Pemollow

THYB on Facebook

Friday, August 19, 2011

Gunakan Ruang Yang Ada Supaya Selesa


Assalamualaikum. Hye.

Meluruskan saf ialah perlu. Okies Jumaat kali ni aku nak cerita pasal saf pulak.

Sejak sekian lama tidak solat di masjid Malaysia, aku dah rasa pelik dan kekok pula. Ececeh padahal baru 10 bulan solat jumaat di masjid mesir. Kalau orang Mesir banyak ragam dengan pakaian - baju singkat, jubah jarang tapi tak pakai seluar, pelikat singkat, dan sebagainya, jemaah di Malaysia ni perangai lain sikit.

They wear proper attire, cukup kain, tebal, dan tak ada masalah boxer terkeluar dari tempatnya (sebab tak hot agaknya... kahkahkah) tapi yang aku nampak paling ketara ialah kadar kerapatan saf yang sangat2lah mengecewakan.

Masa kat mesir, aku siap ragu2 dengan solat aku sendiri. Sah ke kalau rukuk dengan penuh kontrol, sujud sampai mengkerekot (literally means coiled), dan bila bangun dari sujud untuk qiyam kadang2 terpaksa mencium bontot orang depan.

Tapi perasaan ketika solat itu tidak lain melainkan rasa keeratan yang sungguh kukuh, padu, dan jitu. Cewah.

Bila aku sampai di Malaysia 2 minggu yang lalu, jarang2 aku merasa bahu orang lain bila bersolat jemaah di masjid. Well ada masanya aku solat di rumah saja, memanglah tak berlaga bahu. Tapi di masjid, sepatutnya berhimpit2 merapatkan saf supaya tidak ada ruang2 yang nyata antara jemaah2 yang hadir. Tetapi apa yang berlaku ialah para jemaah seolah2 menerima arahan kawad untuk luruskan barisan, maka semua orang pun mengangkat tangan separa bahu ke sisi masing2 dan pastikan tidak berlaga. kemudian barulah mengangkat takbiratul ihram.

Dan memang tak bersentuh pun. Sekali lagi, masa di Mesir aku ragu2 adakah kalau angkat takbir sambil ketiak terkepit itu diterima? Sebab lelaki kena buka sikit ketiak tu kan?

Adakah mereka nak menggunakan ruang yang ada dengan penuh efisien, atau sekadar mahu menghasilkan ilusi yang ada banyak jemaah hadir sebab saf menjadi banyak?

Di masjid kampung aku sendiri misalnya, kalau ikutkan hati nak saja aku lompat saf dan mencelah di depan. Tapi aku masih remaja. Remaja sentiasa merasa diperhatikan so tak boleh buat pelik2 nanti akan diperhatikan. Kahkahkah sebenarnya memang aku tak buat apa2 sangat. Aku mengaji medik okies bukannya fekah.

Tapi setakat kepentingan dan galakan merapatkan saf tu aku tahulah. Mungkin orang2 tua nak bagi mudah bergerak kot, dan memang jemaah sikit gila, so daripada membazir saf, lebih baiklah mereka renggang2 dan mengguna ruang yang ada dengan seoptimum yang mungkin. Boleh ke macamtu?

So silalah rapatkan saf anda. Agak2 orang2 tua mungkin tak buat, kita yang muda2 ni buatlah. Nanti kita tua bolehlah anak cucu kita ikut kita pulak. Lepas tu orang2 tua zaman kita yang tak rapatkan saf tu rata2nya six feet under, maka saf2 di masjid pun akan rapat. Insya Allah.

p/s :: Ustaz aku masa sekolah rendah dulu kata, kalau kita tinggal ruang antara jemaah tu, nanti ada syaitan dalam bentuk kambing berwarna hitam akan duduk di celah2 kita dan menyebabkan solat kita menjadi tak khusyuk.

Ni bukan kambing dah ni. Lembu hitam pun dah muat nak duduk.

okbai                                                                                         
Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

jaya jr said...

orang-oramg melayu kite ni ramai yang jenis klo nampak masjid luas,saf tak rapat pon xpe..adoi..susah2

Kayun Asza said...

depa kdg2 tak selesa kalau kita p bg dekat2 sgt. kat tempat aku time terawih pun ada jemaah2 tu takmau rapat2 sgt. huhu

yui92 said...

@jaya jr haha tu lah masalahnya =p

yui92 said...

@Kayun Asza aku pun pernah menghadapi situasi sama =p=p