Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, June 9, 2011

A Tale to Remember? perhaps, perhaps


Assalamualaikum. Hye.



Benda terbengkalai. Sepatutnya buat masa bulan 4. tangguh sampai bulan 7. Teacher, im sorry ok....okies this is my part. Not interesting pun. Tapi sebab dah buat so publish la jugak. If la kan, that part is cut from the article, then you can view it here. Tak gitu??? -well the article is meant for the majalah sekolah. U know what's that, right?


***
Khamis, 27 Januari 2011.
Sakit hati semakin terasa. Apa yang berlaku dua minggu lalu memang sesuatu yang lazim di Mesir. Sepatutnya aku memperbaharu Visa di Hadaiq el Koba. Pegawai-pegawai di situ mengarahkan aku ke Tahrir. Di Tahrir pula layanan pegawai sangat teruk dan berat sebelah. Aku fahamlah ini bumi mereka. Tapi janganlah sampai terlalu ketara. Mana taknya. Dibuat macam mainan. Salah akulah juga sebab tak periksa betul-betul nama aku di borang permohonan. Nama ayah aku silap. Zainol Abidin bin Salleh ditulis sebagai Zain bin Salleh. Visa aku tergantung. Pegawai tu suruh aku balik universiti semula dan betulkan nama. Sebelum pukul 2 petang. Aku patah balik dari Tahrir ke Demerdash. Sampai sahaja universiti, terus aku cari Mr Saib. Betulkan nama. Patah balik ke Tahrir. Daripada pukul 10 pagi, aku tiba di kaunter pegawai tadi sebelum tengah hari. Jam menunjukkan 11:30. Hati mana tak terbakar, kita sampai dengan susah dan payah tiba-tiba pegawai itu berkata selamba "You're late, come again this Saturday." Miss Mona, kamu memang pandai nak uji kesabaran orang kan? Masa itu jugalah ada sekeluarga Nigeria memotong barisan, nak berurusan, cakap dalam bahasa arab sambil jeling-jeling ke arah aku.
Di rumah Darul Aman 3, kecoh tentang cerita rusuhan yang sedang berlaku di medan Tahrir. Tempat aku buat visa. Setakat aku balik dari situ, tak ada apa-apa yang luar biasa. Keadaan terkawal. Semoga keadaan selamat sehingga Sabtu. Aku nak urusan visa ini selesai cepat-cepat.


Jumaat, 28 Januari 2011.
Ayat pegawai semalam itu masih kuingat. Dapat didengar di hujung-hujung telinga.  Tiba-tiba dalam sedang sibuk melayan perasaan, ustaz Shahir memberitahu aku bahawa rusuhan besar-besaran sedang berlaku di medan Tahrir. Tahrir? Tempat aku buat visa? Alamak. makin lambatlah nak dapat.
***


***
Sabtu, 29 Januari 2011.
Memang urusan visa aku tergantung langsung. Waktu ini nak keluar rumah pun tidak dibenarkan. Kedai di depan rumah pun seolah-olahnya sebuah tempat yang terlalu berbahaya. Sedih aku mengenangkan usaha aku dua minggu ini sia-sia saja. Semuanya gara-gara Miss Mona yang tidak menyiapkan urusan aku pada waktunya. Namun aku mula nampak bahawa aku perlu risau akan perkara yang lebih besar. Rusuhan yang sedang berlaku sedikit sebanyak membimbangkan aku. Keadaan sangat tegang di luar. Suasana di dalam rumah dan di luar rumah sangat berbeza. Seperti dua dunia yang berasingan.
***


***
Rabu, 2 Februari 2011.
Keadaan semakin rancak dengan cerita dari mulut ke mulut. Begitu banyak kes yang berlaku di bahagian cawangan. Ada aku dengar cerita seorang ustaz ditembak di kaki, ada cerita orang arab bergaduh di rumah sebelah sehingga menyebabkan kematian, orang membawa senjata di luar rumah, dan sebagainya. Tetapi di kawasan sekitar rumah aku tidak ada cerita sebegitu. Paling dahsyat pun aku ternampak ada orang memegang senapang semasa di kedai roti. Pada masa ini makanan agak terhad. Tidak seperti selalu, kami lebih banyak memakan roti berbanding nasi. Beras semakin sukar didapati. Begitu juga barangan dapur.
Pada malam hari, kami mengikut jadual berjaga di tingkat bawah untuk mengawasi keluar masuk penduduk imarah Asrama Darul Aman 3. Sudah terlalu banyak kes pecah masuk. Para akhawat memberi sumbangan melalui penyediaan juadah bagi mereka yang berjaga.
Agak bosan pada waktu ini. Nak buat apa pun tidak boleh. Siang malam ada perintah berkurung. Bila berkurung di rumah pula, tiada talian telefon atau internet. Tapi aku dengar juga para ibu dan bapa di Malaysia terlalu risau akan anak-anak mereka di sini. Sebenarnya tiada apa-apa pun. Keadaan terkawal. Bahkan rakyat mesir juga yang memberi perlindungan kepada kami. Walaupun ada segelintir yang mengambil kesempatan dan menimbulkan kekacauan.  
***

***
Sabtu, 5 Februari 2011
Bertolak meninggalkan asrama. Aku adalah antara pelajar-pelajar terakhir yang dibawa keluar dari Mesir. Menunggu di Lapangan Terbang Kaherah selama beberapa jam sebelum bertolak ke Jeddah. Inilah kali pertama aku menaiki pesawat Charlie. Pesawat itu memang besar. Bunyinya pula memekakkan telinga. Pegawai-pegawai yang memantau kami garang-garang. Kami dipaksa untuk masuk memenuhi segenap ruang yang ada. Duduk berhimpit-himpit. Walaupun begitu, aku tetap mampu tertidur walaupun dalam keadaan bising dan tidak selesa. Perjalanan itu sangat meletihkan. Bayangkan, lebih 8 jam kami berada di dalam itu. Duduk di atas lantai keras, bunyi bising, dan gelap. Sangat berbeza dengan penerbangan semasa pertama kali datang ke Mesir. Sungguhpun begitu, pengalaman ini merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan.

Ahad, 6 Februari 2011.
Tiba di Jeddah. Penempatan pelajar agak kurang teratur tetapi aku dikira bernasib baik kerana mendapat bilik untuk diduduki semenara. Ada ramai jugalah yang hanya tidur di dewan besar. Beralaskan karpet dan diselesakan dengan beberapa kipas berdiri. Aku bersyukur kerana mendapat sebuah katil, berdekatan dengan tandas, dan tidak terlalu sesak. Aku berkesempatan bertemu kawan-kawan sekolah yang sedang belajar di Tanta, Zagaziq, dan Kaherah. Bagus juga begini. Semasa di Mesir masing-masing sibuk dan tidak berpeluang untuk berjumpa.

Selasa, 8 Februari 2011.
Hari ini kawanku yang belajar di Universiti Madinah, Asyraf Muiz datang melawat. Dia nampak hebat dengan perawakan baru. Sempat dia bawakan aku air zamzam dan membelanja aku makan KFC Saudi atau namanya Al-Baik. Menunggu giliran untuk pulang membuat aku tidak senang duduk. Setelah lama menanti, giliranku tiba juga. Semasa di Jeddah, banyak perkara yang aku dengar dan pelajari tentang apa yang berlaku sebenarnya di Mesir. Bagaimana kekecohan itu langsung wujud. Perkara ini sudah lama. Cuma sekarang baru ia meletup.
***

***
9 Mac 2011
3 minggu di Malaysia sangat menyeronokkan. Aku terlupa yang perjuangan aku masih panjang. Kerajaan negeri telah memberi bantuan pengangkutan untuk kembali ke Mesir. Berat hatiku tetapi ini jalan yang telah dipilih. Wajib diterokai sehingga ke hujung. Aku mahu lihat apakah pembaharuan yang bakal dimulakan. Bagaimana Mesir setelah revolusi. Aku mahu menyaksikan kebangkitan semula bumi anbiya itu. Maka dengan itu, harus aku kembali ke sana  dengan hati terbuka. Aku yakin Allah ada bersama mereka juga dalam perjuangan mereka itu. Dan aku juga mahu turut serta, walaupun sekadar melihat hasilnya.
***





Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
alhamdulillah selamat.
cuma tertarik bila baca,
bawa senapang dalam kedai roti.
aduhh. sabar orang yang berdoa
minta dilindungi akan dijaga
oleh Allah. Keep Doa pada-Nya.

Insyallah selamat berjihad di sana yui. salam.

tengkorakemas said...

teruskan bersabar mengharungi dugaan di masa akan datang :)

Faris 'Azim said...

superb experierience!

yui92 said...

terima kasih...benda ni dah lama..mesir dah ok pun skang...=p=p=p

cahaya pejuang said...

Apapun, semua tu pengalaman yang sukar dilupakan. Sama2 kita hadiahkan Al-Fatihah buat Para Syuhada' Revolusi Mesir. Moga kita menjadi para penuntut ilmu yang sentiasa bersyukur...amiiin
~Alhamdulillah murah rezeki kat Jeddah...macam2 makanan disediakan.
~Al-baik, sedap sgt. sos bawang putih~

yui92 said...

yup... kat jeddah besz..walaupun kena menunggu lama..huhu