Pemollow

THYB on Facebook

Monday, November 21, 2011

Like A Sponge(bob Sqaurepants)


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum baca entry ini sila bayangkan bunyi Spongebob gelak Hueeheueeeehuee (aku tak pasti pulak camna onomatopoeia dia) supaya sedikit keceriaan dapat meresap dalam diri (keceriaanlah sangat).

Hueeehueeehueee

Well sebenarnya setelah aku publsh entry ini hari tu, dan aku mendengar sesuatu hari selepasnya, aku rasa malu sangat. Malu maLU MALU sangat2.

Sebenarnya kemaluan ini telah lama aku rasa eh kenapa ayat tu jadi lain macam? Sila salahkan munsyi. Maksud aku perasaan malu itulah. Dah lama aku rasa dan fikir2. Cuma kali ni rasa macam nak tulis. Malu yang bila terasa memang terus jadi down dan rasa mahu bersolat taubat dan bila selepas itu, terus jadi macam tak ada apa2. Memanglah imanku senipis kulit bawang. Tak pun setakat hirisan kulit bawang saja.

It's about mosquito versus mortar.

Hai tu baru merasa ketiadaan elektrik yang agak parah di sini. Padahal di Malaysia aku pernah hidup dengan elektrik terputus sampai dua tiga hari, tak ada pulak aku mati. Kalau aku mati, ni siapa yang tulis entry ni? Qarin aku? Aku pernah hidup dengan menggunakan dial-up internet yang lembab macam pig in the shell (PITS yakni siput babi lah) tapi aku survive. Aku boleh hidup di rumah sewa sebelum ini yang selalu tak ada air dan rasa macam pelarian pulak sebab kena tumpang rumah orang basuh baju.

Kesimpulannya memang dah biasa dengan hidup yang serba kekurangan. Bukan nak kata mak bapak aku tak bagi cukup2 apa yang aku nak. Maksud aku di sini, aku dah boleh kafa dengan apa saja jenis lifestyle sama ada susah ke senang ke apa. Mulut mungkin akan potpetpotpet (merungut) tapi hati redha ja dan lama2 akan berhenti jua mulut tu.

But as to say it, bila dah senang memanjang, agak sukar nak kembali susah. Boleh tapi take a longer time than before. Lemah sungguh, kan?

Bila fikir2 balik macam mana lah kalau negara ni berperang atau Malaysia berperang? Boleh survivekah aku? Banding dengan bebudak Palestin, mereka lebih mampu nak hadapi kesusahan. Aku bayangkan kalau negara kita berperang, ada bom jatuh sini sana, agak2 apa yang aku boleh buat masa tu? Tulis entry naikkan semangat pemuda jihad?

Ahaaaa cakap pasal blogging, agak2 blogger dengan 30k followers boleh buat apa pulak? Adakah masih mampu menjaga traffic dan buat segmen? Kahkahkah. Ok masa ni menang nampak agak pointless untuk kejar followers tapi as our country is very peaceful (for now) saya menyeru agar ramai2lah anda memollow blog saya. Kahkahkah sekali lagi.

Seriously aku malu dengan diri sendiri. Tapi memandangkan semua diciptakan ada their very own time and place, aku rasa nanti bila tiba masanya, tahulah aku nak buat macam mana. Mungkinlah kan?

Saat2 genting dalam hidup, aku rasa tak ada. Paling mendebarkan pun rasanya masa naik roller coaster. Adakah maknanya itu aku sangat tenang atau hidup aku memang mendatar dan tak exciting? Apa2pun aku selesa dan bersyukur (apa lagi yang aku boleh buat?) dengan kehidupan yang Allah bagi ini. I have great families, friends, teacher, schools, and a wonderful (lah sangat) blog sila follow dan LIKE ramai2. Aku cuma harapkan kekuatan dari Allah supaya bila tiba masanya nanti aku bukanlah orang yang melarikan diri. Aku mungkin bukan berada di barisan paling hadapan. Tapi aku tak mahu lari. Malu.

Malu sangat2 sebagai hamba Allah yang ada counterpart di negara lain tapi berbeza sangat fikrah dan suasana. Aku tak mintaklah Malaysia berperang macam negara tu, tapi sekurang2nya kesedaran yang mereka ada sangat2lah subur dan apa yang kita ada ialah kontang bungkang terkangkang.

Terkangkang sebab negara kita banyak sangat isu2 aurat, seksual, pelacuran, rogol, gay, liwat, dan macam2 lagi *filtered* jenis 18SX yang jelas nyata. Sempat lagi negara kita nak bersibuk2 pasal itu sekarang. Siap melibatkan pemimpin2.

p/s :: Kita nak elak nyamuk so kita pasang kelambu. Mereka nak elak bom so nak kena pasang apa? Khemah? Baju hujan? Stokin?

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

TecerWidad said...

Nek elak bom, letak Kak Mah ngan Najib kat depan.

Hahahaha

yui92 said...

@TecerWidad hahaha konfirm selamat dunia akhirat (sarcasm)

Muhammad Faris 'Azim said...

tak tau nak komen apa. itu sahajalah. tapi good entry. ;)

yui92 said...

@Muhammad Faris 'Azim thnxs =p

Bui Junaidi said...

suka dgn ayat dlm blockquote tu..
yess,kita patut bersyukur dgn apa yg dh ada..*_*

yui92 said...

@Bui Junaidi true =p