke Tahrir. Di Tahrir pula layanan pegawai sangat teruk dan berat sebelah. Aku fahamlah ini bumi mereka. Tapi janganlah sampai terlalu ketara. Mana taknya. Dibuat macam mainan. Salah akulah juga sebab tak periksa betul-betul nama aku di borang permohonan. Nama ayah aku silap. Zainol Abidin bin Salleh ditulis sebagai Zain bin Salleh. Visa aku tergantung. Pegawai tu suruh aku balik universiti semula dan betulkan nama. Sebelum pukul 2 petang. Aku patah balik dari Tahrir ke Demerdash. Sampai sahaja universiti, terus aku cari Mr Saib. Betulkan nama. Patah balik ke Tahrir. Daripada pukul 10 pagi, aku tiba di kaunter pegawai tadi sebelum tengah hari. Jam menunjukkan 11:30. Hati mana tak terbakar, kita sampai dengan susah dan payah tiba-tiba pegawai itu berkata selamba "You're late, come again this Saturday." Miss Mona, kamu memang pandai nak uji kesabaran orang kan? Masa itu jugalah ada sekeluarga Nigeria memotong barisan, nak berurusan, cakap dalam bahasa arab sambil jeling-jeling ke arah aku.
Di rumah Darul Aman 3, kecoh tentang cerita rusuhan yang sedang berlaku di medan Tahrir. Tempat aku buat visa. Setakat aku balik dari situ, tak ada apa-apa yang luar biasa. Keadaan terkawal. Semoga keadaan selamat sehingga Sabtu. Aku nak urusan visa ini selesai cepat-cepat.


Jumaat, 28 Januari 2011.
Ayat pegawai semalam itu masih kuingat. Dapat didengar di hujung-hujung telinga.  Tiba-tiba dalam sedang sibuk melayan perasaan, ustaz Shahir memberitahu aku bahawa rusuhan besar-besaran sedang berlaku di medan Tahrir. Tahrir? Tempat aku buat visa? Alamak. makin lambatlah nak dapat.
***


***
Sabtu, 29 Januari 2011.
Memang urusan visa aku tergantung langsung. Waktu ini nak keluar rumah pun tidak dibenarkan. Kedai di depan rumah pun seolah-olahnya sebuah tempat yang terlalu berbahaya. Sedih aku mengenangkan usaha aku dua minggu ini sia-sia saja. Semuanya gara-gara Miss Mona yang tidak menyiapkan urusan aku pada waktunya. Namun aku mula nampak bahawa aku perlu risau akan perkara yang lebih besar. Rusuhan yang sedang berlaku sedikit sebanyak membimbangkan aku. Keadaan sangat tegang di luar. Suasana di dalam rumah dan di luar rumah sangat berbeza. Seperti dua dunia yang berasingan.
***


***
Rabu, 2 Februari 2011.
Keadaan semakin rancak dengan cerita dari mulut ke mulut. Begitu banyak kes yang berlaku di bahagian cawangan. Ada aku dengar cerita seorang ustaz ditembak di kaki, ada cerita orang arab bergaduh di rumah sebelah sehingga menyebabkan kematian, orang membawa senjata di luar rumah, dan sebagainya. Tetapi di kawasan sekitar rumah aku tidak ada cerita sebegitu. Paling dahsyat pun aku ternampak ada orang memegang senapang semasa di kedai roti. Pada masa ini makanan agak terhad. Tidak seperti selalu, kami lebih banyak memakan roti berbanding nasi. Beras semakin sukar didapati. Begitu juga barangan dapur.
Pada malam hari, kami mengikut jadual berjaga di tingkat bawah untuk mengawasi keluar masuk penduduk imarah Asrama Darul Aman 3. Sudah terlalu banyak kes pecah masuk. Para akhawat memberi sumbangan melalui penyediaan juadah bagi mereka yang berjaga.
Agak bosan pada waktu ini. Nak buat apa pun tidak boleh. Siang malam ada perintah berkurung. Bila berkurung di rumah pula, tiada talian telefon atau internet. Tapi aku dengar juga para ibu dan bapa di Malaysia terlalu risau akan anak-anak mereka di sini. Sebenarnya tiada apa-apa pun. Keadaan terkawal. Bahkan rakyat mesir juga yang memberi perlindungan kepada kami. Walaupun ada segelintir yang mengambil kesempatan dan menimbulkan kekacauan.  
***

***
Sabtu, 5 Februari 2011
Bertolak meninggalkan asrama. Aku adalah antara pelajar-pelajar terakhir yang dibawa keluar dari Mesir. Menunggu di Lapangan Terbang Kaherah selama beberapa jam sebelum bertolak ke Jeddah. Inilah kali pertama aku menaiki pesawat Charlie. Pesawat itu memang besar. Bunyinya pula memekakkan telinga. Pegawai-pegawai yang memantau kami garang-garang. Kami dipaksa untuk masuk memenuhi segenap ruang yang ada. Duduk berhimpit-himpit. Walaupun begitu, aku tetap mampu tertidur walaupun dalam keadaan bising dan tidak selesa. Perjalanan itu sangat meletihkan. Bayangkan, lebih 8 jam kami berada di dalam itu. Duduk di atas lantai keras, bunyi bising, dan gelap. Sangat berbeza dengan penerbangan semasa pertama kali datang ke Mesir. Sungguhpun begitu, pengalaman ini merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan.

Ahad, 6 Februari 2011.
Tiba di Jeddah. Penempatan pelajar agak kurang teratur tetapi aku dikira bernasib baik kerana mendapat bilik untuk diduduki semenara. Ada ramai jugalah yang hanya tidur di dewan besar. Beralaskan karpet dan diselesakan dengan beberapa kipas berdiri. Aku bersyukur kerana mendapat sebuah katil, berdekatan dengan tandas, dan tidak terlalu sesak. Aku berkesempatan bertemu kawan-kawan sekolah yang sedang belajar di Tanta, Zagaziq, dan Kaherah. Bagus juga begini. Semasa di Mesir masing-masing sibuk dan tidak berpeluang untuk berjumpa.

Selasa, 8 Februari 2011.
Hari ini kawanku yang belajar di Universiti Madinah, Asyraf Muiz datang melawat. Dia nampak hebat dengan perawakan baru. Sempat dia bawakan aku air zamzam dan membelanja aku makan KFC Saudi atau namanya Al-Baik. Menunggu giliran untuk pulang membuat aku tidak senang duduk. Setelah lama menanti, giliranku tiba juga. Semasa di Jeddah, banyak perkara yang aku dengar dan pelajari tentang apa yang berlaku sebenarnya di Mesir. Bagaimana kekecohan itu langsung wujud. Perkara ini sudah lama. Cuma sekarang baru ia meletup.
***

***
9 Mac 2011
3 minggu di Malaysia sangat menyeronokkan. Aku terlupa yang perjuangan aku masih panjang. Kerajaan negeri telah memberi bantuan pengangkutan untuk kembali ke Mesir. Berat hatiku tetapi ini jalan yang telah dipilih. Wajib diterokai sehingga ke hujung. Aku mahu lihat apakah pembaharuan yang bakal dimulakan. Bagaimana Mesir setelah revolusi. Aku mahu menyaksikan kebangkitan semula bumi anbiya itu. Maka dengan itu, harus aku kembali ke sana  dengan hati terbuka. Aku yakin Allah ada bersama mereka juga dalam perjuangan mereka itu. Dan aku juga mahu turut serta, walaupun sekadar melihat hasilnya.
***





Thanks for reading. Bye ;)