Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, July 16, 2011

Kalau Putih Jangan Selapis


Assalamualaikum. Hye.

Walaupun aku selekeh, aku bukanlah buta fesyen langsung.

Sekurang2nya aku tahu perihal warna, which is kalau lelaki nak pakai pink, pastikan kulit tu tak gelap dan wajah juga tidaklah terlalu macho, misalnya. Kumpulan Jambu agak kiut memakai pink tapi mereka hanya dua orang, dan ada nama. Jangan kamu tiru buta2 saja.

Kadang2 aku rasa macamla aku pakai elok sangat nak kompelin2 orang lain kan tapi nak buat macam mana la lagi, kalau dah nampak sangat jelas dan ketara, pakaian tu tak ubah macam selapis kain yang diletak atas kulit secara sia2. Orang indon kata percuma. It supposed to be more than just a piece of cloth on the skin.

Nak solat misalnya, pakaian kena betul2 pakaian. 

Macam biasa di masjid sewaktu solat jumaat, aku akan duduk di belakang seseorang yang pakaian dia ada sumthin wrong. Nak salahkan takdirkah? Haritu pakai singkat dan ketat sampai nampak encik bon. Kali ni nak cerita pasal warna putih pulak.

Wahai penjubah2 / pemakai2 putih, putih itu suci. Warna yang sinomim dengan islam. Nanti di mekah masa ihram pun orang banyak pakai putih. Jadi tolong jangan bagi impression tak elok dengan baju/jubah putih.

Mesir ini panas (Malaysia pun) dan bila panas biasanya terang benderanglah. Warna putih pula, kalau kain tu nipis, dan kamu tak pakai apa2 di dalam, memang jadi wayang kulitlah. Logiknya, kalau boxer kamu orang boleh kira ada berapa jalur, maknanya kamu tak pakai seluar di dalamlah kan? Dan bila orang boleh nampak kesan bulging singlet kau bila kau tundukkan badan semasa rukuk atau sujud, maknanya jubah kau itu nipis. 

Aku tak tahulah adat kebiasaan di mesir macam mana. But it's not nice to watch stuff like that. Especially bila kau rukuk cepat dari aku, maka aku akan nampak boxer kau tu. Walaupun aku pandang bawah, confirmlah nampak jugak sebab field of view mata manusia normal macam aku bukannya takat 30 darjah je. Lebih dari itu okies?

Pakailah t-shirt, dan seluar. Tak pun kain pelikat ke apa. At least kalau nampak kotak2 dari bontot ke kaki, orang tahu kau pakai kain di dalam. Dan itu tidaklah geli. Kalau orang perempuan dilarang memakai yang jarang2, I suppose orang lelaki pun sama. 

So kalau malas nak pakai berlapis2, jangan pakai putih.
kalau nak pakai putih, jangan selapis.
faham?

Still, kalau kau tebalkan kain, putih tetap akan membenarkan cahaya menembusinya. Termasuklah apa warna sekali pun yang blended dengan putih. Pink, cyan, violet, hijau muda, dan lain2. Aku rasa pakai selapis lagi di dalam is the best solution. Kalau kamu rasa buruk kalau orang nampak corak t-shirt yang tah apa2 di sebalik jubah, maka pakailah t-shirt putih. Seluar panjang warna putih pun wujud dalam dunia ni. Baju Lady Gaga yang punyalah macam haram tu pun ada dibuat orang. Takkanlah setakat inner clothes warna putih kamu tak dapat cari?

Bayangkanlah, di depan kita ada orang pakai jubah putih. Sejuk mata memandang. Sekali dia bangun berdiri, nampak bentuk kaki dari tapak kaki sampai ke kelangkang. Pastu ada jalur2 di area gluteal. Tak ke kau rasa Eeeuuuww?

p/s :: Apa status solat orang lelaki yang pakai jarang sampai tembus ke dalam? I mean, kalau perempuan pakai jarang dikira tidak menutup aurat, lelaki pun samalah kan? Aku tak sure. Siapa tahu bolehlah share.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

eida sazali said...

"Apabila salah seorang di antara kamu mengerjakan solat, hendaklah ia memakai dua helai pakaian,=. Kerana, lebih patut ia berhias di hadapan ALLAH. Apabila ia tidak mempunyai dua helai pakaian, hendaklah ia memakai sarung ketika solat. Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyilangkan pakaiannya ketika solat seperti yang dilakukan kaum Yahudi."

[HR Al-Baihaqi]


"Sekali waktu baginda mengerjakan solat dengan memakai khamish bergambar-pen. Lalu, baginda sepintas melihat gambar-gambranya, Setelah baginda menyelesaikan solatnya, baginda saw bersabda, "Kembalikanlah khamish ini kepada Abu Jahm dan tukarkan dengan pkaian anbijaniyah milik Abu Jahm. Kerana Khamish ini baru sahaja telah mengganggu solatku (pada riwayat lain), "Saya malihat sepintas gambar yang ada pada baju khamish sewaktu solat, dna hampir sahaja merosakkan kekhusyukanku.""

[HR Bukhari, Muslim, Malik]


Saje share, ni aku basa kat Ensiklopedia Sifat solat Nabi Jilid 1 By Syeikh Muhammad Nasharuddin Al-Albani, duterjemahkan oleh H. Abdullah Sani. Lc. MA


Hihi

eida sazali said...

typo banyak. sori

yui92 said...

thanks for sharing =p=p=p

Kayun Asza said...

hehe.

aLong baik said...

hua2..nih pon nk habaq?kat masjid bulat ka?hoho

yui92 said...

ha ah kat msjid bulat... kna la crita..supaya dijadikan pengajaran =p=p=p