Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, April 17, 2011

Tips Interview Modul Istimewa Deskripsi Lengkap Yui92 (TIMIDLY)


Assalamualaikum. Hye.

aku post 2 entry dalam satu hari. Dasat tak? ok sebab entry tadi pun masih panas lagi maka aku sertakan link untuk kamu checkitout =p=p=p
Ok entry ini untuk seseorang yang meminta. Haha bajet macam hebatlah ada orang mintak pandangan kan? So aku tulis sajalah sebab apa lagi yang aku boleh buat selain daripada tulis entry. Takkan nak telefon dia kot kan? Maunya aku dapat sembelit menahan derita nak bayar bil roaming dari mesir ke malaysia. Naya je.

First and foremost, ini bukan aku tulis daripada buku atau dirujuk kepada tokoh2 mulia ke apa. Ini hanyalah coretan pengalaman dan tips2 yang aku dapat daripada senior2, famili, cikgu2, dan kawan2. Benda sama yang aku buat dalam 3 interview berbeza untuk 3 course yang berbeza dan 3 format interview berbeza. Dasat tak? Macam hebat je bunyinya kan? Well don’t expect much sebab kalau kecewa aku tak jamin.

Amaran :
Bukan untuk mereka yang yakin akan perform sewaktu hari temuduga.
Juga bukan untuk mereka yang tiada keyakinan diri dan mengharapkan entry ini akan menghasilkan keajaiban.
Hanya untuk mereka yang sudi membaca point of view yui92 dan tahu menilai secara relevan untuk ikut atau tidak tips2 yang bakal diberi.


Modul pertama : Niat
Niat itu penting. Sebelum nak attend apa2 interview, sila pastikan niat itu dahulu. Kadang2 kita tak rasa yang kita nak megah tapi bila dengar pasal orang yang direject kita rasa macam “huh interview pun tak dapat? Apa daa” atau “aku dapat interview jpa kot. Standard la sikit kan daripada yang lain?” dan sebagainya. Selalu niatkan yang terbaik untuk diri, dan orang lain. Niatkan untuk menjalani temuduga agar memperoleh kejayaan mudah2an dapat menggembirakan hati kedua2 ibubapa. Bila dapat tawaran temuduga pun mak ayah dah seronok sakan. Apatah lagi kalau dapat tentulah mereka akan melompat. So selalulah berharap kepada allah supaya allah mudahkan jalan dan kamu dapat attend interview dengan baik seterusnya buat mak ayah kamu happy. Bagitau allah :

 “Ya allah, aku nak pi temuduga ni. Kau mudahkahnlah urusan aku ya allah. Bagilah aku boleh perform yang terbaik. Mudah2an aku dapat biasiswa tu. So tak la beban mak ayah aku lagi. Mudahkan urusan aku nak menuntut ilmu ya allah. Kalau dapat ni aku akan berusaha sungguh2 ya allah. Berilah aku kejayaan, agar dapat aku gembirakan hati kedua ibubapa aku ya allah. Amiin.”
Boleh? Some sort like that la. Guna ayat sendiri is far far better than mine. Jangan segan nak bercakap dengan allah. Niatlah apa saja. Allah dengar semua.


Modul kedua : Persediaan Muka
Oh macam nak jadi model lak. Kena jaga muka ka? Haha takyah la sampai nak buat facial. Sesiapa yang memang dilahirkan dengan paras rupa yang berseri2 sila buat sujud syukur. Bagi yang tidak, sila bersyukur juga. Ada orang dilahirkan tidak bermuka tahu? Ok walaupun kita tak boleh tukar muka tetapi ada sesuatu yang allah cipta di muka kita yang kita boleh alter secara natural.

Mata
Bila di-interview, eye contact tu penting gila ok. Sila jaga. Bercakap sambil tentang mata dengan interviewer. Jangan cakap dengan interviewer sambil pandang dinding (nampak kurang ajaq) atau pandang bawah (nampak tak yakin) atau interviewer lain (kecuali anda juling atau mahu nampak seperti juling). Mata itu cuba bulatkan. Bukan jegil ya. Bulat. Buat macam nak angkat kening. Tapi jangan sampai terangkat kening. Buat macam nak jegil mata tapi jangan jegil. Dapat? Mata begini nampak innocent, dan convincing. 

Mulut
Senyumlah dan senyumlah. Jangan sengih tak tentu pasal. Jangan ketawa terbahak. Chuckles takpa. Giggles pun takpa. Tapi kalau lelaki, senyum sudah. Anda perlu kelihatan macho sepanjang sesi interview itu. Ada sesetengah orang, dianugerah tuhan memiliki mata dan bibir yang sentiasa tersenyum so bila dia bercakap seolah2 sedang senyum maka itu sangatlah menawan sekali. Bagi yang tidak, senyum sebelum jawab soalan. Satu saat je. Pastu cakap macam biasa. Bila nak ke point seterusnya, pause jap. Senyum. Sambung. Ada sesetengah orang kalau cakap sambil senyum akan nampak pelik. Nampak dibuat2. Nampak aneh. So tengok cermin dan cuba cakap. Adakah kamu kelihatan seperti senyum? Kalau ya baguslah. Kalau tidak, boleh cuba benda alah ni.


Modul ketiga : persediaan fizikal
Yang ni aku FAIL. Aku clumsy. Kelamkelibut. Family aku yang banyak uruskan untuk aku. haha bayangkanlah esok nak interview hari ni baru nak pergi mall beli talipinggang segala. So kepada kamu sekalian, yang nak interview bukan emak atau ayah atau atuk atau abang atau adik atau akak atau anek kamu. So kamulah yang perlu bersedia. Pastikan semua tersedia supaya tak rushing semasa hari temuduga. Pakai se-smart mungkin tapi tak bermakna kamu perlu melaram. Tak melaram tak bermakna tak bergaya. Pakaikan yang seadanya. Jangan terlalu over menyerlah. Sederhana sudah. Rambut pendek bukan kewajipan tapi pastikan kemaslah. Aku personally prefer baju berjalur atau plain dengan necktie satin plain kaler hitam. Eh tapi kamu nak pakai apa suka hati kamulah kan? Haha cumanya janganlah sampai berhabis2an ratusan ringgit semata2 nak interview. Entahlah aku rasa cam worthless. Tapi itu duit kamu kan? So ikutlah yang mana kamu rasa bahagia.


Modul keempat : Persediaan ilmu
Jangan pergi dengan zero ilmu. Buatlah sedikit research. Tak payah hafal nama menteri. Bukan dia nak tanya pun (tapi kalau ditanya aku tak jaminlah). Cuma benda2 basic tu cubalah ambil tahu. Nama penuh sultan ke nama menteri pelajaran ke atau bagi yang nak ambil medic nama menteri kesihatan kenalah tahu which is, aku sendiri tak tahu. How ironic. Hah penat ke? Ada separuh lagi niyh =p=p=p

Modul kelima : Personaliti


Yang ni paling penting. Aku sendiri bukannya berpersonaliti menarik. Annoying je memanjang. Tapi kan, kenapa aku lepas temuduga aku? Dengan muka aku yang tak hensem ni dan perawakan aku yang tak seberapa. Ramai je candidates yang smart2 dan ada karisma. Haaa rezeki tuhan tu satu hal lah tapi aku berpendapat aku pass sebab aku boleh buat natural. Yes believe it or not aku nampak banyak ke-plastik-an masa dalam interview. Many people are trying to be someone else. Ada yang nak jadi mat saleh cakap slang menghebat time introduction. Pastu bila kena soalan yang agak2 susah mulalah nak keluar manglish segala. It’s ok if you can’t be fluent in english. Speak as who you are. Kalau nak terkeluar ‘lah’ ke ‘kan’ ke ‘umm’ dan lain2 jangan gabra. Buat biasa je. Cara terbaik nak cover :: senyum. 

Bila candidates lain bercakap, tengok ke arah dia. Beri perhatian. Jangan menyampuk jika tak perlu. Angguk2 geleng2 sudah. Sekali sekala tengok interviewer. Kalau mata tetiba bertentang, senyum. Tapi jangan tengok interviewer tunggu sampai dia tengok kita pastu senyum. Itu gedik namanya.
Duduk tegak. Duduk secara natural. Jangan bongkok tapi taklah sampai statik dari mula sampai habis. Kalau nak gerakkan kaki tiada salahnya. Nak silangkan jarijemari tiada salahnya. It is even better (bagi akulah) sebab akan menampakkan kita selesa dengan keadaan interview. Aku pernah jumpa seorang candidate yang sangat mencuba keep his cool. Dia cakap dengan hebat pada awalnya. Tengah2 dia jadi macam stressed. Pastu mulalah nak ‘errr’ dan ‘aaaa’. Duduk pun pandang bawah. So not comfortable. Satu lagi, jangan silang kaki gaya ahli korporat ambil gambar.

Tangan itu sila gerak2kan. Buatlah gerakan kecil semasa nak explain apa2. Takperlulah all the time nak buat macam pengantin kena tepung tawar. Be yourself. Maintain your cool. Jangan tiru gaya sesiapa. Buat macam biasa sudah. Anggap interview ialah sebuah perbualan biasa. Cuma bezanya kita bersembang dengan orang atasan maka ada adab2 dan etikanya. Tak boleh main hentam ja nak gelak nak jerit. Kena ada tatasusila.

Tapi ingat wahai candidates. Kamu jangan jadi robot. Aku pernah jadi panel interviewer kat sekolah dulu. Sekali ja lah tapi memang boleh dilihat dengan jelas. Ada sesetengah orang sangat comfortable dan ada yang lain ya allah punyalah plastik sampai orang yang tengok pun rimas. Well aku pun merimaskan juga. Aku bukan natural sangat. Kekadang aku robot juga. Tapi seriously masa interview tu aku tak stressed. Cakap macam biasa. Sambil senyum2. Kadang2 kecikkan mata, kadang2 kerutkan muka, kadang2 muncung mulut. Buat macam biasalah. Bagaimana kamu bercakap seharian? Cakap begitu, dengan sedikit modification, dan emotion.

Modul keenam : general stuff
-kalau tak tahu, senyum. Minta maaf. Pastu beritahu yang kamu tidak tahu.
-jangan buat2 tahu jika tidak tahu. Jika tahu jangan lupa. Jika lupa jangan buat2 tahu.
-beri salam sebelum masuk.
-jangan hesitate sebut nama allah. Even soalan dalam bahasa inggeris. Insya allah, masya allah, alhamdulillah, gunakan semua itu. Take consider kalau interviewer bukan islam,sebutlah god qilling, praise be to god, camtu.
-kalau orang lain sedang bercakap jangan main kuku, pintal rambut, tengok pokok bunga dan sebagainya.
-bila bercakap, jangan tunjuk macam kita ni hebat sangat. Be humble
-tunjukkan kita ni besz, tapi bukan besz of the besz. Ini competition tapi kita tak perlu membolot semua. Jangan cakap sorang2 atau pintas cakap orang. Biar semua orang tunjuk diri. Kita buat benda yang sama.
-doa
-jangan tunjuk muka boring.
-jangan jadi over reacting. Biasa2 sudah.
-jangan lose temper. Manalah tahu kalau interviewer tu tiba2 tanya soalan berbentuk provokasi.
-cakap perlahan2 (yang ni aku fail juga… aku selalu cakap laju2 sampai interviewer tu tak faham)


Ok bebelan hampir tamat. 
Modul ketujuh : Allah
Semua yang wajib kamu tahu ialah allah do it all. Apa pun usaha kamu kalau tak disandarkan kepada allah, akan jadi useless dan pointless. Sentiasalah berharap kepadanya. Berbuallah dengannya bila ada masa. Kalau interviewer tu tak tanya kamu, kamu bolehlah zikir2 ke baca fatihah ke atau sebut allah pun dah ok. Kalau kamu berangan nanti apa yang diangankan itu akan reflected di muka kamu. jika negatif maka negatiflah. So benda2 zikrullah ni of courselah baik kan? At the same time boleh tenangkan hati kamu juga.
Then, katakanlah allah tak bagi kamu interview ni, jangan sesekali putus asa. Kalau apa pun yang jadi lepas interview tu, ia dari allah maka tiada yang sia2. Kalau bukan rezeki kamu kali ini maka mungkin lain kali. Jangan sebut “tak pass interview… tak dak rezeki…” amboih macam mahal sangat rezeki tu sampai tak ada. Allah itu pemurah ok rezeki sentiasa ada. Cuma mungkin bukan yang ini. Bukan masa ini. Bukan tempat ini. Bukan cara ini. Atau apa saja. Percayalah allah sentiasa memberi yang terbestest buat kamu. 

p/s :: Kamu, berdoalah kepadanya. Aku turut mengaminkan doa kamu itu dari sini.


Thanks for reading. Bye ;)

8 comments:

Muhammad Iqbal said...

alhamdulillah, tips2 berguna nih, terima kasih kerana sudi berkongsi. Insya-Allah, saya akan guna untuk interview hujung bulan ni.. :)

yui92 said...

errr...use it at your own risk... hehe =p

Muhammad Iqbal said...

yeah, insya-Allah..taklah guna semuanya ^_^

faiz said...

haha.nanti solihin boleh buat buku ni.tips interview (pengalaman orang yang ta penah fail )
hoho.mesti gempak giler

yui92 said...

haha tajuk xleh blah... padahal bukan ada apa sgt pun =p

iedahiha said...

alhamdulillah....dpt taw jgak bnda apa nk kna wat msa interview 2....tima kasih byk2 ya....sgt membantu tuk membuat persediaan ni....kpd anda smoga sukses selalu dan doakn kjayaan saya jgak tuk interview zakat ni...

iedahiha said...

alhamdulillah...dpt jgak taw bnda apa yg nk kna wat msa interview 2....trima ksih byk2 ya....sgt membantu ni nk wat persediaan....kpd anda smoga sukses selalu dan doakn saya bleh wat yg terbaik tuk interview zakat ni....

Hikaru Yui said...

@iedahiha terima kasihlah sudi baca.. insya allah.. buat yg terbaik =p