Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, March 17, 2011

kamu sudah BERJAYA


Assalamualaikum. Hye.

Entry ini aku nak hadiahkan kepada seorang insan istimewa. Dia istimewa bermaksud special bukannya cacat. Hehe kot2 la ada orang salah faham kan. Dan jangan juga salah faham pada maksud istimewa. Bukan girlfriend aku tapi junior aku. Salah seorang daripada dua junior aku di sbpikp yang paling aku sayang. Yes. You. Believe it or not? Believe it dah laa kalau tak mau believe sudah. Hehehe…

Ok kamu. Kamu mungkin geli aku bahasakan diri kamu sebagai ‘kamu’. Dah la declare junior yang paling disayangi pulak kan. Ikut suka hati kamu lah. Geli atau tidak sama sahaja. Langit tidak semakin rendah jika kamu geli dan tidak pula semakin tinggi jika kamu tidak geli. Kalau nak geli2 tontonlah GLEE. (ini gurauan jadi sila rasa terhibur)

Baiklah kamu. Ini hadiah aku kepada kamu. Sekadar kata2 semangat yang aku nak kamu pegang sampai kamu mati. Lupakan aku dan aku tidak kisah. Lupakan kata2 aku dan aku tidak kisah juga. Tetapi ingatlah saja sebab bukan selalu aku nak nasihatkan kamu dan bukan selalu juga kamu nak dengar nasihat aku kan?

Aku tahu kamu agak terasa dengan senario (bukan kumpulan senario) yang sedang berlaku dalam hidup kamu. Entahlah tapi entry kamu hari tu membuatkan aku berprasangka bahawa kamu sedang tension sangat. Itu sangat tidak elok untuk sistem tubuh kamu. Kamu mahu sistem cerna dan perkumuhan kamu terganggu? Aku hanya berbohong tapi kalau kamu percaya elok jugalah supaya kamu akan berhenti dari terus tension.
Kamu, percayalah kata2 aku ini. Aku cedok dari cikgu kakashi tapi aku yakin ada benarnya kata2 dia. Kamu generasi terbaru. Tentu sekali kamu akan mengatasi kami generasi2 lama niyh. Sebagaimana kami mengatasi generasi sebelum kami. Dunia memang begitu adatnya. Percayalah kamu.

Jangan bandingkan diri kamu dengan sesiapa. Kamu tahu apakah kejayaan yang telah kamu capai. Kamu tahu apa yang kamu BOLEH capai. Jadi jangan selalu melihat tangan orang lain. Tengok tangan kamu sendiri. Gulungkan tangan kamu dan berdoalah (ayat bahasa inggris dia ‘curl your hands and make a prayer’).
Kamu meng-amiin-kan doa dengan tangan kamu juga. Kamu sapu muka kamu juga. Jadi apa yang orang lain tahu? Kenapa kamu nak ambil kisah sangat? Kalau orang hanya tahu mengeji, biarkan mereka rasa lazatnya daging mayat kamu. Kan seronok? Biar mereka berdosa kerana mengeji kamu. Nanti kita ketawakan mereka sama2. Ok?


Kamu tidak perlu bimbang. Aku tahu kamu dan kawan2 kamu dah berusaha sehabis daya. Begitu juga Daia yang digunakan untuk melembutkan pakaian kamu ke sekolah juga telah habis. Kamu sudah buat semuanya. Aku tahu kamu dan rakan2 kamu bukanlah pemalas berlenggang2 di sekolah. Kamu ada beri banyak sumbangan. Semua itu akan membantu kamu. Kalau bukan sewaktu peperiksaan atau keputusan peperiksaan, semua itu akan menjelma selagi mana kamu menyusuri (betul ke perkataan ni?) hidup ini.
Kamu ada ALLAH. Dia tahulah apa yang terbaik untuk kamu. Andai sesuatu yang lebih extravagant dari 200X lebih baik untuk kamu takkanlah DIA nak halang kan? Tentulah DIA akan bagi. Kamu berdoa dan berusaha. Kamu ikhtiar sehabis daya. Kamu tawakal disulam doa. Itu saja syarat dari DIA. Kamu tunggulah hasilnya.


Dan kalau sebaliknya, adakah kamu perlu patah hati? Kamu tahu jawapannya. Kamu, hidup ini panjang. Tetapi dunia ini dah semakin pendek. Segala apa yang dunia ini tawarkan terlalu sesak sekarang. Kamu menjadi sempit. Aku tahu. Aku pun bukannya ok sangat. Selalu juga kandas dalam hidup ini. Aku pernah gagal. Dan aku tahulah apa kata pujangga ‘kegagalan itu permulaan bagi kejayaan’ itu benar belaka.


Percayalah kamu. Kata2 kosong aku ini perlu kamu renung. Renung juga ayat2 DIA. Kamu carilah sumber yang lebih baik dari aku. Aku tak pandai bab2 ni. Hehe. Aku tak pasti kamu akan gembira atau bertambah tension tapi entahlah. Dulu masa aku menghadapi detik2 getir seperti kamu, aku juga menerima kata2 kosong seperti yang aku tulis ini. Cuma cikgu kakashi sahaja aku tambah sendiri. Yang lain sama saja, aku cuma beritahu apa yang aku diberitahu. Dan aku lalui hidup ini yang sangat tak besz tetapi aku besz kan juga sebab aku yakin TUHAN itu adil untuk hamba2nya. Takkanlah DIA nak buat hidup kita menderita. Kita yang menderitakan hidup sendiri dengan pilihan kita. Misalnya kepala kamu semak dengan tension kamu itu. Kalau kamu pilih untuk cool… maka taklah semak kepala kamu, kan?


Tapi ingatlah kamu. Tekanan itu penting untuk terus ke depan. Kalau asyik lepak saja pun bahana juga. Maka pandai2lah pilih tekanan mana yang kamu perlu fikirkan. Kamu tahu pilih kan? Kamu lebih bijak dari aku dalam hal2 sebegini, tak gitu?


Jadi, kamu. Ingatlah DIA selalu. Kalau ada masa ingatlah aku. Aku selalu ingat kamu. Hehe betul. Tak percaya? Ikut sukalah. =p=p


Saat kamu merasakan tanggungjawab itu, kamu sudahpun berjaya dalam satu keadaan yang kita tak tahu nak describe macam mana. Yang pasti kamu sudah berjaya. Dan selepas2 ini kamu akan lebih berjaya. Kamu sudah berjaya. Kamu akan berjaya. Kita sama2 berjaya. Kamu, jangan lupa doakan aku juga.
Ok. Smile. Aku sayang kamu. Kamu sayang aku tak? geli? Ok. 


Tamat di sini. =p=p=p=p 



p/s : dunia berubah setiap saat. Apa yang dikira baik juga berubah setiap saat. Jangan letak kayu ukur dalam hal2 dunia sebab dunia berubah setiap saat. Hal2 akhirat tak apa. Go for BOTH.

umumnya entry ni untuk calon spm 2010 yang bakal ambik result



Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

Anis said...

CooLioo..>,<
^^.Great Entry..thanks a lot~~
ak Tak glee..=P..=P

_faris 'azim_ said...

hmmmmm...... sapa la 2 orag tuh.....

Kayun said...

kata2 tulus dari hati..hehe

eh btw..nampak segar la dgn tulisan baru..gmbq oren..awat tak tau aku rasa terbau2 bau oren..hmmmm..segarrnyaaa xD

Blog Kedai™ said...

ermm, penin betoi baca entry kali ni...btw, thnx..

yui92 said...

@anis : haha bgus la klu xglee

@ faris azim : orang itu masih belum komen di sini =p=p=p

@ kayun :: sesedap oren

yui92 said...

haha blog kedai.... kenapa penin? sbb panjang sgt kot =p=p

Muhammad Iqbal said...

ceh, blog kedai tu ibnuddin punya tu, silap login plak,.,