Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, May 8, 2011

Hangpa ingat mesir ni besz sangat ka?


Assalamualaikum. Hye.

entry sebelum ini ada unsur depression yang teruk. Tapi tak apa sebab bukan nak ambik yang kosong tu kan? 2 besz from 3 assessments kan? Amiin.

Ok entry ini untuk mengusik jejunior (junior-junior) aku yang bakal datang ke sini tidak lama lagi, insya allah. Mereka terdiri daripada beberapa orang pelajar yang lelaki dan yang perempuan pulak aku tak kenal kecuali sorang saja tu pun sebab dia ada mesej aku kat facebook tanya sal itu dan ini.

Sekali lagi ditegaskan aku nak mengusik saja. Jangan ambil serius sangat. Bahasa akan menjadi sedikit kasar dan dicampur unsur dialek kedah. Well hangpa pun memang oghang kedah pun kan? Kan?

Let's get started, dear. (note : wall of text incoming.)

Mesir ini masa hangpa mula2 mai satgi, sejuk cuaca dia. Jangan dok ingat selama2nya mesir ni panaih. Dia ada musim sejuk jugak. So kalau rasa yang diri tu tak tahan sejuk, aku nak peringat siap2 bawak mai baju tebal secukupnya. So nanti kat sini tak la kecoh nak beli baju tebal. Ada ja barang2 tu kat sini. harga dia mahai sikit la dan kualiti dia pun mungkin tak se-okay malaysia punya. But it's ok kalau nak terai merasa pengalaman membeli-belah di mesir (which is, not so good) dan boleh la prepare untuk naik bas dua tiga kali, jalan macam merentas desa, sebelum sampai tempat untuk beli sehelai baju sejuk. Kalau rasa diri tu kebal takpe bawak sweater selai pun jadi dah.

Mesir ini besar wahai adik2. Jarak antara satu tempat ke tempat yang lain sangat jauh. Universiti kita nanti jaraknya 47 kilometer dari rumah (mengikut GPS seorang rakan) tapi tak perlu risau muwasalat (transportation) kat sini banyak dan hampir tak mungkinlah kalau nak kata "alamak aku tak boleh balik rumah sebab tak ada bas". Okies mai nak habaq kat hangpa. Sini ada banyak mode of transport. Paling banyak 3 la iaitu bas, van, dan teksi. Bas ada 3 jenis. Panjang, merah, pendek. Bas panjang murah dan tidak selesa. Bas merah sederhana murah dan selesa. Bas pendek pula mahal dan selalunya tidak selesa. Kenapa mahai? Sebab senang dapat. Bas panjang payah dapat. Van pulak dipanggil dengan nama glemer iaitu TRAMCO (sebut tren-ko) tapi orang arab panggil minibus atau microbus. Kenderaan ini akan jadi cara utama kita ke universiti kelak. Setiap hari kepala tak payah pening sebab memang benda alah ni sedia tunggu kita hari2. Tapi, sesaknya jangan cerita. Ragam arab sangat annoying. Dan keadaan sesak dan asap di cairo buat kita rasa naik tramco ni sangat menyeksakan. Ditambah pula dengan zahmah (traffic jam). Nak selesa naik teksi. Mahal. Cepat. Senang ditipu. Maksud aku kita akan senang ditipu bukan dia senang ditipu.

Cara hidup di sini tidak banyak bezanya dengan malaysia. Orang malaysia banyak. Setiap hari bangun pagi hangpa akan kata "eh laa dok mesir rupanya. Ingatkan Malaysia." Serius ramai malaysian di sini. So kalau hangpa nak pandai cakap arab (which is i don't) kenalah ramah dan kawan dengan arab. Jangan segan2 untuk berkenalan atau mulakan bicara tapi jangan bawak balik rumah sebab bahaya. Arab ni banyak kes dengan student kita. Selalu sangat berlaku kes kecurian. Rumah kedah ni dah 2 3 kali kena pecah masuk. So mind your own safety, and others too when dealing with those arabs.

Keadaan di mesir ialah TIDAK SELESA LANGSUNG. Tipu kalau dia kata "ohhh dok mesir syioookk ada semua benda apa yang takdak cuba habaq mai?" maknanya dia sedang sakit mental yang kronik. Be prepared untuk hidup yang penuh dengan penantian, geram, rasa nak marah orang, dan sakit jiwa. Dalam apa2 urusan pun selalunya akan lambat. Misalnya nak buat visa. Tapi nak bukak akaun bank senang je sebab pegawai bank ramah2 semua. Pak guard siap bagi pinjam bilik buat surau lagik. It depends la. So unpedictable. Jangan expect yang semua orang akan balas senyum kita. Dan jangan terlalu mengharapkan orang akan senyum kat kita. Kena selalu tunjuk sikap yang positif kalau tak, hangpa bukan saja akan dikelilingi negativity bahkan akan radiate negativity keapda orang lain juga. Ada je orang arab yang baik2 so kalau jumpa sila hargai. Sebab memang akan SUSAH NAK JUMPA. Contoh arab baik ialah ammu Isom tukang jaga rumah kita dan prof2 di univerisiti tuh.

Sini jugak banyak peminta sedekah yang hardcore. Mintak sampai dapat. Kejar. Tarik tangan. Tak bagi, kesian. Nak bagi, tak ada fakah (duit pecah). Bila tak bagi, dia ikut. Orang nampak orang kata "haish kedekutnya orang mintak sedekah tak bagi". So bagi la jugak k. Takpa tolong orang susah dapat pahala. Bagi sekali sehari sudahla. Seriusly you'll spend a lot if nak bagi kat setiap pengemis yang datang mintak. Setiap hari di tempat yang sama.

Mesir sangat kotor. Jika anda sebelum ini tuan puteri jelita yang bucu kain tak pernah kotoq, JANGAN MAI MESIR.

Orang arab juga sangat kasaq dan hingaq dan kadang2 pengotoq. Ok aku tipu saja. Bukan kadang2 pengotoq. Memang pengotoq pun. Tandas malaysia yang selalu hangpa hina, 10x lagi lawa daripada tandas yang bakal dijumpai di sini.

Ok ini pula kepada pelajar lelaki. Nanti bila hangpa mai sini, ada satu benda ni nama dia musyrif. Hangpa kena prepare untuk jadi musyrif iaitu teman akhawat (pelajar perempuan) yang ada urusan selepas maghrib. Ya di sini pernah ada kes yang tak elok tu so langkah diambil dan setiap kali akhawat nak keluar rumah lepas maghrib, mesti ada musyrif ikut. Yang (bakal) akhawat pulak jangan main hentam keluaq ja kalau takdak musyrif nanti kena sound dengan senior padan muka hangpa. Well no need to be a tuff man or bela otot banyak2. Just be prepared kalau ada arab tiba2 mai cakap dengan hangpa ka atau ada akhawat kena kacau ka. Setakat ni takdalah kes kena kacau semasa musyrif ada. kalau takdak musyrif pastu kena kacau, haaaa tu banyak. Musyrif yang jalan sorang2 pun ada yang kena kacau. Moral of the story - Jalan berkumpulan dan jangan nak tunjuk hero sangat la ea konon cool lah jalan sorang2 buat kerja sorang kan.

Urus niaga di mesir ok. Sebelum ni aku dengar apsal peniaga tak jujurlah apa lah semua tu hampir tidak benar. Yang dok jumpa orang cekik darah ialah drebar teksi. Peniaga alhamdulillah lah setakat ni ok2 ja semua. mai nak ajaq benda basiq. Duit sini dipangil junayh tapi disebut genih (GErak beNIH). Cam seringgit la lebih kurang. Lima kupang disebut nuss (miNUm). Berapa harga - daa kam? atau kam wahid? Saya nak _____ - Aiz _______ (perkataan akan dipelajari perlahan2 di sini heheh)

Anjing kat sini sangat banyak bersepah2. Bagi orang yang takut anjing macam aku, mesir memang horror. nasib baik anjin dia tak ligan orang tapi memang banyak lah tepi2 jalan tu. Kucin dia pun tak ramah macam kucin malaysia. Susah nak jinak kucin  kat mesir. Ok tak penting mari ke point seterusnya.

Sila bawak extension banyak2 kalau tak mau beli extension kat sini sebab harga dia mahai banyak. Pin kat sini kepala dua so kalau ada electric appliances yang soket dia ada dua plug tu ok la sebab tak payah pakai extension dah. Makanan sini ok tak ada masalah. Makanan mostly kalau tak 100% mungkin 98.9% halal. Tak perlu risau pasal makanan sebab negeri ini makmur banyak makanan. Tapi poverty tinggi sebab tu ramai beggars.

Ok aku tak pasti dah selesai ka blom cerita pasal kehidupan sehari2 di sini. Pasal mandi shopping sakit demam haaaa sakit demam. Ok sini banyak farmasi so kalau demam sikit2 tu boleh pergi farmasi saja. Kalau teruk sila pergi hospital atau klinik dengan bantuan senior. Sorry tak dapat cerita sebab aku tak pernah deal dengan klinik atau hospital. Pernah masuk melawat tapi tak pernah jadi patient so taktaw cerita.

Ok kita masuk bab universiti pulak. Universiti kita nama dia Ainshams. Area abbasiyah yang agak jauh dari rumah kedah. Tapi drebar tramco semua akan fast n furious kita akan sampai cepat (melainkan zahmah) ke universiti. Sebelum nak sampai sebut siap2 'tib bishmaal' so that the drebar akan berhenti kat sebelah kiri betul2 depan pagar universiti. Masa nak berhenti (kalau kat tempt lain) sebut 'alagambe' maksudnya berhenti. Ngerti?

Prof2 semua baik2 dan rajin2 dan semangat nak mengajar hanya student yang malas (contohnya aku) so sila terima nasihat aku walaupun aku malas so aku nak nasihat agar jangan jadi macam aku haha boleh cenggitu? Kelas ada 2 jenis iaitu MOU dan G2G. MOU tu kelas special foreigner program. So lecture dalam bahasa inggeris. Kadang2 BI prof tu pelik sikit tapi lama2 nanti ok jer. Bila dah biasa, rasa macam biasalah. Jangan risau, prof faham BI dengan baik so tak susah kalau nak communicate. Paling ketara ialah huruf P akan jadi B. Maka berkataan yang ada huruf 'bi' sebagai huruf bertama akan berbunyi belik dan contoh berkataan itu ialah "but the bone" dan "boint to boint" bressure belvis blasma dan lain2.

Buku2 kat sini ada banyak jenis. Di universiti ada kedai buku so kalau nak buku department (buku teks la lebih kurang) boleh dibeli di situ. Harga tak mahai. Ok la kalau beli semua subjek pun tak da lah sampai jadi miskin kena pinjam duit apa semua. Harga dalam 10-50 apa??? geniiihhh~~~ (macam budak sekolah selalu buat)

Bab duit lagi. Insya allah kat sini kalau dengan duit zakat tu, kita akan cukup makan. Jangan dok mewah2 sangatlah. Makan kalau nak makan. Jangan kemut duit pulak. Cukup, insyallah. Belanja sebulan selalunya tak lebih daripada 700 genih. Btw genih tu bahasa standard dia 'Pound'(LE). Kot2 la nanti pi kat pengurup wang, dia tak paham pulak. Mintak kat dia egypt pound k. Sewa rumah dalam LE65, pastu duit tambang ulang alik ke universiti, blablabla nak makan blabla jalan2 bla shopping bulanan bla dalam 700 lah. Selalunya taksampai pun. Pastu jangan lupa bawak barang plastik (kalau nak guna) cam hanger, penyepit baju gelas apa semua tu siap2 sebab kat sini barang plastik mahal.

Sini ada banyak kelas agama dan macam2 kelas pengajian. So kalau hangpa dok tanam cita2 nak jadi doktor yang ada ilmu agama, so kena tabahkan hati, tekadkan jiwa, rajinkan diri untuk attend kelas2 itu jika mampu. Well bila dah sampai baru hangpa tau macam2 dugaan yang ada. Penat + letih = malas nak join kelas. Pastu nanti bagi alasan banyak kerja lah, tak larat lah, dsb. Terus terang aku kata, aku sendiri jarang2 join kelas. Hampir kepada tak join langsung. Tapi boleh compensate dengan bincang/sembang pasal benda2 tu dengan ustaz2 yang ada kat sini. Atau dengar ceramah mp3. Atau baca blog2 yang selalu kupas hal2 keagamaan. So masa ceramah tu boleh la baca buku atau online. Ikut hangpalah. Tapi kalau boleh join talaqi dan pengajian tu kiranya lagi molek bebenor lah. So kena pandai urus masa dan jaga diri. Saya tak pandai bab2 ni so saya pilih untuk tidak join dan belajar secara pasif saja.

Kalau nak pandai cakap arab kena la selalu praktis. Dulu aku kata 3 bulan ok kot boleh cakap arab. Well itu semua fantasi. Dok sini dengan orang kita kalau tak keluar rumah syik online, camna nak cekap? So sama ja macam pengajian tadi. Kena ada usaha dari dalam diri. Kalau nak kena salit sikitlah. Aku tak pandai lagi cakap arab. Kalau sesat tengah jalan atau kat kedai tu bolehlah cakap. Cuma kalau nak ajak sembang, haaaa tak reti lagi.

Mostly benda yang aku point out ialah beenda yang aku rasa cam tak berapa best. So kalau anda rasa tidak cukup kuat untuk mengharungi semua ini, fikir semula untuk datang atau untuk tidak datang. hangpa ingat seronok ka dok mesir? Malaysia tu selesa 70x ganda daripada sini. Dekat dengan mak ayah. Senang kalau sakit demam apa pun takda masalah. Kenapa sengaja nak mai cari benda susah?

Well sila jawab wahai adik2ku. Apa sebab kamu mahu mari ke mesir? Sebab nak jalan2? Sebab nak belajar agama? Sebab nak pergi oversea? Find the answers deep within you. That thing, i left it unanswered by myself.

p/s :: Egypt is wondrous. Find the pearls behind the sands. Good Luck dear jejuniors. I don't know if this entry helps or not. I gladly hope it does. Kalau ada apa2 yang tak clear inbox kat formspring ea.



Thanks for reading. Bye ;)

16 comments:

Muhammad Iqbal said...

Alhamdulillah, semakin jelas,,,lepas abang cerita rasa semakin nak pi lagi ada la, hihi. Mana ada benda senang untuk dicapai dengan mudah. Mesti banyak onak dan duri kan. Tapi entry macam ni tak boleh bagi parents baca la, sat gi mesti terhalang punya.

Tempat yang abg duduk tu dekat dgn al-Azhar dak atau rumah budak Sabah ( ada ka dak tak tau )??

Anonymous said...

kelas G2G tu belajar dlm bahasa apa??? btoi, mmg kna survive btoila nk duduk kat Mesir ni..
some part, lebih krg mcm dekat TANAH HARAM, mungkin sbb both bangsa ARAB..
tp of course TANAH HARAM is much better :))

Ahyad said...

Rasa macam dah dok kat mesir la pulak.. boleh terbayang suasana kat sana.. Terima kasih abang solihin.. hihi

yui92 said...

@iqbal :: yes sini memang susah sikit... so kena survive dan persiapkan diri.. rajin itu wajib.. kalau x end up like me la~~~

@ ahyad :: sama2 =p

yui92 said...

@anymus : yes tanah haram macam terkawal sikit..orang2 dia pun lagi ok xbanyak ragam mcm org mesir =p

army said...

nice buat kat jejunior entry cm ni.dlu aku un duk cari gak sblm dtg sini.tp x surprise la nnti.hahaha.

yui92 said...

@army : saja seronok nak post =p=p=p

@iqbal lagi :: jarak antara azhar dengan rumah kedah dalam 10 km lebih2 sikit jugak kot

tengkorakemas said...

tahu apa tujuan, ada definite major plan, insyaAllah segala masalah boleh dihadapi..

kagum aku, teruskan perjuangan!

tengkorakemas said...

tahu apa tujuan, ada definite major plan, insyaAllah segala masalah boleh dihadapi..

kagum aku, teruskan perjuangan!

Kayun said...

ohohoho. ak mmg takut anjing. kucing dia ada mcm kucing cleopatra tu ka? huahua

weh, siyes rasa mcm best ja apa yg hbq tu. rasa mcm hidup sgt mencabar n exciting. heee xD

Anonymous said...

satu soalan : same goes to alex? :D

yui92 said...

@Anonymous sori sayang.. xperasan.. hehe

alex cantik daripada kaherah.. yg lain sama kot =p

aLong baik said...

ang penipu besaq noh

aLong baik said...

bek ang ngaku kt anonymous tu..alex lg lapang, bertamadun dan cekik darah..ang bkn besa p pon

yui92 said...

@aLong baik haha tp betil la alex cantik..kiranya xbesaq sgt la penipuan tu heehe =p

ilhambrothers said...

jawapan saya:alex cantik sikit kalau compare dgn cairo.tp,tu kalau compare bila tgk rancangan tv atau gambar2 yg dsembunyikn smpah2 la..haha..