Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, October 9, 2011

Ingat Allah Hati akan tenang...?


Assalamualaikum. Hye.

Entry ini sekadar opinionlah...

Orang perempuan ni selalu kompelin pasal had aurat, talak, poligami, dan blablabla sebab mereka selalu rasa lelaki dilebihkan dalam hal2 tadi dan ada banyak kelebihan berbanding perempuan.

Pernah tak orang perempuan nak kompelin pasal period?

I mean mereka ada period tu haram solat, haram puasa, tak boleh tawaf, dan lain2. Nak ehem ehem dengan suami pun haram. So in some senses rasa2nya macam lelaki lebih banyak pahala pulak kan? Banyak ruang ibadah la kiranya.

Tapi tak ramai yang kompelin. Ada pulak perempuan yang aku pernah jumpa dia seronok period sebab tak payah solat. Lawak pulak.

Tapi ada jugak orang yang kata dengan solat akan tenang, dan bila period tak boleh solat maka tak tenang. Wah ini sangat menyentuh hati (akulah) sebab tak ramai yang akan buat statement macamtu. Tahniahlah cik kak.

So kalau tengok balik ayat Alquran, Allah kata dengan mengingati Dia hati(-hati) akan menjadi tenang. Aku bukan ulama tafsir jadi aku tak tahu apa maksud hati2 (hearts, bukan careful) itu. Tapi aku rasa yang dimaksudkan ialah hati kita dan hati orang di sekeliling kita. Sebab tu Allah sebut qulub dan bukan qalb. Sila rujuk orang berilmu untuk jawapan sebenar.

Jadi, kalau kau period dan rasa tak tenang sebab tak boleh solat, mai nak bagi beberapa tips.


  1. Jangan sempitkan maksud mengingati Allah dengan solat saja.
  2. Buat benda baik pun dah dikira mengingati Allah.
  3. Kalau kau tak boleh solat, sekurang2nya kau boleh buat apa yang ada dalam solat.
  4. Misalnya berwuduk. Berwuduk ketika period tak haram.
  5. Tutup aurat dan jaga aurat dengan sempurna. Tak haram pakai tudung ketika period. 
  6. Ucapkan kata2 yang baik. Tidak haram berzikir ketika period. Tapi mencarut tetap haram sebelum, ketika, atau selepas period dan bila2 masa pun.
  7. Beri salam dengan ucapan assalamualaikum, dan bukannya semekom atau celcom.
  8. Beri sedekah.
  9. Buat baik dengan family dan kerabat.
  10. Buat baik dengan kawan2.
  11. Buat baik dengan jiran.
  12. Buat baik dengan strangers.
Dan banyak lagilah kan.

Masa bulan puasa misalnya. Dahlah orang perempuan kena sedia sahur, masak lagi. Bangun awal suami boleh qiyamullail. Tapi isteri qiyamullail di dapur nun. Suami baca alquran, isteri baca resipi.

But you know what? Itulah ibadah sunat seorang perempuan. Dia tak payah solat teruk2 di masjid. Tak payah keluar dakwah 4 bulan. Tak payah pergi perang. Kerja perempuan mudah saja. Penat sikit la tapi sama saja tetap menjadi ibadah bagi dia. Allah tak buat hukum isteri wajib taat suami kalau ketaatan tu sekadar nak tunjuk yang lelaki itu dominan. Tapi sebenarnya nak tunjuk yang ketaatan kepada Allah tak semestinya direct kita buat benda yang Allah suruh. 

Boleh tengoklah nabi kata kita, kalau bagi makan kepada orang berpuasa, akan dapat pahala sama macam orang berpuasa tu. So imagine la seorang mak, puasa maybe 15 hari, 15 lagi period. Tapi 30 hari sedia makanan untuk suami dia dan anak2. Katakan anak ada 2 orang. Semua puasa penuh. Suami dia dapat pahala puasa seorang 30 hari tapi mak dia dapat pahala puasa seorang 15 hari dan 3 orang 30 hari. 

Aku pun jeles.

p/s :: period? bukan lagi masalah~

ini bukan iklan pad harap maklum okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

12 comments:

Mim Hasniyah Yusof said...

ayat last tu macam iklan pad okay...
haha...

Pandai betul hang mengulas bab-bab perempuan ni, kan? Haha. Baguslah, at least memberi peringatan pada kaum Hawa di luar sana yang kurang sedar, termasuklah aku sekali.

yui92 said...

@Mim Hasniyah Yusof sbnarnya nak komen kat satu blog ni tp xda tmpat komen.. terpaksalah buat entry baru..hehe

gigi.taring said...

heee. banyak ruang utk kita melakukan ibadah kan. mcm2 benda yg disertakan dgn niat yg baik, insyaAllah dicatat sebagai amalan kebaikan.

:)

yui92 said...

@gigi.taring so true

Panggil Aku Han said...

selalu nya alasan yg membuatkn sesorang tu xterlalu fokus pada sesuatu ibadah yg dikerjakan...

yui92 said...

@Panggil Aku Han iaitu...?

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

boleh berwuduk tapi tak sah.

by the way memang seronok datang bulan kerana bila datang bulan keluar darah kotor dari dalam badan.

bagus kan?

lelaki takda buang-buang kotor ni. ceploit-ceploit sendirian cuma dapat dosa.

*ini bukan komen lucah.

yui92 said...

@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r oh ya ka xsah? haha tp manfaat wuduk tu still ada kan? hehe

ceploit tu apa? tidak dapat difahami

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..
Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.

Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.

Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.

Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah;
Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.

Srikandi permata said...

Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.

yui92 said...

@Srikandi permata terima kasih krn berkongsi =p

ekin.. said...

hahaha..mmg best entry nie..betullah kalau mcm tuh,, ibadah bkn hanya pada solat semata2..