Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, August 16, 2011

Sonic Wave Berdesibel Tinggi


Assalamualaikum. Hye.

Banyak sungguh aku baca di blog dan facebook status orang2 tertentu pasal isu speaker di Penang tuh. Isu mudah saja tapi di-exaggerate-kan sampai dah macam surat berantai pulak. Dari satu blog ke blog satu profile ke profile yang lain. Isu speaaaaakkkeerrrrrrr saja. Bosan.

Maka aku nak menambah kebosanan tersebut.

Mari aku nak jadi peguam syaitan. Maksud aku devil's advocate. Adik2 sekalian, hari ini kita belajar satu idiom yer. Devil's advocate bukan maknanya kau jadi syaitan atau bela apa yang syaitan buat. Idiom ini just bermaksud kita bagi pendapat lain atau melawan pendapat majoriti. Dan harus diingatkan tujuan devil's advocating bukanlah untuk debat sangat pun tapi more to widening the scope of view. Faham? Kiranya nak buka jalan diskusi lah. Tak semestinya kau setuju sangat pun dengan pendapat kau sendiri. Cuma seronok nak bertukar idea dan pandangan saja.

Jadi oleh kerana ramai yang sokong dan setuju dengan larangan tersebut, maka aku taklah sampai nak kata pemasangan ayat2 suci tu perlu dibuat. Wajib. Islam. Allahuakbar. No lah tak smpai macam tu. But in some cases aku rasa wajar dan aku cuba justify keadaan yang berlaku. Dari sudut pandangan aku sajalah. Well, your kampung and my kampung might not be the same. So why must you speak so loudly like you're the head of every single kampung in Malaysia kan?

Mereka larang dan kata perbuatan memasang ayat suci itu haram kerana ada larangan dalam hadis. Tak boleh menyakiti jiran. Bidaah sebab nabi tak pernah buat. Tapi setakat yang aku belajar dengan ilmu yang cetek ni sekurang2nya aku tahu bukan setiap yang dilarang atau tak dibuat oleh nabi itu jatuh hukum haram terus. Ada banyak dalil lain dan perbincangannya. Sampai tahap tu aku tak tahulah. Maka suruhlah orang yang lebih ilmu memberi penerangan.

"Cuba bayangkan kau muslim sorang2 tinggal di kampung Hindu. Setiap masa asap kemenyan. Dengar bunyi loceng tak boleh makan daging blablabla"

Banyak orang bagi contoh ni. Sebab kononnya nak menjaga hatilah kot. Maka what do you think they'll do? Slowly erase all those things yang kita dah biasa, yang dah sebati, lama2 sampai tak ada apa yang tinggal, negara ini dicorakkan balik? Ada orang kata jangan jadi racist hanya sebab ini negara Islam maka muslim boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan bangsa lain? Aku hairan kalau seorang muslim sendiri yang keluarkan statement ni. Sebelum tu aku nak declare awal2 aku ni BUKAN RACIST. Takda maknanya nak bangga dengan bangsa. Kalau setakat tengkolok diraja dengan bahasa melayu tu kau nak bangga2kan baik balik rumah main dota je. But I am a religionist. Sorry to say tapi aku memang skeptic sikit dengan agama lain tambah2 pulak ateis. Kalau yang jenis faham memahami tu baguslah semua orang boleh amalkan toleransi.

Masalah sekarang ni yang ramai2 nak beri masalah kepada Islam ni kenapa ea?

Pernah tak kau dengar sesama Hindu bergaduh untuk tidak berarak ramai2 di Batu caves sampai sesak jalan, traffic jam, atau jalan sambil cucuk badan tu? Pernah tak Cina2 sekalian berkhilaf sesama sendiri sama ada nak teruskan makan babi atau tak kerana bimbang busuk bau babi mengganggu jiran muslim? Masalah orang Islam zaman sekarang ni baik angat tapi tak bertempat. Kononnya tak mau ganggu tidur cina yang "dia nak buat apa bangun awal2 pukul lima? Nak bersaing dengan tok siak?"

Bangun awal pagi tu banyak kebaikannya. Sebab tu islam suruh bangun awal pagi. Sampai Allah wajibkan solat subuh tu takkan tak faham lagi apa kepentingannya? Orang cina bangun awal buat taichi. Orang melayu Islam je yang sibuk nak hentikan bacaan quran pagi2 sebab nak tidur lama2 dekat nak habis waktu baru nak bangun? Betul tak?

Pulak tu ada yang lagi bijak mengatakan pasang speaker kuat2 tu mengganggu orang lain beribadah dengan berdalilkan hadis nabi larang baca alquran kuat2 dalam masjid sampai mengganggu orang lain solat. Itu zaman nabi. Ini zaman umat nabi. Zaman nabi masih hidup, sebarang masalah dirujuk terus kepada nabi. Zaman sekarang nabi dah wafat. Dan kalau masa zaman tu baca alquran kuat2 mengganggu orang beribadah sebab memang masjid penuh dengan orang yang buat ibadah. Zaman sekarang ni masjid kosong banyak cicak je. Lepas tu tok imam datang dengan siak pasang kaset nak kejut subuh. Pastu bilal laung azan ajak orang solat. Ok lah tu.

Dan logikkah orang yang bertahajjud pukul 4:30 pagi (sebab dia tak terjaga pukul dua) selesai solat witir pukul lima dan nak baca alquran tiba2 dengar ayat quran dipasang di masjid, then dia rasa terganggu sambil berkata what the hell bullshit ganggu aku beribadah ni? Ada ke? Mustahil kan? Dan tidakkah pelik sekiranya merasa terganggu mendengar bacaan yang baik? Something wrong with the heart kot.

Tadi aku bangun sahur pukul terjaga 4:30. Tidur balik sebab awal lagi. Then pukul lima dengar orang baca sural alWaqi'ah. Bangun dan makan.

Apa masalahnya?

Lepas tu ramai lah lagi yang kaitkan dengan politik pulak dah. Isu politik ni memang dah shit dari dulu. Bukan urusan aku walaupun ada orang kata islam dan politik itu seiring. Islam yang macam mana dan politik yang macam mana kena ambil kira jugak. Bukan main sebat je. Sampaikan agama yang innocent pun jadi yang tertuduh sebab politik itulah. Tu pun kecoh nak satukanlah, seiringlah, apa benda lagi.

Dan yang menjadi antara dalil hukum ialah uruf dan adat. Walaupun tak disepakati, tapi sekurang2nya bila disepakati sesama ahli kawasan tu maka tak menjadi masalah untuk meneruskan amalan itu selagi mana tak bercanggah dengan agama. Bukannya adat menyediakan korban anak dara kepada dewa bukit pun. Adat kebiasaan pasang kaset mengaji je pun (bukan kaset mengaji jepun). Tak ada orang mati sebab dengar ayat Alquran. Yang mati masa kita tengah baca yasin banyaklah. Tu pun dah memang ajal dia.

Ada jugak pendapat mengatakan sia2 je pasang sebab bukan orang nak hayati pun. Bahkan orang yang pasang tu pun lepas siap pasang kuat2 those people gossip2 sesama sendiri. Hah dah tahu kalau pasang pun orang tak dengar, maknanya memang kena pasanglah sebab nak ajar orang supaya dengar. Sekurang2nya ada effort. Cuba kau fikir bila masak pun ada yang tak makan. Habis tu tak payah masak? Biar mampus? Pasang je lah kalau nak dengar, dengar. Tak mau dengar, tidur. Habis cerita tak payah debat pun.

Mungkin ada orang kata mengganggu anak kecik nak solat. Eh tidur. Tapi ada ja solution. Pasang perlahan2. Volume tu naikkan perlahan2 tapi jangan sampai kuat. Cukup2 bagi orang dengar je. Dalam rumah tu alang2 ada seorang yang terjaga nanti dia pandailah kejutkan ahli family lain or whatsoeverlah dia nak buat macam mana pun. Speaker tu pulak kasi yang berkualiti punya. Baru sound tak pecah2, dengar pun sedap. Tak sakit kepala.

Just takpayahlah sampai nak larang dan mencetus isu. Kat Penang tu aku fahamlah sebab majoriti cina. Habis yang Kampung Jawa,  Mukim Ulu, dan Bukit Semanggol (contoh) yang semua melayu islam pun nak larang apa kebenda lah.

I don't see any wrong using technologies to spread the ayats. Internet sebar pornografi takda sapa pulak yang kecoh. Makshit wuzara dan (some) ateis2 yang perangai macam cilake tu boleh pulak kau nak kata kebebasan beragama. Haish melayu islam malaysia ni memang memeningkan aku.

 Teori : Kalau ada orang bawak boom bag macam ni dengar lagu rock mesti orang kata COOL!! tapi kalau dia pasang ayat quran orang kata JANGAN GANGGU ORANG NAK BERIBADAH.

So rather than bertelingkah why don't you find solutions? Bergaduh sesama sendiri besz ke? Sesama muslim to be exact. Come onlah. Tak payah pakai magnifier pun boleh nampak. Pemolitik2 sekalian pun yang paling hebat berlawan pun muslim jugak. Kenapa ea? Pernah terfikir tak kenapa ada je bahan nak menggaduh2kan umat islam? Umat lain steady ja bersatu. Umat islam berpecah. Tak campur yang murtad lagi tuh,

Dunia oh dunia.

Oh lagi satu. Kenapa baru sekarang isu ni timbul? Dulu ok ja kan? Ulama2 dulu tak baca hadis ke?


Sekian terima kasih


p/s :: Just for devil's advocating. Sebarang salah dan silap amat dikesali. Pendapat ialah sesuatu yang kita pegang dan tidak boleh dirampas tetapi boleh dibentuk melalui perbincangan.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

5 comments:

jaya jr said...

singgah2 pastu bace2..ade point jugak yg dapat..terima kasih selamat puase hari 17..huhu

yui92 said...

@jaya jr sama2 =p=p=p

Muiz Nasrallah said...

Solihin, sebagai seorang kawan aku rasa aku patut tegur perkara yang aku rasakan sebagai kesalahan ini.

Aku boleh terima kalau nak berpendapat, tapi bagi aku mesti ada batasan. Sebagai seorang muslim hang mesti faham, apa hak hang terhadap Islam. Kalau tak setuju sekalipun, kenapa memperlekehkan sunnah? Kenapa kata zaman nabi lain, dan zaman umat Nabi lain? Apa guna nabi diturunkan kalau bukan untuk jadi ikutan umatnya? Sunnah relevan sepanjang zaman. Takutlah kepada Allah, ini bulan ramadhan, sepatutnya ketaqwaan meningkat, kita semakin cintakan sunnah Nabi. Allah yahdik.

Seriously, aku jarang jumpa orang yang sebegini angkuh dalam menulis artikel.

Hang berbicara tentang hukum agama, tapi tak kena cara. At least walaupun seseorang tu bukan dari deen field, but they really3 want to voice out their oppinion in deen, they did not use words sth like that, "in my oppinion", "i want to justify" ect.

Sebaiknya digunakan, "apa yg saya faham melalui ajaran Islam" atau "antara yg terdapat dlm pandangan ulama". Supaya tiada budaya memonopoli kebenaran, sbgmana teruk berlaku dlm pelbagai isu akhir2 ini dlm.

Sesiapa yg mengaku memonopoli kebenaran, maka dialah yg tidak benar.

Isi hang menulis juga menampakkan kejahilan hang tentang istinbat hukum. Al-Quran, Sunnah dan Ijmak adalah hukum yang disepakati. Kalut pi cari uruf dan adat yang tak disepakati buat apa? Uruf dan adat yang bercanggah dengan sunnah, automatik tertolak, takleh jadi dalil.

Dan hal ini termasuk dalam urusan ibadah, yang dok bold bidaah nabi tak buat tu apa? Nak perli? Sedangkan nabi yang mula3 sebut istilah bidaah. Nak perli siapa?

Buatlah homework sebelum menulis. Apa hang nak kata bila aku kata ada orang mati sebab bacaan alQuran? Check dalam seerah seorang yang digelar "Dibunuh alQuran". Nama beliau Ali bin Fidhail bin 'Iyadh.

Ulama2' kita dah ulas banyak dah pasal isu ini. UFB, Dr MAZA, TGNA, TGHA semua dah keluarkan statement. Memalukan sebagai seorang intelek menulis sebegini tanpa rujukan ulama'.

Kalau kita mati masa menulis artikel memperlekehkan sunnah Nabi macamni, moga2 Allah mengira usaha baik kita yang lain dan mengampunkan kesalahan2 kita yg kita alpa dan tidak mengerti. Banyak2lah berdoa.

yui92 said...

@Muiz Nasrallah first thing's first.. thanks sebab sudi respons... ni lah first time penulisan aku dapat respons yang besz macam ni.. =p=p=p

hg pun tau kot aku sentiasa terima apa yang hg share, sebab hg lagi ilmu dari aku dalam bab2 ni.

Dalam entry ni aku tak kata yang kita perlu teruskan budaya tu dan jangan hiraukan apa yang ulama fatwakan..jauh lagilah aku nak buat pendapat sendiri..siapa aku nak baut camtu?

apa yang aku "justify" dan "opinion" tu.. bila aku tulis

"Jadi oleh kerana ramai yang sokong dan setuju dengan larangan tersebut, maka aku taklah sampai nak kata pemasangan ayat2 suci tu perlu dibuat. Wajib. Islam. Allahuakbar. No lah tak smpai macam tu. But in some cases aku rasa wajar dan aku cuba justify keadaan yang berlaku. Dari sudut pandangan aku sajalah. Well, your kampung and my kampung might not be the same. So why must you speak so loudly like you're the head of every single kampung in Malaysia kan?"

maksudnya aku bagi pendapat kenapa benda tu boleh wujud in the first place.. sebab tu aku tulis pasal imam pasang ayat utk kejut subuh,uruf dan adat, dan budaya nak bagi dengar ayat alquran waktu pagi2.. dan bagaimana orang kita dah terima benda tu..

once again..i always accept your sharing since ure more knowledgeable than me.. tu mmg xda masalah..aku terima..

cuma if u can, give me some explanations about my questionings especially all the parts below the boom bag picture... aku tertanya2 =p=p

more especially kenapa sekarang baru banyak isu macamni?

waitin for you.. apa yg aku tulis ialah pendapat aku pasal benda yang berlaku, bukan pasal hukum tu.. aku bukan makshit wuzara nak tolak hukum.kalau apa yg aku tulis tu difahami cam tu aku xtawlah.. aku baca balik biasa ja

yui92 said...

@Muiz Nasrallah oh lagi satu...aku bukan nak tulis pasal isu speaker sangat pun.. more interested about soalan kenapa makin banyak hal yg buat umat islam jadi berpecah..macam mana umat lain boleh bersatu, dan mcm mana sesama umay islam sendiri boleh jadi macam apa yg jadi sekarang ni =p=p=p