Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, May 17, 2011

Bello bengong kimia so dia belajaq dengan Edward =p=p=p


Assalamualaikum. Hye.

Okies sebab tadi belajar biochem masa tuisyen sampai balik lewat, dan makan lewat, maka aku tak boleh tidoq. Aku tak mahu baca buku maka aku tulis lah blog.

Biochem tadi revise pasal praktikal yang bakal diduduki hari RABU yang bakal menjelang. Banyak benda yang dah belajar masa sekolah dulu. Tapi sebab tak ulangkaji dan asyik tulis blog masa sebelum mari mesir, maka hampir benda2 tadi jadi subjek baru pulak bagi aku. Ok kali ini nak cerita.

Ini kisah Bello dan Edward. Ya sepatutnya Bella tapi sebab orangnya lelaki maka aku Bello-kanlah. Kisahnya hampir serupa. Tapi ini BUKAN kisah gay. Maka kamu tidak perlu muntah atau sedia baldi. Harap maklum

Bello seorang yang pelik dan tidak ramai kawan. Walaupun sebenarnya dia banyak berkawan dengan orang tetapi tak adalah rapat bagai isi dengan kuku atau apa2 peribahasa tu. Ya dia ada beberapa orang kawan baik tapi dalam hatinya sebenarnya dia sunyi.

Suatu hari datang Edward ke sekolahnya. Bello biasa saja. Tapi Edward seolah2 mempunyai tarikan mistikal yang membuatkan Bello mahu berkawan lebih rapat dengan Edward. Bello dan Edward tidaklah rapat sangat pun. Namun Edward seperti dalam cerita twilight itu, mempunyai satu pesona aneh yang membuatkan Bello tertaut. Bello tak tahu adakah Edward juga merasakan yang sama. Bello suka berkawan dengan Edward. Bello tidak tahu adakah Edward suka berkawan dengannya.

Suatu hari Bello dan Edward pergi lawatan kimia. Pada masa itulah mereka mula berkenalan dan bersembang panjang. Mereka sama2 minat KREKO.

Bello selama ini mempunyai inferiority complex di mana dia merasakan dirinya tidak kacak. Setelah mengenali Edward, inferiornya menjadi berlipatkaliganda kerana Edward sangat hensem di mata Bello. Tapi Bello gembira kerana Edward tidak kisah berkawan dengannya walaupun rupanya tidak kacak.

Edward banyak mengubah Bello. Bello yang selama ini agak skema sudah mula pandai menanggalkan necktie semasa solat. Bello juga semakin biasa memakai t-shirt bulat yang memang disukainya selama ini. Bello semakin carefree, tak lagi takut2 untuk buat apa yang disukai semasa di sekolah. Tapi Bello masih lagi mematuhi peraturan. Tak seperti Edward yang selalu kena denda sebab langgar peraturan sekolah,

Mungkin Edward tidak tahu yang dirinya telah banyak memperngaruhi Bello. Bello sentiasa ingat bagaimana Edward memperkenalkan Taylor Swift. Pada mulanya Bello tidak kenal pun TS tapi Edward telah mendownload lagu Love Story dan berkata Bello pasti suka lagi tu. Mulanya Bello tak percaya tapi hari ini Bello ada semua album TS daripada selftitled sampailah Speak Now. Bello juga mempunyai seluar jeans jenama Edwin, dan merasakan brand Edwin sangat cool, selepas melihat kasut2 Edward semuanya berjenama Edwin. Bello membeli sehelai baju bundle berwarna hijau dan kalau dijumpai baju berwarna hijau pasti dirasakannya cantik kerana baju2 Edward banyak yang kaler hijau. Bello juga menjadi kurang bercakap sebanyak 12-15% sejak berkawan dengan Edward kerana Edward sangatlah pendiam dan hanya akan bising  dengan orang tertentu sahaja.

Mungkin Edward tidak tahu dan tidak pernah tahu, yang Bello sangat memandang tinggi kepadanya especially dalam subjek kimia. Bello taklah pandai sangat dan tak dapat pangkat pun dalam Kuiz Kimia Kebangsaan. Bello merasakan Edward sangat bijak. Namun dalam Addmath, Edward tidak dapat menandingi Bello walau sekuat mana dia berusaha. (hahaha, Bello ketawa) Bello juga mampu menulis karangan English yang baik namun kadang2 Edward melepasinya. Mereka bukan pelajar top pun tapi antara yang ranking atas jugalah.

Bello dalam diam sakit hati dengan Edward sebenarnya. Edward jenis yang tak peka dengan perasaan orang. Dia ingat semua orang tak kisah. Tapi Bello kisah jika kawannya tak layan dia bersembang atau buat acuh tak acuh. Bagi Bello, at least bagi respon lah. Jangan buat aku macam batang pokok! Sengal! Tapi Bello tak pernah luahkan sebab dia terima Edward seadanya. Lagipun Bello itu annoying. Edward tahan dengan perangai huduhnya itu, Bello sangat bersyukur.

Cuma setelah lama masa berlalu, bila dah kenal hati budi, bila dah tahu turun naik kawan sendiri, masing2 Bello dan Edward berubah. Edward makin tidak mempdulikan Bello. Bello pula merasakan Edward patut beri perhatian kepadanya sebab mereka kawan dan Bello lupa yang Edward bukan kawan dengan dia seorang. Banyak lagi kawan Edward. Bello tamak. Edward pula kedekut. So berlakulah pergeseran.

Dan mereka bukan kawan baik lagi. Well yang dilihat oranglah.

Walupun sudah bertahun, Bello merasakan ahhh peduli hapa pinggan rak retak nasik tak dingin. Dan dia tak tahu apa Edward rasa sebab dia tak pernah diberitahu. Edward makin hilang. Bello juga berada di tempat baru. Begitu juga Edward bakal berada di tempat baru. Tapi selalu juga Bello teringatkan Edward, dan membayangkan adakah Edward teringatkan dia juga? Dalam hati Bello selalu ada suara mengatakan dia tak ingatkan kau pun lah! dan itu membuatkan Bello malas berfikir panjang tentang Edward. Tapi tak lama kemudian Bello teringat lagi.

Especially bila belajar pasal molarity, concentration, alcohol, functional group, dan lain2.


Yeah dear, i remember you a lot. How shit you forgot me already? Okay i'm sorry for my wrongs and i hope we are still friends. If you dare forget me the day we soon meet, i promise i'll kick the sense in you so that you know how much you MEAN to me and how it hurts when you act like i wasn't there for you.
-Bello




p/s :: nak muntah jugak? errr sorrylah aku tak pandai cerita Heheh nanti cerita pasal twisted fairy tale aku buat bagi besz...bila nak start xtawlah =p=p=p

Thanks for reading. Bye ;)

14 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

alaaa.. dah habis ke cite ni?? cam tergantung je ending dia.. T_T

Dai said...

may i assume that bello is a makhluk allah of whom i called sol?

Faris 'Azim said...

i guess i know who are bello and edward...


haha..

yui92 said...

@nusana :: ha ah..takat tu je..cerita sikit2 muntah..crita lebih2 kang muntah hijau =p=p=p

yui92 said...

@kak dayah :: heheh assume if u must... character's identity are utmost confidential


@faris azim :: hu? hu? (who? who?)

Faris 'Azim said...

mybe...
bello: s******
edward: N***


btoi dak?

yui92 said...

OMG...nasib baik asterisked.... jangan dibocor ea... huahua


yeah...true

$afuan $abri said...

solihin, kat ky ada sorang makhluk Allah ni, janji bes fren ngn aku shdup smati

kat kolej org cakap aku giler2 cewi, dy plak giler2 hensem

tp, biler aku sedeyh, dy sedeyh. aku cewi2, dy pown heppi =)

the moment he said 'best fren..?', aku teringat senario kau dengan ****
n then, terus aku ikhlaskan hati, bersahabat dengannya, kerana Allah taala...
alhamdulillah, ukhwah tue sangat manis =)

insyaAllah, giv him time, Allah tengah plan sumtin yang lg best ntuk korang tu (^__^)™

sis-haneii said...

edward tgh blajaq bkawan..aku rsa dia rindu ang jugak, cuma x terluah..atau mungkin saja dia terlupa yg dia punya emel ang..nnt da blek mesia, ang ajak la sapa2 teman ang p jenguk dia..mungkin dia akan rasa terharu, dan akan sedar yg ang care kt dia..ok?

Kayun said...

dapat tangkap sapa. hehe. ekceli kalau ang kagum ngan dia. aku kagum ngan ang in so many aspek tau.

-wholeheartedly written-

xD

yui92 said...

@safuan : ure so so so so lucky then. Take care of him..don't be like me =p

@haneii :: yeah maybe... or i'll just le it be =p=p

@kayun ::: hahaaa -terharu- thanks kayun... =p=p=p=p

tengkorakemas said...

membaca komen Faris 'Azim tu tiba2 aku pun dapat bayangan, walaupun aku tak tau apa2 muahaha

yui92 said...

huhu.... xpe...xda mnda pun =p

$afuan $abri said...

oh, penat kowt, tiap2 pagi kene gerak dia subuh, dia sambil bangun sambil tersengih mcm org gila (=_=)"
thx btw ~

aeyyyy ak nk kopi, pasta, pastu prnt/scan entri hg. pastu nak anta kat ****
wah wah wah, mesti best kan :)