Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, September 8, 2011

Untitled


Assalamualaikum. Hye.

Someone asked my opinion about appearance and attitude. What is my view about one person who is appearing very well but at the same time behave badly without the knowing of others, and one other person who appears to be fairly bad but goodhearted.

And somehow this matter is so difficult to be discussed in English since I talked to him in Malay so I'll story here in Malay too-lah =p=p=p

Simple saja. Kalau orang itu membawa perawakan diri yang baik, maka itu ialah baik. Kalau dia nak buat perangai buruk belakang orang, itu ialah perkara buruk. Sama juga kalau orang itu  bersikap gila2 tak ketahuan hala maka itu bukanlah sesuatu yang baik tapi kalau dia teguh menahan diri daripada berbuat hina maka itu bukanlah sesuatu yang buruk.

Manusia, kalau dia mencuri, maka akan dilihat manusia sebagai pencuri kerana dia sedang mencuri.
Manusia, kalau dia mengumpat, maka akan dilihat manusia sebagai pengumpat kerana dia sedang mengumpat.
Sama sajalah dengan bunuh, zina, derhaka, judi, dan segala kejahatan yang lain pun.

Oleh itu aku rasa tak adillah kalau nak mengukur tahap kebaikan seseorang melalui tindakannya atau pakaiannya atau kata2nya atau sikapnya atau perilakunya atau apa yang dia tonton di laptopnya setiap hari atau laman web apa yang dilayarinya bila online.

Satu beza yang kita perlu faham tentang pandangan manusia dan pandangan ALLAH.

Macam aku kata tadi, kalau kita solat, maka manusia akan lihat kita sedang solat. Sama juga allah lihat kita solatlah kan? Cumanya yang terlihatkan oleh manusia itu yang luaran saja. Zahir. Kulit. Sedangkan Allah nampak apa yang di dalam. Batin. Hati. Kalau dalam istilah medic, manusia menilai yang superficial manakala Allah menilai yang deep.

Contoh yang paling popular mestilah perempuan bertudung tapi suka mengumpat VS perempuan free hair yang bersolat, puasa, berbudi bahasa dan santun. Isu ini seolah2nya menjadi satu trend yang (aku rasa2lah) menjadi antara sebab wujudnya perasaan tidak puas hati, iri, dendam, dan lain2 sifat terhegeh2 yang menyusahkan orang ramai.

Luaran yang baik perlulah disertai amalan yang baik juga. Tak ke pelik bila pakai jubahserban tapi sembang benda2 lagha atau gelak kuat2 macam orang yang tak pernah belajar adab? Atau pelik juga bila mulia macam malaikat tapi pakai baju sendat dengan jeans ketat.

Lagi kririkal ialah orang perempuan. Selalu sungguh disogok dengan cerita tudung. Selalu orang persoalkan "saya tak pakai tudung pun tapi saya solat, tak mengumpat," dan sebagainya.

Andaikan seorang lelaki yang berjubahlabuh dan bermisaijambang dan berkopiahserban. Selalu bersolat sunat dan puasa. Selalu berzikir tasbih di tangan sentiasa. Tetapi bila tengok bola sama2 jerit macam nak gila. Bila tak gol dengan kawan2 mencarut sama. Atau sekadar tumpang sekaki menonton filem di laptop member.

Andaikan seorang lelaki yang berbaju tshirt sendat2. Seluar jeans ketat. Rambut pacak2 selalu weewiitt perempuan. Malas ke masjid. Tapi solat tak tinggal. Baca alquran rajin. Selalu ketawa tapi menangis bila berdoa.

Bila seseorang menyaksikan hal ini, maka akan segera tedetik dalam hati. Mana satu yang aku nak ikut? Nak ikut yang berjubah itu? Harap luaran macam malaikat. Sama naik saja dengan aku. Nak ikut dia yang macam mat rempit ini? Perangai dia sendiri tak semenggah. Pakaian entah apa2. Selalu sembang benda lagha.

Dan sebagainya.

Well bagi aku lah, bukan masalah lelaki serban tadi atau lelaki rempit tadi. masalah sebenar ialah orang yang tanya tu lah. Dia selalu compare. COMPARE orang di sekeliling dia. Nak tunggu yang sempurna baik baru nak ikut susahlah cik abang oi. Rasulullah dah wafat lebih seribu tahun yang lalu. Nak tunggu siapa untuk dijadikan contoh teladan? Aku tahu kamu tak cukup pedoman untuk jadikan sirah sebagai panduan, Nak nampak contoh depan mata. Well sebab dalam dunia ni hanya manusia yang kita boleh nampak tanpa terhijab, dan jin hantu iblis setan pula kadang2 menjelma depan kita (which is most of the time, tidak), dan malaikat pula tak ada siapa pernah nampak (aku tak pernah dengar cerita orang jumpa malaikat. Kalau nabi dan sahabat tu lain ceritalah.)

Sebab itulah kita ada dalam agama kita ni kewajipan untuk saling menegur, memberi nasihat, dan memperingati sesama kita. Sebab kita tak sempurna. Yeah you can always tell if that guy is perfectly dressed but he speaks words sounding like hell, it means that there is something wrong. Bolehla kalau nak ikut cara dia berpakaian.tapi janganlah ikut cara dia bercakap dan JANGAN NAK KATA "CHEH PAKAI CAM ULAMAK TAPI SEMBANG MACAM MAMAK!" dan terus-menerus menyebarkan cerita itu kepada orang lain pula.

Atau seorang wanita yang sentiasa beradab, selalu sedekah, jaga pergaulan. Well she's perfectly fine but she doesn't wear hijab. So something wrong jugak. Maka yang baik dia buat itu ikutlah. Jangan pulak kata "TAK PAKAI TUDUNG SIA2 JE KAU!"

Inilah yang aku sebut pasal allah nampak lain kita nampak lain. Wala taziru waziratun wizra ukhra. Apa baik yang dia buat dia dapatlah ganjaran. Apa buruk yang dia buat dia dapatlah balasan. Sebab itu kita yang separuh2 ni jangan dok besaq mulut sangat nak mengata orang. Kita pun bukannya layak nak mengata orang. Dah la membanding2 orang lain pastu mengata dia pulak, dok asyik nampak salah orang, saja mencari2 kesalahan orang, Eiiiii tak rasa malu ka hah?

So sila prioritize apa baik yang kamu nak buat. Solat lima waktu bagi sempurna. Aurat tutup sempurna. Lidah jaga. Pastu kalau ada tersilap sikit2 tu tak apa allah tu pengampun. Setiap hari cuba improve sikit2. Sikit2 je pun jadilah sebab allah kira semua tu. DIA tak tunggu kamu solat penuh di masjid berjemaah sambung solat sunat pastu qiyamullail baru nak bagi rahmat. No. Allah care for us all. Kalau orang kafir pun dia bagi nikmat punya sakan apatah lagi kita ni. So daripada kita nak cari salah orang, better kita main pungut2. Tau main pungut2? Maksudnya kita lihat peribadi orang itu. Mana yang baik kita tiru. Dia selalu solat sunat tapi mulut kuat mengumpat? kita tirulah solat sunat tu. Mengumpat tu kita tinggal. Pastu nasihat2lah jangan mengumpat. Kalau rasa tak mampu doa2lah agar dia berubah.

Tapi special case bagi orang perempuan. Aku punya pendapatlah ni. Jaga la aurat tu. TUDUNG WAJIB PAKAI. NO EXCUSE. JANGAN CARI ALASAN BILA ORANG TANYA KENAPA TAK PAKAI TUDUNG. JANGAN BUAT SALAH DUA TIGA KALI. TUDUNG TU WAJIB. WAJIB. WAJIB

So setiap hari kamu nak keluar rumah dan buat kerja bayangkanlah berapa dosa dah dapat kalau tak pakai tudung. Seronok ka kumpul dosa hah? Dan bila aku sebut tudung maknanya auratlah. Kalau pakai tudung tapi pakai baju ketat gila singkat sendat pulak pun tak guna jugak. Daripada pakai fesyen yang bajet lawa tu baik la pakai baju yang tak fesyen tapi allah redha. Jangan jadi bodoh macam dalam lagu Hafiz Ashaari tu.

Ya orang perempuan ni complicated sikit. Dah pernah cerita dulu. 

Jadi kalau ditanya lagi 'apa pendapat kau dengan mamat tu yang depan kita bajet baik tapi belakang kita cam haram' aku akan jawab camni "Jom makan laicikang nak?"



JUST ANOTHER DRAFTED STUFF okbai
Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

I do I need Iman said...

boleh tahan.
byk pengajaran.
terima kasih dtg blog mawar haritue
fllowing you bog comel ;)

yui92 said...

@I do I need Iman =p=p=p