Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Tuesday, September 27, 2011

Hudud Itu Bukan Huduh


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Tapi Kita Yang Buduh.

Ehem ehem memanglah bukan tugasku nak ulas pasal isu hudud sebab aku dahla tak reti bab2 ni tapi kalau dah nak menjadi blogger matang (selama ni tak matang, bahkan malang) maka haruslah aku menulis tentang benda2 serius dah sebab banyak sangat aku menulis tentang hal2 random dan kelakar yang tak berapa nak menjadi. Hari ini kita keluar dari kepompong dan zon selesa. Nak kritik silakanlah tapi baca sampai habis dulu yer.

Okies yang aku baca di blog2 semenjak dua menjak tiga menjak ni ialah bagaimana hukum hudud tidak dimahukan oleh pemimpin2 Malaysia yang rata2nya ada bin (bermaksud anak, bukannya tong sampah). Sebenarnya tidaklah mengejutkan walau sekelumit kerana sudah terlalu ramai rakyat Malaysia yang ada binti tapi pakai tudung pun takmahu. Apakah rakyat Malaysia memang suka melawan perintah Allah subhanahuwataala??? Mungkinkah? Mungkinlah.

Ada antara yang aku baca tu, Hudud hanya di Kelantan, Najib takkan laksanakan Hudud, Kedah pun takda Hudud, dan macam2 lagilah. Sila cari sendiri aku tahu kamu lebih pandai mencari maklumat berbanding aku.

Adakah yang ditakutkan itu hudud atau bayang2 sendiri? Aku pelik kenapa bila sebut hudud semua orang jadi paranoid. Yang memelikkan ialah para paranoid2 itu banyaknya yang Islam juga. Mungkin sekali sebab bila disebutkan hudud maka terbayang2lah potong tangan, rejam sampai mati, sebat, buang daerah, dan yang sewaktu dengannya.

Contoh kes jika Malaysia melaksanakan hudud :

  1. Nik Muhammad Iqmal Rahimy, 12 tahun, telah didapati mencuri sebungkus nasi lemak di kantin. Dia didapati sabit kesalahan lalu dipotong tangan. Dia menjawab UPSR dengan mulut pada tahun itu namun masih cemerlang dan mendapat 5A.
  2. Sharifah Nursalwa Badariyah, 24 tahun, telah dituduh berzina dengan suami orang. Dia disebat dan pasangannya direjam sampai mati.
  3. Amrizal Musalman, 31 tahun, didapati minum arak di rumahnya. Dia disebat 40 kali walaupun tidak minta disebat seperti Kartika.
Horror kan?

Well hello people. Do you think Islam is that wicked? 

Come on la. We know Allah is Merciful, Gracious. 

Kalau ada orang mencuri, sebelum nak dipotong tangan tu banyak bendanya. Bukan terus main potong saja. Kena tengok kenapa dia mencuri. Apakah sebab tak cukup makan? Kenapa tak cukup makan? Adakah sebab mak bapak tak bagi? Sebab gaji rendah? Kerajaan tak bantukah keluarga miskin? Duit kebajikan rakyat disalurkan ke mana? Zakat dibayar atau tidak? Pengurusan kewangan negara telus atau korup? Semua ini diambil kira. Kalaulah contohnya, kes merompak berlaku, dan negara melaksanakan hudud, dan diketahui bahawa pengurusan kewangan negara tidak jujur dan tidak amanah. Maka adakah hudud akan memotong tangan pencuri atau tangan pemerintah?

Oh patutlah pemerintah takmahu laksanakan hudud. Kahkahkah.

Sama juga dengan zina. Nak tuduh orang berzina bukan senang. Perkara itu sangat besar. Ingat sesuka hati boleh pergi kata kat orang "Kau berzina/penzina."? Nak mampus? Kena laknat tahu? Nak bawa 4 (empat) orang saksi itu bukan seperti membawa empat orang makan angin di Pantai Merdeka. Banyak syarat2nya. Bukan sebarangan orang boleh menjadi saksi. Dan saksi2 pulak perlulah menyaksikan aksi2 tersebut tetapi bukan menghendap. Kalau menghendap itu namanya bukanlah saksi tetapi sepai (spy).

Dan lain2 bolehlah rujuk pakar2 seperti ustaz/ah kerana aku mungkin buat silap. Aku menulis ikut apa setakat yang aku tahu saja. Pastikan rujukan anda rujukan yang bertauliah. Jangan cari yang tak bertauliah nanti kena tangkap masuk ISA eh bukankah sekarang ISA sudah dimansuhkan? Adakah kerana mahu meraih undi atau memberi kebebasan? Sama2 kita saksikan.

Greater Good

Mungkin sudah tiba masanya kita berfikir untuk Greater Good. Greater Good (GG) ialah berkorban sesuatu yang kecil atau kepentingan sebahagian kecil demi manfaat yang lebih besar. Ada yang kata penghalalan rokok dan arak di Malaysia walaupun di-declare sebagai negara Islam ialah untuk GG. Sebab dua benda asalan syaitan itu mampu menjana income yang sangat banyak. Tetapi kedua2nya itu haram bahkan arak tu memang haram mutlak kot. Tetapi hasil jualan disalurkan kepada rakyat menerusi gaji. 

Patutlah kanak2 membesar menjadi remaja yang tidak matang bahkan menatang.

Mungkin jika kerajaan bertukar membentuk suatu pemerintahan yang islamik, masalah akan berkurangan sedikit demi sedikit. Takpayah ideal sangat sebab mustahil nanti. Cukuplah sekadar mengamalkan agama. Kita kena terima hakikat bahawa bayang2 wujud disebabkan cahaya. Kita buat salah supaya dapat belajar. Dan ada betulnya penjenayah wujud supaya penguatkuasaan undang2 dapat dijalankan. Budak rempit tak pakai helmet supaya polis dapat buat kerja. Ini boleh dikecualikan.

Sedih. Kamu tak sedihkah melihat negara Malaysia yang kita sayangi ini menjadi semakin porak peranda? Lagu Undilah nyanyian Namewee dan Afdlin Shauki sangat sedap didengar. Part "INGATLAH! Malaysia ini negara anda. Ia negara kita" tu sangat echoing dan haunting. Tambah pulak masa ramai2 sebut. Fuuhhh.

Tapi bila fikir balik, setakat nak buat penguatkuasaan undang2 menutup aurat pun pemimpin kita tak mampu, adakah mereka2 mampu laksanakan hudud?

I wonder when will those shits up there come down, and let the youngsters with insight (don't worry I am not included) make some changes. And the youngsters are very loud too so I am looking forward to seeing what will they do. The oldies will die one day. Sooner and later the youngsters will take over too. No doubt.

When I say this you know who am I referring to, yes? By the way I want to know your opinion too. Komenlah apa2. Nak tulis entry pun ok. Feel free to make a blog response so that you can correct me if I am wrong and add some stuff I should know. Make sure I am notified.

ok-selamat menjadi rakyat Malaysia yang taat kepada agama dan negara-bai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

16 comments:

mOoN said...

rasa seram sejuk bila hudud mula dipolitikkan... huhuhu...

yui92 said...

@mOoN kan? tp tulah...semua nak main politik skang ni

NasZ said...

segalanya yang boleh dipolitikkan, politikkan. politik..politik.. menyakitkan kepala je.

MOHD NASER.com

Umie Artoqiemie said...

takde kejam lagi ke contoh kau kat en3 yg konon2 kluar dari zon bahaya ni haha..

yui92 said...

@NasZ dah capai tahap migrain pun

yui92 said...

@Umie Artoqiemie kejam2 sgt kang kena tangkap plak.. play safe kata org =p

zida said...

bagus gila entri, aku pun nak buat satu tadi tapi idea tak terkeluar. LOLssss

Kayun Asza said...

aku dok ingat lg time kita bljq dulu, hukum hudud ni akan melepaskan org dri seksaan yg lebih dahsyat kat neraka kan. baik kena hukum kat dunia drpd menanggung seksaan di akhirat kelak.

yui92 said...

@zida haa buat la boleh tambah2 mana yg kurang =p

yui92 said...

@Kayun Asza yup tapi bnda ni tak realistik kata mereka

Kayun Asza said...

depa tak paham nih. moga2 terbukak pintu hati pemimpin kita.

yui92 said...

@Kayun Asza amiin...

nub said...

aku sangat tak boleh terima pernyataan

"hudud memang hukum Islam, tapi tak rasional diamalkan"


apa punya pemikiran........

Saiazuan said...

hmm bgus entry ni... menunjukkan pengalaman 2 tahun blogging.. :D

mayb susah nak amal sbb bnyk kaum dan bnyk agama? tp zaman rasulullah pn msti amalkn hudud gak kan? so xkn la zaman rasulullah dlu xde rmi kaum dan bnyk agama? so bleh je praktikalkn zaman dlu?

yui92 said...

@nub =p

yui92 said...

@Saiazuan tah kan? mcm bnyk la org zaman tu yg xda tangan.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...