Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, April 24, 2011

Get a life-lah


Assalamualaikum. Hye.

When in a relationship, or simply any stuff that relates you to people, like friendship, teacher-student relationship, family, anything. People tend to believe seeing red as red or seeing blue as blue is good. When everyone looks at one thing as the same one thing, then there will be no clash in this world.

Life will be dull, but peaceful.

Law of nature stated that everyone is different. In their very own way, people are distinguished from each other. No one is exactly alike. Even identical twins are not so identical with their fingerprints.

Birds of a feather flock together but all the feathers weave the colour of the same blue sky. No problem with that. Sometimes we disagree, much more frequent than what we do agree. Quarrels. Debates. Discussions. Forums. All those stuff.
So there is a beautiful thing called ACCEPTANCE. Where we take those differences as a bless. Where red is rose. Red is danger. Red is blood. Red is power. Red is love. Red is anger. Red is not a single colour stuff anymore. And people can make a good use of that.


Being different is okay. What matters more is how we deal with it. Sometimes we are happy with one thing. Other people may not. So we should consider not too drench ourselves too much in it. Think of others.

Everyone can be happy with everything. Everything is different. Different is okay. Okay is acceptable. When we know how to be happy with one thing, stay connected to it. And when we know that people are happy with something we are not, don’t take it from them.They have their right to be happy. Everyone does. Do take a little. Remember to give, more.Then the world will be smiling.

But do know that this law is never universal. If someone is happy doing bad stuff we can’t just stop and stare. For instance, people are killing themselves and everyone around with cigarettes and merely watching is not an okay.

People, think. You can do that simple stuff right? Think.

Mesej tersembungi entry ini ialah… selagi mana orang itu tak buat benda yang menyalahi hukum agama, selagi mana orang itu mengikut perintah tuhan, maka apa yang orang itu suka untuk buat tak menjadi masalah untuk sesiapa kan? Get a life lah. Sila jaga hidup sendiri.Jangan tak peduli orang langsung tapi kalau sampai orang nak kata menyibuk tu, janganlah.
 of yourself and if you can, the others too but with love, not with the things that only you think is right

Things that I like, don’t you dare taking it from me.

p/s :  Kalau orang tu baca dia tahulah… lalala =p=p=p

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, April 22, 2011

UTP dan Zakatkedah Interview Guide


Assalamualaikum. Hye.

Tajuk entry aku kali sangat bajet sekali bunyinya. Aku sendiri rasa geleman tapi biarlah kan?

Ok adik2 sekalian. Hari ni yui92 akan cerita pasal interview UTP/Petronas dan Zakat Kedah. Rupanya ada beza antara interview UTP dan Petronas mengikut seorang junior aku. Aku sendiri tak sure sama ada yang aku attend tahun lepas tu UTP/Petronas sebab aku interview untuk tajaan PETRONAS DI UTP so kinda like, both?

kamu kalau nak baca tips interview sila tengok2 blog orang yang dah interview baru2 ini so bila dok panas lagi experience tu lagi besz baca dan ambik pengajaran. Pengalaman aku dah sejuk. Dah basi. Even maybe dah tukar format pun. Haha.

Ok so kalau nak cerita pasal tips2 interview aku dah post satu entry so aku akan ulang balik saja (makna tersirat : baca la entry tu) dan kalau bab2 persediaan aku rasa di link ini ada reminder2 yang relevan dan pengolahan cerita yang lebih baik dari aku. Sila check it out (dan kembali ke sini) untuk manfaat yang maksimum.

UTP
atau adakah petronas? i'm not sure.

Ok interview dia banyak sesi. Siapa yang pernah jadi pemegang biasiswa kecil masa kat sekolah menengah, nanti akan ada satu kem kecil2an untuk kamu supaya kamu ada lebih persediaan. Menurut pakcik2 tahun lepas katanya petronas attempt to keep sapa yang dia dah taja dan akan menambah kominuiti yang ditaja. Meaning that sapa2 yang dah pernah dapat, mereka kalau boleh nak teruskan menaja kamu so kamu kenalah buat yang terbaik supaya lepas interview tu. Kem tu nanti ada kelas guide bahasa inggeris, manage self confidence dan blablabla lah kan. Aku pernah attend. Sorang2 saja and it was fun. You will get to know people 2 days earlier, and will be more comfortable at the university area.

So preparations untuk interview tu ada sedia maklum kan di website? Aku punya ghaplah time tu silap prepare dokumen. Nasihat aku, jangan sesekali tengok berapa salinan yang diperlukan. Segala maknenek yang diperlukan dalam sesuatu interview (which is usually the same thing untuk interview2 lain) prepare saja 10-20 salinan. Kalau lebih tak apa boleh buat bungkus nasi lemak atau kapalterbang jet jangan jadi macam aku yang hantar dokumen masa hari terakhir interview (lepas interview to be truthful) it will look very clumsy, tapi alhamdulillah lepas jugak pun.

Sesi satu - group discussions
kalau tak salah aku ni la format interview dia. mula2 kita akan diberi satu kes. Dalam group, ramai2 bincang pasal benda ni. Satu masalah dengan solution2 dari aspek berbeza. Masing2 akan ambik satu point mengikut kedudukan dalam group. So kalau nak introduce point baru pun takpa. Just kalau nak bagi senang ambik ja point dia bagi dan elaboratelah secukup rasa.

Sesi dua - interview sorang2
masa ni kamu akan dipanggil ke bilik temuduga tu. Ada dua panel. So masa ni ceritalah pasal diri, penglibatan di sekolah, keluarga, kursus pilihan ke apa benda yang biasa diceritakan. Tak payah la cerita pasal hobi (kalau dia tanya jawablah) atau binatang peliharaan just focus more on your family details and achievements. Cerita pasal jawatan dan persatuan. Menurut satu blog yang aku baca, kena bagitau apa values yang kita dapat sepanjang memegang jawatan tersebut. So that nampak lah kesan positif tu bukan pegang jawatan sebab gipang (gila pangkat).

Sesi tiga - Group interview
Selepas semua ahli dalam grup selesai di-interview, maka kamu semua akan dipanggil ke dalam bilik tadi. Now it will be stuffed like pizza or tin sardin. Masa ni memang sesak nafas la sebab bilik tu kecik kot ok tipu bilik tu luas dan ada aircond siap so memang comfortable. Masa ni semua orang akan discuss tajuk tadi. So sila tunjukkan anda outstanding tapi jangan melebih2 walaupun actually tak ada masalah pun.

Ok mari sini aku bagi contoh yang direct supaya kamu dapat gambaran. Macam yang aku kena dulu, tajuk drug addicts. Macam mana nak buat dengan mereka yang menjadi sampah masyarakat ni kan. So dalam group tu akan ada kedudukan A B C D E. Aku kena C kot kalau tak salah. Point bagi C ialah Law. Maka dalam point law tu ada la beberapa ayat huraian yang memang tak cukup sebab dia nak jugak la kan kita fikir sendiri kan? So bagilah cadangan apa yang Law boleh buat untuk mengawal masalah drug addicts. Aku cadangkan supaya gubal satu undang2 yang membenarkan hukuman mati kepada drug addicts yang hardcore sebab mereka akan threat ramai orang (bagi la ayat2 statistik ke apa) so daripada kita simpan orang2 macam ni better bagi tak ada ja nanti akan aman dunia. So bentangkan idea ini kepada panel2, dan mereka akan tanya la sikit2 pasal cadangan kita tu. Defend it well, make it as a good idea and perhaps the besz idea ever. Sebab tu kena buat kelainan sikit (aku bajet kelainan la kan, hukuman mati) supaya dia rasa "Wah budak ni berfikir secara kritis dan kreatif betul la sungguh!"

Lepas tu kan masa dalam group interview tu, masing2 akan keluarkan point2 masing2 tahu? So masa ni macam debat la. Sebab aku kata LAW tapi ada budak nak kata sal EDUCATION. Ada pulak nak sabit PARENTS AND SOCIETY. Dan macam2lah lagi ok yang akan dicadangkan. Masa tu kalau tak kuat iman defend point sendiri memang rasa tebal gila muka dengan panel sebab masa interview sorang2 tu kemain lagi cadang itu ini kan? So kenalah jadi firm dengan apa yang kita cadang. JANGAN SESEKALI KATA CADANGAN MEREKA HAMPEH. JUST INSIST THAT OURS IS BETTER. Faham?

ZAKAT KEDAH
Ok kita beralih pula kepada interview zakat kedah. Ada yang tanya pasal ni. Well nak kata apa ea? Interview dia cam biasalah. Ada tanya2 soal2. Tahun lepas tak ada group interview just sorang2 saja. So duduklah kamu di hadapan lima panels. So rasa gila lah gugup tu. Sebab sorang2 kan? haha interview dia bahasa melayu so tak ada masalah kot. Kena perform sebab dia nak ambik sikit saja dan yang interview tu beratus la jugak. Beratus ka berpuluh ea? Ratus kot tapi tak la sampai 5 6 ratus.

General Tips
Aku tambah dari entry yang sebelum ni saja. Ok sila pastikan kamu bersedia dari segi fizikal dan mental dan spiritual. Masa interview tu jangan pulun baca buku saja bacalah yasin ke apa nak bagi sedap duduk sikit. Cam biasa kena selalu ingat mak ayah. Jangan sesekali lupa mereka yang drive kita untuk ke tempat interview (akulah kalau kamu independent so it's nice) dan aku selalu tinggal barang la siap lambat la dan macam2 lagilah nak cerita pun malu.

Satu lagi, make sure kamu 'hidup' masa dalam interview tu. Jangan bunuh diri dengan SILENCE. Aku tahu kamu mungkin tak ada masalah sebab semua pakat2 ada self confidence yang tinggi melangit kan? So make it comfortable. Bila cakap dengan interviewers tu, bagi la ada seri sikit. jangan tunjuk muka boring. Senyum sokmo. Kalau tak tahu jangan serius sangat buat2 tak kesah saja. Bila jawab tu jawab dengan jujur. Sebab jawapan yang dibuat2 ni susah nak keluar dalam bentuk ayat. Main goreng ja apa yang nak dijawab dan ia akan kelihatan natural dan sungguh bernas sekali walaupun idea macam aku punya tu.

Kadang2 tak boleh happy go lucky sangat. Jangan over la. So bila dok merengeh2 tu nampak tak serius pulak. Dah la apply kursus2 critical kan. So kena nampak educated sophisticated complicated sikit. Pakaian kena kemas. Attitude kena jaga. Aku bagitau ni sebab aku tak buat dulu. Aku sangat tak semenggah tahu masa interview. Memang tak smart lah tapi lepas tu memang sebab rezeki la. So enjoy the interview la. Sebab memang kena tunjukkan kita ni capable and at the same time takj terkjesankan oleh keadaan. Kalau tunjuk muka boring je tensyen lah apa semua tu interviewer nampak tau. Well sapa interview tengok cermin kan? Memang la tak nampak muka kita so kena selalu positif so that it will be radiated as a smile or calm face that will flatter people.

p/s :: he is now flying to his dreams. No wonder la entry aku kali ni cam tak besz ja kan? well i write with emotions. currently unstable =p. hope this helps. Kalau nak additional info just formspring/fb/ym me k or simply leave a comment.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, April 17, 2011

Tips Interview Modul Istimewa Deskripsi Lengkap Yui92 (TIMIDLY)


Assalamualaikum. Hye.

aku post 2 entry dalam satu hari. Dasat tak? ok sebab entry tadi pun masih panas lagi maka aku sertakan link untuk kamu checkitout =p=p=p
Ok entry ini untuk seseorang yang meminta. Haha bajet macam hebatlah ada orang mintak pandangan kan? So aku tulis sajalah sebab apa lagi yang aku boleh buat selain daripada tulis entry. Takkan nak telefon dia kot kan? Maunya aku dapat sembelit menahan derita nak bayar bil roaming dari mesir ke malaysia. Naya je.

First and foremost, ini bukan aku tulis daripada buku atau dirujuk kepada tokoh2 mulia ke apa. Ini hanyalah coretan pengalaman dan tips2 yang aku dapat daripada senior2, famili, cikgu2, dan kawan2. Benda sama yang aku buat dalam 3 interview berbeza untuk 3 course yang berbeza dan 3 format interview berbeza. Dasat tak? Macam hebat je bunyinya kan? Well don’t expect much sebab kalau kecewa aku tak jamin.

Amaran :
Bukan untuk mereka yang yakin akan perform sewaktu hari temuduga.
Juga bukan untuk mereka yang tiada keyakinan diri dan mengharapkan entry ini akan menghasilkan keajaiban.
Hanya untuk mereka yang sudi membaca point of view yui92 dan tahu menilai secara relevan untuk ikut atau tidak tips2 yang bakal diberi.


Modul pertama : Niat
Niat itu penting. Sebelum nak attend apa2 interview, sila pastikan niat itu dahulu. Kadang2 kita tak rasa yang kita nak megah tapi bila dengar pasal orang yang direject kita rasa macam “huh interview pun tak dapat? Apa daa” atau “aku dapat interview jpa kot. Standard la sikit kan daripada yang lain?” dan sebagainya. Selalu niatkan yang terbaik untuk diri, dan orang lain. Niatkan untuk menjalani temuduga agar memperoleh kejayaan mudah2an dapat menggembirakan hati kedua2 ibubapa. Bila dapat tawaran temuduga pun mak ayah dah seronok sakan. Apatah lagi kalau dapat tentulah mereka akan melompat. So selalulah berharap kepada allah supaya allah mudahkan jalan dan kamu dapat attend interview dengan baik seterusnya buat mak ayah kamu happy. Bagitau allah :

 “Ya allah, aku nak pi temuduga ni. Kau mudahkahnlah urusan aku ya allah. Bagilah aku boleh perform yang terbaik. Mudah2an aku dapat biasiswa tu. So tak la beban mak ayah aku lagi. Mudahkan urusan aku nak menuntut ilmu ya allah. Kalau dapat ni aku akan berusaha sungguh2 ya allah. Berilah aku kejayaan, agar dapat aku gembirakan hati kedua ibubapa aku ya allah. Amiin.”
Boleh? Some sort like that la. Guna ayat sendiri is far far better than mine. Jangan segan nak bercakap dengan allah. Niatlah apa saja. Allah dengar semua.


Modul kedua : Persediaan Muka
Oh macam nak jadi model lak. Kena jaga muka ka? Haha takyah la sampai nak buat facial. Sesiapa yang memang dilahirkan dengan paras rupa yang berseri2 sila buat sujud syukur. Bagi yang tidak, sila bersyukur juga. Ada orang dilahirkan tidak bermuka tahu? Ok walaupun kita tak boleh tukar muka tetapi ada sesuatu yang allah cipta di muka kita yang kita boleh alter secara natural.

Mata
Bila di-interview, eye contact tu penting gila ok. Sila jaga. Bercakap sambil tentang mata dengan interviewer. Jangan cakap dengan interviewer sambil pandang dinding (nampak kurang ajaq) atau pandang bawah (nampak tak yakin) atau interviewer lain (kecuali anda juling atau mahu nampak seperti juling). Mata itu cuba bulatkan. Bukan jegil ya. Bulat. Buat macam nak angkat kening. Tapi jangan sampai terangkat kening. Buat macam nak jegil mata tapi jangan jegil. Dapat? Mata begini nampak innocent, dan convincing. 

Mulut
Senyumlah dan senyumlah. Jangan sengih tak tentu pasal. Jangan ketawa terbahak. Chuckles takpa. Giggles pun takpa. Tapi kalau lelaki, senyum sudah. Anda perlu kelihatan macho sepanjang sesi interview itu. Ada sesetengah orang, dianugerah tuhan memiliki mata dan bibir yang sentiasa tersenyum so bila dia bercakap seolah2 sedang senyum maka itu sangatlah menawan sekali. Bagi yang tidak, senyum sebelum jawab soalan. Satu saat je. Pastu cakap macam biasa. Bila nak ke point seterusnya, pause jap. Senyum. Sambung. Ada sesetengah orang kalau cakap sambil senyum akan nampak pelik. Nampak dibuat2. Nampak aneh. So tengok cermin dan cuba cakap. Adakah kamu kelihatan seperti senyum? Kalau ya baguslah. Kalau tidak, boleh cuba benda alah ni.


Modul ketiga : persediaan fizikal
Yang ni aku FAIL. Aku clumsy. Kelamkelibut. Family aku yang banyak uruskan untuk aku. haha bayangkanlah esok nak interview hari ni baru nak pergi mall beli talipinggang segala. So kepada kamu sekalian, yang nak interview bukan emak atau ayah atau atuk atau abang atau adik atau akak atau anek kamu. So kamulah yang perlu bersedia. Pastikan semua tersedia supaya tak rushing semasa hari temuduga. Pakai se-smart mungkin tapi tak bermakna kamu perlu melaram. Tak melaram tak bermakna tak bergaya. Pakaikan yang seadanya. Jangan terlalu over menyerlah. Sederhana sudah. Rambut pendek bukan kewajipan tapi pastikan kemaslah. Aku personally prefer baju berjalur atau plain dengan necktie satin plain kaler hitam. Eh tapi kamu nak pakai apa suka hati kamulah kan? Haha cumanya janganlah sampai berhabis2an ratusan ringgit semata2 nak interview. Entahlah aku rasa cam worthless. Tapi itu duit kamu kan? So ikutlah yang mana kamu rasa bahagia.


Modul keempat : Persediaan ilmu
Jangan pergi dengan zero ilmu. Buatlah sedikit research. Tak payah hafal nama menteri. Bukan dia nak tanya pun (tapi kalau ditanya aku tak jaminlah). Cuma benda2 basic tu cubalah ambil tahu. Nama penuh sultan ke nama menteri pelajaran ke atau bagi yang nak ambil medic nama menteri kesihatan kenalah tahu which is, aku sendiri tak tahu. How ironic. Hah penat ke? Ada separuh lagi niyh =p=p=p

Modul kelima : Personaliti


Yang ni paling penting. Aku sendiri bukannya berpersonaliti menarik. Annoying je memanjang. Tapi kan, kenapa aku lepas temuduga aku? Dengan muka aku yang tak hensem ni dan perawakan aku yang tak seberapa. Ramai je candidates yang smart2 dan ada karisma. Haaa rezeki tuhan tu satu hal lah tapi aku berpendapat aku pass sebab aku boleh buat natural. Yes believe it or not aku nampak banyak ke-plastik-an masa dalam interview. Many people are trying to be someone else. Ada yang nak jadi mat saleh cakap slang menghebat time introduction. Pastu bila kena soalan yang agak2 susah mulalah nak keluar manglish segala. It’s ok if you can’t be fluent in english. Speak as who you are. Kalau nak terkeluar ‘lah’ ke ‘kan’ ke ‘umm’ dan lain2 jangan gabra. Buat biasa je. Cara terbaik nak cover :: senyum. 

Bila candidates lain bercakap, tengok ke arah dia. Beri perhatian. Jangan menyampuk jika tak perlu. Angguk2 geleng2 sudah. Sekali sekala tengok interviewer. Kalau mata tetiba bertentang, senyum. Tapi jangan tengok interviewer tunggu sampai dia tengok kita pastu senyum. Itu gedik namanya.
Duduk tegak. Duduk secara natural. Jangan bongkok tapi taklah sampai statik dari mula sampai habis. Kalau nak gerakkan kaki tiada salahnya. Nak silangkan jarijemari tiada salahnya. It is even better (bagi akulah) sebab akan menampakkan kita selesa dengan keadaan interview. Aku pernah jumpa seorang candidate yang sangat mencuba keep his cool. Dia cakap dengan hebat pada awalnya. Tengah2 dia jadi macam stressed. Pastu mulalah nak ‘errr’ dan ‘aaaa’. Duduk pun pandang bawah. So not comfortable. Satu lagi, jangan silang kaki gaya ahli korporat ambil gambar.

Tangan itu sila gerak2kan. Buatlah gerakan kecil semasa nak explain apa2. Takperlulah all the time nak buat macam pengantin kena tepung tawar. Be yourself. Maintain your cool. Jangan tiru gaya sesiapa. Buat macam biasa sudah. Anggap interview ialah sebuah perbualan biasa. Cuma bezanya kita bersembang dengan orang atasan maka ada adab2 dan etikanya. Tak boleh main hentam ja nak gelak nak jerit. Kena ada tatasusila.

Tapi ingat wahai candidates. Kamu jangan jadi robot. Aku pernah jadi panel interviewer kat sekolah dulu. Sekali ja lah tapi memang boleh dilihat dengan jelas. Ada sesetengah orang sangat comfortable dan ada yang lain ya allah punyalah plastik sampai orang yang tengok pun rimas. Well aku pun merimaskan juga. Aku bukan natural sangat. Kekadang aku robot juga. Tapi seriously masa interview tu aku tak stressed. Cakap macam biasa. Sambil senyum2. Kadang2 kecikkan mata, kadang2 kerutkan muka, kadang2 muncung mulut. Buat macam biasalah. Bagaimana kamu bercakap seharian? Cakap begitu, dengan sedikit modification, dan emotion.

Modul keenam : general stuff
-kalau tak tahu, senyum. Minta maaf. Pastu beritahu yang kamu tidak tahu.
-jangan buat2 tahu jika tidak tahu. Jika tahu jangan lupa. Jika lupa jangan buat2 tahu.
-beri salam sebelum masuk.
-jangan hesitate sebut nama allah. Even soalan dalam bahasa inggeris. Insya allah, masya allah, alhamdulillah, gunakan semua itu. Take consider kalau interviewer bukan islam,sebutlah god qilling, praise be to god, camtu.
-kalau orang lain sedang bercakap jangan main kuku, pintal rambut, tengok pokok bunga dan sebagainya.
-bila bercakap, jangan tunjuk macam kita ni hebat sangat. Be humble
-tunjukkan kita ni besz, tapi bukan besz of the besz. Ini competition tapi kita tak perlu membolot semua. Jangan cakap sorang2 atau pintas cakap orang. Biar semua orang tunjuk diri. Kita buat benda yang sama.
-doa
-jangan tunjuk muka boring.
-jangan jadi over reacting. Biasa2 sudah.
-jangan lose temper. Manalah tahu kalau interviewer tu tiba2 tanya soalan berbentuk provokasi.
-cakap perlahan2 (yang ni aku fail juga… aku selalu cakap laju2 sampai interviewer tu tak faham)


Ok bebelan hampir tamat. 
Modul ketujuh : Allah
Semua yang wajib kamu tahu ialah allah do it all. Apa pun usaha kamu kalau tak disandarkan kepada allah, akan jadi useless dan pointless. Sentiasalah berharap kepadanya. Berbuallah dengannya bila ada masa. Kalau interviewer tu tak tanya kamu, kamu bolehlah zikir2 ke baca fatihah ke atau sebut allah pun dah ok. Kalau kamu berangan nanti apa yang diangankan itu akan reflected di muka kamu. jika negatif maka negatiflah. So benda2 zikrullah ni of courselah baik kan? At the same time boleh tenangkan hati kamu juga.
Then, katakanlah allah tak bagi kamu interview ni, jangan sesekali putus asa. Kalau apa pun yang jadi lepas interview tu, ia dari allah maka tiada yang sia2. Kalau bukan rezeki kamu kali ini maka mungkin lain kali. Jangan sebut “tak pass interview… tak dak rezeki…” amboih macam mahal sangat rezeki tu sampai tak ada. Allah itu pemurah ok rezeki sentiasa ada. Cuma mungkin bukan yang ini. Bukan masa ini. Bukan tempat ini. Bukan cara ini. Atau apa saja. Percayalah allah sentiasa memberi yang terbestest buat kamu. 

p/s :: Kamu, berdoalah kepadanya. Aku turut mengaminkan doa kamu itu dari sini.


Thanks for reading. Bye ;)