Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, August 24, 2011

Cerita Arnab dan Kura-kura yang kiutmiut (yui92 version)


Assalamualaikum. Hye.

Cerita arnab dan kura2 versi yui92 lebih suwiit dan layan. So bolehlah kamu cerita kepada anak2 kamu suatu masa nanti.
So suwiit kan?
Pada zaman dahulu, ada seekor arnab dan seekor kura2 tinggal di dalam hutan. Arnab itu somong dan bongkak blablabla yadayadayada semua orang tahu intro cerita ni.

Suatu hari, sang kura2 yang fed up dengan perangai mangkuk sang arnab mencadangkan satu perkara yang buat sang arnab kering gusi kerana gelak tak henti2 sampaikan gusinya terdedah kepada udara terlalu lama sehinggalah kering. Maka istilah tak kering gusi yang membawa maksud lawak sama sekali tidak benar. Sebenarnya ia merujuk kepada tidak lawak kerana orang tidak gelak maka mulut tertutup maka gusi tidak terdedah kepada udara maka ia pun tidaklah kering. So sila tukar kepada lawak gilaaaa kering gusi dibuatnya okies?
Warming up

Sang kura2 mencadangkan mereka berlumba. Sang kura2 depressed kerana tiap2 hari didera secara mental oleh sang arnab. Maka dia memutuskan untuk mengadakan perlumbaan ketiga. Sudah dua kali moyangnya mengalahkan arnab dalam dua perlumbaan berbeza tetapi arnab tetap dengan perangai samsengnya mengutuk2 sang kura2. Sejarah sering dilupakan. Bahkan sang arnab mengatakan kisah moyang mereka itu pernah berlumba sebagai suatu karut fantasi khayalan tahyul ciptaan orang dahulu kala. Zaman di mana unsur khurafat masih menguasai fikiran rakyat jelata. Apakah mungkin kura2 mengalahkan arnab? Sungguhlah magis, mitos, dan mistik sekali.

Hari perlawanan, malang tidak berbau bagi sang arnab kerana disambar helang sebelum perlawan sempat dimulakan..
NOOOOOO!!!!!!! jerit sang arnab.

Okies itu cumalah acahan. Sebenarnya mereka sangat bersemangat sampai siap buat trek lagi tahu? Sang kura2 sangat bersungguh2 mahu menumpaskan sang arnab kerana kesombongan arnab itu sangat meruntun jiwa sensitif yang diwarisi oleh nenek moyangnya dulu.

Dan perlumbaan pun bermula. Sang arnab memecut dan membiarkan sang kura2 makan debu. Bahkan sang arnab sengaja mengais pasir dengan kuat semata2 mahu mengacau penglihatan sang kura2. Mujur benar ada Eye Mo Moist. Jangan gosok! Gunakan eye mo. Sang kura2 sempat mempromosikan eye mo kepada penonton yang menunjukkan wajah kurang senang kerana sang kura2 seolah lupa bahawa dengan sesungguhnya dia sedang bertarung.

Di pertengahan jalan, sang arnab berhenti. Mengapakah??? Apakah yang berlaku seterusnya?

Bersambung...
























































































Dengan segera...

Henfon arnab berbunyi. Itulah sebab dia berhenti. "Helo, siapa di talian?" "Ni alang ni. Long buat apa tuh?" "Ohh along tengah berlumba. Ada apahal?" "Pak long pak, dah meninggal dunia.."

"APAAAAAA?! Pak telah meninggak dunia?" Sang arnab melolong tidak keruan.
"Bukan. Ayat alang kan pak long pak, dah meninggal dunia. Bukannya pak, long, pak dah meninggal dunia."
"Cakap la tok long. Haish.."
"Ohh okies. Nak bagitaulah. Marilah balik cepat. Selesaikan perlumbaan itu dengan pantas okies?"

Sang arnab terduduk. Memori datang menyapa satu persatu. Bahkan tok longnya itulah satu2nya arnab dari kalangan veteran yang mahu berkawan dengan arnab2 sepertinya. Yang dilabel sebagai arnab nakal, samseng, dan indie. Bahkan lagi, tok long ialah arnab yang pernah melumbai sang kura2 juga suatu masa dulu. Pernah mahu mengungguli perlawan tersebut, sang arnab tua dikalahkan oleh teknik melantun oleh sang kura2 tua. Bagi sang arnab, itu ialah taktik keji. Dan sebenarnya dia tidak percaya sang kura2 tua mampu melantun tanpa membahayakan diri. kalau melantun dari tebing sampai ke bawah mestilah cangkerang akan pecah, tidak pun akan sakit2 badan lalu pengsan atau terus mati. bagaimana sang kura2 tua masih mampu berlumba sehingga ke penamat?

"Sihir." Sang arnab duduk di bawah pokok. Pokok itulah. Di bawah pokok itulah moyang tok longnya pernah berehat. Dan tertidur lalu kalah dalam perlawanan pertama. Dia juga hairan bagaimana tiba2 pokok itu boleh berada di situ. Adakah dia hanya merepek? Dalam kepenatan dan kekejutan menerima berita tersebut, sang arnab terlelap.

Sang kura2 muncul. Teknik seribu langkah yang dipelajarinya oleh sangkurasakti ternyata berkesan. Satu tapaknya menyamai seribu tapak kura2 biasa. Nyata sangkurasakti terlibat dalam perlawanan dulu. Sangkurasakti si bomoh kura. Jujur jelas tak berpura.

"Moyang kita tak percaya sihir. Tapi aku gunakan juga ke atasnya tanpa dia sedari. Sebab tu dia menang. Kau ingat apa lagi yang mampu mengatasi logik dan hukum alam selain sakti?" Kata sangkurasakti sewaktu sang kura2 menolak tawarannya menggunakan magis untuk membantu dalam perlumbaan. Sang kura2 mahu berlumba adil dan saksama. Tetapi tawaran yang diterima sukar ditolak. Apatah lagi kesaktian yang terbukti. Sakti buana nusantara.

Dengan masa yang ada, sang kura2 memasang niat jahat. Dia mahu memasang perangkap. Dia mahu memasang kekalahan sang arnab. Biar sang arnab yang somkak itu kalah dan termalu dengan kadar yang dahsyat. Sang kura2 begitu emosi sehingga sanggup mewujudkan perkataan baru iaitu somkak yakni sombong + bongkak. Nyata somkak bukanlah diakui dewan bahasa dan pustaka tetapi cukup mengakui ketakabburan sang arnab.

Rancangan jahat sang kura.

Secara tidak semena2 sangkurasakti menepuk bahu sang kura2 dar arah yang tidak dapat dipastikan. Jasadnya tidak di situ tetapi kehadirannya dirasai. Bagai angin yang tidak dapat dipegang genggam tetapi sejuknya membaluti sekujur tubuh yang diselaputi cangkerang bercorak ala2 batik kilang Nor Affa Batik.

"Cukuplah sihirku membantumu sehingga ke sini. Tak perlu kau berkeji. Malulah kerana kau mahu menganiaya lawan. Moyang kita tak pernah berbuat begini. Kau mahu conteng crayon ke muka mereka?" Sangkurasakti menyelitkan unsur jenaka kontemporari dan urban dengan perkataan crayon yang sepatutnya arang.

Sang kura2 malu tertunduk. Lantas dia mengejutkan sang arnab yang tertidur. Sangkurasakti senyum. Dia beransur hilang dalam kepulan asap hijau. Dalam hati dia bangga kerana anak muda sudah mampu berfikir waras. Mampu memikirkan apa yang lebih penting daripada kemenangan. Persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang, perpaduan, semua itu lebih keemasan berbanding kemenangan semata2. Adakah ini impak menonton terlalu banyak anime Naruto?

Sang arnab terjaga. Dia terharu akan kebersamaan yang ditunjukkan oleh sang kura. Dalam hatinya terdetik prasangka terhadap sang kura2. Namun mata tidak dapat menipu. Keikhlasan terpancar dari mata sang kura2 yang kuyu. Sang arnab senyum sambil mulutnya menyimpulkan kata2 terima kasih. Mereka berpimpinan tangan ke garisan penamat. Dendam keturunan tiada lagi. Kesalahan nenek moyang tak perlu diteruskan generasi muda. Cukuplah atuk2 dan anek2 berbalah. Cucu2 tak perlu bercakaran. Lebih baik bermain aci ligan lebih banyak faedahnya.

Mereka sampai ke garisan penamat bersama2. Semua haiwan terkejut tetapi mereka gembira kerana ending agak suwiit walaupun terdapat sedikit unsur geli bagi sesetengah kelompok yang berpendapat berbaik2 antara protagonis dan antagonis ialah sangat eeeuuww. Tetapi oleh kerana tidak dapat dipastikan siapakah antagonis dan siapakah protagonis maka mereka berdamai saja. Dan mereka berbaik2 sehingga jatuh cinta.

Oh darling...

Tetapi oleh kerana kedua2nya jantan dan berbeza keturunan, maka cinta terlarang itu berakhir di situ. Andai ada zuriat terlahir, nak panggil apa? Kurnab?
Kurnab???
Sekian tamatlah cerita.

okbai.


Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Kayun Asza said...

kering gusi.somkak. conteng crayon ke muka. kurnab.

ang boleh jd pengkaji bhasa kot. hehe

yui92 said...

@Kayun Asza perepek bahasa =p=p

aLong baik said...

cinta terlarang?kurnab? awat xbuat badan arnab kepala kura2?

jaya jr said...

aritu tengok versi upin ipin pon boleh tahan jugak nakall..kah3

yui92 said...

@aLong baik sebab kepala arnab lg comey =p=p

yui92 said...

@jaya jr heheh... macam2 versi =p