Pemollow

THYB on Facebook

Friday, December 23, 2011

Biskut Meri dan Buah Kismis


Assalamualaikum. Hye.

Ya. Sila ketahui aku nak tulis Merry Christmas tapi perkataan itu sangat taboo.

Esok lusa 25 Disember ialah hari pada mana orang2 berkenaan akan menyambut Krismas. Orang berkenaan itu semestinya bukan aku dan bukan kamu juga. Probably sebab blog ini tidak dibaca oleh orang bukan Islam. Eh kalau ada reader aku yang non Muslim seronok juga.

Dan sekarang ini sudah menular status2 di Facebook pasal bahaya mengucapkan Merry Christmas. Nanti boleh jatuh hukum berdosa sampai membawa kepada kekafiran sebab menyerupai Kristian. Aku tak nafikan benda itu betul. Memang ulama pun sepakat. Maka mari kita sama2 menjauhi daripada perkara ini.

Tapi aku tetap tertanya2 beberapa perkara.

Pertama, kenapa Merry Christmas yang datang sekali setahun ini orang taboo sangat? Maksiat yang hari2 ada depan mata boleh buat macam tak ada apa2. Especially orang Melayu kita lah. Kemain lagi sebar tazkirah percuma jangan ucap MC nanti boleh murtad tapi bila sampai 31 Disember nak sambut New Year mulalah berkonsert, berparti, dan diiringi pesta menambah zuriat keturunan secara haram. Arak ada, pelacur ada, hiburan melampau ada. Eh adakah semua itu dah tak ada sekarang ini? Aku tak tahu sebab dah lama tak tengok Tv. Setakat yang aku tengok Tv masa sebelum datang ke sini memang macam tu lah keadaan dia. Haram jadah sungguh.

Kedua, ucap MC haram sangat. Tapi artis2 wanita dan wanita2 yang bukan artis pun gedik nak pakai macam orang kafir, tak pulak orang nak kisah. Orang2 kenamaan minum arak, pelacuran, rasuah apa semua tu boleh diam pulak.

Ketiga, pasal niat. Haa yang ini perlu elaborate sebab aku nak sampaikan ketidakpuasan hati especially bila aku tulis pasal aurat dalam blog ni, mulalah orang nak pertikai bab niat. Here goes...

Bila kita cakap pasal niat, maknanya antara kita dengan Allah. Contohnya orang yang tak pakai tudung dan pakai seksi2 lepas tu pergi melepak di mall, bersidai di tepi jalan, dan berpeleseran di serata muka bumi. Mereka ini akan kata kita ni penyibuk ustaz tak bertauliah tak ada life dan sebagainya jika kita tegur. Alasan mereka ialah mahu bertudung tapi belum tiba masanya lalu disabitkan bermacam2 faktor luaran seperti persekitaran, keluarga, dan suasana tempat kerja misalnya. Faktor dalaman pula seperti iman tak kuat dan belum sampai seru. Lepas tu dengan penuh berserah mengatakan Allah tahu niat kita.

Atau boleh juga ambil contoh mereka2 yang kapel dan loving2 bila kita tak kata kapel itu haram mereka jawab kami tak buat apa2 dan nanti besar nak kawen juga Allah tahu niat kita. Tak dilupakan orang2 yang melepaskan tekanan dengan cara yang tidak sepatutnya contohnya hisap rokok, berhibur di kelab, dan mengambil dadah. Lepas tu kata kita tak tahu apa yang mereka lalui. Hanya Allah yang tahu niat mereka.

Niat. Habis bila sebut MC niat apa? Merry Christmas merry christmas merry christmas. Kafirkah aku?

Rasanya semua orang tahu yang Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati. Tahu apa tu Hallelujah? Sebut dia ha-le-lu-ya. Maksud dia ialah Praise be to God. Sama maksud dengan Alhamdulillah. Jadi, sebagai muslim, buat apa nak sebut hallelujah sedangkan kita ada ucapan yang lebih mulia iaitu Alhamdulillah? Lepas solat kalau kita sebut hallelujah 33 kali, atau lepas makan sebut hallelujah, lepas mendengar berita gembira sebut lagi, lepas dapat rezeki sebut lagi, haaaaaa itu memang masalah. Tapi andailah kata kawan kita dengar lagu omputih tetiba ada sebut Hallelujah, terus kita nak kata kau perlu mengucap sebab dengar lagu sebut Hallelujah, maka kita yang bermasalah sebenarnya.

Kan tuhan maha mengatahui? Aku yakin tuhan tahu. Aku yakin Allah itu tuhan aku dan nabi Muhammad itu rasul. Tak terjejas pun apa yang aku percaya just sebab kalau aku sebut atau dengar perkataan hallelujah tu. Same goes to MC lah. Ya aku faham nabi pun larang kita celebrate tapi sebut ialah sebut bukanlah celebrate. Dan buat apa nak susah2 ucap kepada those Christians sebab mereka tak ucap Selamat Hari Raya pada kita pun dulu. Tapi sampai ada yang berdebat dan bercanggah2an di Fb just sebab seorang tu post pasal jangan sebut MC dan seorang lagi kata tak apa. Lepas tu mula share ustaz ni kata apa ustaz tu kata apa. Lepas tu bermaki2an sesama sendiri. Daripada nak buat benda baik jadi benda buruk.

Samalah kesnya dengan lagu. Pernah dengar lagu Across the Universe? Jai guru deva om. Long live heavenly teacher maksudnya. Kalau dengar lagu tu jadi kafir kah? Lagu Imagine (original dari siapa aku tak ingat tapi Avril Lavigne ada buat cover) misalnya. Ada sebut Imagine there's no country... imagine there's no heaven.. no hell below us... blablabla nothing to kill or die for.. no religion too... adakah dengan mendengar lagu itu maknanya terus jatuh hukum kita setuju dengan apa yang dia sebut dan kita dikira kafir?

Contoh latest tentulah lagu Bruno Mars yang ada sebut no religion can save me apa tah.

Allah Maha Mengetahui. Lagu tu lirik dia macam tu sepatutnyalah kita tak payah dengar. Iman tu kasi kuat sikit benda2 lagha ni tinggalkanlah. Tapi bagi yang nak dengar jugak, adakah layak dipanggil kafir? Adakah mereka niat nak keluar Islam semasa dengar lagu itu? Adakah dengan mendengar lagu tentang kelahiran Jesus maknanya kita membelakangkan nabi Muhammad? In the end Jesus tu nabi Isa juga. Siam masuk dalam lima rasul ulul azmi.

At a certain point betul juga. Orang kita (termasuklah aku) dengar nasyid tak mahu. Majlis zikir malas ikut. Alquran baca sehari sekali. Tapi dengar lagu sebut Hallelujah seronok pulak. Aku tak tahulah orang lain macam mana tapi aku consider music as musiclah. Lagu sedap aku dengar. Nasyid dulu2 aku layan juga Raihan Rabbani Hijjaz yang irama padang pasir tu. Nasyid kontemporari aku tak berapa minat. Tapi masih dalam lingkungan niat, even aku dengar lagu gereja pun still aku dengar sebagai lagu semata2. Allah tahu itu. Aku yakin Allah tahu. Aku yakin Allah takkan salah faham bila hamba dia sebut hallelujah. Manusia je yang terburu2 nak menghukum itu ini. Tuhan tak macam tu kan?

Tapi people will not consider this. Tu yang aku tak faham. Kenapa benda ni orang kita tak boleh tolerate. Tapi benda yang terang2an haram dan bertentangan dengan agama buat2 pejam mata.

Orang yang berkapel, boleh bawak sampai berzina. Lepas zina dapat anak lepastu buang.
Orang yang merokok sekali hisap sekali hembus berapa penyakit dia dapat. Berapa orang dia bagi penyakit.
Orang yang tidak menutup aurat hidup membawa dosa setiap hari dan membuat dosa baru setiap hari juga.
Orang yang makan rasuah darah dagingnya dari sumber haram bagi makan anak bini pula. 
Orang yang sebut Merry Christmas? Bahaya juga kot. Tapi aku rasa contoh2 di atas lagi parah. Tapi yang orang nampak tetap yang ini.

Baru2 ni ada kawan Fb aku yang agak stranger sebab kenal di blog dan Fb saja. Upload gambar dengan makwe kot. Pakai baju jenis macam kain basah puteri tujuh beradik mandi di sungai. Rambut lepas. Duduk rapat2 tangan pegang2 walaupun Ana Raffali dan sapa tah dah bagitahu duduk renggang2 jangan pegang2. Life dia, dia punya pasal lah kan lagipun aku bukan kenal pun. So aku biar saja. Dia punya niat aku bukannya tahu kan? Nasib baik stranger. Kalau budak sekolah aku buat macam tu nak la juga LIKE ke apa kan? Ceh.

Sebenarnya banyak benda haram dalam dunia ni yang selalu bertopengkan niat lalu dihalalkan. Dan benda yang tak sepatutnya jadi isu dibesarkan sampai jadi perbalahan. Aku tak kata kita boleh ucap Merry christmas tu. Ulama kata haram kita ikutlah. Kalau tak ikut ulama nak ikut siapa lagi? Nak ikut Najib? Bini dia pun tak pakai tudung, makan duit rakyat lagi, kronism lagi, oh orang macam tu kita nak ikut? Cakap pasal Najib teringat Nik Aziz sakit jantung masuk hospital kan? Eh kenapa tetiba jadi macam blog milo suam dan ameno world pulak ni?

So dear readers, kalau rasa nak pergi ucap MC dekat cikgu2 ke, jiran ke apa, sedaya upaya tak payahlah. Ziarah ucap congratulations cukup. Kalau nak sebut juga pun suka hatilah. Jangan gaduh sesama sendiri kalau kita tak ucap dan kawan kita ucap. Bergaduh itu lagi besar haramnya daripada sebut MC.

Ini ialah pendapat dan beberapa persoalan. Kalau tak betul di mana sila komgsi dan beritahu. Aku terbuka. Aku masih Islam dan tiada yang dapat menggoncang keimanan aku eh tetiba terpinjam ayat Alif apa tah yang gay tu. Kahkahkah.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

19 comments:

Srikandi permata said...

salam..
btol tue..semua bardsarkan niat..
hanya kita & ALLAH tahu..

Nurusaurus said...

Benar.. bila kata satu benda tu haram, tak ada haram kecil haram besar. cuma haram. tapi consequencenya berbeza bagi setiap haram ini. maksud saya, berdosa tetap berdosa. tp contohnya bila kita ucap MC, kita dkatakan mengiktiraf agama itu maka sekaligus membawa kpd murtadnya kita sbb tak iktiraf Islam sbagai SATU2nya agama yang benar (correct me if I'm wrong). sebaliknya kalau bka aurat contohnya, dia bka aurat itu dpt dosa kecil tapi belum la tahap murtad.. (tapi berterusan melakukan dosa kecik leads to dosa besar!) unlessla dia kata 'tutup2 ni kolot je' ha itu mungkin kira dia menolak hukum Allah . kira lain la yg tu.

sng ckp dosa MC melibatkan aqidah, dosa lain kbykannya perkara yg bukan tunjang..

alhamdulillah orang mula sedar haramnya wish MC, sama2 doakan kesedaran itu ada juga untuk dosa lain.

wallahua'lam bissawab =) it's nice ur writing about the issue though... true enough apa yg hg ckp tu

twinkle twinkle said...

waa baru tahu :) tnx

TecerWidad said...

Semua dosa yang kita buat sebenarnya ada sangkut paut dengan akidah. Contoh mudah, tak tutup aurat, ada dalam Koran. Kan ka kita wajib percaya kitab-kitab sebagai tanda kita orang Islam. Dah kalau tak tutup aurat tu, kira memang ada sangkut paut dengan akidah la jugak rasanya. Kan?

Senang ja, apa ulama kata kita rai. Yang penting kita jangan duk ebrsangka buruk dengan Allah.

*iman dah diwarisikah???*

torkkey said...

hehe...artis xmngaji...so,ap yg depa taw kan..rasanya sebelom jadi artis kena bagi kursus islamik dulu la kan3....

Kayun.Zack said...

ang ada ucapan yg plg sesuai untuk aku ucapkan dekat kawan2 aku yg menyambutnya tak?

mcmni boleh: dear friend, have a blast on this festive season! take care. :)

Hikaru Yui said...

thanks for sharing =p

kayun :: haha congratulatuions tu kira ok kot?

Muhammad Faris 'Azim said...
This comment has been removed by the author.
Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim ya... kita rakyat... layaklah kita makan duit sendiri..dok gitu?

yg dikatakan pemimpim makan duit rakyat misalnya pitipitipu tu, yang ada faedah tinggi melambung tu... haa yang itulah..

*najib is mentioned sbb dia kerajaan plg current.. kalau benda ni disebut zaman tok det, maka akan ditulis tok det makan duit rakyat*

Si Syabab said...

masalah sgguh org yg hrpkn perfection nih...

'hg nk tgoq org walhal hg pn 2x5!'

'hg nk nsihat aku, baek hg nasihat mat rempit kt luaq tu...depa lg teruk...'

'hg nk tgoq org wish MC, tp artis pakai seksi, pemimpin rsuah x bising plak!'

msalah sgguh org mcm hampa ni...mmg nk kna baik mcm nabi dlu ka klau nk sebaq bnda baek?

btw, hg pnah dngaq hukum cerai ttp jatuh wlaupn suami xdak niat ucap cerai?

Hikaru Yui said...

@Si Syabab hai syabab... mmg kita tak payah nak jadi perfect sblum tegur... sbb yg perfect hanya Allah taala..

dan jatuh talak xsama dgn jatuh murtad.

Si Syabab said...

tp dua2 boleh jatuh hukum walaupn xdak niat

Hikaru Yui said...

@Si Syabab yup... betul..

tp pasal mc tu jatuh hukumnya benda tu haram dan bawa kepada dosa. tak sampai murtad.

Si Syabab said...

so org yg nk tegur psal bnda ni kna tegur dlu psal maksiat yang ko kate 'hari2 ada depan mata boleh buat macam tak ada apa2' tu? atau, kna kna tegur artis2 seksi tu dulu baru buleh tegur psal MC ni?

klau nk buat baik mmg kne sume bnde baik dulu ea?

xleh ea buat sikit2?

yui, xleh buat sume jgn tggal sume...

tp ko, org buat baik sikit pastu ckp 'awat hg kecoh2 sgt psal bnde ni?artis bla2...rasuah bla2...arak bla2 tu hg x kecoh'

mnjatuhkn smngt org nk buat baik je...

Hikaru Yui said...

@Si Syabab mcm biasa dgr ja ayat xleh buat semua jgn tinggal semua. kawan sebilik aku pun selalu cakap...

mari jadi realistik. mcm mana nak ubah artis? mcm mana nak betulkan pemimpin?

betulkan diri sendiri dulu lah jawabnya =p=p=p

Si Syabab said...

:)

Hikaru Yui said...

@Si Syabab =p=p=p

between B and D, there is ME :) said...

Tak silap aku cikgu aku ada cakap (kalau tak silap la) ucap MC ke gong ci pa cai ke tu semua hukumnya harus. Haramnya bila kita turut sambut je.

Btw ni kau ckp hukum ucap MC haram ni menurut pendapat kau ke mmg dari mulut2 ulama?

Hikaru Yui said...

@between B and D, there is ME :) xsangka ada org komen entry lama =p

ummm yg cakap haram tu, ceritanya camni. masa tgh hot isu ucap meri kismis ni, ada satu poster (?) gambar Zakir Naik tersebar kat Fb dgn ayat dia ucap meri kismis haram sebab kita mengiyakan ketuhanan Christ melalui kita sama2 ucap apa yg mereka ucap.

sort of la.