Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, December 1, 2011

Repekan Anak Bongsu


Assalamualaikum. Hye.

Ini entry yang terasa mahu ditulis setelah membaca entry ini daripada Ilhambrothers.

Walaupun semalam kemain lagi update pasal nak slow down tapi nampaknya kalau seronok buat sesuatu memang kita akan buat tidak mengira masa. Nasib baik yang aku seronok buat ialah blogging. Kalau aku seronok merompak? Tak ke naya? Alangkah baik dan indahnya dunia kalau aku seronok study. Tak kira masa, stuuuuudyyyyy sajaaa. Kan best barulah pandai seperti tupai. Sebab apa tupai? Sebab tupai ialah one of the very few binatang yang disebut dalam peribahasa Melayu sebagai pandai dan diakui kepandaiannya walaupun jatuh ke tanah. Biasalah tidak selamanya kita di atas kan?


Ok about anak bongsu kan, aku nak share satu pendapat atau teori la. Setakat yang aku sembang2 dengan orang, aku saja yang gunapakai teori ini. Jarang2 orang setuju tapi ada ja yang setuju dan bila aku sebut dia buat muka muncung2 sambil angguk2 kiranya macam boleh difikir2kan la lebih kurang.

Sebelum itu kita ketahui dulu apakah kebestan kita menjadi bongsu.

  1. Mewarisi harta2 peribadi abang2 dan kakak2 kita sama ada secara suka rela atau melalui sedikit perbahasan dan puppy eyes.
  2. Bahagian lauk yang lebih ketika makan selalunya menjadi milik kita.
  3. Duit raya akan diperolehi tanpa perlu diberi.
  4. Tabung sumber kewangan yang berbilang.
  5. Koleksi pakaian yang tidak terbatas kerana beli baju baru dan mewarisi baju abang atau kakak secara percuma.
  6. Tidak perlu risau tentang masalah dunia ketika masih kanak2, remaja pra matang, remaja, sehinggalah belia. 
  7. Boleh manja2 dengan mak dan ayah tak ada siapa nak larang.
  8. Boleh skip jadual gotong-royong ketika hari raya.
Ok yang kelapan itu keji tapi aku selalu buat. Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku tulis yang paling commonlah.

Sebagai tambahan, aku bagi personal opinion pasal anak bongsu perempuan dengan abang2 tanpa kakak. Bagi aku ini suatu yang best sebab nanti budak itu akan membesar menjadi gagah dan cool. Takda la sememeh macam typical girl yang jenis mengada2 dan bila besar ambil gambar sudut 45 degree, muncung, squint eyes, tangan di mata buat peace terbalik. Oh bukan aku nak kata typical girl itu tak best. Ok ja sebenarnya tapi kalau girl yang jenis sturdy dan independent lagi sedap mata memandang rasanya.

Dan kehidupan anak bongsu ni sebenarnya bergantung kepada abang2 dan kakak2nya juga. Kalau jenis yang suka membuli tu memang kurang kenikmatan. Asyik2 kena pergi kedai saja. Tambah pula dogma Cinderella sebagai si bongsu yang selalu didera oleh kakak. Tapi bergaduh dengan adik beradik is essential sebab itulah yang membuatkan kita bersedia untuk menghadapi dunia. Ingat dalam dunia ni semua orang akan setuju, akan suka, akan terima kita? Melalui pergaduhan dengan adik beradik kita akan belajar stand up for ourselves, debate, mengadu domba, memaafkan, melupakan kesalahan orang lain kepada kita, melupakan kebaikan kita kepada orang lain, membuat laporan kepada pihak atasan, dan sebagainya. AWAS!!! Membuat fitnah, prank, dendam, dan membalas dendam juga dipelajari dalam fasa ini maka berhati2lah dan pastikan anda berguru dengan guru yang ada tauliah.

Ok2 merepek sudah. Sebenarnya yang aku katakan pendapat aku itu sikit saja. Pasal anak bongsu selalu dikatakan manja dan tidak berdikari. Saya bangkang! Saya bidas hujah itu dengan hujah saya di bawah lembayung kata ecececeh macam bahas ala parlimen pulak.

Anak2 bongsu sebenarnya tabah hati dan strong. I relate with the fact that they are obviously come later into this world. Masa tu abang2 dan kakak2 dah dapat macam2. Anak2 bongsu baru nak dapat susu. Ada sesetengah kes tu, abang2 dan kakak2 menyusu banyak sangat sampai giliran anak bongsu, susu dah kering. Terpaksa minum susu formula. Ok itu tipu jangan percaya.


Kasih sayang ibu dan ayah unconditional. Siapa yang kata bila ada adik baru, yang sulung diketepikan? Kalau begitulah ragam parentsnya nampaknya memang sah tak lulus kursus keibubapaan. Dan sememangnya tiada ibu bapa yang begitu. Kalau ada mak atau ayah yang pilih kasih, maka itu bukanlah mak dan ayah yang sejati. Tapi kalau budak perangai macam taik dan tiba2 mempersoalkan kasih sayang ibu bapanya maka budak itulah yang layak dipijak perut. Sila bezakan dua situasi tadi okies.

Lagi satu, Anak sulung yang lahir pada tahun 1990 dan adik bongsu yang lahir tahun 2010. See how that anak sulung dapat 20 years of extra prayers and blessings from the parents. Yang adik tu barulah dapat barang setahun. Nak pulak kes yang isteri mengandung anak kelapan tiba2 suami eksiden meninggal. Kan anak bongsu itu tidak dapat belaian kasih manja seorang ayah ececeh ayaattt. Nak lagi kesian kalau mak pulak meninggal time melahirkan. Lagi kesian yatim piatu jadinya.

Abang2 dan kakak2 spent times about several years ahead of adik2 dan anak bongsu. Bila dah ada adik still boleh spend time sama2. Bahkan dengan prinsip the more the merrier maka tiada langsung unsur terbuang ke apa.

Dan lagi kesian anak bongsu ni ialah bila dia seronok dan excited dengar cerita abang2 dan kakak2 dia join camping atau hostel life. Nak menyampuk tak boleh sebab tak tahu apa kejadah yang disembangkan tapi tahu la yang benda tu exciting. Bila dia sendiri dah masuk sekolah dan balik nak cerita macam2, mak ayah ja yang ada. Abang2 kakak2 semua dah kerja, dah kawen, dah masuk universiti. Mak ayah pun kadang2 bizi dan last2 cerita dengan kucing peliharaan saja. Ini benar2 berlaku kepada aku sendiri dan kucing yang aku ceritakan itu namanya Hamreng (famili aku mesti kenai) dan waktu tu dia gigit kepala aku terus aku bagi penampar. Keji sungguh aku menampar kucing. Sekarang Hamreng dah arwah. Walaupun ada mitos mengatakan kucing ada 9 nyawa, tapi kalau dah dilenyek lori, ada 999 nyawa pun tetap tidak menjanjikan apa2.

Nampak tak cabaran2 anak bongsu? But still kami boleh ceria2, mengada2, manja2, dan act as if nothing is wrong. Oh strong betul anak bongsu. Jom buat Fb page untuk anak bongsu nak? Kahkahkah.

Aku terjumpa satu link best. Actually dua. Nah silalah view kelebihan dan kekurangan menjadi bongsu dari sylver room apa tah. Hehehe link tak bagitau kalau nak puji2 takda masalah kan? Kalau link sebab nak kutuk atau tegur baru tak boleh kan? Lalala~

sembang dengan my sis about her coming wedding day and she told me to study hard so I will end this with okbai

Thanks for reading. Bye ;)

10 comments:

TecerWidad said...

Anak bongsu perempuan selalu ada masalah scalp. Bukan masalah dandruff, tapi macam kuping apa tak tau. Ini berdasarkan pemerhatian rambang semasa di uni. sebab mana-mana anak bongsu perempuan selalu ada masalah ni. hahahaha. ntah apa-apa komen.

yui92 said...

@TecerWidad anak bongsu lelaki xda pula masalah kulit kepala.. masalah kulit muka ada lah..hehe

ilhambrothers said...

hehehe..i'm totally agree with your statement!xda kaitan sama ada saya anak bongsu atau tidak.. ^_^

Mim Hasniyah Yusof said...

hehe, boleh eh buat page untuk anak bongsu? wakakaka...
macam lawak eh bunyinya.
Apa-apapun, aku setuju dengan apa yang hang cakap tuh.

Miss Volvo said...

tak seronok jd anak bongsu takde adik!!

yui92 said...

@ilhambrothers haha... thnxs

yui92 said...

@Mim Hasniyah Yusof haaa boleh jaa rekrut ramai2 skit =p

yui92 said...

@Miss Volvo nnti anak sulung kata xsyok sulung xda abang kakak...hehehe

Kayun.Zack said...

bila baca komen tecer terasa gak sbb skrg nih aq da mslh dandruff. mak aku kata sbb dok kerap berjaga tengah mlm. hoho. ak la jugak org yg xdak kakak tu n bongsu. tp slaluu kna buli weh. tukang amik ayaq n kicap ka sos ka mesti aku. tp xpa, blsn dia byk time raya; tudung, baju; kerongsang; duit. ohoho~

yui92 said...

@Kayun.Zack kahkahkah... berbaloi kan? =p=p=p