Haters dan blogger tidak dapat dipisahkan. Selalunya kalau kamu blogger, mesti ada hater. Seorang pun jadilah. Nak tak nak mesti ada punyalah.
Class :
- Visible Haters/ Commenters
- Invisible Haters/ Anonymous (ada banyak nama glemer seperti cik anon, mak anon, si anon, dan lain2)
Subclass :
- Visible Haters akan mengguna ID sendiri tanpa perlu risau akan dihentam kerana yakin bahawa dia berada di pihak yang benar. Atau dia yakin bahawa dia ada follower yang cukup ramai dan tak mungkin akan jatuh atau tergugat.
- Invisible Haters selalunya takut identiti sebenar terbongkar maka dia akan hilang kepercayaan sahabat atau tuan blog. Biasanya mereka penakut yang memang hampeh, atau sekadar tidak mahu tuan blog terasa. Nak komen, komen sajalah. Buat susah ja nak trace siapa yang komen.
- True Haters akan membenci habis2an. Kadang2 tanpa alasan yang kukuh. Sebagaimana tuan blog suka buat statement 'Ni blog aku sukati aku la nak tulis apa' maka haters jenis ni pulak akan buat statement 'Sukati aku la nak benci sapa pun pasal apa pun'. Sama2 hampeh.
- True haters juga selalu stalk blog yang dibencinya itu berkali2. Demi mencari apa saja lopek untuk dibahankan. Komen negatif berunsur cacian menjadi pilihan true haters.
- Haters yang sengal pula jenis suka mengutuk dan memberi komen yang tak membina. Saja nak cucuk orang. Apa beza true haters dengan haters yang sengal? Haters yang sengal lebih mesra dan sinonim dengan anonymous. 'True' is a strong word. True haters selalunya komen trues-trang (terus terang) tak macam anon yang penakut, bacul, dayus, dan always be hiding behind words.
- Haters with love pula biasanya dilabel sebagai tunjuk baik, alim tak bertempat, ustaz/ah tak bergaji, tak ada life, jaga tepi kain orang, dan sebagainya. Haters jenis ini sebenarnya tidak layak dipanggil haters. Mungkin saviour ialah perkataan yang lebih sesuai.
- Haters with love selalunya akan komen entry2 tertentu saja dengan penuh rasa benci yang selalu disalahertikan oleh tuan blog yang selalunya merasakan merekalah betul dan itu blog mereka maka mahu mencarut pun tak apa. Seolah2 'ini rumah aku aku nak berak depan laman pun kau kesah apa?'.
- Paling kerap disaksikan ialah haters jenis ini mengkomen entry2 yang bercerita tentang benda2 bajet besz yang sebenarnya tak besz pun bahkan maksiat lagi.
- Haters yang paling dibenci ialah Haters with love.
- Haters sebenarnya mampu menjana traffic blog kerana mereka lebih setia mengikuti perkembangan blog kamu berbanding readers atau followers yang sememangnya suka menjelajah blog lain juga.
- Sayangilah haters!
Cara2 mengatasi Haters:
- Buang Shoutbox kerana di situlah haters akan menulis macam2 makian sebab senang tak payah nak letak nama dan website. Tak payah sign in. Dan tak payah isi word verification yang sangat annoying itu.
- Disable comment for anonymous. Dengan cara ini anda akan berjaya menghapuskan invisible haters.
- Buat comment approval. Dengan ini hanya kamu yang mampu memberi tiket kepada komen2 visible haters untuk muncul di blog kamu buat tatapan umum.
- Yang paling berkesan ::: PRIVATE BLOG. Maka hanya yang kamu jemput saja akan boleh baca. Haters sah2lah takdapat baca. So bolehlah2 meneruskan entry2 kamu yang betul2 bagus atau sekadar bajet bagus padahal haram.
- Dengan cara private blog, anda akan terus menutup ruang bagi haters termasuklah Haters with love. Mereka mungkin bertujuan lebih dari mengacau hidup peribadi kamu. Kadang2 kamu tak sedar yang blog kamu tu tersasar dari landasan. Lepas tu kawan2 pulak dok bagi sokongan moral yang tak sepatutnya diberi contohnya mencarut dalam blog tayang aurat dalam blog lepas tu bila kamu kata 'ini blog aku' kawan2 pun sokong. Sedangkan Haters with love cuba menyedarkan kamu yang perbuatan itu salah.
- Mungkin cara haters tidak kena tetapi seseorang tidak sepatutnya membenci haters melainkan dia tak dapat nak terima apa yang dikatakan oleh haters tersebut.
- Bahasa mudahnya, haters of haters (kamu yang membenci haters kamu) ialah seorang yang tak dapat menerima kelemahan diri. Jika itu terjadi, maknanya kamu sangatlah LOSER dan layak facepalm diri sendiri saja.
- Bagi haters yang memang takda point tapi nak benci orang, boleh doakan dia mendapat hidayah dari Allah subhanahu wataala.
Sekian terima kasih okbai.



22 comments:
kajian mendalam nih.
benci2 lama2 sayang.. hihik
@nub kajian dan pengalaman..heheh
oh kalau mcm tu bgus jgak =p
Haters are everywhere. Tecer senang je, kalau nabi Muhammad yang maksum tu pun orang benci inikan pulak pembelog picisan macam tecer ni. (ayat pasrah tak hengat)
@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r samalah kita =p=p=p
brinkka2011 says: I think youve made some actually interesting points. Not as well many people would really think about this the way you just did. Im definitely impressed that theres so very much about this topic thats been uncovered and you did it so well, with so very much class. Great 1 you, man! Really good stuff here.
@Anonymous aku rasa ini spam (mmg masuk folder spam pun) tapi apa yg dia kata buat aku flattered hahaha...
xkacau blog kan kalau publish spam comments? ke wajib delete?
wajib tak, sunat pun tak. haram lagi la tidak sebab tak ada dalam quran atau hadith. hahaha
@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r tcher sgt suka bergurau... heheh
sebab tu ramai yang sayanggggg. hihihi
@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r dah nama pun cikgu.. kalau xsayang kang xberkat plak.. hancuss exam =p
ada jugak yg jadi cikgu tapi tidak disayangi. ini fakta, bukan auta
@h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r itu ujian allah ke atasnya.. huhuhu
x pernah jumpa haters alam maya lagi..
@Umie Artoqiemie sebab umie baik dan cute..sapa pun xsanggup nak jadi haters =p=p=p
true is such a strong word as well as hater itself.
so, true hater mmg tahap benci gila2 punya la. haha
hater with <3, hehe. stuju jugak, tak patut dipanggil hater kot kan. hehe
@Kayun Asza kayun.. miss ur comments a lot =p=p=p
weehhhuuuu i'm back. kah3. semangat aku nk komen banyak2 lg nih. hehe
@Kayun Asza kahkahkah... hg xdak sunyi blog ni taw x =p
HEBAT GILAAAAAAAAAAAAAAA kau! peh. aku pun tak pernah terpk pasal ni dowwwww :PP
@zida terima kasih aku terharu... apa yg sampai banyak sgt A tu?
ouh..sy baru lagi lam blogging. mintak-mintak tak da la haters ni.ehehe
@*rainyscream* anda baik..jgn risau..
Post a Comment