Pemollow

THYB on Facebook

Friday, February 25, 2011

Empat Kemuliaan Itu...


Assalamualaikum. Hye.

"Kerana  melakukan maksiat,  ditelanjangkan."
"Kerana  melakukan maksiat,  dikeluarkan dari syurga."
"Kerana  melakukan maksiat,  dipisahkan daripada isteriku."
"Kerana  melakukan maksiat, diterima taubat hanya di Baitullah."

Agak2nyalah, siapa yang berkata sedemikian? Yeah betul lah tu. Baginda Adam a.s manusia pertama yang merupakan permulaan umat manusia. Manusia yang dibentuk oleh Allah sendiri. Ditiup roh oleh Allah sendiri. Diarahkan bersujud kepadanya sekalian malaikat dan iblis. Begitu mulia. Begitu hebat. Tetapi, empat kemuliaan itu yang tidak diperoleh baginda. Sedangkan kita umat yang selalu berdosa, mendapat empat kemuliaan itu dari Allah. Kerana kita umat Muhammad. Bersyukurlah kerana kita umat nabi Muhammad.

"Semasa aku bermaksiat kepada Allah, pakaian terlucut dari tubuhku. Sehingga menampakkan auratku. Tetapi umat Mhammad andai bermaksiat tetap Allah memberinya pakaian."

Saya aurat. jangan tengok saya!
Justifikasi : Sangat menyedihkan apabila mengenangkan umat (kita) hari ini. Nabi Adam melakukan maksiat lalu dilucutkan pakaian dari tubuhnya. Sedangkan kita melucutkan pakaian dari tubuh kita semata2 untuk melakukan maksiat. Kadang2 kita tidak melucutkan pakaian tetapi melihat pakaian dilucutkan. Sama saja itu. Dan fenomena di Malaysia tanah airku tercinta, makin ramai pulak pelakon2 yang berlakon bogel dalam filem. Dapat sambutan hangat pulak tuh. Senang betul bogel2 je boleh dapat duit. Dapat dosa sekali.

Sasaran : Akak2 yang free hair, abang2 yang berseluar pendek, penayang2 aurat, dan lain2.






"Semasa aku bermaksiat kepada Allah, aku dikeluarkan dari syurga. Tetapi umat Muhammad yang bermaksiat sebanyak manapun syurga ialah tempat akhirnya nanti."





Justifikasi : Setiap muslim yang mati akan diberi balasan setimpal. Selepas itu akan dimasukkan ke syurga dengan izin Allah. Tapi jangan bergantungharap hanya pada ini sehingga melalaikan perkara ibadah dan terus-menerus melakukan maksiat. Apa, ingat neraka tu macam penjara Pudu je ke hah?

Sasaran : Diri sendiri.




"Semasa aku bermaksiat kepada Allah, aku dipisahkan daripada isteriku. Sedangkan umat Muhammad yang berdosa tidak dipsahkan daripada isteri(-isteri) mereka."

Justifikasi : Bahan ketawa hari ini ialah perkahwinan diolok2kan. Kahwin cerai seperti hobi. Poligami dipandang buruk oleh wanita dan disalahertikan oleh lelaki. Tambah jahanam apabila perkahwinan menjadi lesen suami mendera isteri atau isteri meng-queen control suami (huahua). Orang muda fobia nak kawen. Kalau ada pun nanti makcik2 sebelah rumah akan kata "mesti ada apa2 nie..haaa" sebelum mengucapkan "tahniah kerana berjaya menjayakan sunnah dan mengelak fitnah dan menjaga kehormatan."

Sasaran : Suami isteri, couple (sila bertaubat sebelum terlambat), pasangan yang bercadang untuk bercerai atau sedang bercerai atau sedang bertekak dan berfikir untuk minta cerai.







"Semasa aku bermaksiat kepada Allah, aku memohon ampun kepadaNya tetapi taubatku hanya diterima di Baitullah. Sedangkan istighfar umat Muhammad di mana2 sahaja diterima Allah lalu diampun dosanya."

Justifikasi : Rajen2lah bertaubat. Kalau dah bertaubat masih buat maksiat maknanya ada something wrong dengan taubat kita. Jangan putus asa. Selagi mana boleh bertaubat tu bertaubatlah. Sedaya upaya lawan nafsu buat maksiat. Jangan hampiri dan jauhi perkara2 yang menjurus kepada maksiat.

Sasaran : Diri sendiri.








p/s : Entry ini ditulis dan diedit daripada sudut renungan dalam majalah ujang (ruangan tok teh).Tajuk asal ialah Empat Kemuliaan yang diberi kepada umat Muhammad. Sebarang kesilapan semasa aku edit sila betulkan.
Thanks for reading. Bye ;)

9 comments:

.::annemishi::. said...

u r my junior in ikups rite?
:)

u can find my fb name. hanis hafizah. lol

btw, sorry.
i am not that kind of person yg follow others blog for the sake of my blog to be followed back.

i will read those blogs yg isi bagus.
follows hanyalah utk blog yg btul2 menarik minat saya sahaja.

like u.. u have done a great jb anyway.

teruskan sebarkan ayat Allah.

jazakillah sister.

:)

rosmanrazif said...

Berlainan skali spt apa yang saya kenal anda....bagus....

senang skit nak baca...=p

mineslove said...

isi yg bgus,
senang persuade org..:)

.::annemishi::. said...

YA RABBI... sorrrriii..
tak tgok profy pon..
ingatkan perempuaaaaan.

ahahahahahahaaha.

yui92 said...

@rosman :: saya masih saya

@mineslove :: =p

yui92 said...

@annemishi :: xpa.. dah ramai dah yang silap pun

LiFe KaMi said...

rancangan kat tv tu byk yang tunjuk aurat mcm mana la golongan muda zaman skang tak mencontohi,itu yg bahaya sgt..

yui92 said...

kalau nak larang terus mau berlaku rebellion.. huhu

Eel said...

ya kan, berkaitan ngan aurat, vlog ni kena berhati2 kalau bagi pempuan, sbb suara tu boleh jadi aurat~~ hee~~