Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, August 27, 2011

Kosong - Isi - Jangan suruh orang (added watermark for picture... eleleh macam la megah sangat watermark dia tuh haish...)


Assalamualaikum. Hye.

First, sila komen atau LIKE entry ini walaupun takbesz. Photo editing pertama aku tuu haha bagi la sokongan sikit oii.

Hari jumaat datang lagi. Kali ni pasal saf lagi. Beza dengan entry minggu lepas, entry kali ini pasal saf yang ada lompang.

Kalau kita tau apa ada di saf depan2, saf pertama, nescaya kalau kena merangkak pun, kita sanggup merangkak demi sampai di saf depan dan jadi pesolat di ruangan itu.

Pakcik tadi, sibuk menampar punggung kawan sebelahnya untuk bergerak ke depan. Ok tipu bukan tampar punggung tapi tolak belakang. Sila jangan melakukan kesumbangan di dalam masjid okies.

Ada lompang di saf depan sebab ada pakcik2 bergerak ke depan dan ke kanan dan ke depan maka ada beberapa kekosongan di saf depan aku. Melihat kemesraan pakcik2 sekalian bertepuk tampar untuk menolak kawan masing2 ke depan, last2 akulah yang bergerak walaupun punggungku tidak ditampar oleh sesiapa pun tak ada siapa tolak aku pun.

Aku membayangkan maksud hadis nabi itu ialah lebih kurang kalau di saf depan tu ada broadband berkelajuan tinggi nak mampus, nak download movie 2-3 minit saja. Kalau begitu tentu aku akan mara ke depan, nescaya sampai merangkak, atau berguling, atau menyepak orang lain pun.

Cumanya itulah, apa yang nabi sabdakan itu kita tak nampak. So kita buat2 malas nak ke depan. Aku pun jenis tolak orang dulu sebelum gerak. Bajet nak bagi orang tu dapat kebaikan la. Sekali ja aku tolak. Kalau dia takmau aku jalan. Tak payah tunggu.

Pakcik, janganlah lawan tolak. Seolah2 pakcik2 pakat2 takmahu ke depan. Bukannya ada ular, pakcik. Ada kebaikan lah. Kau tak mahu tak apa. Ramai yang mahu. Sepatutnyalah.

Dan bila aku dah gerak ke depan tu, ada satu drama lagi. Ni aku tak sure dalilnya apa. Cuma aku buat berdasarkan pengalaman. Kalau pasal kebaikan saf pertama tu aku pernah dengar hadis ustaz aku sebut. Matan dan sanad sila rujuk yang pakar, terima kasih.

Okies dramanya ialah sebelah kanan aku lompang. Maka aku toleh belakang ada sesi tolak-menolak. Bosan menunggu, aku pun gerak la ke kanan. Tengok belakang lagi. Tolak menolak dah tak ada. So pakcik di kiri tak mahu berganjak. Macam tanah dia lagaknya. Yang pernah berlaku dulu, aku ditegur oleh seorang senior di sekolah sebab berganjak ke kanan bila imam di sebelah kiri (depan, tapi sebelah kiri). Kata senior itu, kita berganjak bila ada kekosongan saf dengan cara mendekati iman. Sebab tu kalau depan kosong jemaah di belakang langkah saf. Kita tak pernah melihat kejadian aneh fenomena jemaah di saf yang lagi depan reverse kan? Lain la kalau sempit ke apa.

So bila situasi tadi tu, aku berada di kiri masjid. Maknanya imam berada di kanan aku. So sebelah kanan aku lompang (rujuk perenggan di atas) maka aku geraklah ke kanan. Tetiba pakcik di kiri aku yang takmahu gerak tu cuba menarik tangan aku ke arahnya (kiri). Last2 sebelah aku memang kosong. Ada seekor kambing hitam duduk di situ. Tapi yang ni bukan takat kambing atau lembu, badak sumatera pun boleh duduk. Memang lompang yang ketara.


p/s :: So sila bergerak ke depan dan ke kiri atau ke kanan mengikut situasi. Jangan biar saf itu kosong. Nampak tidak best sebab... yalah tempat lain rapat bersusun tetiba ada kosong. Tak ke macam gigi rongak? Elok ke gigi rongak? Actually comel je tapi kalau gigilah. Kalau saf macam gigi rongak tak besz. Gigi, kita nak susun rapat2, cantik2. Kenapa saf solat di masjid kita malas nak susun rapat2?

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

8 comments:

Umie Artoqiemie said...

saf yg tak tersusun ibarat gigi rongak.. peh. haha..

yui92 said...

@Umie Artoqiemie haha...sbb tu kna rapat2kan

faiz said...

haha, makin smart editing gambar nya. penuh bermakna gituu

yui92 said...

@faiz huahua smartlah sgt =p=p=p

mardhiah yusof said...

aku datang sini sebab nampak perkataan watermark. tengok2 takde cite pasal watermark


*hampa*

Kayun Asza said...

analogi gigi rongak tu bg aku best. berkesan nk bg org paham. ang buat artikel la. tampal kat masjid tuh. biar jemaah lain pakat2 baca. nnti pakat2 ckp la, "lekaih2 bg rapat saf, xmau bg jd gg rongak"

yui92 said...

@mardhiah yusof haahha actually gambar tadi xda watermark...pastu letak watermark... bukan cerita pasal watermark..huhuhu

yui92 said...

@Kayun Asza hahaha nak educate org tua ni lain skit... hg kan cgu... kongsi la tips =p=p=p