Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, March 30, 2011

Ok ok nak ke mana lepas ni (part 2)


Assalamualaikum. Hye.

*nota : entry ini panjang... melampau panjang*

 .....haaa kan betul aku dah kata dah... aku sorang ja yang like entry sebelum ni... hahaha so apakan daya tapi tak apa aku tak kesah aku postkan juga entry ini... panjang gilaassss baca yer jangan tak baca lak huahuahua =p=p=p......

Tahu tak aku baru realized sesuatu? Rupa2nya dalam diri aku ada satu keinginan nak tahu dan ambil tahu dan nak join adik2 lepasan spm dalam membuat keputusan matlamat masa depan mereka. Rupa2nya aku teringin nak jadi tempat rujukan. Aku berharap ada orang akan bertanya aku “apa yang perlu dibuat selepas ini?” “universiti mana besz?” “asasi ok ke diploma ok?” “mana lagi besz eropah ke timur tengah ke india?” dan lain-lain. Well, bukan aku tak tahu yang aku ni bukannya banyak tahu pasal benda2 ni semua. Haha aku ni lebih banyak tak tahu. Bayangkanlah, bila ada yang tanya link biasiswa ke pendapat pasal course ke last2 aku jawab tanya kaunselor, rujuk cikgu, bincang ngan makbapak. Haaaa kan lawak je tuh. Macam buang masa je kan tanya aku semua ni?

Tapi kan, aku still nak join gak. Tapi dalam bentuk berbezalah. Aku tulis entry ni sebagai rujukan umumlah. Kalau nak tanya aku secara personal silalah sila. Tapi kalau aku asyik jawab “tak tahu” “tak sure” “tanya cikgu” “ikutlah mana yang kamu mahu” dan apa2 yang seumpama itu jangan kata aku tak bagi reminder ok?
Cumanya bila ada junior tanya aku pasal itu pasal ini rasa besz semacam tau. Rasa cam diperlukan gitu. Rasa cam tak sia2 la aku jadi senior. Huahuahua tapi seriusly aku tak pandai la bab2 ni.

Ok lurus ke titik. Aku akan membicarakan isu ini dengan 3 komponen utama. Aku akan cerita pasal apa yang kamu perlu lakukan masa nak pilih kos, pilih antara minat dan bakat, dan sebab aku ambik medic maka aku akan promote medic lah kan? Ok cenggitu?

Let’s start. Kamu semua lepasan spm sekalian. Tahukah kamu hidup kamu baru bermula? So kamu decidelah elok2 apa bidang yang kamu nak ambik lepas ni. Ambil kira keputusan yang tertera dalam slip exam kamu. jika kamu tanya aku, aku akan kata benda yang paling penting ialah cari sponsor. Kalau layak apply sponsor, jangan lupa apply banyak2. Sebab kalau nak sambung study pakai duit sendiri memanglah ok well kalau makbapak kaya takpelah. Tapi seriusly zaman sekarang bukan cam dulu2 dik oii… semua benda sekarang ni pakai $$$$$ tau?

even kalau result tak berapa ok, jangan rasa takmau apply pulak. Send ja application tu. Dia nak terima ke nak reject ke tu belakang kira. Lagipun apply semua online kan? Alang2 nak bayar sreamyx tu apply sekali la. Pastu masa isi borang upu insya allah semua akan ada tempat. Kalau tak dapat asasi dapat diploma atau masuk matriks pun ok tu. Sebab ada disediakan bantuan kewangan sikit kan? Masa ni jangan memilih. Kos apa pun u mana pun apply saja.

Bagi yang layak apply Jpa @ MARA

Aku prefer jpa. Ini akulah. Sebab aku berpendapat, group interview akan menyelamatkan kamu. Dalam satu group tu akan ada semua orang bercakap. So pandai2lah nak buat orang tahu yang kamu wujud dalam bilik interview tu. Selalunya dalam group itu akan ada beberapa orang selected. Berbeza dengan interview perseorangan mara. Kalau nak interviewer tu notice kamu, kamu kena jadi yang sangat sangat SANGAT excellent supaya interviewer itu akan ingat kamu dan merasakan selepas giliran kamu tiada lagi orang yang sehebat kamu. Effort kena lebih la kalau perseorangan ni. Lagipun nanti tension akan distributed secara berkumpulan so tak terasa sangat. Kalau sorang2 semua tension akan jatuh atas kepala sendiri saja. Kan kalau duduk sorang2 terasa takut kalau beramai2 tidak terasa takut (faham ayat ni?).
Tapi kan ikut diri sendiri gak. Ada sesetengah orang lebih selesa sendirian. Ada orang lagi pressured bila ramai2 ni. Ada orang suka bercakap tanpa perlu compete dengan orang lain. Ada orang yakin dia mampu menjadi eyecandy so kalau sekali cakap pun gerenti orang itu akan mark dia punya. So it depends. Cuma bagi aku la… orang yang ambik interview mara ni hebat la. Self presence dia sangat berkesan. Kan safuan kan?




Minat VS Bakat


Bagi yang masih konfius nak pilih course apa, kalau rajin baca la pengalaman aku (hehe promot yer?). Dan kalau takut menyesal di kemudian hari kamu boleh cuba expect melalui entry ini pula. Bagi yang dah ada matlamat, I mean aku memang dah persistent gila nak ambil suatu bidang tu kan, just GO FOR IT. Jangan pandang belakang. Jangan berkira2. Sebab kamu perlu semat dalam minda kamu sekarang bahawa apa2 saja yang kamu belajar hari ini kamu akan guna untuk hidup hari esok. Dan yakinlah tiada dalam dunia ini ilmu yang kamu tak boleh manfaatkan. So jangan memilih kos tu lama sangat. Decide cepat2 tapi consider lah jugak bukan aku suruh kamu decide sampai tak fikir pros n cons.

Bidang besar yang selalu orang apply ialah perubatan, kejuruteraan, dan perguruan. Kalau nak apply perubatan memang kena result cantik lah. Senang nak appeal ‘orang2 itu’. Tahu siapa orang2 itu? Mereka penghuni dunia ini yang menetapkan syarat bagi kamu. dunia hari ini memandang kepada kertas. Walaupun kamu protes “ia hanya sehelai kertas” tetapi kertas itulah yang bakal menentukan kamu berjaya atau tidak dalam permulaan hidup kamu fasa baru ini. Jadi kalau boleh elakkan apply bidang yang tidak berpadanan dengan result. Nego (negotiate) dengan kaunselor, senior2, cikgu2, sedara mara yang dah belajar tinggi, yui92 apa yang patut dipilih. Kalau perlu, ambik longer route yang lebih selamat. Metaforanya kamu nak jugak panjat bukit tapi kelengkapan kamu tak berapa nak canggih. So jangan panjat bukit tu secara direct. Carilah alur denai mana2 yang landai dan jauh tapi kamu tetap dapat sampai ke puncak tanpa perlu melalui jalan yang cerunnya kamu sendiri tak tahan.

Sebab itu kalau ditanya aku, antara minat dan bakat, aku akan kata pilihlah yang mana kita berbakat. Minat boleh dipupuk kemudian. Lagu yang hampeh meleleh pun kalau dengar selalu akan jadi sedap. So jangan kisah sangat pasal tak minat tu. Kamu manusia. Kamu ada mekanisme dalam diri kamu untuk pertahankan diri. So kalau tak minat pun kamu tak akan membinasakan diri sendiri. Budak yang tak minat matematik tapi pandai matematik dia takkan bodoh nak jawab 1+1=11 just sebab dia tak minat maths kan? Tapi kalau budak tu minat maths macam mana pun kalau dia tak tahu 5^2 tu apa dia akan jawab 10 jugak.

Sebab tu kamu perlu pilih sama ada korbankan minat, atau gamble dengan diri sendiri sama ada kamu mampu survive atau tidak dalam bidang yang kamu minat, tapi kamu kurang dari segi kelayakan dan kemampuan. Tapi kan, kalau masa apply tu tiba2 dapat, dan kamu mampu berubah menjadi rajen serajennya seperti yui92 maka tiada masalah. Kamu tahu potensi kamu. kamu perlu yakin diri juga. Kalau betul2 minat dan sanggup terbalik tertonggeng strive maka ok lah silalah saja.

Jangan ambil kisah pasal tempat. Antara bakat, minat dan yang ketiga, tempat. Tempat ialah yang paling perlu difikir paling laaaaasst sekali. Aku mula2 tak suka mesir. Tapi seriusly. Manusia ni sangat adaptive. Mana2 pun dia boleh hidup. Kamu akan hidup di mana saja. Jangan risau pasal tempat.


Medic

Aku akan cerita sikit pasal medic di MESIR. Aku tak tahulah tempat lain sebab lain tempat lain suasananya. Mesir ni daif sikit. Actually banyak. Kuliah aku punyalah tak lawa. Tapi guess what? Aku hepi di sini. Kami belajar ok saja prof2 semua baik2. Setiap hari ada peluang nak ketawa dalam kuliah (ayat ini bermaksud takda la tension) dan setiap hari rasa macam nak teruskan hidup untuk belajar lagi esok. Siapa yang kata belajar medic ni rasa macam nak mati, sila bagi setengah markah. Betullah rasa nak mati sebab kullu nafsin dzaiqatul maut kan? Tapi kalau nak kata medic ini tension sampai nak attempt suicide tu takdalah. Ok2 saja.
 

Tapi honestly. Medic is susah. Aku sangat malas. Aku dah rasa sakitnya ambik medic ni. Sakit sangat. Tapi still hidup la. Sakit tu dalam tapi belum mampu untuk mematikan aku. medic ni kunci dia rajin ja. Sebab ada banyak benda yang kamu perlu pulun. Subjek sikit saja tapi satu subjek 2-3 buah buku tebal2 macam nak mampus (yang ini serius) dan dengan segala terminologi2 baru apa yang kita belajar dalam biologi sekolah menengah dan kimia semuanya akan blend sekali. Masa tu baru menyesal sebab tak pulun bio dan kimia dan fizik. Haha tapi belajar medic is fun. A LOT OF FUN.

Kamu mahu kenal diri kamu dan kenal pencipta kamu? aku berani kata belajar medic brings you closer to HIM than anything.

Bidang ini akan membawa kamu memperinci apa yang selama ini kita tidak ambil hirau. Maybe sabab faktor mesir yang mana prof2 dia majoroti islam. Setiap kali ada apa2 yang cambesz prof akan sebut subhanallah… that’s why allah create it like this… allah do like this because… the function is made by allah… dan lain-lan. 

Pendek kata dalam kuliah dan bilik praktikal nanti kamu akan rasa macam kamu sedang menjelajahi diri sendiri dengan penuh marvel. Kamu akan temui pelbagai benda yang hebat dan setiapnya akan membawa kamu setapak lebih dekat kepada DIA. Of cos la kamu tak akan transform jadi alim ulama sekelip mata. Maksud aku, walaupun kamu tak jadi orang berjubah berserban tapi sekurang2nya dalam diri kamu akan ada terselit satu appreciation kepada Allah yang telah mencipta kamu dengan sempurna. Segala kejadian yang disusun atur oleh ALLAH terlalu sempurna dan kamu tak akan sia2kan apa yang kamu ada sekarang. Kamu akan menjaga diri kamu dan berusaha menjaga orang lain juga. Itulah tugas doktor pun kan?

Contohnya dalam subjek anatomi, kita akan belajar pasal struktur badan kita. Apa yang ada dalam lapisan bawah kulit. Lapisan lemak, salur darah, saraf, sendi, otot2 dari mana ia bermula dan di mana ia berakhir, bagaimana disambung lengan dan bahu menjadi tangan kita yang setiap hari kita guna. Kita akan memperinci dari mana badan kita mendapat nitrien yang diperlukan, apaakan terjadi jika satu saraf rosak, apa yang perlu dilakukan jika pendarahan berlaku di kawasan tangan, dan segala mak nenek lain2.

Dalam fisiologi pula kita akan discover tentang fungsi. Apa peranannya dalam sistem pernafasan? Bahagian mana yang dilalui udara? Bahagian mana yang mengembang? Apa fungsi lapisan cecair dalam alveolus? Bagaimana perubahan tekanan udara berlaku dalam paru2? Apa yang menyebabkan kita menyedut nafas tanpa kita sedari? Apa terjadi jika kita tinggal di tempat yang rendah tekanan udaranya? Dan lain2.

Dalam histologi kita akan belajar tentang sel. Kita akan meneliti apa benda yang kita ada ke tahap yang mengkagumkan. Tak siapa tahu kan apa rupa sebenar di sebalik otot2, apa rupanya salur darah, apa rupanya sel lemak, apa rupanya saraf, dan bermacam2 struktur badan kita secara halus. Kita akan mengkaji setiap sel yang ada, apa fungsi sel itu, apa ciri2 sel itu, bagaimana nak mengenal sel itu di bawah mikroskop, dan pelbagai lagi.

Biokimia paling menarik. Juga paling menduga. Kita akan mengkaji apa tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan kita. Kita akan mengkaji enzyme, hormon, biokimia dalam darah, serta penjelasan bagi pelbagai penyakit di tahap molekular. Kita akan mengkaji apa yang menyebabkan berlakunya cancer, apa sebabnya sel menjadi abnormal, apa yang akan berlaku jika tiada antitrypsin dalam paru2, dan sebagainya. Kita juga boleh tahu apa rasional diet yang diajar nabi. Semuanya diterangkan sehingga ke peringkat yang kita sendiri akan pening2 lalat tapi pada masa yang sama kita akan begitu teruja dengan apa yang sedang berlaku dalam badan kita.

Mungkin student medic tiada life. Asyik baca buku saja. Tapi begitulah cara budak medic enjoy. Kami akan enjoy bila dapat menerangkan proses biokimia semasa blood clotting. Kami akan rasa puas bila dapat menerangkan struktur tangan dari bahu hingga ke jari. Kami suka kalau dapat mengenalpasti sel2 darah putih yang dilihat di bawah mikroskop. Kami seronok mengambil tekanan darah dan mendengar denyutan jantung. Ini cara kami menikmati hidup kami. Kami mahu membantu orang lain menikmati hidup mereka juga. That’s our life.

Itulah saja yang aku dapat cerita. Kalau panjang2 sangat takut nanti mesej tak sampai pulak. So apa yang aku cerita pasal biasiswa dan course tu aku tak suruhlah kamu ikut. Itu pendapat aku ja. Comparelah dengan orang lain. Mereka ada pendapat yang lebih baik, mungkin. Dan pasal medic tu pulak, aku cuba encourage student untuk ambil medic. Dan pada masa yang sama doa2kan aku sama dalam bidang ni. Seriusly aku bukanlah pelajar top. Dulu masa kat sekolah selalu la dapat top student. Walaupun tak toppest tapi ok la jugak. Kat sini nanti semua orang akan start dengan zero. So kenalah rajin. Bila malas jadi macam aku lah.

Haha sila jangan contohi saya.

Haish panjang pulak aku tulis yer… oklah tamat di sini

p/s : ok sapa2 nak tanya apa2 ke nak tips interview ke inbox ke formspring lah yer =p=p=p

okbai


Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

tengkorakemas said...

wohoo..aku LIKE entry ni, kat komen jela, sebab takde fb xD

hm..alveolus..teringat malam tadi kat CSI Miami, alveolus rosak sebab hidu terlalu banyak asap pembakaran, oksigen tak dapat lalu ke darah,

betul?

$afuan $abri said...

eh hg mcm perli aku jer, tau la ramai kekawan kta ckp yg ak amek mara sebab TAKOWT tak leyh pform kat group interbiew huuuuu~

btw, giler entry hg, mmg nk tlg bebudak lpsn es pi em sunggoh~ :))

nanti gegar skola dtg la. hannan jd direktor. oh budak sekolej aku rupanya, patot dya buat time kami cuti sbln hooho~

chiasmata said...

Hhhmmm best best . Pendorong nk amik medic . Mmg selalu je dgr budak medic ni kena jadi nerd + skema . Haila ~ Thanks bro

yui92 said...

@ tengkorak emas :: huhu betul tu..


@safuansabri :: nak mai camna aku dok sini bukan balik


@chiasmata :: haaa ambik la ambik.. go for it =p=p=p