Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, September 29, 2011

TiNta


Assalamualaikum. Hye.

Maksudnya Tips ciNta 
Siapa2 yang blur2 pasal cinta bolehlah terai tips alah ni. Hehe

video

Lagu ni sedap didengar. Video klipnya pula ada beberapa pengajaran. Cumanya, pengajaran jenis deduksi ni payah sikit. Faham deduksi? Maksudnya benda yang dipaparkan ialah perkara buruk tetapi kitalah yang menilainya dan mengambil pengajaran. Tapi aku yakin kamu semua pembaca budiman dan bijaksana belaka. Pandai2lah. Jadi kita akan menonton video sambil belajar. Vokalis dan ahli band ini juga jambu2 belaka. Macam Backstreet Boys, Westlife, N'Sync, dan BLUE tetapi semua band2 tu meleleh dan semak. Band ini rock. Hehe. Ulasan berikut ialah mengikut kronologi. 

  • Ok mula2 sekali yang obvious ialah sebagai muslim/ah wajiblah menutup aurat.
  • Kemudian kita lihat perempuan itu tunjuk tatunya. Wahai sahabat, tatu itu haram yer bagi kita yang muslim. Kalau tatu pelekat yang dapat percuma masa beli chewing gum tu takpa. Tapi tak eloklah baik jangan pakai langsung walaupun ianya tak permanent. Kalau boleh, lukis dengan marker pun jangan. Ini termasuklah mewarna kuku.
  • Kita dapat lihat bahawa buat tatu itu sakitnya bukan seperti main cubit2 dengan anak jiran tau. Sakittt sangattt. Dan lebih sakit lagi azab di akhirat kelak.
  • Masa tu tetiba ada lelaki hensem datang. Abaikan dia buat sementara okies.
  • Layan lagu.
  • Then pembalut tatu dibuka. Jake tu nama boyfriend dia kot. Muka perempuan itu nampak bangga semacam. Okies sila jangan contohi dia buat benda haram tapi boleh bangga pulak. Huduh okies.
  • Pastu kita lihat rupa2nya balak dia curang. Kahkahkah. Terkejut? Dengar sini. Kalaulah ada lelaki atau perempuan yang sudi nak berkongsi kasih kononnya, sila usahakan ke arah perkahwinan. Kalau setakat nak couple suka2, bila jadi macam ni siapa boleh tolong?
  • Lepas dah frust, gila marahkan orang, barang2 yang dipecahkan. Tindakan ini sangat tidak wajar kerana tahukah kamu barang2 itu sangat mahal? Sanggupkah kamu hancurkan TV semata2 demi kekasih? Sepahkan bilik, lepastu siapa nak kemas balik? Hempuk cermin dengan gitar. Rosak gitar kena beli baru. Nak berhias pun tak boleh sebab cermin retak seribu, atau dua ribu. Baju2 pula jangan dibuang di laman rumah kerana boleh dijual di kedai bundle. Dan yang paling jelas, frame gambar kekasih anda dan anda jangan dipijak sampai pecah. Lebih baik anda guna dan letak gambar family di hari raya atau semasa piknik. Lebih bermakna kan?
  • Dan semasa hati lara, jangan duduk di sudut seperti orang putus asa. Tuhan ada. Jangan lari. Cari.
  • Sebab, selepas hujan lebat, akan datang pelangi. Ececeyh.
  • So tak perlu risau jika cinta menguji anda dengan dahsyat. Mungkin anda akan berjumpa jodoh yang lebih hensem atau (jodoh yang) lebih cantik bagi lelaki. Lebih hensem merujuk kepada pandai membaca Alquran, boleh jadi iman kepada keluarga, hormat orang tua, dan bertanggungjawab. Lebih cantik pula merujuk kepada menutup aurat dengan sempurna, lemah lembut (bukan lemah dan lembut), pandai memasak, bijak mendidik, serta rajin mengemas rumah.
  • Masa tu orang yang curang tadi akan jeles. Hahaha padan muka dia. Bak kata teacher aku 'ayuh gelakkan dia secara berjemaah'.
  • Ingatlah sahabat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik juga.
  • Kadang2 lelaki baik kahwin dengan perempuan tak baik. Maknanya lelaki itu akan membimbing perempuan itu menjadi baik. Insya Allah.
  • Kadang2 perempuan baik kahwin dengan lelaki tak baik. Maknanya perempuan itu akan membimbing lelaki itu menjadi baik. Insya Allah.
Bercinta sebelum nikah (couple) bermaksud kita menikmati cinta secara haram. Seperti budak sekolah bawak henset ke sekolah (yang melarang penggunaan henset seperti sekolah aku hahaha). Henset itu berfungsi dengan cara yang sama. Tetapi menggunakan henset itu, budak sekolah tersebut takut2 dan berasa tidak selamat. Setiap kali menikmati kecanggihan henset itu, dia perlu berwaspada. Kenikmatan tidak bertahan lama apabila kantoi. Maka akan dirampas. Jika henset itu hilang, dia tidak boleh melaporkan kepada sesiapa kerana pasti guru disiplin dan PK HEM akan memberi borang salah laku jika dia mengaku bawak henset ke sekolah. 

Berbeza dengan bercinta selepas nikah (kahwin) bermaksud menikmati cinta secara halal. Seperti mak ayah kita. Hehe. Kamu boleh baca blog ini kerana cinta halal itulah. Okies tidak dinafikan yang cinta jenis ini juga diuji. Ada juga bapa2 yang curang atau ibu2 yang tidak setia or whatsoever. Tapi oleh sebab perkara ini sah dan halal, maka sebarang keraguan, masalah, kecelaruan yang timbul boleh dirujuk kepada agama dan undang2. 

Seseorang boleh mengadu bahawa SUAMInya main kayu tiga dan pegawai syariah akan mengambil tindakan untuk menegakkan keadilan. Tetapi jika seseorang itu mengadu PAKWEnya main kayu tiga, empat, lima, atau menghentaknya dengan kayu sekalipun, tiada siapa yang akan memberi apa2 bantuan bahkan orang akan berkata padan muka.  

Tu tak masuk lagi kes MLM & MSG (Main Lima Minit dan Merana Sampai Gila) yang banyak dihadapi golongan (gadis) remaja masa kini. Lepas seronok, sakit perut. Lepastu kembung perut masuk angin katanya. Minyak angin berbotol2 habis perut makin besar. Lepas tu cari masjid nak suruh baby solat tahiyyatul masjid.

Cinta itu asalnya dari syurga dan sepatutnya membawa kita ke syurga juga. Tapi kalau tak ikut syariat, bercintalah dari dunia sampai neraka.

Eh jangan cinta lebih2 sangat taw nanti jadi macam ni. Sedih. Huuhuu.

Moral values :
  1. Tak perlu menjadi hamba cinta. Tunggu masanya tiba.
  2. Jangan berikhtilat. Ia mampu membawa kepada zina.
  3. Jangan putus asa dalam hidup.
p/s :: Tips2 di atas sekadar teori oleh orang yang tiada pengalaman bercinta dan hanya menyukai dari jauh tetapi banyak melihat kisah percintaan orang lain yang bercouple (yang dirasakannya tidaklah cool sangat pun).

okbai


Thanks for reading. Bye ;)

14 comments:

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

mood: insaf

'Hello boyfriend, kite break ok. I tunggu sampai u pinang I baru kte bercinta balik'

:Dialog di atas mungkin terjadi andai diriku punya boyfriend

Amienieya Yusof said...

Yaka tak ada engalam...
nampak macam penuh experience ja... hihi.

meminati dari jauh... wah... hahaha...

betu2, kita kena cinta secara halal, baru rasa nikmat CINTA tu, kan?

Panggil Aku Han said...

huhuk...cintan cintun..
mkn maggi cintan ok lg kot..

yui92 said...

@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r sila cari satu. PERINGATAN : hanya untuk mengucapka dialog itu saja..hehe

yui92 said...

@Amienieya Yusof mungkin laa.. well xdak pengalaman kan..hehe

yui92 said...

@Panggil Aku Han yup.. tp yg MAGGI lagi sedap =p

izzana said...

betul.. una stuju.. biar dia dtg sendiri

yui92 said...

@izzana xpayah paksa kan? =p=p=p

teha said...

org kate brcinta lps kawen lagi sweet :)

yui92 said...

@teha xsure sbb xkawen lg...hehe

NasZ said...

detailnya. anyway,very good info.

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com

yui92 said...

@NasZ
thanks =p

Kayun Asza said...

selaras dengan zaman teknologi kini, maka analogi bwk hp secara2 curi2 ke sekolah dengan cinta sebelum kawen tu sesuai dan mudah difahami. hehe

teruskan mencipta analogi2 yg mudah difahami ini lg. tidak mustahil untuk anda mengumpulkan kesemuanya dan mernjilidkan dalam buku tau. hehe. mana nak tau. suatu hari kelak kan.

yui92 said...

@Kayun Asza haha... itu terlalu flattering..