Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, March 26, 2011

Ok ok nak ke mana lepas ni?


Assalamualaikum. Hye.



Entry ini didedikasikan untuk bebudak lepasan spm yang dapat keputusan aritu. Entry ini bersifat umum saja aku tak tujukan kepada sesiapa macam aritu punya.


Ok so sebab keputusan spm itu pelbagai maka aku akan tulis dengan persepsi yang pelbagai juga. Tapi pendek2 sajalah sebab kalau panjang2 sangat orang tak baca pulak kan? Jadi sila cari kriteria yang berpadanan dengan kamu. I mean, apa yang aku tulis pada satu bahagian mungkin tidak sama pada bahagian yang lain.

Ok bagi yang mendapat keputusan cemerlang tahniah lah. Bagi yang tidak berapa cemerlang tahniah juga. Ingat, semua tu daripada allah juga so wajiblah kita syukuri sama ada baiknya tau buruknya.
Bagi yang dapat result straight A’s. Alhamdulillah. Kamu mencapai target kamu. Dari satu sudut kamu telah berjaya menggembirakan hati kamu dan yang lebih penting hati ibu bapa kamu. Besar pahalanya tu tahu? Jadi kamu yang tela mencapai darjat kemuliaan ini perlulah sentiasa ingat yang masa depan bukanlah ditakluki result spm semata2. So ini bukanlah penentu kejayaan kamu kelak. Tetapi allah telah menunjukkan kamu mampu berjaya dengan cemerlang kali ini maka tidak mustahillah kamu akan berjaya lagi pada masa akan datang.

Kamu yang cemerlang sekalian, ingat tak apa salahsilap kamu dengan ibubapa kamu? Aku berani kata yang lebih dari separuh duka hati ibubapa kamu terubat permanently dengan result cemerlang kamu. Tentu mereka happy bila jiran2 memperkatakan tentang keputusan kamu. Tentu mereka suka bila orang menyebut2 tentang luar negara. Tentu mereka teruja dengan apa yang kamu bakal jelajahi. So sementara masa yang ada ini selalulah berdampingan dengan mereka. Tak lama lagi kamu nak pergi jauh. Allah pernah, sedang, dan akan memberi kepada kamu. Mintalah lagi. Dia terlalu kaya.
Jangan pula kamu terbang tinggi sehingga melupakan tanah. Kelak kamu akan jatuh terhempas tersembam ke tanah juga. Sakit.


Bagi yang tak dapat straight A’s. tetapi result masih cemerlang. Mungkin ada satu atau dua B. jangan kecewa. Kamu telah berusaha. Allah kira setiap titik usaha kamu. Setiap perkataan doa yang kamu panjatkan allah dengar semuanya. Bahkan doa yang kamu tidak suarakan pun allah dengar. Keputusan kawan2 kamu yang straight A’s bukanlah sesuatu yang wajar kamu cemburui. Wajarnya kamu yang dicemburui walaupun result kamu tidak seberapa setidak2nya kamu masih mampu senyum dan bersyukur dengan apa yang diberinya tuhan. Seandainya kamu sudah terbalik tersungkur penat berusaha dan inilah saja hasilnya percayalah bahawa kejayaan yang sepatutnya kamu dapat sewaktu spm itu allah simpankan untuk waktu lain. Oleh itu kamu mesti berusaha lebih gigih lagi. Percayalah bahawa kamu tidak akan gagal jika tuhan itu matlamat kamu. 

Jangan regret. Kalau kamu rasa kamu gagal, gagallah kamu. Ini bukan kegagalan pun. Nak regret apa?



Bagi yang result tak berapa nak ok. Ini suatu bentuk nasihat dari allah. Supaya kamu renung2kan selepas ini. Kamu semakin besar bijak dan matang. Pasti bila dapat result yang sebegitu kamu dah bole nampak apa salah kamu semasa belajar dulu. Malaskah? Tak hormat gurukah? Selalu bermainkah? Atau kamu sekadar biarkan diri kamu sendiri dalam dunia ciptaan kamu(bahasa mudahnya kapel). Ingatlah, zaman sekolah itu zaman indah. Kenangan2 yang ada sangat manis tapi bukanlah penjamin masa depan kamu. Kenangan jadi pembakar semangat kamu. Tapi jangan bakar diri sendiri.

Ada mungkin juga kamu sudah terlalu payah berusaha. Dah gigih. Dah tawakal. Tapi masih tak dapat2 juga. Kamu lebih tahu. Andainya kamu sudah give it all, tapi masih begitu, ingatlah bahawa allah itu adil. Mungkin bukan rezeki kamu dalam spm. Tapi hidup ini panjang. Lihat diri kamu. Dari atas ke bawah. Tentu ada di mana2 yang bakal kamu guna untuk mengubah keadaan kamu. Jadikan tuhan itu panduan. 

Jangan salah pilih jalan. Kalau kamu tidak boleh guna spm sebagai jalan utama, kan banyak lagi jalan lain? 

Buka minda kamu. Rezeki allah itu luasnya langit dan bumi. Setakat tertutup satu peluang beratus lagi peluang baru terbuka untuk kamu. Saat ini kamu perlu lebih dekat padanya. Janjilah dengan ibu bapa kamu yang kamu tidak akan kecewakan mereka untuk kesekian kalinya. Jadikan spm ini sebagai permulaan baru. Susah. Betul diakui memang susah untuk bangun setelah jatuh. Tetapi kebangkitan kamulah penentu segala2nya.

Takkan mahu jatuh dan terus tidur selama2nya?

p/s :: Pinjam ayat kak dayah :: 
 
Kalau adik-adik nak mengadu kat gua ke, gua ready nak dengar. Tempek ja kat Wall FB gua ye?  



lepas ni ingat nak cerita pasal pemilihan course lak...

Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

Muhammad Iqbal said...

insya-Allah, saya akan usaha supaya tidak jatuh dlm lubang yg sama buat kali kedua, bahkan akan lompat tinggi hingga ke awan untuk mengelakknya..~~thnx abg..

Anis said...

InshaAllah..Thanks a Lot..:D
MAy Allah bless....

p/s=Ayat2 hang makin hari makin matang..:D..*Compliment..heheh

yui92 said...

@iqbal :: gud luck... allah with us


@ anis :: gud luck gak.. hahaha matang apanya haih =p=p=p

Gariben-Dai said...

nice one... tambah2 lagi ye? =)